1:11 (Satu Sebelas)
Di waktu ini
Dan di waktu-waktu selepasnya
Manusia pulang ke sangkarnya
Buat melelapkan mata
Barang sejam dua
Kerana esok akan menjelma
Hidup berjalan seperti biasa.
Berpagi-pagi menyisip teh-
Mengetis kuih secubit dua
Buat mengalas lapar dahaga
Menikmati hidup sebagai hamba
‘Bekerja untuk dua dunia’.
Demi Pemilik Masa
Atas RahmatNya
Jangan pernah terbersit untuk mengalah
Kalau penat-hela
Jika letih, senyum
Jenuh; -ikhlaskan sahaja,
Demi,
Kita tidak mengharap selain Syurganya.
Setiawangsa,
Hadi Mahdi Muhtadi
Read More..