Saturday, 24 May 2008

Waktu senggang di sela-sela masa pencerahan

“Kadang-kadang hubungan kita sesama teman-teman ‘pencerahan’ menjadi begitu formal dan kaku. Segalanya hanya seputar isu mutabaah amal, pembaikan diri, dan ilmu. Sehingga kita lebih selesa untuk mencari ruang berhibur dengan orang lain. Kita kurang waktu senggang untuk bersama. Untuk apa sahaja. Makan. Tengok cartoon, melawak dan bersenda gurau. Bahkan untuk study dan beriadhah”, kata seorang teman.

Itu teman kenalan saya yang saya kenal rapat. Baik orangnya. Cergas akalnya. Dia banyak ikut substance dari terikat dengan isu-isu procedural. Dalam banyak kesempatan, ketika berbicarawara dengannya, tampak segar dan tulus fikirnya. Dia menyatakan seperti di atas.

Kurang waktu senggang yang berkualiti

Memang betul. Kadang-kadang kita kurang waktu untuk bergurau senda bersama teman-teman. Sehingga tampak ada dua dunia berbeza untuk kita hidup. At least ia terbahagi kepada kehidupan weekdays, dan weekend. Weekdays untuk personal life, yang teman-teman lain tak perlu ambil tahu, dan baki dua hari lagi, untuk pembaikan diri.

Diri manusia memang begitu. Tak boleh nak salahkan sesiapa. It is ourself. Sehingga kita terpaksa, bahkan sebenar-benarnya, merasa selesa untuk mencurahkan perasaan, melawak, membuat perkara yang gila-gila dengan teman-teman yang kita rasa rapat dan terjamin. Yang kita gila-gila dan dia juga begitu. Tengok movie sama-sama. Memancing dan bercerita tentang wanita dan kereta terbaru. Manusia, di mana pun ia, hendakkan security. Hendak kepastian, perangai ‘pelik-pelik’nya itu tak dijaja orang, apatah lagi di kalangan anggota pencerahan. Yang pastinya, biasanya ia tidak dalam ‘pencerahan’. Tidak ikut liqaa’.

dua dunia

Sebab hakikatnya kehidupan da’wi akan menjadi sangat berbeza dengan kehidupan peribadi. Sangat sangat berbeza. The opposite side of it. Ini bukan perkara baru. Bahkan sahabat-sahabat Nabi juga turut merasakan demikian. Ketika mana abu Bakar r.a berkongsi pendapat dengan seorang sahabat lain, bahaw beliau merasa bersikap munafiq, kerana lain amal ketika bersama dengan Nabi dan ketika bersama keluarga dan kenalan. Dan yang pasti, perilaku kita akan jadi terbalik dari apa yang kita beri pengisian di pertemuan pencerahan sebelumnya. Memang betul-betul sebelumnya.

Oleh sebab kehidupan peribadi, khususnya ketika ‘down’, memang akan sangat bertentangan dengan kehendak mutabaah amalnya. Tambahan pula isu cinta. Memang pening kalau settlekan seorang diri. Jadi memerlukan kawan untuk bagi input, kalau tak pun at least untuk menjadi pendengar yang setia. Hal-hal sebegini, secara logiknya kalau ketahuan dek murabbinya, habislah. Kena basuhlah jawabnya. Jadi masing-masing akan play safe. “Nothing of his personal life would be shared with his ‘friends’”,cerita sahabat saya itu tadi, seolah memang dia sangat mengenali jiwa manusia.

Inspirasi

Saya mendapat satu inspirasi yang sangat mencerahkan. Peristiwa itu di rumah. Hari itu merupakan harijadi adik saya. Jadi, beberapa orang rakannya, secara sembunyi-sembunyi telah merancang satu surprise party ala ‘Islami’. Dengan bantuan saya sendiri, mereka meminta saya membawanya ke suatu tempat lain, dan kemudian setelah semuanya bersedia, SURPRISE!!! Sambil bergelak ketawa, mereka makan kek harijadi itu.

Itu mungkin secebis kecil dalam membentuk hubungan yang berkesan. Saya rasa itu yang menghangatkan dan mencairkan hubungan manusiawi. Sehingga masing-masing akan rasa begitu memerlukan. Ya. Perbincangan da’wi teruskan. Bahkan perlu dijadikan teras. Cuma, waktu-waktu senggang yang berharga sebegini, yang diselitkan dengan sedikit perasa, akan memberi nilai tambah pada hubungan itu.

No comments: