“Selamat siang. Kepada pak supir, dan pak ternet, penumpang-penumpang yang dimuliakan. Maafkan saya. Ijinkan saya menghiburkan anda seadanya, sambil anda terus-terusan membuat aktivitas anda…”. Begitulah ungkapan yang sangat popular dan sinonim dengan pengamen. Sesuatu yang unik apabila anda di Indonesia ialah pengamennya. Pengamen ini merujuk kepada penghibur jalanan, yang bukan sahaja terhad kepada bermain muzik, malah bernyanyi, berpuisi, memainkan lagu ketuhanan, akustik, malah menari. Tidak ada peraturan tentang siapa yang boleh dan siapa yang tidak. Sesiapa sahaja layak menjadi pengamen, malah anda tidak perlu menjadi seorang professional untuk menjadi pengamen, ataupun menjadikan pengamen sebagai profesion anda. Boleh sajaha, anda dengan tidak semena-mena berdiri di hadapan orang ramai, lalu menghiburkan mereka seadanya.
Pengamen ini boleh anda temui rata-rata di mana sahaja, khususnya di kota-kota dan bandar besar. Mereka akan berada di tepian jalan, yang mungkin anda boleh dapati di mana-mana sahaja di dunia ini, dan mereka juga akan berada di dalam bis-bis (bas-bas) atau kereta (keretapi), samada bergerak atau ketika bas sedang berhenti, menghiburkan para penumpang.
Yang menarik
Saya kira suatu yang menarik tentang para pengamen ini ialah, mereka mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap diri mereka. Mereka boleh sahaja berdiri di hadapan orang ramai, dan tanpa segan silu, dan penuh keyakinan, berucap memperkenalkan diri, dengan sangat lancar, dan jelas, tetapi sangat menghiburkan, seterusnya memainkan hiburan mereka untuk santapan hawa telinga para penumpang. Yang lebih menambahkan keajaiban saya, ialah mereka, malah telah menjadi maklumat umum yang diketahui, seolah-olah mereka ini pemuzik professional, yang setiap persembahan mereka itu harus dibayar.
Dibayar?. Ya. Pulau Jawa khususnya, dengan kepadatan penduduk yang tertinggi di dunia, serta Indonesia amnya sebagai Negara keempat populasi tertinggi, menjadikan ‘sektor’ pengangguran sebagai antara yang tertinggi di sana. Oleh itu, keperluan menjadikan seseorang supaya lebih kreatif, untuk at least mencari sesuap nasi. Maka, sebahagian dari masyarakat itu, hadir ke tengah masyarakat untuk mencari pekerjaan yang halal. Dan mereka tidak pula mahu diklasifikasikan sebagai peminta sedekah (beggar). So, apa yang terbaik ialah menampilkan persembahan yang menjadi sebab untuk mereka mengutip wang ‘sah’ membayar ‘tiket’ persembahan. Dan bayarannya tertakluk kepada pendengar. Jika anda ingin memberinya wang, maka berikan tanpa banyak bicara, dan sekiranya tidak, maka angkat tangan symbol bahawa anda tidak memberi ‘sumbangan’. Pengamen, kebiasaaannya akan berjalan dari hadapan ke belakang koc, membawa bekas kecil, lantas mengutip ‘bayaran’ dari penumpang.
Karekter
Banyak cerita yang menarik tentang pengamen ini. Di samping mereka yang seolah pd (dibaca pede atau maknanya percaya diri), yakin berbicara di hadapan orang ramai, karekter mereka juga pelbagai. Yang pasti mereka ini bergerak secara loose, dan tidak terkait antara satu sama lain. Ada yang membuat persembahan secara berkumpulan, lengkap dengan gitar, dan bongonya, di samping ada solonya. Ada yang secara individu, memainkan lagu-lagu popular di Indonesia. Ada yang membawa anak bersama yang dikendongnya, dan dilagukan lagu-lagu tradisional dan penuh nasihat. Ada yang sekadar membawa semacam tamborin buatan sendiri, dan memainkan lagunya, yang saya sendiri pun tak faham. Ada yang muslim, ada yang hindu, dan ada yang kristian. Ada juga yang membacakan puisi, malah kalau di Jakarta itu, pondan juga ada persembahan mereka, termasuk menari dangdut. Dahsyat tuh!!!!.
Tapi yang saya dapati secara rambang, mereka ini mempunyai kualiti suara yang bahkan lebih baik dan enak daripada recording artist yang popular dari Indonesia mungkin. Saya rasa kalau mereka dapat peluang tu, meletup geng!!! Tapi mungkin package tak lengkap. Maksud saya, mungkin untuk menjadi artis, anda memerlukan bukan sahaja suara, malah rupa dan penampilan. Dan mungkin itu yang belum ada pada pengamen ini.
Kalau pengamen kristian, biasanya akan memainkan lagu ketuhanan, yang secara literal saya kira lebih ‘islamic’ dan kita kadang-kandang terkeliru dengan lagu-lagu nasyid yang biasanya didengar. Biasanya dengan ungkapan-ungkapan seperti ‘tuhan gapaikan tanganmu pada kami’, atau ‘tuhan damaikan dunia ini’, dan bermacam lagi, yang sekali imbas macam lagu yang mirip nasyid atau ketuhanan. Tapi sekali lagi, terpulang kepada anda untuk memberi ‘sumbangan’ atau tidak.
Pekerjaan ini, juga kadangkala menjadi jalan keluar bagi mereka yang tiba-tiba kehabisan wang, dan ingin segera ke destinasi yang dituju. Hah, apa lagi, walaupun itu kali pertama anda, pede saja, bacakan beberapa rangkap puisi, dan itu dia wang elaun anda untuk perjalanan kali ini.
Apa pun, saya masih meneka, apa bezanya dengan kita. Mungkin kita tak perlukan pekerjaan seperti itu di Malaysia, sebab mungkin banyak lagi kerja lain yang boleh dibuat. Mungkin juga di sana, necessity telah push mereka untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif serta peka dengan persekitaran mereka. Kita mungikin tidak sampai ke tahap itu lagi. Apa-apa pun, pesan saya, kalau anda ingin belajar menjadi pembicara yang baik, belajarlah dari para pengamen. Kita patut mengambil x-factor mereka itu…..
No comments:
Post a Comment