Memperingati Nabi di Syam
Jami' Zainal Abidin
Sambutan Maulidurrasul sudah hamper sebulan berlalu. Tambahan pula di Malaysia ini, kita bertuah sebab dapat citu sehari. “Abistu kenapa nak cerita pasal maulidurrasul sekarang ni. Padahal dah lama habis. Dah Rabiul-Akhir dah”, mungkin anda tertanya sedemikian dalam hati. Jawapannya kerana begitulah cara orang Syam. Jangan pelik atau terkejut kalau sebulan selepas 12 Rabiul-awwal, masjid-masjid dan pusat-pusat sosial masih merayakan hari kebesaran itu. Meriahnya, cukup terasa. Dari lampu neon bewarna-warni tergantung di sepanjang kawasan penempatan, kain-kain rentang yang menghiasi pemandangan kota Dimasyq ini, majlis jamuan, sehinggalah ceramah dan pengisian kerohanian yang disampaikan oleh para masyaikh.
Pengalaman setahun lepas, dalam waktu-waktu beginilah, saya sempat menghadiri upacara meriah sambutan Maulidurrasul di Jami’ Zainal Abidin. Jami’ atau Masjid Zainal Abidin ini sangat terkenal di kalangan mahasiswa, terutamanya dari Nusantara kerana di situ tempat Syiekh Al-Allamah Dr. Mustafa Al’Bugha biasanya berkuliah kitab karangannya sendiri seperti Nuzhatul Muttaqin, dan Fiqh Manhaji. Selain itu, Syeikh Rushdi Al-Qalami, asalnya seorang alim dan saudagar kain, turut mencurahkan ilmunya di situ. Bahkan beliau juga sangat rapat dengan mahasiswa Malaysia, dan dikenali kenalan baik kepada Dr. Zulkifli Al-Bakri, pensyarah di USIM. Masjidnya agak luas, dan walaupun agak jauh, tetapi kegigihanlah yang telah membawa ramai penekun ilmu untuk menadah ilmu di situ secara bertalaqqi.
Maulidurrasul di Syam
Sambutan Maulidurrasul sangat teras di situ. Bermula dengan Solat Maghrib, masjid sudah dibanjiri dengan ribuan jemaah yang hadir untuk sama-sama meraikan kemuliaan. Lelaki, wanita, muda, tua, arab, ajam-ajanib (foreigner) turut hadir. Selepas selesai, para jemaah berehat sebentar sebelum sekali lagi berkumpul untuk solat Isya.
Selepas solat Isya’, para jemaah berkumpul dah berbaris menghadap kiblat, manakala, para syuyukh dan kibaar-ul-ulama disusun mengkikut seniority mereka berbaris menghadap para jemaah. Satu lorong kecil di tengah-tengah dewan Solat dikosongkan. Kelihatan beberapa ketika selepas itu, seorang demi seorang ulama yang berjalan masuk ke dewan dan berpelukan mengucap salam kesejahnteraan kepada kenalan ilmu mereka.
Upacara malam itu sungguh meriah. Di samping pembukaan majlis dengan alunan merdu bacaan Al-Quran, majlsi turut diseriakn dengan persembahan nasyid dan paluan kompang dan duff. Tak dilupakan salawat panjang, yang saya sendiri pertama kali mendengarnya. Acara kemuncak ialah pengisian rohani oleh para masyaikh, yang utama oleh Al-Allamah Dr. Mustafa Al-Bugha sendiri.
Friz bil halib?
Seusai itu, saya dan beberapa orang teman sempat singgah di kedai minum. Niatnya menghilangkan dahaga. Saya memilih untuk mencuba friz bil halib (strawberry dengan susu). Rasanya? Lemak, lembut tekstur, padu, sejuk dan, segar…ahhh.
Mungkin bila kluar dan lihat adat dan budaya orang baru kita faham kenapa mereka buat begitu. Mungkin di sini kuat pengaruh sufinya, tetapi para masyaikh masih tetap menuntun masyarakat dengan ilmu mereka yang memang luas. Kalau di tempat lain, sambutannya mungkin berbza mengikut fahaman agama mereka, tetapi itu kan hanya manifestasi. Walau apapun caranya, selagi ia bukan dianggap sebagai satu upacara ibadah mahdhah, at least itu manifestasi kecintaan mereka kepada Rasulullah s.a.w tercinta. Sallahu alaihi wassalam….ya nabi salam alaika…
No comments:
Post a Comment