Showing posts with label Catatan Kembara. Show all posts
Showing posts with label Catatan Kembara. Show all posts

Tuesday, 21 July 2009

FPM@ETC:Jaulah Merai Baitus Sa'adah-Shahril& Nawwal



Jaulah ke Ipoh, bagi meraikan akad nikah& walimah Shahril-Nawwal. Nikah pada Jumaat, manakala Sabtu tu, ada sharing moment dengan Ust Fairuz, tentang Baituna Baitus Sa'adah. Pastu breakfast@ipoh.

Read More..

Wednesday, 19 November 2008

Update terkini: Tengah habiskan practical

Salam.

Sekarang saya tengah menghabiskan (dan menekuni ilmu) praktikal LAw Attachment Program (LAP) level 3, yang dah tertangguh sebelum ini beberapa kali. Ok jugak. sebab masuk practical between semester 1 dan 2, tahun 4, pengajian undang2. Banyak persoalan yang timbul sewaktu belajar dalam kelas, saya dapati secara praktik dan amali. lebih terang dan nampak.

yang lebih bagus, rupa2nya bendanya senang je, tak lah berseribut (ayat sendiri tuh) macam dalam kelas dulu. dan bila berbincang dengan officer2 kat office law firm ni, kita dah boleh bincang panjang. Just need some clarification je.

Credit kepada Tuan Haji Zuri Zabuddin Budiman (graduate IIUM '90), Managing Partner kat law firm saya practical ni, sebab banyak bagi dorongan.

Ape2 pun, office ni memang best, sebab cume jalan kaki je jarak perjalanan dari rumah. So pagi2 relax je bersiap ke tempat kerja. tu yg best tuh....

Read More..

Sunday, 28 September 2008

Ramadhan di sana sini: India

Nukilan: Ummu Thana’,Mangalore,India

Bismillahirrahmanirrahim.

India???..First expression kebanyakan orang mesti miskin,busuk,tak maju,kotor,orang2 tempatan yang selekeh macam dalam filem-filem tamil dan Hindustan yang selalu ditayangkan di televisyen tempatan. Betulkah begitu?..

Alhamdulillah, peluang belajar di India banyak membuka mata. Apa yang dibayangkan kebanyakan manusia seperti diatas semuanya betul. Namun apa specialnya India? India ada destinasi pelancongan yang menarik setanding Europe dan tempat-tempat lain. Kalau rajin jalan la. India kan besar. Jangan kerana sejemput tempat yang kurang menarik, kita menilai India semuanya begitu. India juga menjanjikan destinasi yang pasti dapat mendidik kesabaran, kekuatan dan ketabahan diri. Malah mungkin lebih baik dari tempat-tempat lain barangkali. InsyaAllah siapa-siapa yang balik dari India adalah mereka-mereka yang kental, penyabar, berfikiran terbuka,mampu hidup susah!. Kami juga takkan membelakangkan kerajaan untuk stay dan kerja di India..hehe..sian kerajaan dan penat menaja, konfem balik Malaysia untuk kerja!..

Mangalore..Satu bandaraya kecil yang sedang pesat membangun. Terletak di selatan India, berhampiran pantai disebelah timur India menghala ke Lautan Hindi. Populasi rakyat Malaysia disini melebihi 150 orang yang hampir kesemuanya adalah pelajar-pelajar perubatan dan pergigian di kolej-kolej terkemuka India. Manakala populasi Melayu pula mencecah 100 orang. Penduduk Muslim di Mangalore adalah signifikan. Melebihi 30 %. Maka, untuk mendapatkan makanan halal di Bandar Mangalore ini adalah mudah. Masjid juga banyak.


Ramadhan 1429H ini adalah ramadhan yang ketiga saya di India. Bermula dengan pengalaman Ramadhan semasa tahun pertama pengajian, kami semua pelajar tahun pertama diwajibkan untuk tinggal diasrama. Hampir sahaja bulan ramadhan, kami sudah mula pening kepala masa itu. Pening memikirkan apa yang boleh dimakan untuk sahur dan berbuka. Tiada bazaar ramadhan, tiada kedai yang menjual makanan Malaysia, tiada pakej-pakej berbuka puasa di hotel-hotel seperti di Malaysia. Tiada siapa nak sponsor makan hotel macam anak-anak yatim selalu dapat tu. Perasaan menghadapi ramadhan dirasakan sendiri tanpa ada keadaan sekeliling yang membantu menyedarkan kita berada di bulan ramadhan seperti di Malaysia. Kalau nak ikutkan, senang la jugak terlupa yang kita ni berpuasa. Sebab orang sekeliling semua tak puasa. Tiada siapa kisah kita puasa ke tak. Tiada penangkapan akan dibuat sekiranya kita makan kat public masa bulan ramadhan oleh JAIS ke apa2 lah.

Alhamdulillah senior banyak membantu. Kesudahannya kami membuat pesanan(delivery) dari sebuah restoran milik orang Islam untuk menghantar makanan pada waktu sahur dan berbuka sepanjang sebulan ramadhan dengan menu telah ditetapkan in adavance.Menunya sudah pastilah makanan tempatan.Telan jugalah. Dah tak ada pilihan. Kalau pandai masak, sedap juga makanan tempatan ni. Lagi satu, di India ini, satu benda yang menarik adalah khidmat penghantaran makanan. Hampir semua restoren tak kira kecil atau besar menyediakan khidmat penghantaran percuma sehingga kedepan pintu. Menarik bukan?.Memudahkan kami andai ada ketikanya malas memasak dan malas pula untuk keluar rumah, tapi nak makan murah..hehehe.

Pelajar perempuan solat terawih berjemaah di asrama. Satu bilik dikorbankan menjadi surau sementara. Yang menariknya, bukan Melayu je yang join, malahan seorang warga arab yang juga pelajar di kolej sama turut menyertai kami. Masuk penghujung ramadhan, malam raya, selepas isya’ kami mula bertakbir. Bukan setakat bertakbir secara berjemaah, tapi turut menangis secara berjemaah. Syahdu kerana terpaksa beraya di perantauan. Hehehe... Bila fikir balik, kelakar jugak masa tu..

Tahun kedua ramadhan lebih baik dan meriah. Kerana semua pelajar tinggal diluar asrama. Rumah sendiri. Boleh masak. Apa lagi, berpusu-pusu rumah-rumah yang ada nak buat majlis berbuka puasa. Tunjuk skill memasak sambil buat pahala. Alhamdulillah. Al-maklumlah, dengan keadaan yang terhad, dapat pulak masak ikut cara Malaysia, seronok jugalah. Hanya orang yang belajar di luar Negara je tahu kot perasaan dapat memasak masakan Melayu untuk orang lain. Sungguh menggembirakan. Tahun ini pelajar perempuan ada yang solat terawih dimasjid tempatan. Selebihnya solat berjemaah dirumah masing-masing. Di India ini, perempuan tidak digalakkan ke masjid. Hanya ada satu masjid yang menyediakan ruang solat untuk perempuan. Mungkin kerana adat Muslim disini yang sangat memelihara kaum perempuannya. Semua perempuan akan berpakaian hitam, kahwin muda, jadi suri rumah tangga lepas kahwin. Tak kira tinggi mana pun belajar, lepas kahwin kene jadi suri rumah, jaga anak-anak.

Ini adalah tahun ketiga ramadhan saya di India. Keadaannya tidak banyak beza dengan tahun kedua. Cuma mungkin kurang rumah-rumah yang nak offer buka puasa ramai-ramai. Masing-masing sibuk nak exam. Exam final dan exam bulanan. Raya pun ada yang exam..huhu..

Kesimpulannya, walau dimana sahaja Allah mencampakkan kita, amalan wajib tetap perlu dilaksanakan sedaya yang mampu. Walaupun suasananya berbeza dengan apa yang kita sudah terbiasa.

“Wahai orang-orang yang berIman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah dijalanNya, agar kamu beruntung” [Al-Maidah:35]

Wallahulam..

Read More..

Friday, 26 September 2008

Ramadhan di sana sini: sejenak di Irbid

Ramadhan di Irbid terasa kedatangannya dengan berubahnya suasana dan gaya kehidupan masyarakat setempat. Bermula dari malam pertama, kedai-kedai makanan banyak yang menjual air tamar hindi-sejenis minuman asam jawa, dan juga qutoyyif- bahan berasaskan tepung yang digoreng separa dan dimakan bersama qisytoh atau krim cair. Basically, semua kedai menjual produk tersebut, tetapi berbeza standard dari sebuah kedai ke kedai yang lain. Siapa yang sudah lama saja boleh tahu yang mana high quality atau tidak. In fact, kalau yang betul-betul sedap, orang ramai akan beratur panjang menunggu giliran untuk membeli air tamar hindi dan qutoyyif dari selepas waktu asar lagi!

Bagi masyarakat setempat, perubahan dapat dirasakan dengan bertambahnya bilangan mereka yang hadir ke masjid setiap kali waktu solat. Bermula dengan solat subuh, kalau dahulunya 6-7 saf, kini 12 saf ke atas. Boleh dikatakan dua kali ganda pertambahan. Begitu juga dengan solat-solat lain. Apatah lagi solat tarawih, sudah tentu penuh. Satu keunikan masyarakat di sini ialah mereka sangat yakin bahawa malam lLailatul Qadr itu pasti jatuh pada tanggal 27 Ramadhan. Maka pada malam tersebut, masjid akan penuh bagaikan solat jumaat, dan mereka akan mendirikan qiyamullail sepanjang malam. Saya sangat respect pada imam yang memimpin qiyam tersebut. Meskipun sepanjang malam mendirikan qiyam, dengan bacaan yang sangat panjang dan meletihkan, tetapi keesokan paginya beliau boleh hadir ke pejabat pada waktunya, tak lewat sedikit pun dan terus bertenaga sepanjang hari.

Bagi komuniti pelajar Malaysia pula, sahur adalah satu cabaran terutama pada yang lelaki. Rata-rata apabila ditanya tentang sahur, ramai yang menyatakan sekadar bersahur air beberapa teguk dan makan beberapa biji tamar. Maybe sebab mengatuk sangat.Ada sebahagian yang bersahur nasi sebelum tidur, yang ini mungkin sudah confirm tak bangun sahur. Walau apa pun yang menjadi bekal ketika sahur, aktiviti harian berjalan seperti biasa. Cumanya, kelas dan waktu pejabat akan tamat lebih awal dari biasa bagi membolehkan pelajar dan pekerja pulang untuk berbuka. Suatu yang menarik kalau dapat diaplikasikan di Malaysia.

Juadah hidangan berbuka buat pelajar Malaysia tak banyak pilihan kalau tidak memasak di rumah. Yang ada hanya hidangan-hidangan biasa. Tapi yang menarik ialah banyak jemputan untuk iftar, meskipun dari sahabat-sahabat yang tinggal berseorangan. Masyarakat tempatan juga ada menjemput untuk iftar, dan biasanya pelajar Malaysia akan berlumba-lumba untuk turut serta sebab hidangannya daging kambing!

Tarawih di sini ada berbagai pakej, ada yang abu sari’ (pakej solat cepat), dan ada yang bacaannya panjang hingga meletihkan kaki berdiri. Of course lah ada yang 8 rakaat dan ada yang 20. Bagi pelajar Malaysia yang sibuk, mereka akan soolat terawih di masjid abu sari’ ni, meskipun agak jauh sedikit. Tapi bagi mereka yang banyak masa, Masjid Jamiah sudah memadai. 8 rakaat, tapi puas hati sebab bacaan yang sedap dan panjang. Terasa masa kita diisi dengan beribadat kepada Allah.

Usai berterawih, saya sangat gemar untuk membeli sejenis minuman yang jarang dijumpai di bulan-bulan selain Ramadhan. Sahlab sukhun, ataupun sahlab panas. Sejak dari tahun pertama saya di sini, itulah minuman yang saya selalu beli selepas saja selesai berterawih. Agak sukar untuk describe minuman ni, kene dating sini dlu baru boleh rasa. Tapi sebenarnya ramai pelajar Malaysia yang kurang gemar minuman ni, saya pun tak faham kenapa.

Begitulah Ramadhan di Irbid. Sudah 4 kali saya berpuasa Ramadhan di sini, dan suasananya sama sahaja dari tahun ke tahun. Moga masyarakat di sini terus tekun meningkatkan ibadah di bulan Ramabhan.

Abu Thana’,Irbid,Jordan

Read More..

Wednesday, 24 September 2008

Ramadhan di sana sini: pengalaman bumi Kinanah

Catatan oleh Muhammad Irfan


Alhamdulillah,rancangan menyambut ramadhan di Bumi Kinanah terlaksana bairpun terlewat 10 hari. Apa yang menjadi daya penolak hasrat itu adalah kerana ruh ramadhan yang lebih dirasai di Mesir berbanding di Malaysia.Hatta sewaktu tibanya ramadhan,masyarakat menyambutnya seolah ia satu perayaan.Rumah-rumah dihiasi bagi mewujudkan semangat dan suasana Ramadhan itu sendiri dan apabila berjumpa sesama mereka, apa yang diucapkan adalah Ramadah Kareem dan dibalas Allahu Akram


Di Mesir,subuhnya awal dan waktu bermula kerja lewat lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan,jadi ini memberi ruang untuk masyarakat berada di masjid-masjid untuk berzikir,membaca al-Quran dan bersolat sehinggalah terbit matahari.Kerana Nabi pernah bersabda;
"Barang siapa yang bersembahyang subuh di masjid dan selepas itu dia berzikir sehingga terbit matahari, maka baginya pahala mengerjakan haji dan umrah yang sempurna,sempurna,sempurna"


membaca al-Quran di dalam Metro(keretapi)

Di sepanjang harinya,suasana orang membaca al-Quran boleh dilihat di mana-mana,dari masyarakat biasa di dalam keretapi atau bas hingga ke polis ketika berkawal di pos kawalan.Pendek kata di mana-mana pun ada sahaja yang insan yang membaca Quran dan bukan setakat di dalam masjid.
Seorang ulama pernah berkata;
"Ramadhan dan al-Quran adalah dua sahabat baik yang sentiasa berkasih-sayang"


maidatu ar-rahman

Ketika waktu berbuka menghampiri,kita dapat melihat banyaknya Maidatu Rahman yang menyediakan hidangan berbuka bagi mereka yang tidak berkemampuan.Maidatu Rahman ini ditaja oleh mereka-mereka yang kaya di sekitar mesir. Bagi golongan yang sederhana,mereka juga tidak melepaskan peluang mendapat pahala tambahan.Mereka akan tunggu di jalan-jalan utama dan memberikan bungkusan berisi kurma kepada pemandu-pemandu yang melalui jalan tersebut.Nabi pernah mengatakan bahawa mereka yang memberi makan kepada orang yang berpuasa walaupun dengan sebiji atau setengah biji tamar maka baginya pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu.


tarawikh di Masjid Amru Al-As(masjid pertama dibina di mesir)

Menjelang waktu solat tarawikh,seperti biasa masjid-masjid akan dipenuhi manusia.Apa yang berbeza di mesir ialah umat Islam di sini lebih gemar ke masjid-masjid yang diimami imam yang sedap serta panjang bacaannya.Boleh dikatakan lebih panjang dan sedap bacaan seseorang imam itu , lebih ramailah orang di masjid itu.Mereka menikmati bacaan imam hatta menangis apabila dibacakan ayat mengenai azab.


kehangatan mentari tidak menghalang tanggungjawab harian

Di 10 akhir ramadhan, ramai orang yang beriktikaf di masjid. Lebih kurang jam 11 malam lampu-lampu akan di padamkan, dan menjelang jam 2 pagi lampu dinyalakan dan mereka akan bersolat tahajjud berjemaah.Ketika itulah dapat didengari tangisan keinsafan dan mereka dengan hati yang mengharapkan keampunan dari ilahi.

