Tuesday 29 April 2008

Hitam, putih, dan kelabu

Saya hanya berkesempatan untuk mencoretkan pandangan ini selepas beberapa ketika memasuki tempoh praktikal. Tapi ceritanya bermula lebih awal lagi. Dalam awal bulan tiga. Ketika itu saya sedang membelek dan meneliti isi kandungan buku Fenomena Ayat-ayat Cinta. Ia bukan sebuah novel. Tapi autobiografi Habiburrahman El-Shirazy.

Autobiografi itu biasa sahaja, cuma saya tertarik dengan satu ulasan di muka-muka awal buku terssebut. Itu berkomentar tentang bentuk dan pola cinta setiap watak dalam masterpiecenya Kang Abik itu, ayat-ayat Cinta yang sudah dibawa ke layar perak. Cinta milik Maria, Aisyah, Nora, dan Nurul.

Yang menarik di hujung komentar itu, penulis ada membuat ulasan berbunyi: “ walau apapun namanya, cinta, selagi belum sah nikahnya, memang hubungan itu tidak sah, atas alasan apapun ia. Nah kalau ikhwah dan akahwat itu sengaja mencari alasan memperbolehkan ia, walaupun dan khususnya di masa-masa khitbah, maka ia kekal sebagai suatu alasan tanpa nilai apa pun”.

Hitam, putih dan kelabu

Sejenak saya terfikir. Dan getus saya, hitam, putih dan kelabu. Itulah setepatnya. Tentang cinta. Yang mampu mengubah hitam itu ke kelabu dan seterusnya putih. Apa saja itu. Tentang yang boleh dan yang tidak diperbolehkan dalam cinta. Rasanya ruang ini tidak harus menjadi ruang bicara agama layaknya, kerana saya sendiri masih fakir ilmu berbicara soal itu. Tapi ruang berkongsi pengalaman dan melihat perubahan teman-teman dalam menafsir istilah cinta.

Yang putih itu jelas. Yang hitam juga jelas. Yang halal itu jelas. Yang haram itu jelas. Tiada sangsi. Cuma, selangkah seseorang itu memasuki fasa pertunangan, khitbah, ceritanya lain sekali. Pasti, dan pasti itu bersandar pada pengalaman, definisi hitam dan putih itu tadi mula berubah. Jadi kelabu. Dan kelabu itu pula semakin banyak dan membesar.

Fasa khitbah

Fasa pertunangan merupakan cabaran terbesar bagi setiap individu. Sebab anda berada dalam alam antara ‘haram’ (sebelum ada apa-apa hubungan), dengan yang ‘halal” (selepas perkahwinan). Walaupun jelas dalam Islam, fasa pertunangan tidak membawa apa-apa kuasa dan tanggungjawab, tetapi itu soal fiqih. Soal hati anda seolah telah mampir menjadi suami atau isteri kepada seseorang.

Di situ masalahnya. Contohnya soal berhubungan. Sebolehnya dibatasi, walaupun sebahagian besar ulama memperbolehkan. Tetapi pastinya dengan pemantauan dan adab-adabnya. Tetapi bagi ‘pasangan’ yang dalam tempoh ini, kadang-kadang itu terlepas juga kata-kata rindu-rinduan, sayang-sayangan, cinta-cintaan. Kata mereka itu berlaku out of control. Akibat perasaan dalaman untuk mendapatkan kepastian tentang cinta mereka. Kalau bicara soal fiqih, mungkin ok. Tapi tentu sudut tasawwuf (dalam erti kata yang luas), ketundukan hati, dan kekhusyukan, itu pasti melemahkan.

Banyak insiden-insiden yang berlaku di sekeliling kita. Ia tak perlu diungkapkan dengan kata-kata tapi cukup jelas kelihatan dengan pandangan mata kita. Perilaku dan tindak tanduknya menunjukkan seolah dia tahu perbuatan itu hitam, tetapi akan terus mencari justikifasi untuk memutihkannya. Maka jadilah ia kelabu.

Saya malas nak berbicara panjang. Bagi saya mudah. Ya, yang akan melangsungkan pernikahan, cepat-cepatkan. Saya khuatir endingnya nanti lain kalau dilambatkan. Tapi kalau yang sudah bertunang tapi pernikahannya lambat lagi, pandai-pandailah. Apa pun alasan anda, hanya anda yang akan menjawabnya kelak. Yang pasti selagi peradaban manusia ada, ruang kelabu itu pasti lebih mendominasi. Hitam, putih, dan kelabu dalam cinta.

Cinta dan orang da'wah

Cinta itu menggilakan manusia. Mungkin juga benar. Sebab kita manusia. Dan sejarah telah menjadi saksi jatuh bangun bangsa ditentukan oleh cinta. Cinta yang macam-macam ragamnya. Cinta tuhan, cinta hantu tahyul, cinta perempuan, cinta lelaki idaman, cinta harta, cinta pangkat dan jawatan. Cinta menjadikan manusia obses.

Dalam ruang bicara da’wah, ruang kelabu inilah yang menjadi sandaran. Jangan berbicara soal besar, kalau dalam fatrah (tempoh) pertunangan anda gagal memutihkan yang putih dan menghitamkan yang hitam. Anda duduk dan kekal dalam ruang kelabu itu. Ingat. Sebagai orang ‘dawah, anda menjadi cermnan Islam. Walaupun tidaklah selalunya betul. Tapi orang lain beranggapan begitu, dan akan menadikan perbuatan anda hujah untuk mereka melalukan sedemikian.

Read More..

Monday 28 April 2008

Da'wah pasca PRU ke-12

Sekali lagi tentang PRU ke-12. Tapi dari perspektif berbeza. Kalau sebelum ini bicarawara kita seputar politik kepartian atau soal kemasyarakatan, tapi kita ingin pula menelusuri sisi da’wah dan tarbiyyah. Da’wah pasca pilihanraya. Isu tentang keberlangsungan da’wah serta peranannya dalam kerangka baru, memandangkan berlakunya perubuhan landskap politik nasional.

Latar da'wah masa dulu

Kalau dulu latar da’wah di Malaysia begitu sukar mendapat tempat di ruang-ruang arus perdana, dengan pelbagai prosedur dan kerenah birokrasi, sedangkan aktiviti dan semangat pendokong-pendokong da’wah begitu tinggi, maka apakah selepas berlakunya perubahan struktur ini akan membolehkan lebih banyak aktiviti Islami mengambil tempat dalam masyarakat.

Rungutan dari para aktivitis da’wah, tak kira dari jalur mana, PAS, ABIM, JIM, persatuan-persatuan Islam, serta pertubuhan-pertubuhan kebajikan Islam, bahawa mereka tidak diberi ruang secukupnya untuk bergerak dan beraktiviti, kekangan dan halangan yang tak terkira banyaknya, samada dalam bentuk prosedur dan formaliti, termasuklah kekurangan dana dan sumber kewangan.

Ruang baru

Ok sekarang harapan baru yang selama ini didambakan telah mula menampakkan ruang yang lebih luas dan terbuka untuk para pendokong dan aktivis ini melaksanakan pelbagai perancangan da’wi yang selama ini, kata mereka sedikit terkongkong. Sebagai suatu perbandingan, ruang da’wah di Malaysia lebih baik dari teman-teman bukan sahaja di Negara-negara bekas Soviet, malah di Negara-negara arab, termasuklah Arab Saudi, Mesir, Syria, dan Libya.

Aktiviti da’wah yang dimaksudkan di sini bukan hanya terhenti setakat perbincangan agama dan ilmi sahaja, malah sehingga aktiviti kemasyarakatan dan khidmat sosial. Ceramah, tazkirah, bengkel, kelas pengajian ilmu Islam, usrah, nadwah, mu’tamar, tamrin, kem-kem bina insan, rehlah, dan banyak lagi di samping mendapat sokongan kewangan dari pihak berwajib.

Tribulasi sebenar

Yang kita nak lihat (dan bergerak membantu sekali!) ialah apakah langkah seterusnya dari para pendokong da’wah ini. Kalau dulu dengan segala sekatan, da’wah semakin subur, apakah dengan terbukanya ruang demokrasi, da’wah akan semakin subur dan berkembang atau terus lenyap dan luput dek kerana selesa dan sibuk dengan projek yang banyak masuk selepas kemenangan. Apakah dengan ‘kemenangan’ politik ‘golongan Islam’, da’wah akan terhenti dan tidak perlu diteruskan. Sebab tujuan telah tercapai? Masing-masing, para aktivis da’wah dan tarbiyyah menghentikan usaha mereka selama ini, dan menfokus kepada mengayakan anak-pinak dan membangunkan ekonomi individu?

Onak duri dan ranjau yang dihadapi biasanya tidak akan mematahkan semangat dan kegigihan para da’I, Cuma yang lebih kuat cabarannya ialah kemenangan dan keselesaan duniawi. Inilah ujian sebenarnya. Untuk kekal menjalankan usaha kebaikan, da’wah dan tarbiyyah, walau apapun kondisi ummah ketika itu, di atas atau di bawah.

Langkah bermula

Langkah seterusnya kini ialah untuk semua badan da’wah menekankan focus untuk duduk dan bekerjasama, bantu membantu, dan tidak memdabik dada dan menyombong diri, menafikan usaha badan da’wah lain yang tidak secara direct dan formal terlibat dalam pilihanraya. Janganlah masa in, ada pihak nak claim kata badan da’wah lain tak layak ‘menyambut’ (kalau ia patut disambut) ‘kemenangan’ (betulkah ia kemenangan sebenar?) dan menikmatinya sebab mereka tak membantu ketika pilihanraya. Hentikan perkataan seperti itu. Ia tak patut diungkapkan. Mulai kini, raikan peranan setiap pihak yng terlibat mengembangkan pemahaman Islam dan hargainya. Bekerjasama, bertolak ansur dan buka ruang seluas-luasnya untuk setiap pihak bergiat cergas memahamkan masyarakat mengenai Islam dalam erti kata yang syumul. Janganlah masa ini pula nak berebutkan ahli dan berkata buruk mengenai gerakan Islam yang lain.

Kejayaan memenangi pilihanraya kali ini tiada makna apa melainkan sebagai outcome dari kemarahan rakyat kepada BN. Ia mungkin hilang lima tahun lagi kalau semua pihak berdiam diri dan berpuas hati sekadarnya. Da’wah pasca PRU lebih berat dari sebelumnya.

Read More..

Sunday 27 April 2008

review buku: Tuhan Manusia


Antara masterpiece Faisal tehrani yang paling ambitious. Umumnya garapannya tidaklah terlalu menarik, melainkan penguasaan topik yang begitu baik oleh Faisal Tehrani. cerita tentang isu pluralisme dan genomena murtad di Malaysia, khususnya. Secara peribadi, Faisal Tehrani sangat menumpukan pada content, sehingga garapan jalan ceritanya sedikt longgar. sepanjang pembacaan, seolah saya mendapati ada tiga tahap dan latar cerita yang tidak mengikat. sedikit mengelirukan lagaknya. Faisal juga, seperti diakuinya, lari dari kebiasaan hasil seninya, latar=watak=plot, dan membawa mesej dan ceramah-ceramah agama yang 'kuat' dan 'banyak' dalam tuhan manusia. Sekali lagi, seperti biasa, Faisal akan membawa cerita cinta yang ringan, dan peleraian yang sentiasa 'mengecewakan' pembaca. Umumnya, sangat membina dan sekali lagi, bukti Faisal sebagai 'ikon' penulis besar.

Read More..

Segalanya tentang politik




Semuanya tentang politik. Politik dalam erti kata yang luas. Politik adalah tentang kuasa. Dan politik ada di mana-mana. Politik membahagikan manusia kepada dua. Dengan politik orang akan bertambah takut dengan amanah. Atau menjadikan mereka gila kuasa.

Semua tentang politik

Dewasa ini semua ingin bercakap tentang politik. Tentang kuasa dan menguasai. Jangan katakan di Parlimen sahaja orang bercakap politik, malah di kedai kopi, di kenduri kendara malah di pejabat dan office.

Politik bukan sekadar percakapan. Ia malah terjelma dalam bentuk perbuatan yang kadang-kadang manusia tidak sedar itu adalah pengaruh politik. Politik itu mulia. Tetapi orang yang bergelut dengan politik itu yang mengotorinya. Sehingga orang banyak mengatakan politik itu kotor dan sesiapa yang menghampiri politik juga kotor. Ulama bila terjun ke dunia politik kepartian dikatakan telah mengotori dirinya dengan sesuatu yang kotor. Tidak benar demikian. Itu salah tanggapan yang telah diaggap benar. Tapi boleh jadi benar ulama politik itu kotor, bila ia mengotori ilmunya dengan ‘kekotoran’.

Politik kepartian nampak kotor. Office politic juga demikian dahsyatnya. Bukan sahaja cantas-mencantas, kata belakang, puji-memuji, bermuka-muka, taking advantage out of others, bodek-membodek, hadiah-menghadiah yang sebenarnya rasuah-merasuah, lobi-melobi, kata-mengata, malah banyak lagi yang berselindung di balik istilah prosedur, protocol, dan urusan rasmi. Office politic ada di mana-mana. Di pejabat kerajaan, di syarikat swasta, universiti dan sekolah. Di mana sahaja ada pejabat, di situ permainan politik beraksi.

Politik itu ada berapa?


Politik itu ada dua. Politik nilai dan politik kuasa. Saya katakan tiga, politik nama. Politik kuasa adalah politik untuk menguasai dan memuncakki. Berada di atas, mengatasi segala tuju arahnya. Berada atas kerusi empuk pemerintahan, segala apa pertubuhan, menjadikannya rasa puas dan selesa. Rasa sudah cukup. Justeru itu, ia tidak harus berkerja jauh dari itu lagi. Cukup sekadar berjaya mencapai kemuncak itu. Ia telah sampai ke destinasi.

Politik nama atau syiar adalah politik unt

uk menamakan dan melabelkan segala sesuatu usaha. Usahanya adalah untuk menonjolkan segala apa yang ia fikirkan hanya sekadar pada nama. Islam Madanilah. Penerapan nilai-nilai Islam dalam perkhidmatan awamlah. Bersih, Cekap, dan Amanahlah. Maju bersama Islamlah. Bekerja bersama sayalah dan Pelbagai lagi. Tidak dinafikan label itu penting, tapi bagi sebahagian kumpulan, label ini melebihi segalanya. Saya tiada masalah dengan label kalau ia bagus. Tapi sesetengah orang syok dengan label dan bunyi sahaja. Kerjanya jauh panggang dari api.

Politik nilai

Politik nilai adalah politik cantik. Politik berasaskan kepercayaan dan objektif based. Kalau sahaja objektifnya tercapai, walau tanpa nama dan tanpa kuasa, teruskan sahaja. Politik yang melihat kepada substance. Politik nilai politik bersih. Cuma kadang kala manusia gagal melihat aspek ini. Sebab yang paling utama dalam leadership dan power ialah untuk menggerakkan orang (to motivate people). Tanpa dua aspek politik yang lain tadi pun ia mampu bergerak. Kalau ada kedua-dua tadi, ai adalah bonus dan harus diambil, jangan ditolak. Manakala walaupun dengan memegang kuasa belum tentu kita boleh menggerakkan orang dengan kuat. Mungkin berjaya digerakkan, tapi dengan kekerasan dan paksaan. Itu tidak kuat. Mungkin juga dengan nama. Malangnya tidak semua akan teruja dengan pengistilahan yang canggih manggih.

Mengapa tidak kita bermain cantik. Ada benarnya kemungkinan nama kita tidak naik. Kita mungkin tidak akan disebut-sebut dan popular. Tapi kita ada kepercayaan, biarkan nama kita tidak dizikirkan, tapi fahaman kita dan kepercayaan kita dianuti ramai.

Tidak ramai yang melihat dai sudut itu. Sebab ia tidak glamor. Ah sekali lagi manusia. Memang dengan sebab kuasa dan politiklah manusia kali pertama berbunuhan. Antara habil dan Qabil. Politik cinta. Segalanya tentang politik dan politik menguasai segalanya.

Read More..

Thursday 24 April 2008

Siapa selepas Anwar?

Selesai sudah satu episod peristiwa-peristiwa pasca PRU ke-12. Kerajaan-kerajaan negeri semuanya telah selesai dibentuk, walaupun pelbagai karenah dan kemungkinan yang tak terduga berlaku. Episode kedua yang mencetus minat yang tinggi di kalangan sebahagian masyarakat ialah pengukuhan Pakatan Rakyat (PR) dan perjalan masa hadapannya. Episod seterusnya ialah pergolakan dan perkembangan dalam UMNO dan BN. Dan yang paling menarik perhatian selepas ini ialah berkenaan pembentukan kerajaan baru dalam tempoh terdekat, kemungkinan kurang setahun dari sekarang.

Anwar

Minat yang tinggi juga diletakkan kepada masa depan Dato’ Seri Anwar Ibarahim dalam politik. Masing-masing menunggu penuh debar pengumuman yang bakal dilakukan olehnya dalam minggu ini. Apapun yang pasti ‘jalan ke Putrajaya semakin dekat dan semakin pasti’. Samada bakal berlaku penghijrahan anggota parlimen Sabah dan Sarawak ke PR atau hanya sekadar vote of no confidence terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi atau pun keluar parti dan kekal sebagai anggota Parlimen bebas, ia adalah option yang ada di hadapan mata.

“Datuk Seri Anwar hamper pasti akan menjadi PM”, ungkap seorang teman. Bukan sahaja dia, malah akhbar-akhbar juga cenderung untuk mengatakan sedemikian, walaupun tidalah terlalu direct. Melihat kepada pola semasa, secara peribadi saya berasa agak khuatir dengan perkembagan semasa. Bukan sangat dengan suam-sejuknya politik nasional, tetapi bila memandang ke kanan dan kiri, saya mula tertanya di manakah lagi pepimpin pelapis yang kita ada. Saya bukan bercakap soal individu. Mamang ramai d luar sana secara hierarki. Tapi mereka itu ketua, secara jawatan. Tapi persoalannya siapa pemimpin selepas anwar? Atau lebih tepat siapa selepas Anwar?.

PM

Katakan Dato’ Seri Anwar naik sebagai PM dalam tempoh terdekat, dan umurnya pula mengjangkau paling lama yang ada ialah 10 tahun atau dua kali pilihanraya sahaja. Selepas itu, fokusnya sudah lain. Oleh itu yang kita harus risaukan ialah di mana lagi pemimpin pelapis, yang kalau tidak lagi hebat daripadanya, sekurang-kurangnya menyamai tarafnya. Whatever track record Datuk Seri Anwar, yang mungkin sebahagian tidak begitu menggemarinya, hakikatnya at least dia telah meletakkan suatu standard kepimpinan yang harus diteladani oleh ramai.

Keyakinan, ucapan yang baik, pengurusan ekonomi yang cekap, peribadi yang membumi, hubungan international yang kukuh, diterima pelbagai kaum dan lapisan masyarakat, ada elegance dan sebagainya.

Saya secara peribadi masih tercari-cari siapa yang bakal menggantikan Anwar, at least berdiri setaraf dengannya?. Persoalan-persoalan ini membawa saya kepada suatu kesimpulan. Hampir tiada. Jadi, pilihan yang kita ada ialah menerima sesiapa sahaja yang bakal menggantikan beliau untuk memimpin Malaysia atau memulakan usaha mencari the chosen one. The chosen one yang dimaksudkan bukanlah seorang individu tapi sekumpulan orang yang mampu meneruskan aspirasi rakyat ini.

Tugas besar

Oleh itu, usaha-usaha mengenalpasti, mencari, melatih, memberi sokongan dan pendedahan, dan memasyarakatkan pemimpin sebegini harus dimulakan sekarang. Dan membaca usaha ini dalam konteks Malaysia ia haruslah beyond politics. Di sini saya lebih cenderung untuk melihat pimpinan dalam apa sahaja pertubuhan untuk secara non-emosi dan penuh tanggungjawab duduk bersama-sama dan memikirkan hal ini. Kita bukan sekadar mencari pemimpin untuk sebuah parti politik akan tetapi untuk sebuah bangsa dan peradaban. Oleh itu, usaha dan proses mencari haruslah dimulakan beyond party politics. Malangkaui batas-batas parti politik sempit. Semua pihak harus bersedia untuk duduk dan berbincang, walaupun nadanya agak mustahil, kita harus secara bersama melihat ini sebagai usaha memastikan Negara ini lebih aman harmoni dan maju.

Pemimpin pelapis

Mencari sekumpulan pemimpin pelapis yang mendapat pendedahan peringkat tertinggi pentadbiran, pengurusan serta hubungan luar yang baik, pengucapan dan latihan penulisan, hal ehwal masyarakat dan rakyat, politik kepartian, pengurusan ekonomi, serta banyak lagi aspek yang harus diteliti dan diperhalusi. Mereka harus mendapat pendedahan-pendedahan ini. Selepas itu samada mereka berada dalam parti pemerintah, atau pembangkang, sector korporat atau pentadbiran awam, kita akan berasa aman dan tenteram dengan option yang kita ada. Sebab mereka semuanya terlatih.

Adalah lumrah dalam kepimpinan, pilihannya ramai tapi yang terpilih hanyalah satu. Maka oleh itu, dalam konteks perbincangan kita ini, inilah option yang kita ada, bukan hanya seorang sahaja, malah sekumpulan pemimpin yang walau di mana sahaja mereka berada, kepimpinan mereka telah teruji dan diyakini. Katakana swing pengundi berlaku dalan plihanraya, maka kita juga mempunyai pemimpin masyarakat yang berinegriti dan berkredibiliti.

Politik Malaysia harus memandang kedepan. Kita sudah tidak patut membincangkan isu-isu remeh. Letakkan tekad dan sama-sama kita latih pemimpin-pemimpin ini. Kita tentunya tidak mahu nanti adanya PM yang naik tanpa pengalaman mentadbir. Ia hanya merosakkan Negara. Ini adalah definisi menjadi patriotic.

Sekali lagi, lihat ini dalam konteks kenegaraan. Soalan siapa selepas anwar harus kita fikirkan bersama.

Read More..

Wednesday 23 April 2008

10 ways to stretch your ringgit

1. Eat out less
Home cooked food is more nutritious.

2.Shop wisely
Don’t be fooled by sales gimmicks and promotional offers.

3. Curb unnecessary spending
Distinguish between your wants and needs.

4. Reduce wastage
Whether it is food, electricity or water.

5. Plan your journey
Reduce your mileage and save petrol. Make car-pooling work.

6. Buy wholesale
Get together with neighborurs and buy in bulk.

7. Community farming
Grow your own vegetables.

8. Holiday locally
And put money back into our system.

9. Buy generic goods
Evaluate the quality and pricing. Some are on par with branded items but cheaper.

10. Invest smartly
If you are not getting your expected returns, consider getting another fund manager!

New Straits Times, Friday, April 18, 2008.

Read More..

Tuesday 22 April 2008

Harapan baru untuk Malaysia I


Rasanya memang sengaja saya melambatkan penerbitan artikel ini. Mungkin juga sebab terbeban dengan tugasan akademik. Mungkin juga terkejut dengan perkembagan politik semasa, sehingga lebih berminat mengikut sahaja arus besar yang melanda tanpa sebarang komentar. Mungkin juga kerana ingin memberi tempoh selesa untuk ke semua pihak bertenang dan menarik nafas usai PRU ke-12. Sementelahan semuanya sudah Nampak agak bersedia untuk berbicara secara non-emosi, maka perbicangannya pasti lebih matang.

Bukan untuk memihak kepada mana-mama pihak, selain mencari apa yang terbaik untuk semua pihak. Ideanya mudah. Semua orang akan mendapat bahagiannya. Tapi tidak mendapat ke semua bahagiannya. Kemenangan Pakatan Rakyat atau Barisan Rakyat atau Barisan Alternatif sebenarnya menumbuhkan kembali kepercayaan masyarakat awam terhadap proses demokrasi. Setelah sekian lama, masyarakat Malaysia seakan seolah tiada pilihan dalam menentukan masa depan Negara, kali ini corak protes yang ditunjukkan oleh rakyat semakin bijak dan matang. Tidak dengan demonstrasi (walaupun masih terjadi), tetapi dengan undi. Silent protest. Ini bukan suatu ulasan tetapi sebagai rangkuman peristiwa yang berlaku.

Pilihan rakyat

Sudah jelas pilihan rakyat. Akan tetapi pilihan itu dibuat berdasarkan harapan pilihan kali ini tidak akan mengulangi approach badan eksekutif terdahulu. Ini satu hakikat. Jadi, sekiranya peluang yang tidak dating selalu ini dipersia-siakan, harapan rakyat diranapkan dan musnah, maka tiada jalan kembali.

Persoalannya mudah sekali; isu kronisme, nepotisme, rasuah, tiada integrity, harga barang naik, ketidakcekapan dan sebagainya. Formulanya mudah : JANGAN ULANGI KESILAPAN LAMA. Kalau nak diikutkan, bagi sebahagian orang yang telah bersusah payah ‘berjuang’ bagi mencapai kemenangan ini, maka inilah masanya untuk dia membalas dendam terhadap orang yang pernah menghinanya, membulinya. Dan inilah masanya untuk mengaut keuntungan dan mendapatkan tender dari kerajaan dengan lebih mudah. Masa inilah untuk kita kutuk dan perli balik lawan dan parti yang suatu masa dulu mungkin pernah tersilap langkah. Ini bukanlah caranya.

Kemenangan apapun kali ini harus diingat. Bukan kemenangan hasil kekuatan Pakatan Rakyat (PR) atau pembangkang di Parlimen. Kalau itu yang anda fikirkan, kecuali factor Anwar, maka ia silap pada pandangan saya. Swing kali ini adalah disebabkan kekalutan dalam BN dan isu-isu kemasyarakatan yang sudah sampai ke tahap kritikal. Sekali lagi jangan ulangi kesilapan lalu. Ini bukanlah masa untuk mengayakan kroni dan anak-pinak. Tapi ini masa untuk berkhidmat dan membalas kepercayaan rakyat terhadap PR.

Pemantapan PR

Isu terbesar kini adalah proses pemantapan PR. Whatever the name is, substance itu yang penting. Nilai-nilai utama yang dipegang dan diyakini bersih, cekap, competent, amanah dan berintegriti, peduli rakyat, responsive, dan bertoleransi. PR harus dikuatkan. Ia harus menjadi gabungan yang tidak didasari dengan fahaman racist. Ia harus mewakili suara rakayat Malaysia. Makkal Sakhti. PR tidak harus hanya menjadi pakatan pilihanraya. Ia harus lebih dari itu, tidak bersifat okasional dan temporari. PR harus bergerak seiring dengan suara rakyat. Ia harus membumi dan menjadi ‘parti kampung’.

Dalam pada itu, gesaan berulang kali harus dibuat kepada PAS, bukan sebab ia membawa Islam, tetapi approachnya. Harus diingat bahawa kemenangan kali ini bukan disebabkan keuatan PAsa, tetapi hal-hal yang desbutkan tadi berserta factor kekuatan Dato’ Seri anwar Ibrahim. Ia yang member nilai tambah kepada kemenangan kali ini. Isu track record Anwar adalah hal yang lain, tetapi sentiment pengundi ternyata meletakkan kepercayaan kepada Dato Seri Anwar. Oleh itu, PAS harus bijak. Jangan lagi bankitkan soal hudud di waktu ini. Keaddan belum selesa. Biarkan seketika, dan biarkan PR lebih kukuh dan mapan. Claim terkini bahawa PAS layak untuk mengetuai PR, tidak harus timbul. Politik kita tidak matang. Baru dapat kuasa sikit, dah nak claim macam-macam. Kalau begitulah lagaknya, maka saya jamin ia takkan berpanjangan. Pasti seketika nanti bercakaran semula.

Kerjasama

Dalam pada itu, kemenangan kali ini membuka peluang kepada gerakan bernuansa Islami untuk lebih bergerak bebas. Cuma ketika inilah, selepas kemenagan dicapai masing-masing nak claim dia seorang sahaja yang bawa Islam, pertubuhan Islam lain tidak cukup Islam. Dan dalam pilihanraya kali ini hanya kami sahaja golongan Islam yang berjuang dalam PRU ke-12. Yang lain tak buat kerja. Oleh itu tidak bekerjasama dengan badan Islam lain. Maka di sini bermulalah pergaduhan dan memburukkan sesame sendiri. Hal yang terbaik dari kedua-dua situasi, ialah tidak perlu membuat announcement tentang hudud, tetapi bekerjasama, buka ruang seluas-luasnya, bertolenransi dan bantu pertubuhan Islam yang lebih membumi dan mass-oriented untuk memahkan masyarakat akan hal itu. Itu yang sebaiknya.

Read More..

Monday 21 April 2008

Harapan baru untuk Malaysia II

Racism pasca PRU


Suatu hal yang sangat membimbangkan ialah munculnya forum-forum dan perbincangan yang bersifat perkauman khusunya pasca PRU ke-12. Bagi saya tiada masalah. Selagi ialanya adalah bersifat positive rights, bagus untuk memajukan bangsa sendiri silakan. Tetapi yang menggangu fikiran saya ialah ia mula menular kearah negative rights. Menafikan hak bangsa dan kaum lain. Pemahaman yang salah dalam isu hak ketuanan melayu akibat indoktrinisasi bahawa hanya parti pemerintah sedia ada sahaja yang boleh menjamin hak Melayu tidak terganggu, telah meresahkan ramai pihak. Sebetulnya tiada pihak pun yang menjamin hak Melayu melainkan Perlembagaan sendiri. Jadi dengan berubahnya kerajaan baru yang mungkin lebih ramai penyertaan komposisi dari bangsa lain tidak menyebabkan hak ketuanan Melayu terhakis. Ia adalah jaminan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sekali lagi, hasil penyebaran fahaman sebegini, bersikap prejudis terhadap bangsa-bangsa lain, walaupun selepas 50 tahun memcapai kemerdekaan amat memalukan dan merisaukan. Hakikatnya isu racism belum seleisai walaupun selepas tsunami politik kali ini. Masih banyak lompong yang harus ditutup. Dan ini bukan kerja satu-dua hari. Perjalan masih jauh dan panjang.

Trend politik

Suatu yang menarik sekali lagi ialah berkaitan kesedaran politik yang tinggi, hasil keterbukaan kepada source of information. Ini adalah penyumbang terbesar kepada tsunami politik kali ini. Dengan perkembangan terkini corak pengundian seolah bakal mencabar hegemoni pihak parti pemerintah sejak sekian lama bahawa mereka akan kela berkuasa selama-lamanya walau apapun yang terjadi. Nampaknya masyrakat sudh bersedia member kata dua kepada sesiapa sahaja yang tidak mejalankan tugas dengan cemerlang dan berkesan. Political system di Malaysia seolah cuba mencadangkan pendekatan two party-system, seperti yang diamalkan di US dan UK. Masyarakat inginkan kestabilan politik, akan tetapi mahu mengekalkan proses demokrasi. Jadi dengan dua pilihan yang kuat dan kukuh samada BN atau PR, rakyat mempunyai pilihan untuk dibuat, dan bersedia member swing sekiranya kerajaan yang dipilih gagal berkhidmat kepada mereka.

Namun yang masih membimbangkan ialah political mindset di Sabah dan Sarawak yang masih keterbelakang. Mereka masih bercorak development-based. Walaupun beitu trend terkini menunjukkan bahawa mereka menginginkan penglibatan yang lebih banyak di peringkat pusat.

Selain itu, jika selama ini penggemar politik hanya mampu membayangkan kemungkinan-keungkinan politik tanpa real precedent, maka PRU kali ini memberikan lebih dari ini. Ini yang sebenarnya akan menguji pemahaman dan kematangan kita. Politik perlembagaan benar-benar wujud dan pebincangan mengenainya juga lebih realistic. Isu berkaitan Menteri Besar dari kalangan bukan Melayu, jawatan Timbalan Menteri Besar, kuasa Sultan dan Raja, vote of no confidence, penyertaan parti pembangkang dan sebagainya

Apa yang penting sekarang ialah penyertaan semua kaum dalam semua aktiviti pembangunan di Malaysia, di samping mengekalkan hak-hak pribumi sedia ada. Usaha-usaha memerangi rasuah harus terus dijalankan. Tonggak kepada harapan rakyat adalah seperti ini:

Transparency, Accountability, Honesty, Sincerity

Read More..

Friday 18 April 2008

Cinta dan rindu untuk Mustafa


قال حسان بن ثابت:


بطيـبة رسم للرسول و معهـد منير و قد تعفو الرسوم وتهمد
ولا تمتـحي الآيات من ذا حرمة بها منبر الهادي الذي كان يصعد
و واضـح آثار و باقي معـالم وربع له فيه مصلى ومسجد
بها حجرات كان ينـزل وسطها من الله نور يستضاء ويوقد
معارف لم تطمس على العهد أيها أتاها البلى فالآي منها تجدد
......
وهل عدلت يـوما رزيّة هـالك رزيّة يوم مات فيه محمد
تقطع فيه منـزل الوحي عنـهم وقد كان ذا نور يغور وينجد
يدل على الرحمن من يقتـدى به وينقذ من هول الخزايا ويرشد
إمـام لهم يـهديهم الحق جاهدا معلم صدق إن يطيعوه يسعدوا
عفوّ عن الزلات يقبـل عذرهم وإن يحسنوا فالله بالخير أجود
......
فبكـيّ رسول الله يا عين عبرة ولا أعرفنك الدهر معك تجمد
وما لك لا تبكين ذا النعمة التي على الناس منها سابغ يتغمد
فجودي عليـه تالدموع وأعولي لفقد الذي لا مثله الدهر يوجد
وما فقد الماضـون مثل محـمد ولا مثله حتى القيامة يفقد


Di Thaybah, terdapat jejak-jejak abadi dan lembaga yang bersinar milik Rasul
Karenanya, jejak-jejak lainpun terhapus dan sirna
Tanda-tanda dari negeri Haram (Madinah) tidak akan sirna
Disana, terdapat mimbar yang biasa dinaiki sang pemberi petunjuk
Disana, terdapat jejak yang jelas dan sisa rambu-rambu
Disana, terdapat rumah milik beliau yang di dalamnya terdapat mushalla dan masjid
Disana, terdapat bilik-bilik dimana sinar Allah turun di tengah-tengahnya
Sinar yang menyinari dan menyalakan
Tanda-tanda tersebut tak akan hilang ditelan zaman
Tanda-tanda tersebut pernah mendapatkan mushibah kemudian datang lagi
……
Apakah ada mushibah kematian pada suatu hari
Seperti mushibah hari di mana saat itu Muhammad wafat?
Dengan wafatnya wahyu terputus dari mereka
Sungguh beliau memiliki cahaya yang sampai di Al Ghur (Tihamah) dan Najd
Menunjukkan kepada Ar Rahman siapa saja yang mengikuti beliau
Menyelamatkan manusia dari bahaya kehinaan dan memberi petunjuk kepada mereka
Beliau imam mereka dan menunjukkan mereka kepada kebenaran dengan sungguh-sungguh
Beliau pengajar kejujuran, dan jika mereka taat kepada beliau mereka bahagia
Beliau memaafkan kesalahan dan menerima udzur mereka
Jika mereka berbuat baik, sungguh Allah Maha Dermawan dengan kebaikan
……
Wahai mata, tangisilah Rasulullah dengan airmata
Janganlah aku melihat matamu berhenti menangis satu hari pun
Kenapa engkau tidak menangisi pemilik ni’mat pada manusia
Dimana ni’mat beliau sungguh sempurna?
Dermawanlah engkau dengan air mata kepada beliau dan ratapilah
Seseorang yang tidak ada tandingannya sepanjang zaman
Tidak ada orang yang telah mati seperti Muhammad
Dan tidak akan ada orang seperti beliau sampai Hari Kiamat


Potongan syair-syair di atas adalah syair Hassan bin Tsabit yang diucapkannya saat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam wafat.

Read More..

Thursday 10 April 2008

rindu sekian lama..


Salam pertemuan. mungkin kadangkala sesekali berjauhan itu menumbuhkan rindu yang lebih kuat, dan mencabar perasaan. menghadapi final exam sepanjang dua minggu lebih membuatkansaya tak mampu menambah apa-apa entri untuk berkongsi, apa lagi berkunjung ke laman teman-teman dan menjengok khabar.
kini exam pun dah tamat, dan next week practical. mungkin lebih banyak masa untuk mencoretkan rasa hati dan fikiran. buat perkongsian dan perbincangan. mungkin berat, sesekali ringan. nantikan saja...

Read More..

Nota kecil untuk hati:Bantulah Palestin


Pesan seorang teman dari Palestin, anda mempunyai tanggungjawab dan hutang terhadap Palestin. Langsaikan hutang itu. Iaitu untuk membantu membebaskan bumi anbiyaa’ itu. Bagaimana?
Bagini pesannya:-

1. Jauhi maksiat. Buatlah amar ma’uf dan ahi mungkar.
Sentiasa berdoa dan optimis dengan bantuan allah ke atas muslimin, dan kemenagan yang dijanjikan Allah.
2. Belajarlah sebanyak-banyak ilmu yang anda boleh dan mampu. Hikmah itu adalah barang hilang mu’min. Di mana sahaja dijumpai hikmah dan ilmu itu, maka dia lebih berhak untuknya.
Ikhlaslah dan belajarlah ilmu ikhlas.
3. Boikot barangan USA dan Israel, produk-produk buatan kedua-duanya, atau yang membantu Israel, semampu yang boleh.
4. Update maklumat terkini berkaitan Palestin serta isu-isu terbaru samada melalui website yang reliable, bahan-bahan bercetak, atau media elektronik.
5. Sebarkan maklumat dan awareness berkaitan isu palestin kepada sesiapa sahaja samada melalui buku, pamphlet, brochure, website, mailing list, atau blog atau cd.
6. Sertai persatuan atau badan-badan yang peduli tentang isu Palestin.

Read More..