Sunday, 9 September 2007

Cerita binatang


Suatu ketika, 10 tahun dahulu. Ketika itu gelombang reformasi melanda Negara. Maka berduyun-duyunlah orang kesana sini, berceramah sana sini, dan masuk parti lolpat pasti sana sini.

Dalam kesempatan itu, satu keluarga berkesempatan untuk mendengar ceramah yang akan disampaikan oleh anak singa UMNO. Anggota termuda dalam keluarga itu berumur 5 tahun. Pasti banyak soalan yang bermain di fikirannya. Sepanjang ceramah dijalankan, si kecil it uterus duduk diam, dan tertanya-tanya, sambil melihat ke kiri dan kanan. Perangainya lain dari kebiasaan. Dalam riuh rendah orang rami bersorak, dalam keadaan penuh yakin sambil melihat ke kiri dan kana, dia bertanya pada ayahnya” “Abah mana anak singanya abah…”. Serentak dengan itu, seluruh ahli keluarga melihat dan memandang kepadanya penuh kehairanan…

Di suatu zaman lain…lapan tahun selepas kejadian pertama, suatu kanak-kanak lain berusia 6 tahun, di tanya berkenaan tokoh2 sukan dan bidang mereka, di dalam sebuah rancangan popular. Lalu disebutkan nama Rashid Sidek…dia menggeleng tidak tahu. Mokhtar Dahari…geleng lagi. Shalin Zulfikli…geleng. Kemudian tisebutkan pula…Tiger Woods….serta merta dijawab oleh kanak2 perempuan tadi….ZOOOOO!!!!!
Hah? Tiger woods=zoo?

No comments: