Agenda Penyatuan Ummah
Baru-baru ini media-media utama, terutamanya arus perdana sibuk mencanang dan menggembar-gemburkan isu kesatuan bangsa melayu, khususnya merujuk kepada UMNO-PAS, untuk bersatu atas nama Islam. Sebenarnya, ia bukanlah satu isu baru pun, tetapi angin apa pula kali ini yang meniup memberi khabar sedemikian tidak pula saya pasti. Lama juga di angkat cerita dan cereka sebegitu.
Cadangan
“Umat Melayu Islam perlu bersatu kerana mereka hanya 55% sahaja dari penduduk Malaysia. Sekiranya tidak bersatu dan berpecah disebabkan perbezaan politik, maka tidak mustahil suatu hari nanti Negara ini akan diperintah oleh bangsa lain”.
Itulah antara lain ‘modal’ dan omongan yang diwar-warkan ke sana sini. Tampak UMNO dan persatuan Melayu lainnya begitu beriya-iya mahu bersatu atau mengemukakan idea penyatuan ini. Namun, di sau
Begitulah antara lain intipati dan sebab musabab, kononnya kenapa perlu bersatu. Saya tak nafikan hal tersebut. Mungkin ada benarnya. Tetapi saya agak sinikal apabila soal penyatuan ini, yang digerakkan oleh orang politik, muncul hanya bila dalam suasana “kekalahan”. Kalau anda faham maksud saya.
Persoalannya, adakah isu penyatuan ini timbul secara okasional dan hanya timbul apabila pilihanraya telah dekat dan beberapa pihak secara opurtunis merasakan perlu leverage isu ini supaya mreka dilihat jaguh dalam hal tersebut.
The bigger picture
Letak tepi soal itu. Saya ingin mengupas hal ini dari aspek yang lebih jauh dan inclusive. Biarkan mungkin awal-awal bicara itu bernuansa politik local yang sempit. Namun, jangan sesekali memandang ringan dan enteng perkara sebegitu. Difikir-fikir betul juga dan sangat perlu diperhatikan benarnya.
Namun, ada beberapa perkara yang harus diteliti dan diperbincangkan:-
i.Apa yang pasti ialah agenda penyatuan itu harus bermula di luar lingkungan parti politik. Kalau cetusan itu bernuansa politik saya kira tidak mengapa, Cuma ia tidak harus diketuai oleh orang politik.
ii. Selain itu, nada kemelayuan juga harus di perlahankan, sebaliknya yang harus diutamakan dan diberi perana besar ialah soal penyatuan ummah melewati batas bangsa dan ras.
Bawa bersama pelbagai pihak-KIMMA, MACMA, PERKIM, apa sahaja. Jadikan asasnya Islam dan bukan berasaskan kebangsaan atau satu kelompok masyarakat sahaja.
Di sinilah titik penilaiannya. Sekiranya pihak-pihak terlibat benar-benar mengutarakan agenda penyatuan ummah atas dasar Islam, maka mereka sebenarnya bersedia untuk bergabung dengan semua entiti Islam tanpa mengira latarbelakang bangsa an kesukuan.
iii. Satu lagi aspek penting yang harus ditekankan ialah kesederhanaan dalam agenda penyatuan ini. Janganlah terlalu di angkat keutamaan dan kelebihan, seolah-olah hak dan keistimewaan di Negara ini hanya layak dinikmati oleh orang muslim sahaja (sekiranya agenda penyatuan itu berasaskan Deenul Islam) sehingga penganut agama lain merasakan ada satu nada ancaman terhadap kebebasan beragama mereka, terhadap peluang dan harapan mereka untuk terus maju jaya. Ini harus diperhatikan dengan teliti.
Bukan kita hendak menidakkan ketinggian agama Islam, sifat ulya’nya, akan tetapi ia harus diletakkan dengan cantik dengan menjaga seluruh aspek keharmonian, kerjasama, dan toleransi.
iv. Ambil langkah juga untuk menguatkan dan menyatukan kekuatan ummah dari semua aspek berkaitan Pembangunan dan Kemajuan Ummah. Aspek ekonomi, pemahaman beragama, pendidikan, bahasa-samada Bahasa Arab tulisan jawi, aspek kekeluargaan dan lain-lain.
v. Usaha dan inisiatif penyatuan ini tidak harus kedengaran hanya bila timbul keadaan genting. Ia harus dinyatakan dan diungkapkan sentiasa. Berulangkali.
Semoga catitan kecil ini dapat ditelusuri dengan lebih mendalam.
No comments:
Post a Comment