Sunday, 9 September 2007

Ramadhan kita, ramadhan yang bagaimana?


Kedatangan ramadhan kareem, yang selama ini dinanti-nantikan dengan penuh debar begitu hampir dan kita seolah mula menghitung hari. Ramadha menjadi satu benchmark perubahan dan keazaman.

Madrasah ramadhan akan menjadi medan tarqiyyah dan taqwiyyah yang sangat ampuh dalam mengharungi 11 bulan berikutnya.
Awal Ramadhan

Pastinya kita akan dapati dan sedari, di awal ramadhan niat dan keazaman orang begitu tinggi untuk berubah dan mula mendekatkan diri dengan masjid. Maka berbondong-bondonglah orang ramai ke surau dan masjid, memenuhi segala ruang atas bawah, sehingga melimpah ruah keluar, dan terpaksa dipasang tikar dan pelantar khas. Tapi itu fenomena awal ramadhan je. Hangat2 tahi ayam, kate orang.
Hakikat

Lalu kita bertanya kepada diri sendiri, kita ni nak menghadapi ramadhan dengan cara yang bagaimana? Ramadhan itu akan datang dan kemudian terus berlalu. Samada akan sekali lagi bertemu tahun depan, tidak ada jaminan dan kepastian. Oleh itu, ramailah yang setiap kkali ramadhan menjelma, meletakkan azam perubahan.

Samada madrasah ramadhan berjaya atau tidak mendidik kita, atau sebenarnya kita berjaya menjadikan ramadhan sebagai charger yang sangat ampuh, hanya akan teruji sebaik sahaja berakhirnya bulan ramadhan yang mulia. Ok lah, walau pun kita dapati sebahagian umat islam, by the time sampai je separuh ramadhan dah lesap lesup dari masjid, kejap ada, kejap tak da, tapi yang still berjaya dan mampu bertahan sehingga ke penghujung ramadhan tak boleh claim kata dia berjaya selagi di tak berjaya menunjukkan prestasi yang at least kalau tak lebih baik dari ramadhan, kenelah at par dengan pencapaian dan prestasi sepanjang ramadhan.

Ambillah peluang yang terbuka didepan anda. Ramadhan bulan rahmat, semua orang berlumba-lumba buat kebaikan. Bak akte imam kat qariah saye, tambahkan bukan sahaja koleksi piala, bahkan koleksi pahala. Bersahurlah dengan sederhana, berpuasa, dan bersolat subuh serta solat yang lain di masjid, banyakkan zikir dan istighfar, hadiri majlis2 ilmu dan peringatan, qiamullail, dhuha, ma’thurat, quran-habiskan 30 juz, hafazan quran, zakat dan sadaqah, tarawih dan banyak lagi. Ikut suka hati masing2...

Sebenarnya kedatangan ramadhan tidak hanya dipersiapkan bile dah dekat2 dengan ramadhan, sebalik katekanlah sebulan sebelum ramadhan, dengan persiapan bukan sahaja dari aspek mental, bahawa ramadhan adalah bulan yang pasti banyak ujian, tetapi juga secara spiritual-bahawa inilah masa untuk penyucian peringkat tertinggi, dan fizikal-ketahanan badan.

Ramadhan juga menjadi ujian dan takat ukur produktiviti kita. Sejarah telah menunjukkan, datangnya ramadhan menjadi alasan terkuat dan pendorong semangat untuk kaum muslimin berjaya di medan perang. Inikan pulak kita, yang dok bawah air-con, tak payah bersusah payah, makanan untuk berbuka dah jamin ada, dll.
Kualiti?

Soal kualiti juga adalah antara essence terpenting bila kita berhadapan dengan ramadhan. Sekadar memetik categorization yang telah dilakukan oleh Al-Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Al-Ghazzali, di dalam kitabnya Ihya Ulumiddin, bahawa puasa ataupun saum bagi orang islam ada tiga klasifikasi;
a) Puasa Al-Awwam- puasa seperti mana orang-orang awam, sekadar menahan lapar dan dahaga.
b) Puasa khusus-puasa yang dapat menahan lapar, dahaga, dan keinginan nafsu syahwat
c) Puasa khususul-khusus-puasa yang berada di tahap tertinggi, di atas kedua2 klasifikasi sebelumnya.

Ini saya sekadar memetik pengkelasan yang dibuat oleh Imam Al-Ghazzali tanpa membuat komentar terhadap klasifikasi tersebut (ada golongan yang kurang bersetuju klasifikasi secara begini, mungkin sedikit bersifat sufistik, wallahu a’lam).
Tapi yang penting, berdasarkan hadith sahih yang warid dari Nabi, di mana baginda, telah mengingatkan dan mempertegaskan akan puasa golongan yang tidak mendapat apa2 di sisi Allah melainkan sekadar mendapat lapar dan dahaga. Itulah yang kita cube elakkan

Begitu juga hadith nabi berkaitan kewujudan suatu golongan dari ummahnya di akhir zaman di mana bacaan-bacaan Al-Quran yang diperdengarkan tidak lebih hanya sekadar dikerongkong (sekadar dibaca, tanpa diamalkan, tidak diambil pengajaran, ibrah, dan tadabbur, melainkan sibuk memperbetulkan lagu, makhraj, dan lenggok sebutan sahaja)


Ramadhan adalah bulan ketundukan hati, mengajar hati untuk khusyuk dan ikhlas. Semuanya terletak di tangan dan kehendak anda, masing2. tiada siapa yang boleh menentukan pace tahap pencapaian anda. Puasa adalah untuk Allah, di mana sendiri yang akan mengganjari hamba-hambanya, suatu keistimewaan. Ramadhan juag adalah bulan yang secara rasionalnya tak dapat kita jangka dan ia bersifat ma’nawi. Contohnya, bau mulut seorang yang berpuasa adalah lebih harum daripada kasturi di sis Allah, yang secara hissi tak dapat digambarkan. Tambahan pula kejayaan yang diraih itu, Allah telah mengkhususkan sebuah pintu gerbang ke syurga bernama Bab-l-Rayyan, khusus buat

Seperti mana yang disebutkan oleh satu hadith sahih bahawa ada dua kegembiraan bagi seseorang yang berpuasa, pertama ketika ia berbuka dan kedua ketika ia bertemu dengan Allah azza wa jalla. Well, perkongsian ni sebenarnya bukanlah nak mengupas hukum-hakam, segala benenya, yang mana kalau hendakkan perkar itu, anda boleh dapatkan secara langsung dan terus daripada bahan2 bacaan dan ustaz2, tetapi sekadar melihat dan menilai semula sudut pandang dan persepsi kita terhadap ramadhan.

Dan seperti yang disebutkan awal2 tadi, yang penting keluar je daripada madrasah ramadhan, kita akan lebih bersemangat, mutabaah amal semakin melaju, semakin konsisten, semakin banyak, dan semakin berkualiti. Inilah indikator kejayaan ramadhan yang anda dan setiap dari kita tempuhi.
Pilihan anda?

Pilihan terletak ditangan anda. Anda inginkan ramadhan yang biasa2 seperti orang lain, puasa lebih kurang, berbuka penuh meja dan kemudian terbazir dan terbuang begitu sahaja, baju raya dah sibuk tempah, kuih raya dan buat pesanan, rumah dah siap hias, duit raya dah siap kumpul dan plan route perjalanan rumah2 dan siap dilakar, malam2 ramadhan sibuk main mercun yang sekali sekala akan mengejutkan dan memeranjatkan jemaah surau yang tengah khusyu’ bertarawih, sehingga nazir masjid terpaksa berulangkali mengingatkan ibubapa untuk memerhatikan ana2 mereka, atau apa?

Atau anda agak moderat dengan bersederhana sahaja dalam berbelanja dan berbuka, tetapi prestasi kerja, akademik, pembelajaran, merosot dan akan menjadi buah mulut dan modal baik bagi nonmuslim memperli orang muslim dengan ramadhannya, atau apa?

Atau anda ingin menjadi singa di siang hari, dan rahib di tengah malam? Yang prestasi dan kerjanya sama atau malah lebih produktif dari bulan2 biasa, amal ibadah bertambah banyak, kuliah pengajian banyak diikuti, qiamullail konsisten, puasa yang berkualiti dan tarawih yang umph.?
Terserah anda. Saya cume teringatkan pesanan Allah di dalam Al-Quran:
”dan kami warithkan Al-Kitab itu kepada hamba yang terpilih dari kalangan hamba-hamba kami. Sebahagian daripada mereka menzalimi diri mereka, sebahagaian mengambil jalan tengah dan besederhana, dan sebahagiannya berlumba-lumba kearah kebaikan dengan izin Allah...”. Jadi, ramadhan anda, ramadhan yang bagaimana?

No comments: