Saturday 25 August 2007

Bertemu kekasih di Sungai Furat



tenang

ketenangan menyapaku

tatkala ku jejakkan kaki ku

di airnya yang jernih

yang mengalirkan

air dari firdausi

dari kejauhan

dapat kurasakan

kesegaran sungai

yang mengalir

antara dua buni barakah

dilatari senja mentari

tamsilan harapan dan impian

yang merakamkan seribu kenangan

dipertemuan antaradua sungai

kutemui kekasih hati dan naluri

antara impian dan cita-cita

sungai furat...



Muhammad Aiman Salmi

sempena persinggahn ke tebing sungai furat,

Raqqah, Syria

Read More..

Pengalaman Cinta: Sebuah keunikan cerita cinta


Ini bukan sebuah perbicaraan fiqih. Bukan jua perbicaraan mengenai agama. Ia adalah mengenai hati dan pilihan kita.

Sebagai seorang manusia.

Cinta adalah benda yang tak boleh dijual beli. Kadang kala ada benarnya kadang kala tidak. Sebab masing masing mempunyai cerita tersendiri yang akhirnya cerita cintanya lain dari pengalaman orang lain. Setiap orang begitu. Itulah warna-warna kehidupan yang dijadikan Allah.
Cerita tentang cinta

Ada banyak cerita tentang cinta.

Ada yang hanya membataskan cinta pada suka dan asmara laki-laki dan wanita. Ad yang memautkan pada cinta sesama kaum keluarga dan famili. Ada yang berkisar tentang cinta sesama bangsa dan iktan persaudraan. Ada yang justru sangat melengkapi akan cintanya pada diri sendiri, kaum kerbat, saudara mara, sahabat handai, pada alam, pada bangsa dan negara, pada nusa, pada tuhan yang semesti lebih dri segalanya, pada semuanya. Ada yang hatiny telah fana dan lebur bersama hrta kekayaan dan pangkat kerjaya, pada populariti dan kemasyhuran. Ada macam-macam cinta yang tidak pernah dibataskan oleh barang sesuatu pun halangan akan ia....

Tetapi seputar perbincangan yang tentunya segar bugar orang muda bila diungkapkan kalimah cinta, tentunya cinta dan kasih insani berlainan jantina antara mereka.

Ini sekadar coretan dan rakaman pengalaman manusia. Pengalaman dari pertama kalinya Adam terpandang wajah Hawa, yang terpikat dan terpaut kukuh di sanubari hatinya. Inilah cinta yang idperkatakan.

Ada orang yang mudah dan sempurna, seperti cerita sang putera dan cintanya dengan sang puteri. Ada yang sederhana sahaja ceritanya. Ada yang sangat susah, bergelut, bergadi nyawa untuk mendapatkan cintanya. Ada yang hanya memendam cinta dan kata hati, membawa ke mati, cinta yang tak kesampaian. Ada yang hanya sempat berkhayal tentang perkahwinan, namun taqdir manetapkan tiada rezekinya untuk merasai cinta di dunia. Ada yang sempat, tapi hanya sebentar dan seketika. Ada yang meletakkan dan menyampak jauh kita hatinya, justru thiqah dan meletak kepercayaan kepada orang yang di yakini memilihkan cinta untuknya. Ad yang kata hatinya lain, tetapi tunduk pada kemahuan orng tua. Ada yang adat dan budya setempat menghalang cintanya yang suci. Ada yang hanya untuk suka-suka, bukan untuk mengikat tali pernikahan, justru hanya untuk melampiaskan nafsu haiwani. Ada yang tak kisah soal hati, asal dapat berumahtangga cukup dan bermakna. Ad yang dek kerana nak kahwin cepat, tersalah memilih dan merna di kemudian hari. Ad yang cerita cintanya yang diwar-warkan dihebah mklumkan di serata ceruk rantau putus di tengah jalan. Kecewa...frust menonggeng. Ini semua kepelbagaian dan keunikan yang Allah jadikan menunjukkan kekuasaannya ke atas setiap insan.

Banyak cerita yang boleh dikongsi dan tentu panjang lebar jua perbincangannya. Ini semua kisah dan pengalaman yang tak lari dari kehidupan kita sehari-harian. Kisah yang berlaku di sekeliling kita.
Soalnya apa?

Ini bukan soal kata-kata dan bicara. Ini soal hati. Tawajjuh seseorang dalam hidup, pasti dan pastinya bertitik tolak dari letak duduknya hati. Sekiranya itu yang menjadi impi-impian seseorang, maka itulah yang dikejarnya.

Ada orang yang cukup sempurna dan mudah, semudah ABC, mendapat pasangan yang serba serbi tip top, kedua-duanya sama cocok sama padan, pengalaman bercinta juga mudah sehingga membawa ke alam perkahwinan dan kedua-duanya bahagia. Ada yang mendapat yang sederhana sahaja pada pandangan masyarakat umum, namun tetap dengan nada kesyukuran, membawa bahagia ke jenjang pelamin. Ada yang hanya sempat untuk seketika. Ada yang hanya dapat memendam cinta yang tak terluahkan. Sepi sendiri menelan kepahitan cinta yang tertolak, cinta yang bertepuk sebelah tangan.

Cerita cinta Ali dan Fatimah merupakan suatu kish klasik yang sangat unik. Di suatu malam, ketika Fatimah bersama Ali, beliau mengungkapkan kepada Ali suatu berita. Bahawa pad zaman mudanya dulu dia pernah menyukai dan menyintai seorang pemuda yang menjadi taruhan hatinya. Mendengarkan hal itu, Ali sang suami dengan perasaan cemburu bertanya kepada Fatimah, isterinya siapakah lelaki pemuda yang pernah dicintainya itu. Lalu jawab Fatimah, lelaki itu adalah engkau, Ali, suamiku.

Cerita sekeliling kita. Macam-macam kerenah manusia. Ada yang memberi makna cinta sekadar bersuka-sukaan. Ada yang sekadar cinta SMS dan friendster. Ada cinta shopping dan melampiaskan kata-kata dan lafaz cinta tak ketahuan. Ada cinta seks dan ada cinta wang dan harta benda. Asal kau boleh beri aku harta kekayaan, itu sudah menjadi kunci kebahagiaan. Ada yang justru hidupnya sederhana sekali, tetapi dalam kesyukuran dan ketabahan istana cintanya kukuh dan tabah mengharungi samudera kehidupan.
Kita di golongan mana?

Pastinya setiap dari kita akan bertanya kepada diri sendiri, di manakah letak duduk saya sekarang. Di manakah kelompok dan golongan cinta yang saya boleh diklasifikasikan.

Lanjutan daripada itu, saya langsung bertanya dan mencari-cari, tentu di sana, di antara keunikan dan kepelbagaian definisi dan pengalaman cinta, satu set of standard rules, yang guide dan memberi panduan kepada manusia.kepada orang yang menadah yang menagih cinta rabbi. Kepada yang hanya nak main-main sahaja. Kepda yang berusaha bersungguh2 untuk bertemu dengan cinta sejati, namun belum ketemuan.

Lalu saya bertemu dengan suatu ayat Al-Quran yang cukup menyentuh jiwa sanubari saya, sebagai seorang insan, suatu bimbingan rabbani kepada setiap orang...sebab ia soal cinta...justru manusialah ia kalau ia mempunyai perasaan cinta, dan bukanlah pula ia manusia justru tiadalah ia akan cinta...yang seolah menjadi suatu set of rules..yang sangat umum....

Dan ini berkait pula dengan pilihan kita....yang Allah kurniakan sebagai seorang manusia, kebolehan untuk memilih. Firman Allah.

”Lalu kami ilhamkan kepada jiwa itu (manusia) kekejian dan ketaqwaan. Maka beruntunglah bagi sesiapa yang menyucikan jiwanya, dan maka celakalah bagi siapa yang mengotorkan jiwanya.” Surah As-Syams.

Di sana, di atas kuasa memilih yang Allah kurniakan dengan jiwa yang tau membezakan yang baik dan buruk dan yang jelek dengan yang suci. Maka Allah memberikan suatu panduan mengenai kejayaan sesebuah cinta.

Sempat saya menyelak-nyelak sebuah karya Habiburrahman As-Syirazi, Ayat-Ayat Cinta, sebuah karya cinta Islami, lalu saya temui suatu ungkapan yang sangat menarik, yang dipetiknya dari kitab suci Al-quran:

”Orang-orang yang akrab saling kasih mengasihi, pada hari itu, sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain, kecuali orang-orang yang betaqwa..” Az-Zukhruf:67.

Ini sebuah refleksi sebenarnya. Ada banyak cerita cinta dalam kehidupan manusia. Tapi di atas segala pengalaman tadi, inilah panduannya. Soalnya hati kita diput pada siapa. Pada tuhankah atau pada ciptaan-ciptaan tuhan....

Maka kekallah cinta sesama insani sekiranya asas dan titik mula cinta itu ialah untuk setia dan sukarela bersama tuhan. Memang betullah firman Allah:

”maa ja’alalah lirajulun fi qalbain min jaufih...”..tiada Allah jadikan di dalam hati seseorang manusia itu dengan dua perkara.



Manusia tak pernah merasa puas. Akan cinta. Dan akan segala benda-benda lainnya.

Read More..

Saturday 18 August 2007

Senyumlah wahai Da'ie




Serasanya isu ini pernah diutarakan dan didiskusikan oleh seorang akhawat, dari UIAM, dengan tema yang hampir sama, menyetuh isu yang secara realitinya berlaku dan semakin lama menjadi fenomena tidak sihat menjalar dan menular di kalangan pendokong da’wah, biar apa pun latar belakang gerakannya.

Satu yang menarik, manifestasi daripada reality yang berlaku, pernah seorang pensyarah jabatan pengajian umum universiti mengungkapkan, walaupun dalam nada dan nuasa bergurau, tetapi mendalam dan tajam, menyentuh isu golongan the so-called da’ei yang seolah mewujudkan suatu tabir, tembok besar china antara mereka dengan masyarakat umum….kata lecturer tu seolah-olah: “kami ni ahli syurga, kamu tu ahli neraka…”. Kelas pun ketawa berderai. Dalam gelak ketawa tu, saya terkenang dan merenung dengan sedikit mendalam kata-katanya, yang sesekali benar, bahkan tepat, mungkin juga tidak menyeluruh, tetapi wujud.

Inilah manifestasi sikap dan mentality kita, yang sering mendakwa membawa da’wah dan mendokong da’wah, tetapi di atas semua claim tu...mereka seolah telah bangun mendabik dada...dan serasa telah selangkah ke dalam syurga frdausi yang dijanjikan Allah. Maaf saya menyetuh ini….seolah ada sebahagian dari golongan ini, yang menyangka dengan mereka ‘commit’ dengan activism da’wah yang dicanang-canang….diheboh kecoh, nampak sangat sibuk dan penatnya mereka satu atau bahkan berganda-ganda lebih tinggi standardnya berbanding orang lain. Dan ini telah mempengaruhi sikap mereka terhadap orang-orang lain khususnya golongan yang dikira dan telah siap dicop sebagai ahli neraka. Jangan terkejut, fehaman ini masih lagi berlegar, walaupun cuba dinafikan secara prinsipnya, tapi amal dan reaksi kita masih jelas kelihatan.

Kita judgemental. Kita mudah dan pantas mengahlinerakakan dan mengahlisyurgakan sesiapa yang kita rasa patut, berdasarkan standard mata kasar kita....dan fahaman kita. Dan sering terjadi sehingga terbawa-bawa kepada cara kita menangani dan bermuamalah dengan ’ahli neraka itu’. Sedangkan jelas dan sangat jelas bahawa, dengan sebab ’ahli neraka’ itulah sebab untuk golongan yang claim kata bawa dan dokong da’wah untuk masuk ke syurga. Apa mereka lupa ke hakikat tu.

Tolonglah, senyumlah dan tunjukkan sikap yang benar-benar ikhlas, bermuamalah dengan golongan yang mana anda telah mengecopnya sebagai ahli neraka dengan suci hati dan terbuka. Jangan ada persepsi awal yang berburuk sangka...dengan mengatakan yang dia ni dah tak da harapan....dia tuh dah tak boleh diselamatkan. Ini tidak dengan persepsi awal kita tuh....kita tunjukkan dengan riak wajah, air muka yang tidak positif, mendengus2......seolah seseorang itu dah putus harapan untuk masuk dan dibimbing ke syurga..........seolah dia telah memainkan peranan tuhan di situ, nauzubillah min zalik.

Dengan commitnya seseorang dengan da’wah seperti yang diclaimnya dan sebahagian dari kita, sebenarnya dia memikul amanah, dan di atas amanah itu, dia mesti jelas bahawa sebab dia untuk mendapat ganjaran afdalah dengan ’ahli neraka’ tadi. Tidak ada level apa pun yang lebih di sisi tuhan....kita sama sahaja....paling jauh yang kita dapat pergi ialah...diakui oleh Allah untuk jadi hambaNya. Dan yang pasti ’ahli neraka’ tu pun boleh sampai ke tahap hamba Allah. Dan dengan mind set dan kefahaman yang jelas itu yang menjadikannya bertindak dengan penuh hikmah dan sedar tiada tindakan yang boleh berikan kepada ’ahli neraka’ini melainkan hak sebagai seorang manusia-senyumlah, bergaullah, berbicara secara manusiawi dengan sesiapa sahaja.

Namun sebagai perbincangan dan rakaman lanjut warna warna kehidupan, situasinya menjadi semakin parah apabila sikap dan gerak laku oleh sebahagian daripada pendokong da’wah ini yang bertambah cebik muka, serius tak tentu pasal, tegas bukan main terutama bila ’bertembung’ dengan anggota da’wah dari organisasi lain. Dahlah disebabkan berbeza orientasi, malah bertindak lebih jauh untuk menunjukkan bahawa manhaj, orientasinya adalah yang paling betul...sehingga tiada masa untuk bermanis muka. Nah, macam mana sekarang? Kenapa tak percaya....well terpulang. Ini bukan cerita baru. Ini cerita dah lama dah....

Masalahnya di mana. Bukan tak da yang berbsik, dan bersapa-sapaan, bertegur dan bermesra, namun tanpa bersikap prejudis, segalanya seolah dibuat-buat. Tidak jelas ikhlasnya.....saya menafsir dari luar saja...tiada pula saya tau yang dalam hati. Tapi at least apa yang ada dalam benak hati, pasti akan terpancar di wajah. Di riak muka. So sekali lagi di mana silapnya? Mungkin kalau ada yang pernah mengikuti perbincangan saya mengenai ummah centric dan golongan tengah, jawapannya, menurut firasat dan perhitungan saya ada di dalam penulisan itu.

Lebih dari itu, kita faham sendirilah ye. Saya pun agak malas pada asalnya untuk kembali membawa isu yang tak begitu membina ini, tapi sepanjang seminggu lepas, rakan saya asyik dok mengomel dan bercerita tentang isu tu...jadi sekadar untuk sekali lagi mengangkat isu ni, moga2 yang terlepas pandang tu...agak boleh menilai dan menimbang relevan isu ini.

Apa yang penting, terutama dalam tempoh2 terdekat sebelum pilihanraya kampus yang bakal dilangsungkan di seleuruh institusi pendidikan tinggi awam seluruh negara, semua pihak tidak harus sekadar bermuka manis sepanjang tempoh berkempen, sebalik jujurlah terhadap diri sendiri.

Semoga ada perubahan. Saya sekadar mengungkap. Kerja sama-sama.

Read More..

Friday 17 August 2007

Melayu oh Melayu....


"Saya nak, jika ada mana-mana lecturer yang tidak mengikut arahan ini, sila beritahu kepada ketua jabatan...atau mana-mana pegawai atasan...!" kata seorang ketua jabatan sewaktu kelas kami yang bermula jam sembilan lebih itu berlangsung.

"Tapi dr., bukankah itu nantinya dinamakan derhaka pada guru....?" celah seorang pelajar yang kebetulan duduk betul-betul di penjuru kelas itu.

Saya yang berada di sebelah kanan kelas ketika itu, menoleh...memandang agak terkejut dengan ungkapan yang baru sebentar tadi saya dengari. Lalu dengan penuh kehairanan saya memandang teman yang disebelah.
dia menjawab dengan sinis: "Melayu....". saya menghela nafas, tanda pasrah.

itu antara pengalaman menarik minggu lalu di kelas, sewktu menghadiri kuliah pengajian jurusan undang-undang. Saya lantas mengambil keputusan untuk berkongsi pengalaman ini, bersama rakan-rakan lain.

Ini, saya kira adalah outcome...manifestasi lebih tepatnya cara fikir orang melayu. sedih dan kecewa...kalau perasan itu sepatutnya tepat...mengenai jawapan yang saya kira tulus murni dari hati pengungkapnya. Hakikatnya itulah yang menggambarkan keadaan sebenar orang-orang melayu....khususnya di negara ini...

ini bukan soal dasar dan prinsip yang seharusnya dimiliki oleh orang melayu.,tapi memang terjadi dan berlaku dalam masyarakat kita. saya sendiri tidak dapat menggambarkan bagaimana pemikiran pelajar tadi boleh sampai ke situ....yang pasti didikan dan cara fikirnya mestilah sebegitu. saya tidak ingin jadi sinikal. saya serius membincangkan suatu fenomena yang melanda masyarakat melayu yang dicanang supaya mengambil peluang membanguankan ekonomi diri dan engara.

saya juga bukan ultra melayu...chauvinis melayu....bukan saya sandarkan pada harapan bangsa yang tak tercapaikan atas sebab sikap bangsa itu sendiri.

itu...cerita itu adalah gambaran mengapa sebahagian masyarakat melayu masih tidak dapat bergerak secara progresif membangun dan memajukan diri.
lihat sahaja pelbagai bidang lain yang mencengkam masyarakat kita sehingga kita tak ke mana-mana.

Situtasi di atas menggambarkan kepatuhan secara melulu, tanpa dasar dan prinsip bahawa yang salah harus dibawa dan diadili secara saksama, alasannya takut menderhaka...saya tak tau atas apa dia sandarkan fahaman ini sedangkan 1400 tahun dulu, dengan jelas khalifah umar telah dipersoalkan tindakan dan keputusannya secara terbuka oleh rakyatnya, sehingga dia pun menarik balik keputusannya itu. tapi sebaliknya yang berlaku, masyarakat kita, terus terusan membiarkan kesalahan dan kesilapan yang mungkin sengaja atau tidak disengajakan atas alasan takut menderhaka...walaupun ianya menzalimi dirinya sendiri.

Situasi lain yang menarik perhatian saya, bilamana berlakunya kemalangan dan nahas jalanraya, malah apa sahaja insiden yang menimpa sesebuah keluarga pasti kita akan mendapati di dada-dada akhbar, kenyataan wakil keluarga yang menerima kemalangan yang berlaku sebagai takdir ilahi dan mereka menerimanya dengan redha dan pasrah. Itu adalah kenyataan dari seorang hamba tuhan yang sangat patuh dan mengimani taqdir ilahi, tidak dinafikan sama sekali.

namun yang menjadi masalah dek kerana disebabkan ianya merupakan takdir ilahi langsung tiada tindakan yang bersifat konkrit untuk membawa mereka yang terlibat....culprit yang mendasari kemalangan musibah itu ke muka pengadilan....sekali lagi atas sikap redha dengan ketentuan ilahi..........saya tak nafikan ketentuan ilahi....itu rabbani prediction........tapi sebagai manusia yang rasional...bersifat matang,....dan memikirkan maslahah ummah........ketentuan ilahi adalah satu hal, membawa penjenayah atau orang yang bettanggungjawab untuk memikul kesalahannya adalah sisi yang lain....dan harus diberikan hak yang sama seperti seseorang menerima takdir ilahi............tapi sayang ini yang berlaku dalam masyarakat kita. Apa boleh buat....

selain itu, sikap pendendam dan dengki dengan kejayaan rakan seangkatan dengannya telah menjadi darah daging orang melayu. pantang nampak orang lain maju sikit, dia dah siap cari bomoh nak menyekat kemajuan dan kejayaan orang lain. sakit hati tengok orang lain berjaya. dia tak dapat takpe...asalkan orang lain tak menikmatinya ...dan dia seronok tengok orang lain merana kerana terlepas suatu rezeki dari Allah. hubungan baik dengan pawang, bomoh dan seangkatan dengannya memang tak dapat dinafikan lagi......memang akrab...semuanya untuk pastikan orang lain tak lebih dari dia. At least, pernah sekali saya bergurau dengan teman,...kalau nak bomoh nak pawang pun....tuh pergi bomoh kat team brazil bila deorang lawan malaysia...atau bomohkan saja...pasukan yang lawan malaysia...supaya menang piala asia ke piala dunia ke.............kenapa pulak tak buat gitu......(sekadar bergurau tak tidak berniat untuk menggalakkan perbuatan yang pastinya bercanggah dengan aqidah murni Islam)...ini tidak, yang dibomohnya itu adalah rakan peniaga goreng pisang disebelah....yang sama-sama berniaga kat pasar malam hari sabtu....alahai bangsaku...sedih2...

dan yang paling penting dari segala di atas ialah melayu memang pasti tidak dapat dipisahkan dari 3 perkara...tahyul, seks dan gosip.........dah lah malas membaca satu....yang berminat membaca pulak benda2 mengarut yang tak membina jiwa dan minda langsung........tengok sajalah longgokkan dan lambakan majalah berunsurkan 3 perkara ni.........tak payah nak namakan......daripada yang arus perdana...sehinggalah underground....masyarakat kita pasti akan cari benda ni....tak kiralah mereka ada kat dalam atau luar negara......

pantang ada benda yang nampak lain sikit.....dah masuk surat khabar....ada gambar hantu kat belakang bomoh sewaktu mengubati pesakitnya....lebih dari tu...bila buat pameran kat muzium tentang hantu...berduyun-duyn orang datang nak tengok.........tah apa yang nak ditengoknya pun tatau la.....

yang lelaki dan pompuan yang sibuk dengan meningkatkan prestasi mereka...dok tengok proiduk terkini di pasaran.........untuk kuat tenaga, teknik, tambah tenaga...macam2........pening aku.....

dan bila time gosip...tambah2 dengan kemudahan internet yang semakin canggih manggih....bertambah cepatlah maklumat gosip tersebar........puih dari makcik2 kat kampung sampai pegawai2 atasan kat jabatan2 kerajaan tau...artis ni kene tangkap khalwat...tu dah bercerai..ni kawin kat siam.....semua yang buruk2.........yang baik2 tak pernah disebut pulak.....

lagi satu kalau terima sesuatu berita terus percaya.........tak nak selidik langsun...dah lah bahan bacaan terhad....tu je sumber yang ada....dah terus percaya, jadi keyakinan dan sampaikan pada orang lain........

hai ....melayu oh melayu....]
bangsa lain dah maju...kita masih kat sini...lepas tu marah bila English dijadikan bahasa pengatara untuk pendidkan, kita marah dan katakan yang jepun dengan bahasa sendiri pun boleh maju kenapa kita tak pakai bahasa sendiri.........
hoi cik abang...jepun maju bukanlah sepenuhnya sebab diorang guna bahasa sendiri....itu sebab sikap dan mentaliti mereka...yang kita ni kalau sikap dan perangai macam ni....guna bahasa apa pun takkan maju......

maaflah saya bukan yang jenis suka mengata dan memperlekeh bangsa sendiri.....bagi saya kalau seseorang itu bersikap cemerlang, gemilang terbilang...bangsa apa pun ia, dari mana pun ia...ia akan terus cemerlang....tapi kalau sikapnya malas, kebelakang, dan pasif........alamat kat situ jugak lah dia....
sama2 pikirkan..........

Read More..

Kisah di suatu malam....


Ini pesanan untuk seorang teman lama.

Bila hati sudah terikat, memang susah untuk melupakan kisah-kisah bersama. Yalah suka duka yang telah dilalui bersama. Kadang-kadang rasa macam tak percaya, dalam sekelip mata, perkara yang kita tidak ingini berlaku.



Percayalah. segala yang berlaku adalah ketentuan Allah. dan perlu diingat ada sisi manusiawi dalam setiap keputusan yang dibuat. dibuat atas pertimbangan dan kewajaran yang rasional.



segala pengalaman yang bersama, tak kiralah sesentimental mana pun ia, at one point, pastinya ada titik pemisah yang akhirnya, saya fikir adalah untuk kebaikan bersama. dan tentunya ada sentuhan rabbani di situ.



semalam, pengalaman yang cukup mengharukan. kesediaan mendengar keluhan seorang 'rakan', dan tentunya mulus hatinya...suci niatnya...dengan penuh rendah hati berkongsi perasaan mengenai 'perpisahan'.



Ya tentunya perpisahan jenis apa?.....tentunya perpisahan jenis hati...dek kerana telah mengikat bersama hati itu, lantas terjadinya perpisahan itu...menyebabkan dia rasa terkilan....tergambar ...jatuh bersama juraian air mata.



bukan kemana-mana....ada juga di depan mata. cuma mereka tak lagi bersama...dan keputusan itu dibuat atas dasar pegangan dan dasar...prinsip yang dibuat oleh masing-masing.



malam semalam juga merakamkan...peristiwa berkongsi rasa hati...mengenai keputusan kawan-kawan yang memilih untuk tak lagi bersama dengannya........lalu saya berkata...



setiap keputusan yang dibuat datang dengan tanggungjawab...dan kita mesti menghormati keputusan masing-masing yang dibuat atas dasar prinsip dan pegangan.....



terus terang saya katakan............biarkanlah air mata itu jatuh berderai...kerana ia datang dari hati nurani yang bersih suci...tapi apa pun keputusan yang dibuat...itu pilihan mereka....


teruskan perhubungan sedia ada............sebab yang pasti dalam setiap keputusan adanya sisi humanity..manusiawi...dan ada pula sisi rabbani....divinity.


kita tak punya kuasa dalam membentuk hati manusia.


kalau nak dihitungkan dan diperkirakan kisah 'cinta' dan 'kasih sayang' (lillah)...pastinya anda akan terpegun mendengar kisah cinta antara dua sahabat yang saya kita sangat klasik.....agung sekali...........yang sehingga saat perpisahan terpaksa diungkapkan......nah deraian air mata tak dapat menandingi rintihan air mata hati........yang pastinya sangat dalam dan pedih.........



kisah seorang sahabat baik saya yang atas dasar prinsipnya terpaksa mengucapkan salam perpisahan dengan temannya..........yang selama ini berkongsi suka duka bersama....dalam suasana yang cukup menghibakan....


dan pertemuan-pertemuan yang berlangsung selepas itu.....cukup sentimental....jangankan terpandang wajahnya...menyebutkan namanya sahaja sudah menyebabkan rintihan dan juraian air mata..........



tapi inilah warna-warna kehidupan. setiap keputusan yang diambil, datang dengan pertanggungjawaban. biarkan ianya berlaku. hidup mesti diteruskan. teruskan amal-amal kita.

humanity prediction hanya sekadar di tahap perancangan, bila samapai kepada outcome itu biarkan rabbani prediction yang menjalankan tugas. ini ikatan hati. sahabatku. ini pesanan untukmu.



dan ingatlah. ini dari saya. yang pasti, keputusan yang di atas, adalah keputusan individu, tidak ada sentuhan agahan atau tarikan sapa-sapa....bersih atas akal yang rasional....percayalah...tidak ada unsur-unsur dari busuk dan buruknya hati....



sahabatku.....

sekalah air matamu. seka air mata hati mu.

Read More..

Monday 13 August 2007

Semangat Juang


Ini semangat juang
Yang kita tanam
Dalm diri, subur.

Tumbuh ia kukuh
Akarnya teguh
Semangat juang kental.

Tak ada undur di sini
Undur lunturkan yakin
Luntur yakin longgarkan wibawa.

Semangat juang ini
Yang kita tanam
Suburlah dalam diri.

Lim Swee Tin
(Kumpulan Sajak Patriotisme
Cakerawala Kemerdekaan)

Read More..

Surat dari Israel (dahulunya Palestina)









Di sini
Tidak lagi jelas
Orang-orang palestinakan yang melempar batu
Atau
Batu yang mencari orang Palestina untuk dilemparkan
Bukankah batu adalah juga bagian dari tanah yang dirampas?




Di sini
Ada yang jelas
Ada raga yang dikuburkan bersama nyawa
Ada yang mati sebelum dilahirkan
Bukankah manusia sudah hidup di dalam rahim sebelum
Dilahirkan?



Dan saksikan…
Saksikan
Ibu-ibu, nenek-nenek, kakek gaek
Ada naka-anak
Ada batu yang dilemparkan
Di luar sana
Orang-orang berbicara tentang hak
Dengan memberikan yang bukan haknya
Kepada yang tidak berhak
Membagi yang bukan miliknya
Kepada yang bukan pemiliknya
Dan orang-orang Palestina
Mencari haknya di tengah-tengah teriakan tentang hak-hak

Di sini
Orang Palestina yang tuan rumah
Kini menjadi tamu yang tak diinginkan
Yahudi yang terusir di luar sana
Kini Yahudi yang mengusir
Di sini

Dan saksikan…
Saksikan
Ibu-ibu, nenek-nenek, kakek gaek
Ada anak-anak
Ada batu yang dilemparkan

Di Yerusalem
Ibrahim, Luth, Ismail, Musa, Harun, Yusya’
Daud, Sulaiman, Zakariya, Yahya, Ishaq, Ya’qub
Mengambil hak-hak orang lemah dari yang kuat
Menghantam penindas

Mengangkat martabat
Ada semangat sepanjang masa
Pada tiap zaman
Ada ghirah setiap umat
Pada tiap tempat
Ada bara yang tidak padam

Dan saksikan…
Saksikan
Ibu-ibu, nenek-nenek, kakek gaek
Ada anak-anak
Ada batu yang dilemparkan

Di Yerusalem
Tanah para nabi dan rasul
Ada nabi yang dibantai
Ada manusia yang dinistakan
Ada agama yang dihinakan

Dan saksikan…
Saksikan
Ibu-ibu, nenek-nenek, kakek gaek
Ada anak-anak
Ada batu yang dilemparkan

Ambil bara dan jangan matikan dengan air mata
Tiup dengan napas
Panaskan jiwa
Kobarkan nyali
Besi terbentuk oleh bara


Dan saksikan…
Saksikan
Ibu-ibu, nenek-nenek, kakek gaek
Ada anak-anak
Ada batu yang dilemparkan

Tidak lagi penting apakah batu mampu melawan peluru
Tidak lagi terpikirkan apakah orang-orang Yahudi belajar dari
Crematorium Nazi atau tidak
Tidak ada lagi rasa takut bahkan bila Palestina berubah
Menjadi crematorium Israel
Yang kami takutkan
Adalah saat di mana tulang-tulang kami
Abu kami
Menangis sedih dan memaki menyalahkan
Melihat seorang dari Nigeria atau serombongan dari Indonesia
Pada satu waktu yang mungkin tidak jauh
Berdiri di Bukit Zaitun

Dan menunjuk;
Di sana dulunya Masjidilaqsa
Di sana dulunya Qabbatussakhrah

Dan kita semua pernah mengagumi kemegahannya

Bukit Zaitun, 1991
(dipetik dari Makelar Dongeng Holocaust: Catatan Perjalanan dari dalam Israel oleh Rakhmat Zaenal)

Read More..

Salam Cinta dari Beirut ke Istanbul





Bisikkanlah pada
angin
Bisikkanlah pada
pohon nan hijau
Bisikkanlah pada
Gunung
ganang
bukit
bukau
bisikkanlah pada
laut
dan
ombak.
Bisikkan pada semuanya.
Semuanya pada bisikkan.



Sungguh.
Tiada makna
pada birunya
langit
pada sentosanya
bumi
pada damainya
suasana
pada nyamannya
udara
pada segarnya
pepohon

melambai

dari kejauhan

penuh makna

tiada makna

makna tiada.


Dan
Antara lesu dan lengang
Tiba-tiba
dipenuhi
ruang yang terisikan
dengan bisik-bisik
dan suara rintih
dalam
tapi sayup-sayup
pada menyampaikan
salam
cinta
dari dalam kamar
kamar jiwa
rindu sang pencinta
pencinta sang rindu.


melayangkan sepucuk surat
menyampaikan
salam cinta
nun jauh
dari
daratan
di tepian lautan
bumi nan bergoncang
Beirut.


Bahawa;
dalam cinta
Menuntut pengorbanan
Kesetiaan
Kesabaran
Ketaatan
Kepatuhan
ke
Keluhuran
Keteguhan
Kesucian
Ketulusan
Pengorbanan menuntut
Cinta dalam.


Bahawa;
cinta hakiki
Cinta suci
Dari hati
Diikat
Pada cinta
Yang
tak mengharapkan
cinta
pada batasnya
cinta itu murnilah
murnilah cinta itu.

Bahawa;
Tiada kasih-kasihan itu mulus
Jika
Tiada diikat
Pada kasih
Yang tak menagihkan
Kasih
Pada melanggar batasnya
Kasih itu pudar dan malap
Malap dan pudar itu kasih.

Menemui
kekasih sejati
hati dan nurani
jiwa nan lara
larut dalam cinta
isyq dan fana
melutut dan menadah
sentiasa
pada
Yang Tiada Ganti
Cinta sang perindu
Perindu sang cinta.

Di kota kemegahan
Keangkuhan
Kemasyhuran
Idam-idaman
Nama dan sebutan
Sabda Baginda
Cerita luka lama
Istanbul.

Terimalah.
Salam cinta dari Beirut ke Istanbul.

Muhammad Aiman Mohamad Salmi.
Catatan pengalaman
Perjalanan ke Kota Istanbul dan Beirut.

Read More..

Niat yang Ikhlas



(Diriwayatkan bahawa sekelompok orang diadili di Hari Akhir) Kelompok yang paling pertama diadili pada hari kiamat adalah seseorang yang mati syahid. Ia dihadirkan, lalu diperlihatkan kepadanya nikmat dan ia mengenalnya.Allah bertanya kepadanya, “Amal apa yang kau lakukan sehingga kamua akan mendapat semua nikmat itu?” “Aku berperang karenaMu sehingga aku mati syahid.”Allah berkata, “Engkau bohong. Kamu perang agar kamu dikatakan pemberani dan semua itu telah terjadi.” Lalu ditarik mukanya oleh malaikat dan dilemparkan ke dalam neraka.Yang kedua adalah seorang yang belajar dan mengajarkan ilmu serta membaca Qur’an. Ia dihadirkan dan diperlihatkan kepadanya berbagai nikmat dan dia mengenalinya.Allah bertanya, “Amal apa yang kau lakukan sehingga kamu akan mendapat nikmat yang begitu banyak?”Ia menjawab, “Aku belajar ilmu dan mengajarkannya, juga membaca Qur’an karena Mu.”Allah berkata, “Engkau bohong. Kamu lakukan semua itu karena ingin disebut Qori`, dan semua itu telah terjadi.” Lalu Allah menyuruh malaikat untuk menyeretnya dan melemparkannya ke dalam neraka.Yang ketiga adalah seorang yang diberikan harta kekayaan yang banyak, lalu dihadirkan dan diperlihatkan kepadanya nikmat yang banyak sanmpai ia mengenalinya.Allah bertanya, “Amal apa yang kamu kerjakan sehingga kamu akan mendapatkan semua nikmat itu?”Ia menjawab, “Tidak ada peluang untuk berinfak yang Kau ridhoi kecuali aku berinfak di jalanMu.”Allah berkata, “Engkau bohong. Kamu lakukan semua itu karena ingin disebut dermawan, dan semua itu telah terjadi.”Lalu Allah menyuruh malaikat untuk menyeretnya dan melempar-kannya kedalam neraka” (HR. Muslim)

Read More..

Amal yang baik





Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., dia berkata: RasuluLlah saw. bersabda: "Siapa di antara kalian berpuasa pada hari ini?" Abu Bakar berkata: "Saya." "Lalu siapa yang ikut mengantar jenazah?" tanya RasuluLlah saw. Abu Bakar menjawab: "Saya." "Siapa yang hari ini memberi makan orang miskin?" tanya RasuluLlah saw. Abu Bakar menjawab: "Saya." "Lalu siapa yang hari ini menjenguk orang sakit?" tanya Nabi saw. Abu Bakar menjawab: "saya." RasuluLlah saw. bersabda: "Tidaklah semua perkara yang saya sebutkan tadi ada pada satu orang kecuali orang itu akan masuk surga."

Read More..

Masyarakat kita dah hilang budi bahasa..?



“Hoi!! Kamu! ha kamu nak pegi mana tu! Mari sini! Kenapa kamu masuk ikut sini! Ini kawasan larangan. Kalau nak masuk, lapor dulu kat kaunter ni!!”. Inilah respon yang saya dapat tempoh hari ketika berkunjung ke premis Percetakan Nasional Malaysia Berhad terletak kat Jalan Chan Sow Lin, ketika ditegur oleh seorang pengawal keselamatan kerana telah memasuki kawasan larangan. Niat saya ketika itu bukanlah untuk melawat kilang tersebut, tetapi berkunjung ke Kedai menjual bukunya sahaja, yang memang terletak berdekatan kawasan itu. Bukan saya tidak mahu melapor diri di kaunter, tetapi kesilapan saya ialah kerana salah masuk entrance.

Tanpa niat untuk memanjangkan perbicaraan, saya pun terus meminta maaf dan terus berlalu menuju ke destinasi yang ingin dituju. Seketika kemudian sambil membelek-belek buku di kedai tersebut saya termenung panjang terkenangkan satu lagi peristiwa sebelumnya ketika dalam perjalanan ke sini, di mana saya telah sedikit tersilap langkah kerana menghalang perjalanan sebuah ambulans yang sedang dari bandaraya menuju ke arah selatan. Bukanlah saya ni tergolong dalam pemandu yang tidak cekap, tetapi mungkin hari tu saya terasa nak cepat ke sana, sehingga terlalai perkara-perkara lain. Tapi yang membuatkan saya merenung panjang ialah sikap co-pilotnya, yang dengan muka dan reaksi yang seolah tak puas hati dan melihat-lihat nombor plate saya beberapa kali. Saya telah pun mengangkat tangan seolah meminta maaf, namun itu seolah tak menarik perhatiannya. Dalam kedua-dua kes, saya mengakui kesalahan saya, tapi setelah panjang saya fikir tindakan orang tadi adalah sangat tidak bepatutan dan berlebihan seolah-olah kita tidak ada cara yang baik untuk menegur kesalahan orang lain. Kawan saya menyampuk,” alah biasalah orang KL…”.

