Peningkatan mutu pendidikan negara
Pengumuman Kementerian Pelajaran untuk melancarkan portal kementerian baru-baru ini sangat menarik. Di samping menjadi wadah berhubung pihak-pihak berkaitan, ia juga menunjukkan Kementerian sentiasa peka dengan perkembangan semasa.
Dalam era globalisasi dan generasi-y, sistem dan kaedah pendidikan harus cepat memahami trend semasa serta bergerak pantas dalam penyampaian maklumat. Setelah lebih 50 tahun mencapai kemerdekaan, Malaysia seharusnya sudah mempunyai sistem pendidikan yang kempetitif dan berdaya saing, mampu menghasilkan individu yang cemerlang, gemilang, dan terbilang, sesuai dengan dasar pendidikan negara.
3M
Kini pendidikan tidak hanya harus berasaskan kaedah 3M sahaja, malah seharusnya lebih komprehensif dan meliputi aspek pengembangan kemahiran dan kreativiti. Malangnya, agak menyedihkan sekiranya sistem pendidikan kita masih di tahap lama. Hakikatnya, kita belum lagi mampu menghasilkan golongan yang mampu berdikari, kreatif, serta bijak
Dengan fakta bahawa semakin ramai pelajar di Malaysia yang mendapat belasan A dalam peperiksaan besar, namun hakikatnya mereka hanya dilatih untuk menjawab soalan peperiksaan, dan bukannya berinteraksi dengan persekitaran. Bukan satu yang mengejutkan, ada sebilangan pelajar university yang mengungguli anugerah dekan saban tahun tidak tahu nama ibu Negara Thailand. Ini yang menyebabkan graduan yang dihasilkan saban tahun beribu-ribu jumlahnya, tapi tidak bergerak untuk melakukan perubahan. Sangat sedih jika dikatakan sistem pendidikan Malaysia, dari peringkat awal pendidikan, rendah sehinggalah universiti hanya untuk memenuhi pasaran kerja. Mereka seumpama produk kilang, yang dihasilkan serupa dan sama, tanpa ada keupayaan untuk fleksibil dan berdikari.
Mungkin juga benar telahan seorang sarjana pendidikan bahawa masalah besar yang dihadapi oleh graduan universiti sekarang bukanlah pengangguran (unemployment) tetapi ketiadaan kemahiran (employability). Oleh itu tidak timbul soal graduan memilih kerjaya dan sebagainya, tetapi sebenarnya ini adalah hasil dari dasar pendidikan kita sendiri yang gagal melihat aspek kemahiran, kreativiti dan kebebasn berfikir sebagai sangat penting.
Cadangan
Cadangan yang sudah sekian lama diutarakan ialah mengubah orientasi pendidikan daripada berasaskan peperiksaan (exam-oriented) kepada berasaskan pembanguna kemahiran dan keupayaan berfikir kreatif. Banyak model pendidikan yang boleh kita ambil kebaikannya. Contohnya sistem pendidikan di Amerika syarikat yang hanya mempunyai satu peperiksaan negara, ketika memasuki Universiti.
Beri kebebasan kepada pelajar ketika menjawab, dan bukan hanya mengajar dan menyekat kemahiran berfikir mereka kepada skema jawapan. Berikan kebebasan kepada para pelajar untuk berorganisasi dan beraktiviti. Kurangkan kerenah birokrasi dan halangan prosedur. Dekatkan pendidikan dengan masyarakat dan biarkan para pelajar berinterksi dengan masyarakat. Galakkan para pelajar melakukan eksperimen dan mencuba pelbagai peralatan tanpa begitu terikat kepada kursus atau jadual kelas, perbanyakkan kursus bahasa asing dan beri kebebasan untuk mengambil subjek inter bidang.
Pengajian muzik, lukisan, seni, komunikasi dan kemahiran lain juga harus diberikan perhatian. Di Malaysia mutu pendidikan dalam bidang-bidang ini masih dianggap rendah berbanding negara-negara lain, tak kira samda di peringkat rendah, menengah, mahupun tinggi.
Begitu juga tahap satu sekolah rendah. Saya begitu pilu melihat kanak-kanak seawall darjah satu memikul beg berkilo-kilo beratnya. Mereka seolah datang ke sekolah untk menghafal semua buku-buku itu, sedangkan mereka sepatutnya hadir berlenggang dan menikmati pembelajaran di sekolah. Bermain, melukis, bercerita, berintraksi, berbincang, menulis dan bereksperesi. Mpembelajaran sepatutnya sesuatu yang menyeronokkan (learning is fun). Tetapi sebaliknya yang berlaku.
Pendidikan interaktif
Selain itu, media interaktif juga harus lebih meluas. Selain portal pendidikan, sluran tv pendidkan juga harus diperkemaskan. Rancangan yang disiarkan sepatutnya lebih mesara pelajar, dan banyak berinteraksi dengan pelajar. Pihak media juga sepatutnya mengisi kekosongan itu dengan sentiasa membantu pihak kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi menggalakkan pembelajaran interaktif. Inisiatif pihak NST menganjurkan pertandingan Spell-it-right patut dihargai. Dengan kebanjiran berpuluh-puluh program encungkil bakat menyanyi (tetapi sebenarnya lebih berasaskan keuntungan) kita sebenarnya menantikan program-program berasaskan pendidikan dan pembelajaran yang lebih banyak seperti kuiz, pertandingan koir, pengetahuan am, pertandingan reka-cipta, kajian sains, kemahiran tertentu seperti muzik, lukisan dan lain-lain. Pendekatannya harus interaktif, santai, dan seronok. Ini pastinya dapat menarik minat ramai pelajar. Ruang yang selesa juga harus diberikan kepada para mahasiswa untuk muncul di kaca tv dan mengekspresikan pandangan mereka.
Saya mengungkapkan ini melalui kacamata peribadi. Tetapi ini juga harapan berjuta rakyat Malaysia untuk melihat perubahan besar dalam sistem pendidikan negara. Ini bukanlah bicara politik kepartian sempit, tetapi harapan besar untuk melihat tahap pendidikan kita akan lebih maju.
*ini adalah surat yang dihantar ke utusan malaysia tiga minggu lepas untuk disiarkan, tapi tak juga kuar2 nye. Tu yang ayat full sentence tuh. Tak pe. at least boleh share something kat sini.
No comments:
Post a Comment