Majlis Tertinggi
Dipanggil nakhoda segala pelosok
Diseru panglima di tembok-tembok
Dimasyhurkan walikota segenap penjuru
Dipukul canang setiap inci negeri taklukan
Dihantar wakil menyampai seruan
Duduk Majlis Tertinggi membuat keputusan
Di arak-arak atas panji kayangan
Berduyun-duyun hulubalang bersusunan
Berdiri rapar-rapat
Dan berdepan-depan
Turunnya Raja sekalian jajahan
‘mencemar duli’ membuka persidangan
Pelbagai ragam dalam rakaman
Termaktub tercatit dalam ingatan
Caca-marba, malu seluruh keturunan.
Tergedik-gedik, Tersipu-sipu
Terlentok-lentok, Ternguap-nguap
Terkebil-kebil, Terkumat-kamit
Terkumam-kumam, Terkulat-kulat
Mesyuarat lima minit
Dengan iya sebulat suara.
Persidangan usai dan bersurai.
Tunggu masa di panggil lagi.
Hadi Mahdi Muhtadi,
Taman Melati