Friday, 30 May 2008

FAQ berkenaan Alumni Nasional

1. Apakah Alumni Nasional ini?

Alumni Nasional merupakan wadah rasmi bagi gabungan alumni semua sekolah rangkaian kelolaan Musleh dan MGB-SIM meliputi semua alumni , samada yang telah atau belum berdaftar secara rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

2. Siapakah Alumni Nasional?

Alumni Nasional merupakan badan pusat di peringkat nasional yang mengikat hubungan antara semua alumni sekolah-sekolah SMI. Alumni Nasional bukanlah entiti lain daripada alumni-alumni SMI sedia ada. Ia cuma ditubuhkan secara bersama oleh semua alumni-alumni SMI sedia ada bagi mengukuhkan lagi institusi alumni serta mengeratkan lagi kerjasama antara semua alumni SMI.

3. Apakah gabungan yang termasuk dalam Alumni Nasional ini?

Setakat ini yang telibat adalah semua alumni sekolah rendah dan menengah SMI seperti:-

a. Alumni Institusi Pendidikan Hira’ (ALIPH)

b. Alumni Al-Amin Bangi (FASA)

c. Alumni Hidayah Johor

d. Alumni Al-Amin Gombak

e. Alumni Al-Islah Sg. Petani

f. Alumni Al-Hidayah Ipoh

g. Alumni Sri Aman Kelantan

h. Alumni Al-Amin Kemaman

i. Alumni As-Saidiyyah Seremban

j. Alumni Al-Irsyad Kuantan

k. Alumni Al-Furqan Kuala Kangsar

l. Alumni Al-Azhar, Jitra

m. Alumni Al-Amin Kuala Lumpur

Sekolah lain yang sealiran tetapi tidak tertakluk di bawah MUSLEH seperti Adni dan Al-Manar belum dimasukkan dalam senarai gabungan buat masa ini. Tetapi berkemungkinan di masa hadapan.

4. Apakah latarbelakang Alumni Nasional ini?

Inisiatif penubuhan sebuah gabungan alumni telah lama disuarakan, semenjak tahun 2003 lagi. Namun hanya selepas itu, pada akhir 2006 ia berjaya direalisasikan, selepas disuarakan oleh Pengarah Eksekutif MUSLEH, Ust. Megat Mohd Amin kepada sekumpulan ahli alumni yang menuntut di sekitar Lembah Klang.

Seterusnya beberapa siri mesyuarat telah diadakan, sehinggalah beberapa orang AJK Pemandu telah dilantik untuk menjalankan kerja-kerja mengenalpasti dan berhubung dengan pimpinan-pimpinan alumni SMI di seluruh negara sehingga dapat menubuhkan JK Penaja yang lebih kompeten dan menyeluruh merangkumi semua alumni sedia ada.

Selepas beberapa ketika progresnya agak perlahan, penyusunan semula JK Pemandu telah dilakukan. Dan sehingga kini, sebuah JK Penaja telah dilantik, mewakili hampir kebanyakkan pimpinan alumni SMI sedia ada.

Di samping itu, beberapa dokumen pemandu penubuhan Alumni Nasional yang telah dibentangkan dan dipersetujui bersama, akan dijadikan plan pemandu kepada penubuhan Alumni Nasional. Namun demikian, sebarang pembaikan amatlah dialu-alukan.

Buat masa ini, alumni SMI yang terlibat dalam JK Penaja ialah Alumni Hira’, Hidayah Johor, Al-Amin Gombak, Al-Amin Bangi, Al-Islah, Al-Amin Kemaman dan Aman Kelantan. Manakala yang lain masih belum dapat dihubungi atau telah dihubungi tetapi tidak dapat hadir atau memberikan komitmen terhadap usul ini.

5. Mengapakah perlu kepada kewujudan Alumni Nasional?

Alumni Nasional melihat keperluan kewujudannya adalah sangat signifikan. Antara lain:-

a. Kewujudan lebih 11 alumni SMI di seluruh Malaysia telah menjadikan penubuhan sebuah badan penyelaras di peringkat nasional begitu perlu.

b. Keahlian seramai lebih 2000 orang yang berdaftar dengan semua alumni SMI. Ini tidak termasuk mereka yang merupakan lepasan SMI tetapi tidak atau belum berdaftar dengan mana-mana alumni SMI.

c. Jumlah lepasan SMi sehingga kini secara kasarnya telah mencapai angka 5000 orang, dan mungkin lebih (kajian sedang dibuat). Angka ini akan bertambah setiap tahun dan dijangka akan meningkat dengan lebih pantas lagi.

d. Angka penuntut Malaysia di luar negara yang terdiri dari kalangan ahli alumni SMI semakin bertambah dan ini memerlukan sebuah badan penyelaras bukan lagi di peringkat alumni lokaliti, bahkan di peringkat nasional untuk memantau dalam beberapa aspek.

e. Fakta bahawa generasi kedua SMI (anak-anak kepada ahli alumni SMI) bakal memasuki institusi-institusi SMI dalam tempoh tiga tahun akan datang menjadi motivasi terbesar untuk kepakaran ahli-ahli alumni SMI digembleng bagi memastikan sistem pendidikan Islam yang diterajui oleh MUSLEH akan terus relevan dengan perubahan dan perkembangan zaman.

f. Fakta bahawa sehingga kini beberapa generasi (batch) telah menyelesaikan pengajian di peringkat tinggi, dan mereka kini sedang berkhidmat di pelbagai agensi dan syarikat. Kemahiran yang mereka miliki ini harus dioptimumkan dan digunakan sebaik mungkin.

g. (untuk banyak lagi sebab, sila rujuk dokumen pemandu penubuhan Alumni Nasional)

6. Apakah matlamat Alumni Nasional?

a. Menyelaras aktiviti dan program-program kelolaan alumni-alumni SMI supaya dapat memanfaatkan lebih ramai ahli alumni SMI.

b. Menyelaras maklumat, pengkalan data, kemahiran dan keupayaan setiap alumni sedia ada serta dapat dikongsikan dengan alumni SMI yang lain.

c. Menjadi medan perbincangan dan dialog antara pimpinan-pimpinan alumni SMI.

d. Menjadi wakil alumni SMI dalam perbincangan dengan entiti-entiti lain seperti NGO, badan-badan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan antarabangsa, persatuan-persatuan akademik, pendidikan, agama serta kebudayaan.

e. Menjadi penghubung antara sekolah-sekolah SMI dengan alumni SMI.

f. Menyelaras dan bekerjasama dengan badan-badan amal Islami dari aspek penyusunan tarbawi.

g. Membantu penyelarasan pelajar-pelajar alumni lepasan SMI yang menuntut di luar negara.

h. Dan lain-lain lagi. (untuk maklumat lanjut, boleh rujuk ke dokumen pemandu penubuhan Alumni Nasional).

7. Siapakah yang boleh menyertai Alumni Nasional ini?

Sesiapa sahaja yang berdaftar dengan mana-mana alumni SMI maka anda layak menyertai Alumni Nasional secara automatik. Penyertaan hanya boleh dilakukan dengan menjadi ahli di mana-mana alumni SMI sahaja, dan tidak boleh menjadi ahli Alumni Nasional tanpa menjadi ahli mana-mana alumni SMI. Walaubagaimanapun, Alumni Nasional bersedia menjadi fasilitator bagi memudahkan urusan pendaftaran ke alumni-alumni yang layak disertai.

8. Apakah status Alumni Nasional?

a. Alumni Nasional baru sahaj selesai di peringkat JK Pemandu. Dan kini sedang memasuki tahap Penaja, yang mana dimaksudkan mewakili hampir kebanyakkan pimpinan alumni-alumni SMI seMalaysia.

b. Mesyuarat-mesyurat sambungan sedang berlangsung dari masa ke masa.

c. Alumni Nasional menjangkakan, penghujung tahun ini sebagai tarikh akhir status penaja, sebelum mnyerahkannya secara rasmi kepada pimpinan Alumni Nasional sebenar.

9. Di mana kami boleh mendapatkan maklumat berkenaan Alumni Nasional?

a. Blog Alumni Nasional: http://alumninasional.blogspot.com/

b. Yahoo mailing list: http://groups.yahoo.com/group/alumni_nasional/

c. Friendster: alumni_nasional@yahoo.com

d. Email: alumni_nasional@yahoo.com atau alumninasional@gmail.com

10. Apakah perbezaan Alumni Nasional dan Alumni sekolah-sekolah SMI sedia ada?

Secara umum tiada perbezaan. Mungkin salah tanggapan yang paling besar ialah, kehadiran Alumni Nasional akan melenyapkan terus alumni SMI anda. Tidak. Alumni Nasional hadir sebagai penghubung alumni anda dengan alumni-alumni SMI yang lain dan kita boleh berkongsi pelbagai benda.

Alumni Nasional tidak banyak akan melakukan aktiviti. Aktiviti-aktiviti serta program ini masih dikelolakan oleh alumni-alumni sedia ada. Sekiranya anda aktif, maka banyaklah program. Tetapi sekiranya tidak aktif, Alumni Nasional sedia bekerjasama untuk mengaktifkan ia. Ingat. Alumni Nasional adalah PENYELARAS.

11. Bagaimanakah Alumni SMI kami boleh kekal dan berfungsi dengan kewujudan Alumni Nasional?

Cadangan struktur Alumni Nasional, yang masih dalam peringkat penelitian ialah semacam persekutuan. Setiap alumni SMI mempunyai suara di peringkat nasional, dengan kewujudan Majlis Presiden-presiden Alumni SMI. Malah, dicadangkan sistem penggiliran presiden Alumni Nasional secara bergilir-gilir di kalangan alumni SMI bagi memberi peluang kepada semua pihak untuk terlibat secara langsung.

12. Apakah aktiviti yang dijalankan?

a. Alumni Nasional akan bertindak sebagai wadah penghubung antara alumni-alumni SMI. Maka lebih banyak dialog, perbincangan, dan forum akan diadakan.

b. Bekerjasama dengan alumni-alumni SMI menyelaraskan pengurusan program dan penyusunan supaya tidak bertindih dengan aktiviti dari alumni SMI lain.

c. Membantu promosi dan publisiti program-program kelolaan alumni SMI.

d. Menggalakkan penyertaan ahli alumni SMI yang lain ke program-progam anjuran alumni SMI berdekatan.

e. Pengurusan dan penyeliaan program tarbiyyah di luar negara secara kerjasama dengan badan-badan amal Islami yang lain.

f. Mambentuk beberapa affiliate yang berkaitan dengan niche area Alumni Nasional.

g. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk dokumen pemandu penubuhan Alumni Nasional.

13. Apa yang kami perlu lakukan sekarang?

a. Promosikan Alumni Nasional kepada sesiapa sahaja yang anda kenal yang merupakan lepasan SMI.

b. Sertai mailing list Alumni nasional serta update informasi di blog alumni nasional.

c. Memaklumkan alumni SMI anda mengenai kewujudan Alumni Nasional ini.

d. Maklumkan pimpinan alumni SMI anda mengenai keperluannya menyertai dan menganggotai JK Penaja Alumni Nasional.

e. Membaca dokumen pemandu penubuhan Alumni Nasional dan seterusnya memberikan input atau cadangan anda berkaitan Alumni Nasional terus ke email Alumni Nasional yang diberikan di atas tadi.

f. Berbincang dengan ahli serta pimpinan alumni SMI anda tentang apa yang boleh anda sumbangkan terhadap Alumni Nasional ini.

g. Sertai dan hantarkan cadangan anda untuk cadangan nama rasmi Alumni Nasional, logo, moto, lagu rasmi, warna rasmi, dan lain-lain lagi yang anda rasakan patut ke email alumni_nasional@yahoo.com atau alumninasional@gmail.com.

h. Luangkan masa dan sertai Perhimpunan Perdana Alumni Nasional yang dijangkakan akan diadakan hujung tahun ini, dan seterusnya menyerahkan tugas secara rasmi kepada pimpinan Alumni Nasional.

i. Selepas ini, sekiranya anda ingin membantu secara langsung, dengan membantu di pejabat pengurusan atau affiliates yang diwujudkan di bawah Alumni Nasional.

14. Alumni sekolah kami tidak ada. Apa yang kami perlu buat?

Berikan maklumat lengkap sekolah SMI anda dan hubungi Alumni Nasional di alumni_nasional@yahoo.com. Perbincangan lanjut akan dilakukan.

15. Alumni sekolah kami tidak aktif. Apa yang perlu kami buat?

Berikan maklumat lengkap sekolah SMI anda, beserta informasi pimpinan alumni SMI anda kepada email yang disebutkan di atas. Perbincangan lanjut akan diadakan.

16. Alumni sekolah kami aktif, tetapi tidak tahu maklumat berkenaan Alumni Nasional ini. Apa yang perlu kami buat?

Maklumkan kepada pimpinan alumni SMI sekolah anda berkenaan maklumat-maklumat Alumni NAsional ini. Minta dia menghubungi Alumni Nasional dengan segara seperti di alamat tadi. Berikan juga maklumat peribadi pimpinan alumni SMI anda kepada Alumni Nasional dan perbincangan lanjut akan diadakan.

17. Kami sedang menuntut di luar negara. Apakah status kami. Bagaimana kami boleh menyumbang kepada Alumni Nasional?

a. Buat masa ini Alumni Nasional sedang mengumpulkan maklumat berkenaan ahli alumni di luar negara. Oleh itu anda boleh membantu kami membuat bancian itu, serta meyerahkan laporan itu terus ke alumni SMI anda atau ke email Alumni Nasional.

b. Anda boleh memaklumkan kenalan alumni dari mana-mana SMI tentang Alumni Nasional.

c. Anda juga boleh bekerjasama dengan mana-mana badan amal Islami di sana untuk mengelolakan studi islami.

d. Berkongsi apa-apa maklumat, program, atau gambar dan laporan aktiviti di tempat anda belajar di mailing list alumni nasional atau ke email alumni nasional untuk diterbitkan di blog alumni nasional.

18. Bagaimana kami boleh berhubung dengan pengurusan Alumni Nasional?

Buat masa ini, Alumni Nasional tidak mempunyai pejabat pengurusan. Oleh itu anda boleh menghubungi Alumni Nasional di alumni_nasional@yhoo.com atau alumninasional@gmail.com.

19. Isu-isu berbangkit: Mengapa kami pimpinan alumni SMI tidak diberitahu di awal-awal lagi?

Sebenarnya penubuhan Alumni Nasional dicadangkan oleh Pengrah Eksekutif MUSLEH sendiri, Ust. Megat Mohd. Amin. Kemudian beliau berhubung terus dengan beberapa kenalan ahli alumni SMI Al-Amin Gombak yang seterusnya menghubungi beberapa kenalan rapat di Universti Islam Antarabangsa (UIA) untuk menjalankan kerja-kerja awal penubuhan ini.

Tidak timbul isu siapa yang patut mengetuai atau terlibat secara langsung dari awal, kerana perlu difahami ketika awal-awal tercetusnya idea ini, rangkaian dan capaian maklumat ke alumni-alumni SMI adalah amat terhad. Tambahan pula, walaupun ketika di awal itu, kebanyakkan pimpinan alumni SMI tidak dimaklumkan lagi, usaha-usaha terus dilakukan bagi memaklumkan usaha murni ini, namun belum berhasil.

Selain itu, AJK Pemandu kepada penubuhan JK Penaja juga turut dianggotai oleh ahli pelbagai Alumni SMi seperti Al-Amin Gombak, Al-Amin Bangi, Aman, Kelantan, Hidayah Johor dan Al-Amin Kemaman, walaupun bukanlah pimpinan tertinggi alumni SMI sekolah mereka.

Alumni Nasional juga bukanlah entiti asing. Ia merupakan gabungan kita semua, alumni-alumni SMI. Jadi keterlibatan semua pimpinan alumni SMI amatlah diharapkan, bukan sekadar untuk membantu atau menyokong dari jauh. Letakkan usaha mengukuhkan Alumni Nasional seperti mana anda berusaha memajukan alumni SMI anda. Siapa yang memulakan usaha penubuhan itu, adalah tidak penting kerana Alumni Nasional adalah milik kita semua.

1 comment:

raihan said...

wow. answered all my questions even before they were voiced out. thank you.