Tuesday, 19 May 2009

Pinjam Kapakmu

Pinjam kapakmu
Aku mahu amuk seluruh kampung
Biar rebah padi petani sebendang
Patah habis getah penoreh seladang
Koyak rabak pukat nelayan
sepengkalan
Yang tak bosan-bosan jual lelong
dan beli runcit

Pinjam kapakmu
Aku mahu amuk bendahara dan
temenggung
Biar patah pena dan kelu lidah
semua
Aku mahu cincang mahligai 
bangsawan
Selam kapal saudagar

Pinjam kapakmu
Jika tuah datang
Aku akan lawan.

OTIK
Taman Maluri, Kuala Lumpur
(dengan ihsan)

No comments: