Sunday, 31 August 2008

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-51

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-51. Semoga kita akan sentiasa mengingati perjuangan golongan terdahulu. Mencapai kemerdekaan telah berlalu. Mengekalkan kemerdekaan dan memberi makna kepada kemerdekaan ini adalah tugas kita.
Merdeka jiwa, akal, dan raga.
Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!

Read More..

Tuesday, 26 August 2008

Hari ini dalam sejarah

Hari ini dalam sejarah peradaban bangsa dan negara. itu lah mungkin yang dapat dikatakan kalau nak komen pasal by-election hari ni. menjelang jam 8 malam nanti, satu sejarah bakal tercipta. Mass dah dapat agak yang DSAI akan menang, dan permulaan merintis jalan ke Putrajaya.
Sebenarnya bukan itu yang dihiraukan. Dalam tempoh-tempoh Sambutan Kemerdekaan ini, apa yang selalu teringat adalah tentang sejarah dan catatan sejarah yang akan selalu mengiringi kita. Kalau selama ini, selama 51 tahun kemerdekaan, catatan sejarah yang kita terima adalah seperti yang kita baca. Tapi boleh jadi besar kemungkinan, catatan sejarah perjuangan bangsa akan berubah selepas ini, particularly selepas 16 September. (16 September hanyalah satu landmark, itu pun kalau berjaya untuk tetapi tarikh itu. Yang penting semangat 16 September itu).
Apakah senarai dan sejarah perjuangan bangsa dan rakyat Malaysia, tokoh-tokoh yang benar-benar memperjuangkan bangsa aakn disenaraikan semula dan diberi penghormatan yang sebenar atas apa yang mereka lakukan? atau pun kita akan terus membaca buku-buku dan catatan sejarah yang sama, yang telah dimomokkan kepada kita selama ini.
Sejarah adalah tentang apa yang dicatatkan oleh mereka yang menang ke atas mereka yang tewas. Itu kata sejarawan. Benar. Apa yang kita baca, sebenarnya merupakan perspektif sejarah mereka yang menang, dan mereka menulis tentang golongan yang mereka telah kalahkan.
Apakah kali ini, dengan semangat Merdeka, hak pejuang-pejunag sebenar kemerdekaan akan dikembalikan. Sekurang-kurangnya mencatatkan kembali nama mereka dalam lembaran sejarah. ? Atau sejarah selepas ini akan mencatatkan pembohongan baru golongan yang menang?
Sejarah tak pernah benar-benar telus. Sejarah adalah sudut pandang kita.
Fahami dan kenalilah sejarah kita sendiri. Hargai ia.

Read More..

Sunday, 24 August 2008

Ada sesuatu yang bernilai

Abu Hurairah, radiyallahu ‘anhu, reported that the Messenger of Allah, sallallahu ‘alayhi wasallam, said:

“Let whosoever believes in Allah and in the Last Day either speak good or be silent. Let whosoever believes in Allah and in the Last Day honour his neighbour. Let whosoever believes in Allah and in the Last Day honour his guest.”

[Al-Bukhari & Muslim]

I used to be a very quiet person in the family.I hardly talk.I only answered when asked,only talk when I need something,I even hardly smile.hehehe.=).I don’t know what was wrong with me back then.And because of the that,I felt quite lonely most of the times but the fact is,my family will always be there for me.Alhamdulillah.

As the time goes by, when I become older and now far from my family, soon I realize that communicating with the family members is very important and special. Make you feel better, to share everything together. I missed those moments where I can hear my little sister telling whatever she can about her ‘little world’,same goes with my little brother, he enjoys talking about what had happen to him,his friends. I miss hearing my mom nagging about study,telling me all the ‘gossips’ she knows,just to make me feel better.I miss talking to my dad where he will tell me all the weird stories,something he would manipulate but the fact is totally different from what he told,just to make my day.I miss talking to my big sister,where we can talk about everything and anything because she is so funny and always supports me.They make me misses them so much.

~I miss my family~


sekadar renungan untuk semua. The most valuable thing yang kita ada tak kan kira sedar melainkan selepas semuanya telah berlalu dan tiada. isn't that true?
*catitan selepas lama tidak mencoret di papan putih ni. doakan supaya settle banyak benda supaya saya boleh terus menulis. Btw, saya petik posting ni dari http://rihlatulwujud.wordpress.com. semoga berbahagia.

Read More..

Monday, 11 August 2008

Kembara perjuangan

Perjalanan hidup di dunia
Begitu banyak ujian Ilahi
Sukar untuk hamba-Mu ini
Mentafsirkan lagi
Oh pedihnya..

Begitulah perjuangan
Rencah dugaannya batas di hadapan
Melingkari, membelenggu diri
Menguji Iman setiap hamba-Nya

Oh Tuhan
Pancarkan kencana kudrat-Mu
Kami tahu Engkau sekadar menguji
Gemerlapkan dian kasih-Mu
Untuk kami tabah harungi..

Andainya langkah ini rebah
Kami tidak akan menyerah
Bangkit kami dengan kibar panji-Mu
Demi perjuangan suci..


dipetik dari blog teman saya Naufal Haziq

http://jarirjafni.blogspot.com/


Read More..