Sunday, 15 June 2008

Kalaulah boleh menulis balik...

Sebetulnya saya memang sedang sedikit sibuk sekarang ini. tak menang tangan? mungkin. sesekali menatap blog ini, nampak sunyilah pula. kalau rumah tu, dah bersawang dah la kot. hanya dapat getus dalam hati, "kalaulah dapat menulis balik...".

kadang-kadang rasanya tulisan tu tak ramai yang baca. tah lah. tersepit antara falsafah penulisan-tulisan biar yang orang nak baca, dengan tulis apa yang datang dari hati kau. rasanya mungkin kena inbangkan kedua-duanya.

tapi apa-apa pun, mungkin waktu senggang, tak menulis ni, dijadikan masa untuk rebranding, atau mungkin memilih dan menkaji approach lain dalam penulisan. idea banyak. cuma masa sangat cemburu dengan curahan idea-idea tu.

sehingga bertemu dengan waktu yang sesuai, mungkin entri di sini agak slow sikit kot. sebab menulis "bukan hanya untuk memberi tahu, tapi juga untuk mencetus mahu, untuk bergerak menuju mampu" (kata ustaz hasrizal)

No comments: