Ini kota marhaen
Ini kota marhaen
Kota kotor dan hina
Mengalir hanyir
Dari dalam jiwa.
Kota kotor dan hina
Mengalir hanyir
Dari dalam jiwa.
Biar berantakan semuanya
Biar pecah, biar luluh
Biar pedih, biar punah
Biar jahanam semuanya
Biar bangkit mayat-mayat
Biar kubur-kubur digalikan.
Kerana
ini bukan dunia borjuis, sang penguasa
bukan kota alunan nyanyian merdu
bukan hamparan permaidani merah
kerana
ini kota marhaen
zahirnya gah, batinnya musnah.
Hadi Mahdi Muhtadi
29 November 2008
Puduraya