Apa yang mahu disimpulkan di sini bahawa Ramadha itu satu peluang,maka jangan biarkan ia pergi begitu sahaja tanpa mendapat manfaat darinya
Sabda nabi;
"Rugilah mereka yang didatangi Ramadhan tetapi tidak diampunkan dosanya"-wallahu a'lam

layari http://irfansalmi.blogspot.com/

Read More..

Wednesday, 17 September 2008

Di kala panas terik menghauskan anda..


Saya belum berkesempatan merai Ramadhan di timur tengah. Tapi ramadhan di Negara sendiri sudah cukup meriah saya kira. Cuma sesekali Nampak air yang sejuk, pasti terliur. Pasti juga setiap kali teringat, kenangan menikmati penghilang dahaga di timur tengah, menerpa ke kotak ingatan.


Kalau secara umum asir, atau jus buah-buahan apa pun ia memang berbaloi untuk menghilangkan dahaga. Tapi sebab ia cukup pekat, dan asli- orang kita tak jadikan ia sebagai minuman. Sebaliknya pencuci mulut saja. Tapi ada benda lain yang orang kita pasti akan terkenang.


I


Tahun lepas di Syria. Kata orang kalau melalu Souq Hamidiye atau sekitar Dimasyq, dan anda melewati penjual air tamr hind rugi kalau tak singgah dan menimati seteguk dua, kalau tak secawan dua. Tambah kalau selepas selesai berjumaatan. Di bawah panas terik, meneguk air tamr hind yang dingin dengan rasa masam, manis, wangi dan harum, dan sejuk yang mendingin di dalam. By the way, tamr hind adalah asam jawa. Di Syam, itu specialty mereka.


II


A friend of friend of mine, once pernah mengungkapkan tatkala di tanya apa kenangan yang paling tak boelh lupa ketika di Mesir, waktu belajar dulu. Jawabnya: Khasb. Air tebu. Saya pernah ke Mesir beberapa tahun dulu. Berziarahan. Tapi ketika itu kecil lagi sehingga tak dapat appreciate nilai estetika pada tebu Mesir tu. Apa beza tebu Mesir dengan kita punya?. Kata orang-orang di sana memang berbeza. Tambah kalau dah berjalan jauh, panas terik, dan jalan yang bising, berhabuk dan sesak dengan 22 juta penduduk di tengah-tengah kota Kaherah, memang nikmat minum tebu. Terus lupa masalah sekejap. Focus terus tertumpu kepada thirst quencher yang satu ni. Terasa masa terhenti seketika. Dan rasanya cukup untuk membuatkan kalau orang bertanya apa kenangan di Mesir-jawapannya tebu.


III


2004, saya di Sana’a. Ibu kota Yemen. Kalau ke kelas bahasa sebelah petang membawa ke malam. Kadang-kadang, kalau terasa tekak ni kering, pasti akan singgah menikmati air limb. Sebetulnya ia adalah air limau, yang dicampur susu. Jadi masam, manis, lemak susu bercampur, menghasilkan kenikmatan yang berbeza sekali. Tentunya lebih nyaman dengan hidangan dingin.



Di setiap tempat ada keistimewaan yang tak dapat disbanding dengan tempat lain. Bulan-bulan puasa ni, Cuma boleh teringat nak minum apa je lah, nak merasa…hmm..lambat lagi lah jawabnya.
Selamat berbuka puasa.

Read More..

Friday, 23 May 2008

Memperingati Nabi di Syam

Ingat lagi pada entri Jumaat di Syria? Sepatutnya saya nak tulis entri ini jumaat minggu lepas lagi. Tapi kesibukan apa entah yang menangguhkan saya ke jumaat ini pula. Tapi sekali lagi bercerita mengenai Syam. Syria dahulu dikenali sebagai Syam. Bahkan kalau ditelusuri balik kepada sirah Nabi, istilah Syam sangat popular dan sememangnya dikenali begitu. Namun, kini Syam telah terbahagi kepada negara, antaranya Syria, Jordan, dan Palestin. Cumanya, kawasan Syam hanya meliputi sehingga ke kawasan Dimasyq sahaja di dalam Syria, yang terletak lebih sedikit ke arah selatan. Ini bermakna Halab, Raqqah, dan banyak lagi kawasan di atas Dimasyq tidak termasuk dalam istilah Syam. Dan pastinya rupa paras mereka mengiyakan apa yang saya maksudnya, terutamanya wanita Syam.

Jami' Zainal Abidin

Sambutan Maulidurrasul sudah hamper sebulan berlalu. Tambahan pula di Malaysia ini, kita bertuah sebab dapat citu sehari. “Abistu kenapa nak cerita pasal maulidurrasul sekarang ni. Padahal dah lama habis. Dah Rabiul-Akhir dah”, mungkin anda tertanya sedemikian dalam hati. Jawapannya kerana begitulah cara orang Syam. Jangan pelik atau terkejut kalau sebulan selepas 12 Rabiul-awwal, masjid-masjid dan pusat-pusat sosial masih merayakan hari kebesaran itu. Meriahnya, cukup terasa. Dari lampu neon bewarna-warni tergantung di sepanjang kawasan penempatan, kain-kain rentang yang menghiasi pemandangan kota Dimasyq ini, majlis jamuan, sehinggalah ceramah dan pengisian kerohanian yang disampaikan oleh para masyaikh.

Pengalaman setahun lepas, dalam waktu-waktu beginilah, saya sempat menghadiri upacara meriah sambutan Maulidurrasul di Jami’ Zainal Abidin. Jami’ atau Masjid Zainal Abidin ini sangat terkenal di kalangan mahasiswa, terutamanya dari Nusantara kerana di situ tempat Syiekh Al-Allamah Dr. Mustafa Al’Bugha biasanya berkuliah kitab karangannya sendiri seperti Nuzhatul Muttaqin, dan Fiqh Manhaji. Selain itu, Syeikh Rushdi Al-Qalami, asalnya seorang alim dan saudagar kain, turut mencurahkan ilmunya di situ. Bahkan beliau juga sangat rapat dengan mahasiswa Malaysia, dan dikenali kenalan baik kepada Dr. Zulkifli Al-Bakri, pensyarah di USIM. Masjidnya agak luas, dan walaupun agak jauh, tetapi kegigihanlah yang telah membawa ramai penekun ilmu untuk menadah ilmu di situ secara bertalaqqi.


Maulidurrasul di Syam

Sambutan Maulidurrasul sangat teras di situ. Bermula dengan Solat Maghrib, masjid sudah dibanjiri dengan ribuan jemaah yang hadir untuk sama-sama meraikan kemuliaan. Lelaki, wanita, muda, tua, arab, ajam-ajanib (foreigner) turut hadir. Selepas selesai, para jemaah berehat sebentar sebelum sekali lagi berkumpul untuk solat Isya.

Selepas solat Isya’, para jemaah berkumpul dah berbaris menghadap kiblat, manakala, para syuyukh dan kibaar-ul-ulama disusun mengkikut seniority mereka berbaris menghadap para jemaah. Satu lorong kecil di tengah-tengah dewan Solat dikosongkan. Kelihatan beberapa ketika selepas itu, seorang demi seorang ulama yang berjalan masuk ke dewan dan berpelukan mengucap salam kesejahnteraan kepada kenalan ilmu mereka.

Upacara malam itu sungguh meriah. Di samping pembukaan majlis dengan alunan merdu bacaan Al-Quran, majlsi turut diseriakn dengan persembahan nasyid dan paluan kompang dan duff. Tak dilupakan salawat panjang, yang saya sendiri pertama kali mendengarnya. Acara kemuncak ialah pengisian rohani oleh para masyaikh, yang utama oleh Al-Allamah Dr. Mustafa Al-Bugha sendiri.

Friz bil halib?

Seusai itu, saya dan beberapa orang teman sempat singgah di kedai minum. Niatnya menghilangkan dahaga. Saya memilih untuk mencuba friz bil halib (strawberry dengan susu). Rasanya? Lemak, lembut tekstur, padu, sejuk dan, segar…ahhh.

