Wednesday, 28 November 2007

kawin..kawin..kawin


Bulan depan (disember) memang sibuklah aku ngan kengkawan yang lain...nak kene hadiri dan tolong upacara/majlis perkahwinan kawan2 @abang kawan2 dan yang seumpama dengannya. bukan apa, kita mestilah tolong menolong...mana tau esok lusa diorang pulak tolong kita...ape2hal pun memang seronok nak tolong menolong kengkawan dalam benda2 baik macam ni....

bermula 1 disember lagi kat pekan, pahang...best friend aku nikah..then 2 hari bulan ada dua..tapi dua-dua abang kepada kawan2...then 3, 8-ada tiga beb....dan lepas2 tu...memang agak rambang mata lah nak gi mana satu....

tapi yang penting ialah fakta bahawa mereka ni kawin muda...dan ada yang masih student..(macam aku gak). sebenarnya sesuatu yang sangat unik untuk melihat dan memerhatikan perkahwinan di usia muda ni.....ada yang berjaya dan ada yang gagal.....macam2 cerita...

di sebalik tu semua, ada satu persoalan besar yang membelakangi /melatari the whole story of wedding....iaitu prinsip besar....Pernikahan:ghayah atau wasilah. aku memang suka bersembang dan berbincang dengan kawan2...tentang macam2 topik dan salah satunya ialah institusi perkhawinan yang di bina semasa di IPT....well kalau kita tengok memang ramai yang kawin waktu study, dan kalau tanya kepada mereka memanglah ianya sangat mencabar. jadi setelah dikaji dan ditelusuri cerita2 dan pengalaman mereka...memang tagline prinsip tadi menjadi sangat relevan...sebab perkahwinan sama sahaja...kita kawin orang lain pun kawin....semua dapat fair and square. cume yang membezakannya ialah matlamat di awal2 tadi sebelum berlangsungnya pernikahan/perkahwinan itu. sebab tu akalau perhikahan menjadi ghayah (matlamat) seseorang itu akan merasa ..'well itu je ke tentang perkahwinan...then ok lah..aku dah dapat..so aku nak tukar yang lain plak..atau we end up kat sini je lah....' atau akan menganggapnya sebagai wasilah (satu jalan ) menuju ke arah benda yang lebih besar.

melihat semula perkahwinan para sahabat nabi, mereka telah menjadikan perkahwinan itu sebagai pembakar semangat untuk terus berjuang, dan meluaskan/meramaikan lagi umat manusia....tidak sekadar untuk bersenang lenang...nah lantas ia menjadi semakin kukuh tatkala perjuangan semakin mendesak.........

persoalannya macamana nak tau indikatornya?...boleh jadi ketidakpanjangan tempoh perkahwinan itu ,menjadi dasar yang salah ketika perkahwinan dilangsungkan...tapi tak semenstinya jugak...kadang2 yang menjadikan perkahwinan sebagai wasilah pun kecundang awal...dan yang menjadikan perkahwinan sebagai ghayah tetap abadi perkahwinannya.

Ape2 hal pun itu semua ketentuam Allah. tetapi jelas daripada landmark yang nabi letakkan...ma kana lillah daama wattasola, wama kana ligharillah inqata'a wanfasaola..(apa-apa kerana allah akan terus berpanjangan, dan apa2 yang dibuat selain Allah akan terputus2..)

selamat pengantin baru kepada sahabat2 yang akan melangsungkan perkahwinan..dan yang sedang mengusahakan/ sedang dalam proses (perkenalan, pertunangan, perbincangan)..semoga tetapkan hati dan jalan truzzz......

No comments: