“Memang gue pikirin?”
”Memang gue pikirin!!!”.
Apa yang anda dapat fahami daripada dua ayat ini. Sama bukan?. Sebenarnya tidak sama. Perhatikan tanda dibelakang kedua-dua ayat tersebut. Bukan sekadar tanda yang berbeza, malah konotasi dan nuansa yang malah sangat tidak sama. Yang pertama membawa persoalan dan bertanya pada diri sendiri. Yang kedua menyatakan dengan pasti standnya. Begitulah uniknya bahasa.
Sekali lagi sekadar menyentuh beberapa aspek yang sempat saya perhatikan, sementalahan berkunjung ke DI Yogya tempoh hari. Negara yang cukup luas, dan berpenduduk ramai ini, sangat menarik kalau dijadikan ujian kaji dalam menanggapi isu bahasa dan soal kesatuan bangsa. Sebabnya, dengan penduduk berjumlah 230 juta orang, dengan pelbagai suku dan etnik, dari Jawa, Sunda, Acheh, Batak, Ambon, Padang, dan lain-lain, komunikasi antara mereka menjadi suatu yang sangat unik. Bahkan telah menjadi gurauan di kalangan masyarakat Indonesia, bahawa kalau orang Sunda dan Jawa yang berbicara sesama mereka pasti terjadinya perselisihan. Manakan tidak perkataan yang sama membawa maksud yang sangat berbeza.
Di Malaysia, dikatakan Kajang mendapat namanya dari insiden yang berlaku selepas pembunuhan seorang yang berselisih dek kerana penggunaan istilah berkajang. Maksud kajang yang pertama ialah berteduh, manakala yang kedua ialah berlawan. Itulah alkisah yang berlaku (dikatakan juga mereka itu adalah suku dari Indonesia yang dating ke tanah melayu ketika itu, tapi masa tu belum Indonesia lagi).
Sekadar catatan kembara, sesekali tu tersalah istilah juga menjadi bahan ketawa. Sekiranya anda berbicara tentang polisi negara, ramai yang akan pening. Sebabnya mengapa pula dalam pembicaraan tentang negara ada isu polisi. Hah. Polisi di Indonesia membawa maksud polis, manakala polisi, di sana dighunakan istilah kebijakan. Kalau istilah perkongsian, di Indonesia difahami maknanya dengan perkumpulan, walaupun yang sebenarnya yang cuba disampaikan ialah sharing. “Owh kalau begitu, sharing disebut berbagi….” Kata seorang teman. Serta merta saya teringat suatu sinetron di astro, berbagi suami.
Rata-rata masyarakat di Indonesia masih kuat berpegang pada adat dan tradisi kebudayaan mereka. Kadang-kadang dengan kuatnya semangat kejewon, masyarakat Jawa di Indonesia masih berkomunikasi dengan bahasa Jawa, yang saya tidak fahami melainkan sepatah dua. Itu belum lagi suku-suku lain di Indonesia
Mungkin itulah sebabnya, sekitar zaman-zaman awal, perkahwinan silang budaya tidak di galakkan mungkin kerana perbezaan bahasa dan budaya. Dan kerana kekhuatiran itulah mereka takut, terjadinya pelbagai masalah, akibat tidak faham budaya masing-masing. Saya masih teringat membaca karya Pak HAMKA, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, yang address isu ini, khususnya dalam masyarakat Minang.
Keajaiban Bahasa
Bahasa bukan sekadar bahasa. Bagi saya ia adalah manifestasi kefahaman, dan berpegang kuatnya pada budaya, dan intipati bangsa. Bahasa melambangkan adapt dan ketinggian kebudayaan dan ketamadunan sesuatu bangsa. Kalau semakin kompleks, dan penuh tatasusila penggunaan sesuatu bahasa, maka semakin tinggilah nilai dan ketamadunan bangsa itu.
Bahasa Jawa, contohnya, bukan sahaja mempunyai satu bahasa, malah sehingga lima lapis bahasa, yang tidak semua mengetahuinya. Bahasa lapis pertama adalah bahasa kraton, yang sehingga beberapa dekad yang lalu digunakan di istana sahaja, atau dalam upacara-upacara besar, seperti pertunangan dan perkahwinan. Tidak semua masyrakat jawa yang tahu dan mahir bahasa ini. Di samping perkataannya, laras bahasa, kesesuaian istilah serta lenggok sebutan dan suara memang mempunyai nilai yang sangat tinggi. Hanya mereka yang belajar sahaja yang mahir. Di lapis kedua disebut ponogoro, atau bahasa halus (begitulah yang sempat saya tangkap bunyinya). Rata-rata masyarakat mengetahuinya, dan penggunaan istilah sebegini menunjukkan penghormatan terhadap orang yang dilayannya. Bukan sekadar penggunaan istilahnya, malah cara pronounciationnya juga menarik dan unik, terutama pada sebutan huruf-huruf seperti ‘d’, ‘t’, yang disebut bersama dengan ‘hembusan’. Macamana nak gambarkan ye?....kene pergi tengok sendirilah kot.