Mungkin bila kluar dan lihat adat dan budaya orang baru kita faham kenapa mereka buat begitu. Mungkin di sini kuat pengaruh sufinya, tetapi para masyaikh masih tetap menuntun masyarakat dengan ilmu mereka yang memang luas. Kalau di tempat lain, sambutannya mungkin berbza mengikut fahaman agama mereka, tetapi itu kan hanya manifestasi. Walau apapun caranya, selagi ia bukan dianggap sebagai satu upacara ibadah mahdhah, at least itu manifestasi kecintaan mereka kepada Rasulullah s.a.w tercinta. Sallahu alaihi wassalam….ya nabi salam alaika…

Read More..

Friday, 9 May 2008

Air mataku berlinang ketika khutbah dibacakan


Baru saja usai solat jumaat di masjid tadi. Khutbah sedikit sebanyak menyentuh tantang persiapan kita sebelum menemui Rabbul-Jalil. Dalam perjalan pulang ke rumah, terkenang sejenak ingatan dan pengalaman berjumaat di bumi Arab. Tepatnya di Syria. Juga sebelum itu, beberapa tahun ke belakang di San’aa, Yemen.Perbezaan

Pengalaman berjumaat di bumi Arab sangat berbeza dengan Negara kita. Dari satu segi pastilah bahasanya menjadi factor utama. Tapi di samping itu, ada semacam satu ruh yang hadir bersama tatkala berjumaatan di sana. Di masjid-masjid yang ‘kuat’ auranya. Memang akan sentiasa menjadi kenangan kalau mendengar khutbah jumaat di sana. Di Jami’ Umawi khasnya, dan di mana-mana masjid, pasti ‘bergegar’.

Jumaat akan menjadi hari cuti bagi kebanyakan Negara arab. Di Syria juga begitu. Kebiasaannya, kami serumah, sepanjang berada di Syria bersama-sama teman yang lain akan tidur lebih lama, kalau tak pun ada yang akan membasuh pakaian dan jemuran. Biasanya juga pagi jumaat pengajian lepas Subuhnya sedikit panjang berbanding hari biasa. Mungkin ke sana sesekali. Bersiap ke masjid, menjelang waktu jumaat, pilihan masjid yang sangat banyak menanti kami. Tak terpilih. Dari yang besar dan luas, tetapi agak jauh, sehinggalah yang dekat tetapi agak cosy. Kalau di Syria, saya berkesempatan ke Jami’ Zaid, Jami’ Umawi tentunya, dan Jami’ Zainal Abidin, yang sedikit jauh.

Khutbah

Khutbah jumaat menjadi satu trademark bagi masjid-masjid di sini. Isinya sangat menusuk ke hati para jemaah. Bahannya sangat dekat dengan masyarakat. Bahasanya kadang-kadang tidak terlalu tinggi dan berfalsafah, tetapi yang pasti disulami dengan syair-syair dan kata-kata indah, bahasa yang berbunga-bunga, yang kadang-kadang saya sendiri pun kurang faham. Satu yang pasti, ‘gegaran ‘ itu pasti menyentuh jiwa. Pernah sekali tajuk berkaitan hak dang tanggungjawab anak disampaikan. Dengan perumpamaan yang sangat mudah dan lojik, dan suara yang kadang-kadang naik turun intonasinya, dengan mesej yang jelas, kelihatan di sekeliling saya, para jemaah kebanyakkan telah tunduk dengan linangan dan esak tangis. Merah mata mereka dek kerana ‘kekuatan’ penyampaian khutbah di sana. Pernah juga sekali tajuk berkenaan infaq, maka selesai sahaja Solat Jumaat, berduyun-duyun “extra’ orang berderma dan berinfaq, kesan dari power khutbah itu. Kalau nak dikatakan khatib di sana semuanya professor, tak juga. Sebahagiannya hanya ustaz dan syaikh biasa. Tapi mungkin budaya, suasana dan kebiasaan masyarakat di sana yang memerlukan para khatib untuk menjadi orator yang baik, serta dekat dengan syair dan bahasa yang indah. Kalau mengikut seorang teman, mungkin bicara mereka itu dari hati, sebab itu sampai juga ke hati. Di Malaysia, macam man pula ya? Ha korang pikir la sendiri.

Kehidupan di Syria

Biasanya ‘kehidupan’ bermula selepas Solat Jumaat. Pengalaman singkat di Syria, kami mempunyai pilihan samada makan tengahari sebelum Jumaat di rumah atau selepasnya. Atau boleh sahaja kami memilih untuk menikmati kelazatan hidangan timur tengah dengan dessertnya termasuklah ais krim, halawiyat, atau buah-buahan. Tapi yang pasti, kalau berada di kawasan Souq Hamidiye, pasar lama semenjak zaman Umawi lagi, pasti air tamar hind menjadi sasaran. Atau ais buah tut, atau oren, yang diminum ketika terik matahari memancar. Huh. tegukan demi tegukan. Pasti melegakan. Selepas itu baru kami mencari ayam masywi atau kambing.

Rakyat Malaysia

Jumaat juga menjadi hari untuk bertemu rakan-rakan Malaysia yang lain. Kalau ada upacara khas, rumah teman-teman Malaysia, samada yang bujang atau yang sudah berumahtangga menjadi sasaran. Gembira dapat bersama teman-teman yang menekuni ilmu di berbagai markaz ilmu di sekitar kota Dimasyq, Syria. Pelajar Malaysia di sana yang berjumlah lebih 500 orang itu bertebaran di seluruh pelusuk kota. Sebilangan di Jamiah Dimasyq, manakala sebahagian di Maahad Abu Nour, Maahad Tahzib serta maahad lughah yang lainnya. Jumaat juga sangat seronok di sini dapat melihat dan bersalaman dengan para masyaikh dan ulama, yang begitu tekun mendidik ummah, selain temna-teman arab dan rakan-rakan ajanib dari seluruh dunia yang sama-sama sekelas.

Jumat di Syria, sungguh mengujakan dan membawa seribu kenangan berharga. Walaupun persinggahan saya ke sana sangat singkat, ingatan ketika di sana sangat kukuh. Syam oh Syam. Bumi para anbiya’.

Read More..

Monday, 5 May 2008

Praktikal di Suhakam: Tentang hak dan tanggungjawab

baru minggu ini tamat program praktikal di Suhakam. perasaan? bercampur baur. suka, gembira, bosan, terkejut, dan banyak lagi tak terkata. Sebab? di sini, sempat juga mengenali berbagai jenis ragam manusia, dari complainant, pegawai, pesuruhjaya, pegawai praktikal macam saya (istilahnya pegawai sangkut?), dan ramai lagi.

mengapa tak ceritakan ketika awal-awal melangkah ke suhakam. bermula dari mula sudah terlalu biasa. saya nak cuba bermula di penghujungan. mungkin lebih mencabar. sebab ia menguji dan mengujakan. ketika pertama kali melangkah ke suhakam ada sedikit harapan dan cita-cita besar. sekurang-kurangnya dapat melihat merasai pengalaman on field yang lebih luas. dan harapan itu saya bawa sehingga ke akhir tempoh praktikal. tiga minggu tidaklah terlalu lama. tapi cukup untuk saya celup-celup pengalaman yang ada. sempat attend complaint, sempat membuat lawatan ke kem tahanan PATI, sempat masuk tv (hehehe) sempat memjadi ajk seminar anjuran suhakam.

tapi timing yang salah. tempoh praktikal itu merupakan tempoh peralihan dan tamat kuasa pesuruhjaya suhakam. jadi sebenarnya banyak benda lagi yang tak sempat dicuba.

yang pasti, dalam banyak-banyak pengalaman tu, mengajar saya tentang hak asasi manusia, yang dinyatakan oleh Ustaz Uthman el-Muhammady, salah seorang pesuruhjaya Suhakam, sebagai bahagian dari penciptaan manusia dan zat manusia itu sendiri. pengalaman berseminar juga membuka mata saya, tentang hak yang kita pinta dan laung-laungkan, yang hadir dengan tanggungjawab. tanggungjawab bukan sahaja untuk memelihara hak-hak yang kita dapat itu, tapi juga untuk menghormati hak orang lain. jadi sudahkah kita faham hak dan tanggungjawab kita?

Read More..

Wednesday, 12 March 2008

Pengalaman jadi DJ

Beberapa mingu lalu, acara walimah-l-urus Muaz Nawawi di Melaka, meraikan pengatin di sebelah perempuan. Pengalaman yang menarik bagi diri, sebab bukan sekadar sebab dapat brgotong-royong menyiapkan dari A sampai Z, dari memasang khemah, menyiang segala, memotong segala, menggaul serba-serbi, menggoreng bermacam, sehinggalah menghidang dan membasuh semuanya. Secara pebribadi, tidaklah saya terlibat dalam semuanya, tapi melihat teman-teman bertungkus-lumus mengerah keringat dan membanting tulang mempersiapkan sekadarnya.

Pengalaman peribadi yang pasti takkan dilupakan ialah menjadi DJ bagi sepanjang acara itu. Pengalaman selama ini, itu tiadalah banyak. Sikit-sikit saja. Cuma diberi peluang menjadi Dj di rumah kahwin, memang uniklah. Tugasnya tidaklah terlampau berat, Cuma memerlukan kemahiran tertentu.

Yang pastinya, bantuan daripada taukeh P.A system itu, sangat membantu. Dia controlkan bahagaian naik turun suaranya, manakala yang lain-lain itu, termasuklah pengumuman-pengumuman, pemilihan lagu, selingan-selingan, sendaloka, serta pantun-memantun itu kerja saya lah.

Dengan personaliti yang belum lagi establish, maka terkesan juga dengan gaya pelbagai personaliti besar. Ada yang kata macam gaya Halim Othmanlah, gaya Dj supermarketlah, macam-macamlah. Apa-apa ajalah. Ada yang kata kelakar, ada yang kata serius sangat, kena banyak cool lagi. Ada yang ucap tahniah. Macam saya pulak yang dah jadi pengantinnya. Ada yang mengusik, jadi bestman (pengapit) sudah, jadi Dj sudah, jadi pengantinnya bila pula. Saya tersenyum saja.

Anyway. At least saya dah boleh tambah satu pengalaman baru dalam koleksi BOLEH BUAT saya. Anda tak nak cuba ke?

Read More..

Saturday, 19 January 2008

Kisah Pengamen

“Selamat siang. Kepada pak supir, dan pak ternet, penumpang-penumpang yang dimuliakan. Maafkan saya. Ijinkan saya menghiburkan anda seadanya, sambil anda terus-terusan membuat aktivitas anda…”. Begitulah ungkapan yang sangat popular dan sinonim dengan pengamen. Sesuatu yang unik apabila anda di Indonesia ialah pengamennya. Pengamen ini merujuk kepada penghibur jalanan, yang bukan sahaja terhad kepada bermain muzik, malah bernyanyi, berpuisi, memainkan lagu ketuhanan, akustik, malah menari. Tidak ada peraturan tentang siapa yang boleh dan siapa yang tidak. Sesiapa sahaja layak menjadi pengamen, malah anda tidak perlu menjadi seorang professional untuk menjadi pengamen, ataupun menjadikan pengamen sebagai profesion anda. Boleh sajaha, anda dengan tidak semena-mena berdiri di hadapan orang ramai, lalu menghiburkan mereka seadanya.

Pengamen ini boleh anda temui rata-rata di mana sahaja, khususnya di kota-kota dan bandar besar. Mereka akan berada di tepian jalan, yang mungkin anda boleh dapati di mana-mana sahaja di dunia ini, dan mereka juga akan berada di dalam bis-bis (bas-bas) atau kereta (keretapi), samada bergerak atau ketika bas sedang berhenti, menghiburkan para penumpang.


Yang menarik

Saya kira suatu yang menarik tentang para pengamen ini ialah, mereka mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap diri mereka. Mereka boleh sahaja berdiri di hadapan orang ramai, dan tanpa segan silu, dan penuh keyakinan, berucap memperkenalkan diri, dengan sangat lancar, dan jelas, tetapi sangat menghiburkan, seterusnya memainkan hiburan mereka untuk santapan hawa telinga para penumpang. Yang lebih menambahkan keajaiban saya, ialah mereka, malah telah menjadi maklumat umum yang diketahui, seolah-olah mereka ini pemuzik professional, yang setiap persembahan mereka itu harus dibayar.


Dibayar?. Ya. Pulau Jawa khususnya, dengan kepadatan penduduk yang tertinggi di dunia, serta Indonesia amnya sebagai Negara keempat populasi tertinggi, menjadikan ‘sektor’ pengangguran sebagai antara yang tertinggi di sana. Oleh itu, keperluan menjadikan seseorang supaya lebih kreatif, untuk at least mencari sesuap nasi. Maka, sebahagian dari masyarakat itu, hadir ke tengah masyarakat untuk mencari pekerjaan yang halal. Dan mereka tidak pula mahu diklasifikasikan sebagai peminta sedekah (beggar). So, apa yang terbaik ialah menampilkan persembahan yang menjadi sebab untuk mereka mengutip wang ‘sah’ membayar ‘tiket’ persembahan. Dan bayarannya tertakluk kepada pendengar. Jika anda ingin memberinya wang, maka berikan tanpa banyak bicara, dan sekiranya tidak, maka angkat tangan symbol bahawa anda tidak memberi ‘sumbangan’. Pengamen, kebiasaaannya akan berjalan dari hadapan ke belakang koc, membawa bekas kecil, lantas mengutip ‘bayaran’ dari penumpang.

Karekter


Banyak cerita yang menarik tentang pengamen ini. Di samping mereka yang seolah pd (dibaca pede atau maknanya percaya diri), yakin berbicara di hadapan orang ramai, karekter mereka juga pelbagai. Yang pasti mereka ini bergerak secara loose, dan tidak terkait antara satu sama lain. Ada yang membuat persembahan secara berkumpulan, lengkap dengan gitar, dan bongonya, di samping ada solonya. Ada yang secara individu, memainkan lagu-lagu popular di Indonesia. Ada yang membawa anak bersama yang dikendongnya, dan dilagukan lagu-lagu tradisional dan penuh nasihat. Ada yang sekadar membawa semacam tamborin buatan sendiri, dan memainkan lagunya, yang saya sendiri pun tak faham. Ada yang muslim, ada yang hindu, dan ada yang kristian. Ada juga yang membacakan puisi, malah kalau di Jakarta itu, pondan juga ada persembahan mereka, termasuk menari dangdut. Dahsyat tuh!!!!.


Tapi yang saya dapati secara rambang, mereka ini mempunyai kualiti suara yang bahkan lebih baik dan enak daripada recording artist yang popular dari Indonesia mungkin. Saya rasa kalau mereka dapat peluang tu, meletup geng!!! Tapi mungkin package tak lengkap. Maksud saya, mungkin untuk menjadi artis, anda memerlukan bukan sahaja suara, malah rupa dan penampilan. Dan mungkin itu yang belum ada pada pengamen ini.


Kalau pengamen kristian, biasanya akan memainkan lagu ketuhanan, yang secara literal saya kira lebih ‘islamic’ dan kita kadang-kandang terkeliru dengan lagu-lagu nasyid yang biasanya didengar. Biasanya dengan ungkapan-ungkapan seperti ‘tuhan gapaikan tanganmu pada kami’, atau ‘tuhan damaikan dunia ini’, dan bermacam lagi, yang sekali imbas macam lagu yang mirip nasyid atau ketuhanan. Tapi sekali lagi, terpulang kepada anda untuk memberi ‘sumbangan’ atau tidak.



Pekerjaan ini, juga kadangkala menjadi jalan keluar bagi mereka yang tiba-tiba kehabisan wang, dan ingin segera ke destinasi yang dituju. Hah, apa lagi, walaupun itu kali pertama anda, pede saja, bacakan beberapa rangkap puisi, dan itu dia wang elaun anda untuk perjalanan kali ini.


Apa pun, saya masih meneka, apa bezanya dengan kita. Mungkin kita tak perlukan pekerjaan seperti itu di Malaysia, sebab mungkin banyak lagi kerja lain yang boleh dibuat. Mungkin juga di sana, necessity telah push mereka untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif serta peka dengan persekitaran mereka. Kita mungikin tidak sampai ke tahap itu lagi. Apa-apa pun, pesan saya, kalau anda ingin belajar menjadi pembicara yang baik, belajarlah dari para pengamen. Kita patut mengambil x-factor mereka itu…..

Read More..

Catatan perjalanan ke Yogyakarta

Perjalanan ke Yogya atas tujuan akademik amat menarik. Bukan sekadar satu perjalanan untuk belajar, tetapi untuk memerhati dan menilai apa yang kita miliki, serta perbezaan yang pastinya sangat menarik untuk diceritakan.

Penerbangan Airasia antara yang termurah, tetapi mendarat di Solo, lebih kurang satu jam perjalanan menaiki mobil (kereta) ke Kota, Daerah Istimewa Yogyakarta. Dengan perjalanan mengambil masa selama 2 jam setengah, kembara ke Kota Yogya seolah tak terasa mengembara ke sebuah negara berbeza budaya. Ketibaan di lapangan terbang Solo, ketika matahari bergelinciran menghilang memberi laluan kepada malam.



Tapi apa yang menarik untuk diperkatakan tentang LCCT, dari mana kami depart, ialah mentaliti yang masih membelenggu masyarakat kita. LCCT, sesuai dengan namanya diberi manifestasi tepat untuk istilah murahnya itu…panas, double standard dan berhimpit-sempit. Yang pasti sangat berbeza dengan KLIA-mungkin dek kerana nama murahnya itu. Well, kadang-kadang itulah hakikat kehidupan, apabila anda ada duit, semua jalan, tapi bila anda hanya boleh memberi wang dengan membuat muka seposen dua, maka itulah yang anda dapat.


Suasana di Solo




Malam yang menarik di Solo, sebab kami bertolak ke Yogya pada waktu malam dan barulah ‘kehidupan’ masyarakat dapat dilihat. Nyaman, tenang dan penuh tradisi-itulah yang setepatnya untuk menggambarkan daerah ini. Sepanjang perjalan dan bahkan di mana-mana kawasan di Indonesia rata-rata akan kelihatan lesehan, suatu bentuk gerai tepi jalan yang menjual masakan-masakan biasa, Cuma yang menarik ianya dinikmati secara bersila di atas lantai, di tepi-tepi jalan. Saya tak pasti rasanya, tapi nampaknya mereka makan dengan penuh selera.




Sekadar catatan sepanjang perjalanan itu, malam bagi masyarakat Solo sangat bererti, seolah siangnya. Masa untuk bersama dengan teman, dan melepas lelah setelah seharian bekerja. Penarik-penarik beca juga masih terus gigih meraih sesuap nasi, di samping peniaga-peniaga yang bergerak secara freelance menjual pelbagai juadah. Deretan kedai-kedai runcit, took-toko buku, pabrik-pabrik (kilang), dan kilang-kilang benzin (stesen minyak) tersusun kemas di sepanjang jalan besar menuju ke Yogya.




Budaya




Pertemuan dengan warga penduduk Yogya yang rata-rata berbangsa Jawa sungguh menyejukkan hati. Peramah, lemah lembut, berbudi bahasa, dan menghormati tetamu-itulah yang seringkasnya dapat digambarkan terhadap penduduk kota yang terkenal dengan pegangan tradisi mereka. Bahkan masih ramai yang kejewon, atau kuat berpegang dengan adat istiadat masyarakat Jawa. Malah, diceritakan juga, sebahagaian dari mereka sangat-sangat ditekankan dengan amalan dan tradisi Jawa, berbanding dengan agama, dan diajarkan sejak dari awal persekolahan lagi.




Membicarakan isu bahasa juga saya kira sanagat menarik. Bahasa Indonesia dan Melayu dikira sangat dekat. Malah bahasa rasmi di Indonesia adalah bahasa Indonesia sendiri. Manakala bahasa sehari-harian berbeza mengikut situasi. Bagi kalangan masyarakat Jawa, berbicara dan bertutur dalam bahasa Jawa menjadi pilihan. Manakala berkomunikasi dengan bangsa-bangsa lain, seperti Sunda, Minang, dan lain-lain memerlukan mereka untuk menggunakan bahasa Indonesia. Kalau tak pasti ada masalah besar. Kebanyakkan rakyat Indonesia memang boleh bertutua bahasa Indonesia, Cuma mungkin sebahagian kecil masyarakat warag emas yang kurang mahir.




Berkelanjutan dari soal bahasa tadi, sesuatu yang menarik untuk diperhatikan ialah kebanggaan masyarakt di sini untuk berbahasa Indonesia, malah telah menjadi polisi (kebijakan) pemerintah (kerajaan) untuk menggalakkan dan memastikan masyarakat Indonesia berkomunikasi dalam bahasa mereka. Bahasa Indonesia telah menjadi bahasa penyatu antara pelbagai etnik (atau bangsa..ada beza antaranya) bahkan itulah bahasa yang digunakan di mana-mana kantor (pejabat) dan perguruan tinggi (IPT) malah industri terjemahan Indonesia sangat memberangsangkan. Oleh itu, sesekali ketika mana ada yang mampu bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik, ia merupakan sesuatu yang sangat dikagumi dan dibanggakan. Anda akan lebih dihormati.





Feast di Yogya




Makan-makan di Yogya atau mungkin di kebanyakkan kawasan di Indonesia sama sahaja. Mungkin here and there ada perbezaan bentuk dan jenis masakan, yang pasti tempe merupakan suatu kemestian. Di Yogya, gudeg satu kemestian pada waktu pagi. Sejenis masakan semacam nasi lemak, lebih kurang. Pilihan lain antaranya kupat tauhu, dan bakso. Tengahari pula pelbagai masakan boleh di dapati di kebanyakkan rumah makan (restoran) di sekitar kota. Ada yang menjual nasi dan lauk–pauk, ada yang menjual mee, bakso, dan pelbagai lagi. Biasanya masyarakat di sini tak makan nasi macam orang Malaysia-banjir. Mereka sangat sikit kuah, jadi makan nasi tu banyak kawasan yang masih putih.




Ada juga manisan semacam cendol versi Indonesia, yang saya lupa istilahnya. Makan petang, biasanya dengan hidangan kuih-muih, dan uniknya, di Indonesia, bukan sahaja untuk makan petang, malah di semua sesi, makanana akan dibungkus di dalam kotak empat segi, instead of polisterin seperti di Malaysia. Dan kalau kita bubuh kuah lebih, kotak akan bocor dan koyak. Kuih-muih biasanya disediakan dalm tiga jenis-puding style, kuih-muih manis, dan satu cucur yang di goreng, dan di samping tu, disediakan sekali satu cili padi. Mula-mula tu, tertanya juga, apa fungsi cili padi tu. Rupa-rupanya, cili tu dimakan bersama dengan cucur. Caranya disumbatkan ke dalam cucur, dan dimakan secara sekata. Rasanya….wow!!!!!!!!!








Keunikan



Belajar communication skill dan public relations (PR) di Indonesia adalah suatu yang baik. Sebabnya, akan akan dapati mereka adalah orator (pembicara) yang baik, gaya bahasa dan intonasi yang sangat mempesonakan. Kita bukan bercakap soal pemimpin agung mereka seperti Soekarno yang terkenal dengan ungkapan “bawakan saya seribu pemuda…”, tapi pengamen-pengamen (pemuzik) kecil jalanan, yang mempersembahkan hiburan mereka dan para penjual barangan. Keyakinan mereka dalam present barang-barang, gaya bahasa dan intonasi…yang saya kira kita boleh terpesona dan terus membelinya, walaupun sebenarnya tidaklah terlalu baik seperti yang disangka. Tapi credit kepada mereka atas budaya ini. Dan kita seharusnya boleh banyak belajar dari mereka tentang pengalaman ini…yang tidak diajarkan secara teori di Sekolah Dasar (sekolah rendah) , tetapi di sekolah kehidupan pengalaman itu dikutip. Dan saya secara peribadi lebih menghargai orang-orang yang kaya pengalaman sebegini sebab mereka tenang dan cekal dalam hidup, dan kalau mereka berhadapan dengan situasi-situasi yang pelbagai d masa mendatang, pasti reaksi mereka berbeza dari mereka yang hanya mendapatkan teorinya sahaja.



Kota Daerah Istimewa Yogyakarta, menyimpan seribu satu rahsia di sebalik warna-warni kehidupan penduduknya. Diberi istilah Daerah Istimewa sebab ia menikmati autonomi istimewa berbanding wilayah-wilayah lain di Republik itu. Sebabnya Gubenur (Gabenor) DI ini, masih secara turun temurun ‘diwariskan’ kepada generasi Sultan, walaupun du atas kertas dia dupilih secara demokrasi. Ini semua menunjukkan semangat kejewan masyarakat Yogya khususnya, kerana mempercayai kuasa keramat yang dipegang oleh Sultan. Sekarang ini, Sultan Hamengku Buwono X adalah pewarisnya. Satu perkara yang sangat menarik, apabila saya sempat beromongan (berbicara) dengan penarik beca di Malioboro, suatu kawasan membeli belah di daerah ini, katanya apabila di Tanya tentang sultan mereka itu: “ Owh, Sultan itu enggak diketahui di public, sebabnya dia itu suka naik sepede dan bercampur dengan orang banyak semacam teman-teman biasa. Nah, hampir-hampir ia tidak dikenali semacam orang besar itu”. Apa yang terus tergambar di benak fikiran saya ketika itu, ialah semangat dan ruh kebaikan Umar-l-Khattab dalam menyantuni (melayani) rakyatnya. Saya lanata terfikir, alangkah indahnya kalau di semua tempat sebegitu…Satu kisah yang sinonim dengan Sultan, ialah hubungan baik kraton (istana) dengan para ulama. Sultan Hamengku Buwono IX, adalah merupakan orang yang bertanggungjawab meminta KH (Kiyai Hadji) Ahmad Dahlan, pendiri (pengasas) sarikat (gerakan) Muhammadiyyah untuk mendalami pengajian agama di Mekah, sekitar awal abad ke-20.



Seperkara lagi, bila berbicara tentang penduduk di kepulauan terpadat di dunia ini, ialah kepercayaan kuat pada nilai dan tradisi mereka. Oleh itu, anda jangan terkeluri apabila ada orang tua, yang berpakaian sarong batik dan baju kebaya, berjalan beriringan dengan wanita-wanita muda lainnya, menuju ke gereja untuk sambutan Hari Natal (Christmas). Maksudnya, di sebalik kepercayaan agama mereka yang bersifat peribadi, tradisi dan budaya masyarakat Jawa khususnya masih dipegang teguh oleh mereka. Take note that, masyarakat Kristian membentuk 10% jumlah penduduk Indonesia. Dan 10% itu bersamaa dengan 23 juta orang (penduduk Indonesia berjumlah 230 juta orang) bersamaan dengan jumlah penduduk Malaysia!!!. Jadi di sana anda boleh bertemu dengan orang yang beragama Hindu atau Kristian yang memakai songkok dan sarong, atau berkebaya dan berkain batik. Mereka juga kadangkala mengucapkan salam atau bagi sesetengah pengamen (pemuzik jalanan) memainkan lagu berunsur ketuhanan (biasanya anda akan mendapati adanya lirik ‘tuhan damaikan dunia’, atau ‘tuhan gapaikan tanganmu’).



Dua kelompok



Pemergian saya ke sana, beberapa hari selepas sambutan Eid-l-Adha. Yang menarik di Indonesia, kalau berbicara soal raya ini adalah keunikan sambutan raya dua kali…dek kerana mengikut pendapat Muhammadiyyah atau Nahdatul Ulama. Umum mengetahui bahawa masyarakat Islam di Indonesia samada bergabung atau mengikut pendapat atau method tafsiran ulama-ulama, samada Nahdatul Ulama, gabungan terbesar, yang lebih cenderung kepada pandangan khalafi di dalam banyak persoalan, manakala, yang satu lagi Muhamadiyyah lebih ke arah salafi. To a certain extend, sesekali nampak ada baiknya bila ada berbagai approach di dalam menanggapi persoalan-persoalan ummah, dan tentunya ianya membawa kebaikan kepada ramai. Tapi, sekali lagi apabila sentiment dan emosi menguasai fikiran dan tindak tanduk, ada di sana yang dingin hubungan dan bercanggah pendapat secara kurang baik dan perkara-perkara yang tidak membawa kemajuan kepada ummah, keseluruhannya. Kedua-dua kelompok mempunyai pengikut yang ramai, malah dari aspek ekonomi juga tidak kurang hebatnya, namun, disebabkan perbezaan pendapat ini, perekonomian dan media negara di kuasai oleh orang Kristian di sana. Bak kata seorang sarjana, semuanya ini bukan disebabkan perbezaan pendapat di antara kedua kelompok, tetapi kurangny dialog perhubungan antara kedua-duanya. Sesaat saya terfikir, kat Malaysia mungkinkah begitu?



Kepulangan ke tanah air, bukanlah suatu yang tergesa-gesa ketika itu. Tapi sesuatu yang sangat berharga di bawa pulang sebagai oleh-oleh ialah pengalaman melihat dan memperhatikan budaya dan kehidupan di sana. Lantas terfikir sejenak. Banyak benda yang ada kat Negara aku tapi tak da kat sana. Tapi mengapa kita kurang mensyukurinya?





Read More..

Tuesday, 8 January 2008

Kembara Ilmu 2007: Kota Ilmu dan Budaya-Yogyakarta

Di hadapan Universitas Sarjanwiyata Tamansiswa, Yogyakarta.
Universitas Negeri Yogyakarta.
Bersama seorang rakan Indonesia di hadapan Universitas Muhammadiyyah Yogyakarta.
Unversitas Sebelas maret, Solo.

Read More..

Sunday, 9 December 2007

Jelajah utara 2: Meraikan kemuliaan

Baru je rasenye jelajah utara 1bulan leas...tup tup...bulan ni jelajah utara kali ni dengan tema....meraikan kemuliaan...Kenapa tema macam tu...hah jangan tak tau...kami pi special punya meraikan pernikahan seorang sahabat cemerlang....Muaz Nawawi...hani lah perjalan kami merentasi kl, selangor, perak, penang, dan ke kedah. Naik ape? tu avanza kat belakang tu.....bertolak dari kl kul 2.30 pagi hari sabtu, 8/12/2007....sampai dalam kul 7.30 kat bedong, kedah....aku bawak dari mula sampai r&r gunung semanggol...sebab berhenti solat subuh...pastu tukar zack...
hah...melepak jp r..kat umah tok muaz...ramai gak r yang dah ada...aku amek kesempatan untuk tidour...sebab aku ada tugasan pesan lepas tu.....apa dia nati kita cerita lein...dan dalam gamba...dengan sepupu muaz...amacam ada gaya nak jadi ayah tak??? hahaha
gaya pelas tidur lena, mandi, dan makan...happy giler....
kenangan kat rumah pengantin pompuan....sampai kat masjid dari bedong dalam waktu zuhur...lepas upacara akad nikah...kami gi menyantap kat rumah pengantin...dok sampai kul 4.30.....sape yang pengantin????
sempat singgah rumah zack kat sanglang......dan ni pulak ustaz bahauddin..kawan kami dari algeria...dalam journey tu aku sorang je yang ok skit cakap arab so ...aku lah yang dok bersembang dengan dia...dan translatekan tazkirah dan ucapan2 mutiara hikmah dia kat kawan2 sejourney...wah hijau mata memandang.....pastu kami balik ke kl dalam kul 10.30malam...sampai kl....kul 3 pagi...aku tak bawak kete..sedap tidur kat belakang.....
Selamat pengantin Muz&Ayu!!!!!!!

Read More..

Friday, 7 December 2007

My family...kenal2

nilah keluarga aku waktu raye taun ni...raye puasa 07....yang paling tipi...takde..
nilah sebenarnye yang ada...kitorang amek sebelum balik kampung...tapi lepas semayang raye...
ni raye zaman dulu.....sume masih kechik...raye 04...
saje...selak2 gambar teringat plak nak post gamba ni...
selamat menengok...

Read More..

Wednesday, 28 November 2007

Kembara Utara: kenali diri


Memula memang sejak dari time final exam lagi aku dah bercadang nak gi pusing2 belah utara....kembali melihat sejarah silam diri aku...sebab memang dibesarkan di sana...dan jumpe ngan kengkawan2 yang merpakan sebahagian dari sejarah hidupku....dan dah memang set nak berjalan dalam waktu cuti sem kali ni...

dulu pernah plan nak ek sebelah selatan..singapore dll...tapi tak kesampaian.
so kali ni dah berazam dan jalan truz...perjalan kembara utara...kenali diri.

Perjalanan selama lebih kurang seminggu menjadi satu jawapan yang pasti kepada persoalan2 yang ada dalam hidup kita...aku lah khususnya......sebab dalam perjalanan kali ni..sempat untuk mengennali erti hidup dan asal usul kehidupan.

Start journey dari Pudu...pada pagi isnin....then sampai ke butterworth....nak di jadikan cerita dah la memula pakat ngan adul nak gi same2 dari pudu...kawan tu plak lambat...dah terlepas....so dia naik bas lain dan follow dari belakang sepanjang journey....


aku plak dok melayan the Khairy Chronicles aku...sampai menyantap pizza dua hinggit yang aku bli kat hentian tadi. sampai dalam kol 3 petang....dan elok2 je sampai...aku call adul...dah...dia dah terlepas ke sebelah pulau turun kat sg. nibong...baiklah..bagus.


so chop amek aku dulu hantar kat umah kakak dia kat politeknik bm. sambil tu...adul kene pusing pulau naik bas rapid penang dan feri..balik ke sebelah seberang...hah...pusing lah dia sorang2...kul 5 lebih baru sampai kat poli tu.


lepas makan jap, chop bawak gi makan kat rumah family dia, kat bm. dan malam tui kami pekena char koew tioy..cawangan sani.


malam tu yelah disamping sembang hal2 yemen tak yemen nya...kami berbincang panjang khusunya dalam hal2 landskap da'wah di msia........yang pasti pokok perbincangan tu kembali kepada isu utama....kembali kepada asolah...


Esok pagi ujen datang dari rumah dia...so lepas makan pagi (dekat kul 11 pg gak)..kitorang bertolak ke sg petani...first gi panati merdeka tgk rumah abg Mie, dan lepak jap kat pantai merdeka....tak dan lame..hujan la plak...so trus lah kitorang bergerak ke empat membesar ku...

sekolah Al-Islah...sampai2 je...gembira giler aku tengok sekolah tu...daripada dulu nak buat kutipan duit pun...perbelanjaan majlis lagi banyak daripada kutipan skang dan penuh ngan bangunan....ye ...aku ingat...kembali kepada asal...


pas tu ikut tofek dan che yah gi rumah diorang kat taman ria, sg petani...dok lah sembang2 skit...tapi lama tak lama pun 2 jam lebih gak.....So lepas tu trus gerak ke station bus sg petani...

sampai shahab perdana..di aloq sta'..dah kat2 maghrib gak...so semmayang siap2 ...munzir datang amek ngan mak dia.......so makan malam tu antara yang terbaik...ikan siakap 2 rasa...special untuk kami..kata munzet dia pun first time dapat masakan macam tuh (toi ka?)...well ape2 hal pun thanx...sedap gak..adul tambah banyak...


nak jadikan cerita warga Sek Al-azhar, jitra sedang ada daurah ilmu, so aku kene bawak kete volvo ust sayuti..gi alazhar tukar ngan kenari then trus meluncur ke perlis...jumpe jo..si tukang masak...businessman dah skang...so sembang panjang lah gak...sampai kol 12 lebih...tapi yang penting dapat lihat satu perasaan yang sangat luar biasa bila orang baik2 ada kan...cam munziet....terasa berbeza suasana...sentimen2 nilai2 perubahan ti sentiasa nak dibawa...alhamdulillah...sekali lagi aku kembara mengenal dir ku..sejarah silamku..kembali kepada asal usul aku dibesarkan...dan lalu balik kawasan2 yang pernah suatu masa dulu menjai kawan karib aku...........huhu syahdu r...


malam tu sekali lagi tidur lambat...makan2 snek ala kedah skit. dan bersembang, berdiskusi, berbincang panjang...mungkin juyga pengalaman dk aku dengan munzet di yemen...ternyata aku dapati kalau betul2 seseorang tu mengaji agama...kembali kepada Q&S...pasti autmatically dia akan tau yang btol...dia akan epat kembali dan mencari yang asal...


Esoknya..tak lama...pagi2 selepas breakfast kami ikut munzet gi azhar...ikut jap daurah ilmu....pagi tu syarh waraqat...sempat pagi tu kami call aabid...dan dia mai..amek kami kat azhar....


so destinasi seterusnya...penang..tapi kami singgah dulu ke rumah dia yang wow...tarbayik. Amek abang dia...nama Abdullah Sani Abdul Latif...ironically...perkataan itu membentuk perkataan ASAL...sama tema dengan maksud perjalanan kami kali ni...


So perjalana ke penang lama juga...tapi sebeluh pi ke pulau pi matriks penang...aabid nak hantaq barang kat adik dia...huh..bagus betul abang begini...sayang sungguh dia kat adik dia....

Trus kami gi ke penang masuk dan stop kat hentian bas sg nibong...badli dah tunggu dan dia trus bawak kami gi umah dia ....kat situ makan..mamak style...tarbayik...smue 5 orang kami pakat tmabah..sampai habis makanan.........


Tak pa nak jalan punya cerita....pi kot jalan belakang naik turun bukit....balik pulau..masuk kot town..jelutong...trus masuk balik pi kejalan ust hj hamzah....


tapi jagan tak tau ...pusing penang tak sah kalau tak singgah makan.....first singgah makan pasembor...dan kawan2 yang pi time tuh mesti ingat tagline ni....ni cina munya...hahahatak lama pas tu pekena abc penang style...then baru diakhiri dengan sani char koew tioy....


so sampai kat situ ja penglibatan aabid&co...sebelum depa balik semula ke kedah....cadang kami..aku ngan adul pun join depa balik loq sta'..sebab nk jalan sana pulak esok...tapi kami batalkan hasrat sebab nak tangkap a few pictures yang tarbaik around penang ni......


So malam tu kami pun beraksilah...shot sana...shot sini...memang best lah dengan bantuan kamera mahal adul...hanya untukmu....dan yang paling penting...malam tu pi pekena nasi kandar kat line clear..+sus campur teloq....huh dinner lewat malam ...


malam tuh macam biasa untuk journey kami kali ni...tidur lewat...sembang lebih kurang...then esok pagi sambung tidoq skit lagi...


bertolak balik kl dalam pukul 2 ptg...dan sepanjang perjalanan balik kl...banyaklah aku berkongsi pendapat dan pandangan ngan adul...kawan aku mase kat yemen lagi........


dan malam aku amek keputusan tido kat rumah sewa dia kat melati dulu.,...esoknya..jumaat baru balik umah...


so memang journey kali ni sangat menginagtkan aku kepada nostalgia2 lama..kawan2...sekolah..tempat aku membesar....dan seluruh isi perjalan itu...kepambali kepada asal...........

Read More..