Saturday, 19 January 2008

Lumrah Kehidupan: ada ups and downs

Bukan semua yang kita impikan akan kita dapat. Begitulah lumrah kehidupan. Apa yang penting ialah kita sentiasa sedia menerima apa jua ketentuan Allah. Tapi kita akan kena sentiasa positif dengan apa yang berlaku. Pasti ada hikmahnya.

Memang mudah kita untuk plan. Tapi plan kita itu tak semestinya berlaku seperti yang kita rancang. Sebab di sana ada kuasa yang lebih besar yang menetukan banyak lagi benda. Termasuk untuk diri kita. Boleh jadi kita menganggap sesuatu perkara itu adalah yang terbaik untuk kita, tapi bagi Allah, dia lagi tahu. Boleh jadi kita ingat satu benda tu baik, tetapi sebenarnya tidak. Boleh jadi juga kita anggap sesuatu perkara itu buruk dan jelik, tapi ai adalah yang terbaik untuk kita.

Pandangan dan pancaindra kita terbatas. Kita akan terus ingat dan fikir bahawa,” …tak memang betul, kau mana tahu. Kau tu lain. Aku lain. Kau tak faham”, begitu mungkin yang kita akn ungkapkan bila ada yang cuba console kita. Tak pa teruskan demikian. Tapi hakikatnya, kalau orang lain tak faham tentang diri kita tak pa. tapi kita tu macamana? Apakah akan terus down dan kecewa, seolah bila kita tak dapat sesuatu, allah tak saying kat kita, allah benci kita?

Kalau still pandangan kita macam tu, memang benarlah apa yang allah dah bagitau dalam Quran. Manusia, bila Allah bagi dia rezeki, dia fikir Allah sayangkan dia. Tapi bila Allah tangguhkan rezeki, dia kata Allah telah menghinanya. Begitulah manusia. Akan terus kecewa, sedih, murung, down, dan anggap seolah dunia telah tamat.

Lumrah kehidupan

Kehidupan kita ini tak lari dari dua aspek, human prediction dan rabbani prediction. Cara kerja, matlamat, focus dan kesungguhan kita harus dan mesti kita letak secara human. Maksudnya untuk dapatkan sesuatu hokum alam terpakai. Siapa usaha dia dapat. Man jadda wajada, wa man zara’a hasada. Then, dah settle serahkan sebulatnya dan sepenuhnya hasil dan outcome itu kepada Allah. Hah, kat situlah datangnya kerja rabbani prediction. Allah memiliki semuanya. Allah boleh beri apa sahaja kepada sesiapa sahaja yang dia nak. Boleh jadi, bila kita dah buat all the best that we can, tapi still tak sampai hajat yang kita nakkan. So nak buat apa?....nak menangis, frust, kecewa dan muram?

Atau kita biarkan seketika dan raikan naluri manusiawi itu berlangsung. At least buat seketika. Kalau tak nanti meletup kat tempat yang tak sepatutnya. Itulah mauqif yang Islam letakkan. Nabi bila Ibrahim anaknya mati, dia menangis dan dia nyatakan itu naluri manusia. So biarkan. Oklah. Menangislah buat seketika. Tapi hidup kena terus berjalan dan berjalan.

So lepas tu, lupakan yang silam. Tambah dan raih kekuatan, bukan yang biasa-biasa. Yang sandarannya pada manusia. Ukurannya pada dunia. Tapi sandar dan raih kekuatan dari Allah. Banyak benda yang kita lupa, bila kita down. Then mengapa tak cari Allah dari awal-awal. Yakinlah dengan janji Allah. Kekuatan dating dari sejauhn mana kita nak yakin kepada Allah.


Nak Allah gantikan dengan yang lebih baik?

No comments: