Tuesday 14 April 2009

Menghitung hari...

Hari ni 14 April. Birthday baru je lepas. 10 April hari tu. Sekarang tinggal satu je lagi halangan (?) sebelum aku layak bergelar.....

Graduan Undang-undang(LL.B) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Masa cepat sangat berlalu. Rasa baru je melangkah masuk UIA. Jawapan biasa kita bila dah menoleh ke belakang ialah, rugi rasanya. Masa berlalubegitu pantas, tapi mutiara yang dapat dikutip sikit je. By 17 April ni, (dan harapannya supaya semua berjalan lancar, In Sya Allah) segalanya akan tertulis, lengkaplah jugak usaha kecil selama 4 tahun untuk menggengam sebuah azimat besar.
Sebenarnya lama jugak terbengkalai blog ni. Nak mohon maaf kat pembaca, cam ada je kan. Tak kesah lah. Tataw la sebab apa. budget cam sibuk buat assignment, dan tugas2 berkaitan study. Moga2 selepas tamat tempoh exam ni, ada masa dan peluang untuk kembali menulis. Moga dimudahkan.
Habis je exam ni, banyak giler plan yang ada. Tapi tataw la dapat buat semuatak. Tapi yang pasti, masa senggang sebelum masuk U balik untuk syariah (insay allah, kuatkan azam) nak relax dari bukak buku law. For sure. Tak sembab otak ni. Walaupun sebenarnya sepanjang study, tak pulun pun. Tak baca pun buku2 tu. Tapi ada azam nak selak buku2 agama, aktifkan blog, dan benda2 lain. Tapi malaslah nak cakap kat sini.
So. bersedialah menatikan perubahan besar.....

2 comments:

Anonymous said...

bergelar ape?...ehem2. Da abes exam ke bro? Fokus2 nak... hahaha, banyaknye dotdot...susah btol bile sirr ni

Musafir said...

salam akhi..amboi nak menikah tinggal singgah2kan je offline kat ym ye..