Sunday, 9 September 2007

Negaraku merdeka: sisi lain yang tak terlihatkan (Bahagian I)


Pengenalan

Rasenye dah seminggu lebih kita melepasi tarikh keramat 31 Ogos 2007. satu tarikh yang resemble kematangan, perjuangan, dan ketahanan kita, rakyat Malaysia amnnya dalam memperjuangkan kemerdekaan, mempertahankan dan seterusnya mengisi makna kemerdekaan.
Saya sengaja melambatkan entri ini sebab saya tau time ni semua orang nak bercakap dan mengekspresikan pandangan dan luahan ahti masing2 berkaitan merdeka.. suatu yang sangat menarik dan mengembirakan memandangkan kepelbagaian, diversity dan keunuikan citra budaya bangsa2 di Negara ini.

Sambutan ulangtahun kemerdekaan yang gilang gemilang diadakan di merata tempat, di peringkat nasional, negeri, daerah, persatuan2 dan juga di kedutaan2 Malaysia di luar Negara.
Malahan sambutan kemerdekaan bukan sahaja di adakan pada tarikh 31 Ogos, malah sebelum tarikh itu lagi dengan pelbagai agenda meliputi formality dan syiar2 berdera, ucapan, lukisan, perbincangan, forum, ceramah agama, dan lain2 lagi. Semuanya eager untuk menyambut dan meraikan kemerdekaan.

Satu perkara yang menarik perhatian saya ialah antara lain tuntutan yang dibuat oleh ISIS di dalam satu surat rasmi sempena kemerdekaan yang menuntut perubahan radikal dalam beberapa aspek kehidupan bermasyarakat di Malaysia. Sekali imbas, nampak solah ianya suatu tuntutan yang dibuat agak anticlimax, khasnya dalam semangat orang nak menyambut merdeka, tapi diteliti dengan lebih dalam adanya suatu fenomena besar di sebalik tuntutan atas kertas itu.

Mudah untuk disimpulkan kehidupan bermasyarakat di Malaysia kini dituntut untuk dibuat kajian semula di atas semangat asal persetujuan bersama ketika tuntutan kemerdekaan Negara di buat dahulu.

Namun sebenarnya dalam kegembiraan kita menyambut upacara penting dalam kalender aktiviti Negara, tambahan pula bersempena sambutan tahun melawat Malaysia 2007, detik ini membawa kita untuk kembali mengimbas sejarah lampau serta menghayati perjuangan rakyat Negara ini dahulu, serta mengambil iktibar di atas kesilapan dan kealpaan kita suatu ketika dahulu. Apa yang lebih penting kita tahu sejarah dan asal usul kita, seterusnya menilai kembali pencapaian, kecemerlangan, kegemilangan, susah payah, kesilapan dan perkara-perkara yang kita terelepas pandang sepanjang era 50 tahun selepas mencapai kemerdekaan dari pihak British pada tahun 1957.

Selain itu, dengan menilai dan melihat semula beberapa aspek penting dalam menyambut kemerdekaan, apa yang lebih penting ialah bukan sahaja mempertahankan kemerdekaan tersebut bahkan mengisi kemerdekaan yang dilaung-laungkan saban tahun. Inilah aspek penting yang harus difahami dan diteliti oleh masyarakat Malaysia khususnya muda-mudi yang rata-rata adalah produk pasca kemerdekaan, bahkan pimpinan Negara sedia ada pun kebanyakkannya kini adalah kelahiran pasca kemerdekaan atau lebih tepat pasca perjuangan menuntut kemerdekaan.

Pencapaian Malaysia: Suatu kebanggaan

Tidak dapat dinafikan lagi Malaysia memang gah di mata dunia. Kita wira dunia ketiga, kitalah peneraju kemajuan di Negara 2 Islam, kitalah perintis ketamadunan dan pembangunan modal insan.

Lihat sahaja pencapaian Malaysia samada di peringkat nasional, regional, continental, malahan international. Bukan sedikit sumbangan kita kepada dunia, malahan tidak terhitung. Dari aspek fizikal, sudah pasti kita sudah jauh meninggalkan rakan-rakan kita di kalangan Negara-negara SEA. Kita juga menerajui OIC dan NAM, kita juga pernah mempengerusikan Perhimpunan Agung PBB (UN), dan seterusnya pencapaian-pencapaian kita dalam pelbagai bidang sangat memangkakan dan patut diberikan penghormatan. Dari pembangunan sukan dan rekreasi, industri dan perdagangan antarabangsa, teknologi maklumat, sains dan teknologi, senibina dan infrastkurtur, pendidikan dan kajian R&D, politik dan polisi-polisi bijak dalam percaturan politik antarabangsa, keselamatan dan pertahanan, dan banyak lagi.

Pendek kata, Malaysia merupakan sebuah Negara contoh dalam keseimbangan pembangunan dan berjaya memacu Negara pasca kemerdekaan dalam suasana yang harmoni dan baik.

Aspek-aspek yang tak terlihatkan: Negaraku merdekakah?

Sengaja saya mengumpulkan beberapa perkara yang menjadi perhatian dan perbincangan di kalangan saya dan teman-teman sekuliah, sebagai suatu refleksi terhadap statement pertama di atas. Ya, benar Malaysia telah bergerak maju ke hadapan. Namun, di sana terdapat beberapa aspek atau perkara yang with due respect, terlepas pandang oleh kita secara umumnya dan oleh pihak yang berkenaan, di dalam memajukan lagi Negara ini. Antara lain, saya senaraikan di bawah ini, sebagai suatu perkongsian yang di dasarkan kepada pengamatan saya, serta melihat kepada setiap perkembangan yang wujud di Negara ini:-

1.Aspek Undang-undang

a) Perlembagaan Persekutuan
semenjak diterimapakai pada tahun 1957, setelah cadangan daripada Suruhanjaya Reid yang membantu merangka Perlembagaan Persekutuan, dan dibaikrupa melalui Kertas Putih, semangat perlembagaan masih utuh seperti sedia kala. Antara cadangan menarik yang dimasukkan oleh Suruhanjaya Ried ialah mengisyaratan bahawa Islam adalah agama rasmi persekutuan, melalui Perkara 3, FC. Ini adalah amtara cirri menarik dan hanya terdapat di beberapa Negara secara undang-undangnya. Persoalan samada Islam adalah agama rasmi persekutuan tidak pernah menjadi persoalan besar pun. Cuma, bila konotasinya diubah menjadi adakah Malaysia sebuah Negara islam, maka di situ hadir pelbagai polemic. Sebahagian masyarakat nonmuslim sebolehnya ingin mengekalkan dan construe Malaysia sebagai sebuah Negara secular, manakala yang pro Islam, akan mengatakan Malaysia adalah sebuah Negara Ilslam. Ini ditambahserabutkan lagi oleh statement2 politik yang dibuat samada di dalam Parlimen, seperti mana yang telah dipertegaskan oleh Tunku Abdul Rahman bahawa islam adalah agama rasmi Negara dari aspek protocol dan tatatertib rasmi sahaja, dan identity sekularnya akan terus kekal seadanya. Manakala Tun Dr Mahathir, ketika itu Perdana Menteri, telah secara jelas menyatakan bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Islam. Terkini, dengan pengenalan Islam Hadhari di bawah Datuk Seri Abdullah, serta penegasan sekali lagi oleh Datuk Seri Najib bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Islam, lagi memeningkan. Lagipun, dengan institusi2 dan syiar2 Islam yang telah sekian lama wujud di Negara ini telah secara tidak langsung mengiyakan kenyataan tersebut. Akan tetapi menyorot kembali penghakiman Mahkamah Agung di dalam kes Che Omar Che Soh, nampaknya para ahli perundangan (baca: kehakiman), walaupun bersetuju akan kesyumulan dan holistiknya agama Islam tetap menyatakan Islam, menurut kacamata FC, hanyalah terbatas kepada hal ehwal rasmi sahaja dan bukan seolah Negara teokratik.Perkembangan berkaitan Negara Islam, jika dikaji dan diamati sangat menarik dengan seolah tidak ada suatu kata putus, dan masing2 cube play safe dengan tidak berlebih2an dalam menginterpretasikan makna yang terkandung dalam Perkara 3 serta sejarah asal usul peneripakaian Syariah Islam sebagai suatu asas perundangan di Malaysia. Ini anatara perkara menarik yang kita, selepas 50 tahun merdeka tak dapat putuskan, samada secara prinsipnya, mahupun secara praktikal. Semua pihak hendakkan kata putus, status Malaysia. Tapi, our current situation adalah untuk meneruskan kehidupan dan buat bodoh je, as if nothing happen. ?

b) Civil Law Act s. 3 dan 5
Ini satu lagi perkara menarik, terutama dalam rangka kita mewar-warkan kemerdekaan dan kebebasan yang kita kecapi selama ini. Hakikatnya, penjajah, yang telah meninggalkan Negara kita ini selama 50 tahun, masih menjajah dan mengawal undang-undang kita, secara tak langsung, by virtue of these two provision. Sec. 3, CLA, dan seterusnya Sec.5, menyatakan bahawa semenanjung Malaysia akan terus menerimapakai common law, dan equity sehingga suatu cut off date yang mana adalah ‘good law’, begitu juga di Sabah dan Sarawak yang lebih parah terpaksa menerima satu lagi peruntukan di bawah Statute of General Application (SOGA), dan inilah sebenarnya yang menyebabkan kita terus menerus menerimapakai undang2 yang di England sendiri sebahagiannya telah mereka abandon dan diganti dengan undang2 dan prinsip2 baru. Kejayaan kita untuk mengecapi kebebasan sebenarnya secara undang2 hanya akan terlaksana dengan penghapusan aplikasi kedua2 peruntukan tersebut, dan inilah tanda yang cukup bermakna sebenarnya dalam menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 50. perkembangan terkini di mana baru-baru ini, Ketua Hakim Negara menggesa penghapusan penggunaan dan reliance ke atas undang2 common law, dan diganti dengan sesuatu yang lebih bercirikan Malaysia, antaranya menurut Menteri di Jab. Perdana Menteri, Dato’ Abdullah Mat Zin, undang2 Islam, serta undang2 adat melayu. To certain extent, suatu perkembangan yang menarik, tetapi kita mahukan iannya dilakukan dengan penuh teliti supaya tidak wujud suatu ruang vakum antara pelaksanaan kedua system sedia ada dan yang akan diperkenalkan, akan tetapi perlulah dengan penuh kesungguhan dan progress yang baik.

c) Perkara 121(1A)
Semenjak tahun 80an, bahkan seawal dari itu lagi, perjuangan segolongan rakyat yang sedar akan kedudukan agama Islam serta institusi kehakiman Islam telah kedengaran. Bahkan mungkin kes Natrah, atau Maria Huberdina menjadi landmark kepada tuntutan dan sekaligus kesedaran terhadapnya. Justru itu, hasil usaha yang berterusan, suatu pindaan perlembagaan telah di buat terhadap Art. 121, yang mengeksklusifkan bidangkuasa mahkamah syariah daripada interference oleh civil courts, dan ini satu tahap yang sangat memberangsangkan. Akan tetapi dengan perkembangan terkini, khasnya berkaitan kuasa sebenar yang dimiliki oleh mahkamah2 syariah ini, bidangkuasanya, hukuman2 dan kuasa masih jauh untuk dibanggakan.

Terkini, tangkapan yang dibuat terhadap seorang hakin mahkamah tinggi syariah melaka atas tuduhan rasuah. Saya tak nak komen berkaitan perbuatan tak beretika itu, tetapi yang menjadi persoalan ialah imuniti yang dinikmati oleh para hakim mahkamah sivil, semenjak sekian lama, sehingga kini masih menjadi impian institusi mahkamah syariah. Tangkapan itu menunjukkan, bahawa pegawai2 tinggi kehakiman syariah masih tertakluk kepada undang2 anti rasuah sebagaimana civilian yang lain, sedangkan hakim mahkamah sivil memiliki iminiti itu, sehinggakan mereka hanya boleh dibawa ke hadapan sebuah internal inquest oleh badan kehakiman itu sendiri atau sebuah tribunal khas yang dilantik oleh pihak Majlis Raja-raja. (rujuk kes Tun Salleh Abbas). Pastinya tuntutan kita dan perjuangan kita masih jauh bagi memastikan pindaan 121A ini akan benar-benar membawa makna yang tinggi terhadap kredibiliti dan keagungan isntitusi syariah di Malaysia.

d) Istilah undang-undang: pemahaman Perkara 160
Antara isu menarik rentetan dari perbincangan mengenai Islam dan kedudukannya di sisi FC, keadaannya menjadi lebih complicated, disebabkan kepelbagaian situasi. Antaranya ialah, walaupun Islam merupakan agama rasmi Malaysia, namun di dalam peruntukan Art 160, undang2 seperti yang didefinisikan tidak pula meliputi undang2 Islam. Ini sangat mengelirukan. Kita hendakkan kepastian terhadap perkara ini. Dan lanjutan daripada itu, keraguan dan kesangsian yang dialami oleh nonmuslim hasil dari tuntutan ini, antara lain terjejasnya anutan dan hak mereka terhadap agama mereka boleh sahaja disangkal berpandukan Art 3 sendiri di mana dengan jelas, hak penganut agama lain masih bebas dan tidak terganggu. Bahkan adalah menjadi prinsip Islam secara semulajadi bahawa hak terhadap anutan agama lain tidak pernah dipertikaikan.

e) Isu-isu sekitar kehakiman dan badan perundangan
Semenjak kes perbicaraan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, bahkan sebelum itu lagi semenjak pemecatan Tun Salleh Abbas dari kepimpinan badan kehakiman Negara, badan itu telah lama dicop tidak bersih serta menjadi alat badan (eksekutif) demi untuk kepentingan dan political mileagenya. Kita tidak nafikan, walaupun ada usaha2 pembaikan yang cube dilakukan, namun berdasarkan pengamatan dan progress sebenar nampaknya seolah2 tidak ada suatu usaha konkrit yang dilakukan bagi menaikkan semula imej badan kehakiman tersebut. Ini sangat mendukacitakan, tatkala kita di peringkat dunia sangat disenangi kerana menjuarai isu2 kemanusian dan hak asasi manusia, tapi, locally, kita, berdasarkan situasi semasa, masih di tahap lama.

Begitu juga badan perundangan yang dilihat tidak benar2 berfungsi untuk mewakili suara rakayt, berkemungkinan disebabkan kaedah pembahagian atau pengiraan pemenang pilihanray-first to pass the line, dan bukan berdasrkan proportionality jumlah undi keseluruhan, seperti yang diamalkan di beberapa Negara lain seperti Indonesia. Yang terbaik gabungan kedua2 kaedah, supaya pewakilan di dalam badan legislative Negara benar2 mewakili suara terbanyak secara lokaliti dan nationwide per jumlah.

f) ISA, OSA, dan….Undang-undang berkaitan kebebasan bersuara,
Ini menjadi antara isu sensitive di kalangan politicians. Kita antara hendak berdiam diri, atau menjadi terlalu vocal sehingga tau, akan dicop sebagai pembangkang. Tapi, academically, dan secara prinsip moral dan undang2, dalam era di mana maklumat dan ilmu pengetahuan telah berkembang, di samping kesedaran tentang hak dan tanggungjawab diketahui umum, adalah menjadi suatu yang memalukan sekiranya undang2 lapuk, bawaan dari penjajah masih kita gunak pakai sehingga kini. Tiada siapa yang boleh nafikan, atas dasar apa sekali pun, memang undang2 itu telah dan akan disalahgunakan, berdasarkan naturennya sendiri, dan kewujudannya, walaupun boleh dipertahankan dan dipealatkan, namun suatu masa nanti, ketika ianya sangat dibenci oleh orang ramai, suatu yang luar biasa pastinya akan berlaku. Kita hendakkan rakyat yang bebas mengekspresikan pandangan, berdasarkan nilai2 dan norma2 etika yang diterima oleh budaya dan agama, namun bukan dengan cara yang disekat dan dihalang2. ini akan hanya menghasilkan individu yang takut dan selesa dengan apa yang ada, dan ianya bagus buat masa sekarang, akan tetapi untuk jangka masa panjang dan kemajuan Negara ianya akan sangat merugikan dan merosakkan Negara. Saya tidak bercakap mewakili pihak pembangkang, tetapi inilah pilihan kita. Sekiranya kita hendakkan masyarakat yang bertamadun, undang2 yang tidak bertamadun hendaklah ditiadakan.

2. Aspek Politik

a) Mentaliti politik pilihanraya
Nak tak nak mengaku, semenjak dua menjak ini, kita akan sentiasa terbiasa dengan istilah politik pilihanraya. Politik yang hanya akan bercakap soal kemiskinan, kemelaratan, hak orang kurang berada ketika pilihanraya sudah hampir. Kita juga akan dapati, ketika bibit2 bahang pilihanray mula terasa, jalan2 kampung akan diturap, keraian dan keramaian di kampong mula banyak, kain2 pelikat mula dibahagi2 kan, projek2 rakyat mula beraksi, wakil2 rakyat mula turun kawasan, dan lain2 lagi fenomena. Ini biasa.dan telah diterima masyarakat umum. Namun, sekiranya kita hendakkan erti sebenar kemerdekaan dijaga rapi untuk at least 50 tahun mendatang, budaya sebegini harus dilupakan dan di set aside. Masyarkat sekarang, khususnya di negara2 membangun tidak akan tertipu dengan kaedah begini. Be it from the leading party or the opposition party. Same2 je. If you perform dan dapat offer something good for the voters…for the nation ..you have a good manifesto, youll be elected. If not, tak main lah politik2 murahan. Kini, dan untuk tahun2 mendatang, dengan masyarakat berpelajaran tinggi dah ramai, maka cara sebegitu dah tak mampu mengelabuki mata pengundi. You have to offer the rakyat more than just soal2 pembangunan Negara. Kalau nak bangkitkan soal..tengoklah Negara lain terpaksa berperang…rakyat tak dapat belajar, makan tak cukup, kemiskinan melata, sekdar untuk memastikan sokongan kepada partinya berterusan, masanya sudah tiba ke penghujung. Who ever it would be, kita nak tengok apa plan mereka dalam menangani kemelesetan ekonomi, menambah kemakmuran ekonomi, meningkatkan peluang pekerjaan, mengurangkan jenayah, merapatkan jurang ekonomi, dan menjamin keselamatan Negara.

b) Politik perkauman
Still, after 50 years of independence, parti2 yang wujud di Malaysia ini masih berasaskan perkauman…UMNO-untuk melayu, MIC-India, MCA-untuk cina..PAS-well hakikatnya masih untuk orang melayu. Manakala parti2 yang cube menggabungkan dan menjadi parti multiracial, telah gagal, atau still kurang menyinar. Ini adalah antara sebab politic di Malaysia ialah poliik play safe, sebab masing2 kene jaga boundary masing2 dan dalam ruang yang sempit terpaksa memperjuangkan hak kaum masing. Sesekali, dalam ketenangan politik tanahair, akan muncul isu2 seputar hak ketuanan melayu, isu peluang ekonomi untuk bangsa dan kaun lain, DEB-yang dikhususkan untuk bumiputra, orang cina nak mandarin digunapakai di sekolah2 jenis kebangsaan cina, sesekali orang India juga masuk, sector swasta banyak dikuasai oleh orang cina dll. Ini adalah antara rentetan peristiwa yang akhirnya diterjemahkan melalui antara lain peristiwa 13 Mei dan juga insiden Kampung Medan.Apakah kita sudah bersedia untuk mengubah suasana dan status quo sekarang ini atau kekal dengan acuan sedia ada yang walaupun nampak stabil dan tenang, tapi sebenarnya sedang menunggu masa untuk meletup.

c) Politik zero-sum
Seringkali terjadi dan inilah pun dia trend kita dalam berpolitik, khususnya ahli2 yb kita yang mungkin mereka sendiri tidak mempunyai roh di atas politiknya mereka itu. Seringkali terjadi di mana, para yb ini akan habis2an menyokong dan mempertahankan pandangan dan pendapat mereka walaupun pada hakikatnya, setelah kita kaji sesuatu perkara, ianya bukanlah pilihan yang terbaik atau tepat, dan dalam masa yang sama sentiasa condemn pandangan orang lain sebagai kolot, tak bertamadun, mementingkan kepentingan sendiri, dan tidak baugs, walaupun sebenarnya itu lebih tepat dan lebih baik dan sesuai. Nah inilah yang terjadi, berlaku dan terus berlaku, samada di pihak pembangkang ataupun di pihak leading parti. Yang dia nampak semua orang lain pinya salah. Dia punya ja yang betul. Dan sehingga ini akhirnya tidak akan membantu membangunkan Negara ini kearah kebaikan. Di sana, kita dapati ada usaha-usaha oleh sesetengah yb yang menunjukkan ketidaksokongan mereka terhadap sesuatu usul atas dasar ianya tidak mempunyai locus standi yang baik untuk diketengahkan. Namun, seperti yang kita ketahui, bahawa, pemakainan collective understanding di antara ahli dan wakil parti harus di dahulukan. Maka dengan sebab itu, kita berhadapan dengan insiden2 penggantungan keahlian seseorang yb dari partinya disebabkan keeanggananya menyokong sesuatu usul. Lebih parah lagi, kalau didapati, dia kemudiaanya memberikan sokongan terhadap usul dari pihak parti lawan. Inilah antara perubahan yang kita ingin lihat secara semangat politiknya, agar kongongan yang tidak membina seperti itu, debuka, dan perbincangan ne arah kebaikan bersama didahulukan berbanding semangat kepartian yang melampau dan tidak berasas sama sekali. Inilah budaya politik zero sum-apa yang dating dari pihak lawan adalah jahat, tidak bagus, dan kolot, dan apa yang daripadanya adalah yang terbaik, bagus, dan mantap.

d) Budaya pengampu
Memang wujud. Budaya asalkan boss aku rasa seronok, dan aku sentiasa sokong pandangannya, biarkan dia buat segala perancangannya, dan aku akan dapat naik pangkat. Ini secara serius terus-terusan berlaku, bahkan bukan sekadar di dalam politik kepartian sahaja, malahan di setiap ruang lingkup pejabat dan jabatan2 penting. Kita memerlukan orang yang kritikal, bercakap berdasarkan fakta, dan pandangan yang objektif, tetapi disampaikan secara penuh berbudi bahasa, penghormatan dan rendah diri kepada superior kita. Ini sahajalah asas kepada memastikan kejayaan Negara terus dikekalkan. Kita boleh menerima kewujudan golongan pengampu ini, tapi kesannya sangat buruk, sebab tujuan mereka hanyalan untuk political mileage masing2. sembunyikan fakta sebenar, bagi feedback yang surface dan yang baik2 sahaja, dan anda akan dapat naik pangkat. Fenomena ini berlaku secara timbale balik. Superior juga selesa dengan cara iut, inferior juga beroleh manfaat. Kita inginkan kebaikan buat Negara ini, dan sudah pastilah budaya ini antara halangan yang perlu kita kikis dan buang.

e) Definisi Negara Islam
Boleh saya ungkapkan isu ini sebagai beikut: politician politicking the political aspect of the politics. Hasilnya kita akan dapati tidak satu jawapan pun terhadap persoalan yang dikemukakan. Adakah Malaysia sebuah Negara Islam? Ya tapi bukan…(?) ini adalah disebabkan politicians takut untuk memberi kata putus dan lebih selesa bermain (politicking) dengan pengistilahan dan prinsip, berbanding berusaha untuk menyelesaikan danmenamatkan polemic sedia ada. They want to play safe. Be on the safe side, for your own political mileage. Setengah pihak nak kata putus, lalu kita dapati 20 menteri cabinet menghantar memorandum bantahan Art 11, serta status Negara Islam. Pimpinan Negara pula mengambil langkah perlahan dan tenang, serta lebih gmar mengekalkal bentuk persefahaman sedia ada, tanpa mengubah apa-apa atau membuat ketetapan dan kata putus sebenar berkenaan status Islam seperti yang dkehendaki oleh ramai.

f) Declassify document penting kepada semua
Antara perubahan yang perlu kita laksanakan, dalam rangka menjadikan generasi masa hadapan faham asasl usul bangsa dan Negara yang tercinta ini, sikap menyembunyikan fakta sebenar atas dasar rakyat dan masyarakat belum mampu memahami adalah sangat tidak relevan. Masyarakat kini adalah masyarakat yang berilmu, yang ingin membuat keputusan berdasarka penilaian dari maklumat yang mereka kumpul dan bandingkan sendiri yang tidak lagi bedasarkan media arus perdana sahaja. Sikap sebahagiana kita, yang memandang rakyat sebagai golongan yang boleh diperkotakkatikkan, tidak boleh diterima. Kini, bersedialah untuk declassify all the information and document yang melatari sejarah kemerdekaan dan perkembangan Negara kita ini, regardless of the fact that siapa pun yang bersalah atau terlibat dengan satu-satu kejadian atau insiden. Kita memerlukan keterbukaan. Kita tidak lagi mahu sejarah yang direka cipta, atau sekurang2nya menafikan kewujudan tokoh2 lain khususnya dalam menuntut dan memperjuangkan kemerdekaan Negara. Kita kene lihat balik semula

1 comment:

Raihan Mustafa KamaL said...

Bro,
Betul apa yang dinyatakan. Menarik point2 yang diutarakan.

Walau kita bebas Merdeka, tetapi secara batinnya ada yang masih terjajah lagi.

S3 dan S5 civil LAw Act 1956 perlulah di'amend'.

Institusi Kehakiman Syariah perlulah diperbaiki dan dipertingkatkan kredibiliti.

Tapi tugas siapa?
Tepuk dada, tanya diri.
Mampukah kita menjadi salah
seorang daripadanya?