Hari ini dalam sejarah
Hari ini dalam sejarah peradaban bangsa dan negara. itu lah mungkin yang dapat dikatakan kalau nak komen pasal by-election hari ni. menjelang jam 8 malam nanti, satu sejarah bakal tercipta. Mass dah dapat agak yang DSAI akan menang, dan permulaan merintis jalan ke Putrajaya.
Sebenarnya bukan itu yang dihiraukan. Dalam tempoh-tempoh Sambutan Kemerdekaan ini, apa yang selalu teringat adalah tentang sejarah dan catatan sejarah yang akan selalu mengiringi kita. Kalau selama ini, selama 51 tahun kemerdekaan, catatan sejarah yang kita terima adalah seperti yang kita baca. Tapi boleh jadi besar kemungkinan, catatan sejarah perjuangan bangsa akan berubah selepas ini, particularly selepas 16 September. (16 September hanyalah satu landmark, itu pun kalau berjaya untuk tetapi tarikh itu. Yang penting semangat 16 September itu).
Apakah senarai dan sejarah perjuangan bangsa dan rakyat Malaysia, tokoh-tokoh yang benar-benar memperjuangkan bangsa aakn disenaraikan semula dan diberi penghormatan yang sebenar atas apa yang mereka lakukan? atau pun kita akan terus membaca buku-buku dan catatan sejarah yang sama, yang telah dimomokkan kepada kita selama ini.
Sejarah adalah tentang apa yang dicatatkan oleh mereka yang menang ke atas mereka yang tewas. Itu kata sejarawan. Benar. Apa yang kita baca, sebenarnya merupakan perspektif sejarah mereka yang menang, dan mereka menulis tentang golongan yang mereka telah kalahkan.
Apakah kali ini, dengan semangat Merdeka, hak pejuang-pejunag sebenar kemerdekaan akan dikembalikan. Sekurang-kurangnya mencatatkan kembali nama mereka dalam lembaran sejarah. ? Atau sejarah selepas ini akan mencatatkan pembohongan baru golongan yang menang?
Sejarah tak pernah benar-benar telus. Sejarah adalah sudut pandang kita.
Fahami dan kenalilah sejarah kita sendiri. Hargai ia.
1 comment:
Cikgu sejarah ku pernah bilang dahulu....
sejarah takkan berulang, kerana sekalipun peristiwanya sama, tarikh dan masanya berbeza...
tapi aku pernah terfikir...
Antara tarikh dan kejadian, mana lebih penting? adakah kejadian yang membuatkan sesuatu tarikh diingat sampai bila-bila ataupun tarikh yang membuatkan kejadian itu unik dan istimewa...
Jika Mila katakan "Aku Lebih Tahu" maka aku katakan "Allah Lebih Tahu"
Post a Comment