Sebuah 'Arafah
Adam dan Hawa, setelah terlibat dengan insiden pohon khuldi, dinyahkan dari syurga kerana mengingkari suatu perintah mulia. Lalu turunlah mereka ke dunia, tanpa seurat benang. Kerana timbul rasa malu, Adam memohon perlindungan tubuh badannya serta auratnya.
Perpisahan selama beberapa dekad terjadi, memandangkan Adam terjatuh dan turun di kawasan yang jauh sekali dari tempat turunnya Hawa. Maka berjalanlah Adam beberapa ketika, mencari kekasih, mencari 'dirinya', mencari pengajaran dari kesalahan dirinya, mencari petunjuk Rabbnya.
Tawakkalnya tinggi, peribadinya murni, sabarnya mengakarumbi.
Suatu perjalanan itu, merakam pertemuan suci yang penuh makna kedua insan saling mencari keampunan ilahi; di Arafah ini. Adam dan Hawa mendapat 'arafah. Adam dan Hawa juga mendapat 'arafah dengan tuhan mereka. 'Arafah merakam kemuncak perjalanan insani, tamsilan PERTEMUAN DENGAN ILAHI.
Untuk sebuah Arafah, ia memerlukan sebuah pengorbanan. Ia memerlukan perjalanan. Ia memerlukan imbas balik seluruh sejarah silam kita, dan bergerak menuju janji yang pasti.
كل عام وانتم بخير بحلول عيد الاضحى
'Eid Mubarak.
Ikhlas dari Hadi Mahdi Muhtadi
No comments:
Post a Comment