“Ooh…macam tu ke cara orang yang dah civilized menegur orang lain. Kalau macam tu, kesianlah kat kerajaan yang dah penat menganjurkan pelbagai kempen di sana sini untuk mengingatkan kembali orang ramai tentang adab sopan dan tatasusila. Ada seorang kawan pernah memberitahu saya, “ Aiman, sekarang orang dah tak de budi bahasa, tambah-tambah lagi kat pejabat-pejabat kerajaan. Diorang ingat orang ramai beratur panjang dan semua mengaharapkan bantuan dia…so dia bolehlah action dan berlagak….dah lah tak senyum, buat nak marah-marah kat orang ramai pulak”. Mungkin ada benarnya dan mungkin juga tidak. Namun melihatkan usaha kerajaan yang tiba-tiba nak buat kempen budi bahasa dan khususnya seruan PM kepada kakitangan awam supaya lebih banyak seyum menunjukkan kepada kita, sebahagian, (saya pasti tidak semua, bahkan kakitangan awam yang telah bekerja keras dan bertungkus lumus serta berdedikasi masih wujud di jabatan-jabatan kerajaan) daripadanya bersikap sedemikian kepada para pelanggan.

“Habis tu kalau ada yang senyum dan bercakap dengan lembut tu…buat-buatlah ?” Tanya saya dalam hati. Mungkin pendekatan syarikat-syarikat swasta khususnya yang sentiasa nampak marketing strategy penting telah mengorak langkah memastikan setiap pekerja mereka mempamirkan pendekatan mesra dan lemah lembut, dan para pekerja mematuhi arahan itu dengan kefahaman bahawa kekurangan pelanggan akan menyebabkan mereka dibuang kerja. Sebaliknya keadaan itu tak wujud di jabatan-jabatan kerajaan…secara umumnyalah. Kerja mereka dan gaji mereka terjamin (saya tidak pula berniat menyinggung para pekerja yang berdedikasi dan ikhlas dalam kerja mereka…ni untuk yang selain dari mereka).

Sekali lagi, saya teringat kata-kata Imam Al-Ghazali di dalam tulisannya Ihya Ulumiddin tentang akhlaq. Antara intipatinya ialah bahawa akhlaq bukanlah buah-buah yang terhasil dengan sendiri, yang dengan sekelip mata menghasil hasil yang manis, ranum dan sedap tanpa baja yang baik dan siraman air yang mencukupi. Sekiranya sepohon pokok itu mendapat kedua-dua bahan dengan baik, maka buah yang terhasil akan dengan sendirinya baik dan elok. Begitu juga akhlaq. Ia bukanlah sesuatu yang dibuat-buat. Sekiranya asas pendidikan dan kebiasaan akhlaq adalah benda yang akan terzahir dengan sendiri tanpa perlu berfikir. Contohnya, kalau seseorang bersin, automatic dia akan bertahmid..alhamdulillah. Kalau tersalah cakap cepat-cepat minta maaf.

Saya cukup terkesan dengan sifat dan akhlaq masyarakat arab khususnya (yang sempat saya temui), sepanjang kesempatan saya berada di Dimasyq, ibukota Republik Arab Syria, dan sebelum itu di Sana’a, bandaraya Republik Yemen. Mayarakat di sana seolah-olah telah sebati dan terbiasa untuk sentiasa mengucapkan kata-kata kemaafan dan doa kepada rakan-rakan, malah orang asing sekali pun. Ketika bertemu adalah menjadi kebiasaan mereka mengucapkan kalimah ‘ahleen (ahlan wa sahlan dalam loghat dan lahjah orang syam)….“Allah yu’tikal ‘afiah’…contohnya sentiasa menjadi kebiasaan mereka sebelum bertanya sesuatu kepada seseorang. Malah doa ucapan ketika mereka berpisah juga pelbagai, panjang dan terasa tenang dan lapang apabila mereka mengungkapkan sedemikian. “Tambahan yang saya cukup suka mendengar ucapan ‘allah zawwajta bikra…semoga allah mengahwinkan kamu dengan anak dara.

Apa pun kalimah yang keluar, ia cukup menggambarkan budaya mereka yang masih tebal dengan budi bahasa dan tatasusila (walaupun dalam perkara-perkara lain mereka nampak belum civilized kot…hehehhe..). Fikiran saya yang sedari tadi mengelamun tersentak…dan saya terus membayar harga buku yang dibeli dan terus berlalu.

Saya terfikir setelah membandingkan kedua-dua pengalaman yang dilalui, mungkinkah kita dapat membantu menyahut saranan kerajaan bagi menggalakkan dan menyemarakkan kempen budi bahasa yang telah lama dilancarkan……kalaulah ini hasilnya? Kita nak cari di mana silapnya, kalau ia satu kesilapan…atau macam mana nak suit kan diri ke dalam budaya sebegitu, kalau ia merupakan satu cara hidup masyarakat Bandar sekarang…(saya pun orang Bandar jugak…)

Read More..

Berfikir secara moderat


Oleh: Haris Satriawan

Dalam sebuah kisah, seorang pemburu berangkat ke hutan dengan membawa busur dan tombak. Dalam hatinya dia berkhayal dan berangan-angan untuk membawa pulang hasil buruan yang paling besar, iaitu seekor rusa. Kaedah berburunya pun tidak menggunakan anjing pelacak atau jaring penjerat, tetapi menunggu di balik sebatang pokok yang memang sering dilalui oleh binatang-binatang buruan.

Tidak lama setelah dia menunggu, seekor kelawar besar kesiangan terbang hinggap di atas pokok kecil tepat di depan si pemburu. Dengan ayunan parang atau pukulan gagang tombaknya, kelelawar itu pasti bisa diperolehnya. Tetapi si pemburu berpikir, "untuk apa merepotkan diri dengan seekor kelelawar? Apakah artinya dia dibanding dengan seekor rusa besar yang saya incar?"

Tidak lama berselang, seekor kancil lewat. Kancil itu sempat berhenti di depannya bahkan menjilat-jilat ujung tombaknya tetapi ia berpikir, "Ah, hanya seekor kancil, nanti malah tidak ada yang makan, sia-sia." Agak lama pemburu menunggu. Tiba-tiba terdengar langkah-langkah kaki binatang mendekat, pemburupun mulai siaga penuh,tetapi ternyata, ah... kijang. Ia pun membiarkannya berlalu. Lama sudah ia menunggu, tetapi tidak ada rusa yang lewat, sehingga ia tertidur.

Baru setelah hari sudah sore, rusa yang ditunggu lewat. Rusa itu sempat berhenti di depan pemburu, tetapi ia sedang tertidur. Ketika rusa itu hampir menginjaknya, ia kaget. Spontan ia berteriak, Rusa!!!" sehingga rusanya pun kaget dan lari terbirit-birit sebelum sang pemburu menombaknya. Alhasil ia pulang tanpa membawa apa-apa.

Banyak orang yang mempunyai idealisme terlalu besar untuk memperoleh sesuatu yang diinginkannya. Ia berpikir yang tinggi-tinggi dan bicaranya pun terkadang sulit dipahami. Tawaran dan kesempatan-kesempatan kecil dilewati begitu saja, tanpa pernah berpikir bahwa mungkin di dalamnya ia memperoleh sesuatu yang berharga. Tidak jarang orang orang seperti itu menelan pil pahit karena akhirnya tidak mendapatkan apa-apa.

Demikian juga dengan seseorang yang mengidamkan pasangan hidup, yang mengharapkan seorang gadis cantik atau perjaka tampan yang alim, baik, pintar dan sempurna lahir dan batin, harus puas dengan tidak menemukan siapa-siapa.

Read More..

Akankah engkau berkata


Akankah engkau berkata
Dengan lidah setia
Dengan rela hati
Disinilah pusaka milikku
Pusaka milikku di sinilah.

Akankah engkau berkata
Tanpa sezarah sangsi
Tanpa secalit ragu
Akulah bernama wargamu
Bernama wargamu akulah.

Khabarkanlah khabarkan
Siapakah lagi
Berani ke muka
Menabur nista
Ini nusa
Kalau bukan milik kita
Milik siapa.

Khabarkanlah khabarkan
Siapakah lagi
sanggup melebur
ukir sejarah
ini nusa
kalau bukan warisan kita
warisan siapa.
Akankah berkata engkau
Dalam sentosa walau
Dalam sengsara walau
Di sinilah tumpah darahku
Tumpah darahku di sinilah.


Lim Swee Tin
(Kumpulan Sajak Patriotisme
Cakerawala Kemerdekaan)

Read More..

Selamat Menyambut Ulang tahun Kemerdekaan Negara ke 50

Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan negara kita yang ke 50. Apa pun angka yang di capai untuk tahun-tahun mendatang ia sebenar menguji kematangan dan usaha kita yang bersungguh-sungguh untuk mempertahankan kemerdekaan yang dicapai serta memenuhi makna kemerdekaan itu.
semoga bertambah makmur negar tercinta ini.

salam

Read More..

Thursday 2 August 2007

Jiwa Merdeka


Di atas robohan kota Melaka,
Kita bangunkan jiwa merdeka,
Bersatulah Melayu seluruh baka,
Membela hak keadilan pusaka.

Dr. Burhanuddin Al-Helmi

Read More..

Mencari Tuhan




ku dedikasikan sajak ini buat mereka yang masih mencari cahaya..



Mencari Tuhan
Luas saujana mata memandang
Bumi menghijau subur di kejauhan
Dengan rasa syukur melangkah
Menjejakkan kaki
Nada ikhlas menyambut
KehadiranPemuda mencari tuhan

Segalanya ada di sini
Bagi yang mencari
makna kalimah zuhud
makna kalimah hubb
makna kalimah tawadhu’
makna kalimah tasawuf
makna kalimah tawakkal
makna kalimah zikr
ilahi anta maqsudi wa ridhaka matlubi


Lalu pertanyaan muncul,
Di mana cahaya itu?
Cahaya nur dan fayd sayyidi syeikh yang diwar-warkan
Cahaya atas cahaya
"nur ala nur"
"Min shiddati addhuhur alkhifa’ "
(kerana terlampau cahaya itu, mmelupuskan cahaya sebenar)



Lalu di mana tuhan?
Di mana tuhan pada
Tawakkalnya manusia
Zuhudnya manusia
Tawadhu’nya manusia
Tasawufnya manusia
Pada yang Maha Agung
Atau yang menggagungkan yang Maha Agung
Atau hanya sekadarMencari jalan pintasKe Firdausi rabbi



Apakah ada jalan pintas ke sana?
"Innallahasytara minal mu’minin anfusahum wa amwalahum biannalahumul jannah"
"Ilahi anta maqsudi wa ridhaka matlubi"
Aku hadir dengan maksud
Memohon jalan menuju Mu
Jalan,tariqah sebenar
Pada mengesakan Engkau
Pada mencariMu, tuhan



Al-atqiyaa al-akhfiya ilallahi azza wa jalla
14/5/2007
Menzil, Turkiye Cumhuriyyet

Read More..

Kota Dua Harapan


I
di depanku terbentang luaslautan yang menjadi saksi
pertemuan dua benua
dua peradaban kemanusiaan
Anginnya dingin,lembut menyapa pipiku
halus membelai rambutku
pantas mendakap menyambut kehadiranku
biru airnya tenang
penuh makna tersembunyi
dan di sebalik kejernihan
dan ketenangan itu
cerita di sebalik cerita...
merakam peristiwa manusia
Dalam kilauan panorama malam nan indah
yang mengasyikkan
kerdipan bintang dan sinaran lampu
menyimbahi daratan dan lautan dan malam itu
seolah memainkan lagu cinta
dalamnya kasih pada Baginda
pada membenarkan suci kalimahnya
menerbitakan rasa syukur dari dalam jiwa
hadir menyaksikan bukti
risalahmu, kurnia ilahi

II
Kota pelbagai budaya
penuh warna warni bangsa-bangsa
yang berhimpun atas berbeza nama
asyik dalam khayalan yang direka-reka
Di sini dan di sinilah
di atas tanah yang harumnya aku sedut mekar
ke sanubari jiwaku
yang menyaksikan
kentalnya jiwa sang perwira
tekad dan perkasa
pada mencari jiwa raga
yang diulang
sebut sabda Baginda
(Lataftahannal Qastantiniyyah, fala ni'mal amir amiruha, wala ni'mal jaisy zalikal jaisy)
Apa lagi yang ahrus menjadi bukti
dalamnya kasih pada Rabb
selain membenarkan kalimah Al-Habib Al-Mustafa
Mehmet Al-Fatih Sultan
kau telah menghadap Pemilikmu dengan gelar itu...

III
Di sebalik hiruk pikuk kota halal haram
yang bercampur hitam-putihnhya
yang putih terpalitkan hitam
yang hitam mencari-cari sinar cahaya
dan masih adakah harapan akan cahaya yang dicari itu
bagi yang menagih dan mendamba
Antara masa silam dan dan masa mendatang
antara suka dan pada gemilang kota harapan ini
dan duka pada sisa tinggalan kota ini
yang didepanku
melahirkan sebuah kekecewaan
bakal berkuburnya gemilang Mehmet Al-Fatih Sultan
di tangan bangsanya
yang melupakan sejarah silam sendiri
Kiranya kau berada ditempat
kupasti kau mengerti
lantas kau mengira dan menghitung
berapa lama lagi Al-FAtih At-Thani
akan hadir mengembalikan Constantinople itu...

Muhammad Aiman Salmi

Read More..