Selain itu, bahasa di lapis seterusnya juga menunjukkan dan represent sikap anda terhadap seseorang. Di lapis ini, istilah mangan adalah contoh mudah. Kalau di lapis kedua tadi, istilah ma’am lebih tepat, ataupun dahar (kesemuanya refer pada istilah makan), lebih tinggi dan digunakan pada situasi tertentu sahaja. Dahar contohnya, hanya digunakan ketika mempersilakan orang lain (tidak untuk refer pada diri sendiri yang makan), dan hanya untuk makan yang pertama, dan tidak untuk tambah (nasi contohnya). Kalau di lapis yang lain, dan kebawah, kita akan dapati, penggunaannya sesuai menggambarkan perasaan anda ketika itu. Contohnya kalau anda merujuk kepada istilah mati, yang pertama mungkin wafat, meninggal, mati, kojol, dan sebagainya. Hah, di lapis bawah, kojol digunakan. Ia menunjukkan sikap anda dan prasaan anda terhadap insiden itu. Wow. Begitu detail sekali bahasa. Indahnya.
Beza masyarakat kita
Memang setelah saya memikirkan sikap dan approach kita terhadap bahasa, aia bukan sekadar satu sikap terhadap bahasa, melainkan ia adalah manifestasi keseluruhan cara fikir kita terhadap budaya kita, dan terhadap penerimaan budaya lain.saya tidak kata kita harus berpegang kepada satu budaya, tanpa melihat kebaikan yang ada pada budaya lain. Tidak. Cuma saya ingin menampilkan bagaimana kaitan sikap terhadap bahasa, bukan sahaja memberi kesan, malah sebenarnya adalah hasil dari minset dan mentality kita terhadap persekitaran kita.
Secara umum, masyarakat di Malaysia, mempunyai dua sikap, yang harus dibanggakan. Pertama, kita mempunyai kreativiti yang tinggi. Masyarakat kita, memang sejak dahulu lagi terbukti mempunyai tahap kreativiti yang tinggi, sehingga melahirkan pelbagai hasil yang at least boleh setanding dengan produk atau penghasilan masyarakat yang lebih maju. Lihat sahaja contoh mudah t-shirt yang menampilkan pelbagai design yang menarik dan unik. Ini belum termasuk film, website, dan khususnya design, yang boleh tahan mantanpalah. Berbanding dengan masyarakat di Indonesia, yang umumnya, secara rambang dan rawak, masih sedikit di belakang, daripada apa yang saya dapat perhatikan.
Kedua kita mempunyai tahap adaptability yang tinggi terhadap pelbagai benda baru. Mungkin juga itulah sebabnya kita mempunyai tahap kreativiti yang lebih tinggi. Contohnya bahasa. Bahasa Melayu (well, sekarang dah jadi Malaysia. Hah dalam tulisan ni pun ada campurization)memang secara sejarahnya mempunyai istilah yang telah berasimilasi dengan pelbagai istilah lain dari bahasa-bahasa lain dari seluruh dunia. Bahasa Arab, Inggeris, Sanskrit, Belanda, Portugis, dan lain-lain lagi. Malah, sehingga sekarang pun, kalau belajar bahasa, masyarakat di Malaysia, khususnya Melayu, mempunyai kemahiran berbahasa dan adaptability yang tinggi serta mampu menguasai bahasa serta loghat dengan lebih cepat dan tepat. Secara harian, kalau kita perhatikan, kalau seorang Malayu berbicara dengan seorang India lain, pasti melayu itu yang akan bertutur bahasa melayu dalam loghat India, dan bukan India itu yang bertutur bahasa melayu fasih.
Secara perbandingan, itu pasti tidak berlaku di Indonesia. Ye, mungkin disebabkan polisi (kebijakan) kerajaan (pemerintah), yang menetapkan penggunaan bahasa Indonesia sepenuhnya, sehingga Cina-cina di Indonesia pun berbicara ‘lebih Indonesia dari Indonesia’, tak dapat dibezakan dari masyarakat lainnya.
Manakala, positive value yang ada pada masyarakat Indonesia itu, antara lain ialah pegangan pada nilai dan norma-norma tradisi masyarakat suku-suku mereka dan bangsa Indonesia amnya. Mereka sehingga saat ini, masih tegar berpegang dan mengamalkan budaya adat resam, bahasa, dan pemikiran suku masyarakat mereka. Mungkin serba serbi, here and there, budaya dan adat, yang kurang syar’ie, tidak lagi diamalkan, walaupun masih terdapat segelintir yang meneruskannya. Melalui sikap ini, kita dapati mereka agar sukar menerima fahaman, atau budaya luar, yang tidak selari dengan kebudayaan mereka.
Besides that, satu perkara yang sangat terjelma dalam kehidupan seharian, malah kemerkdekaan yang mereka capai dulu, ialah semagat dan azam yang kuat. Masyarakat Indonesia memang terkenal dengan semangat juang yang tinggi. Sebab itu, walaupun mereka tidaklah sekreatif orang Malaysia, tapi once mereka dapat kefahaman atau apa-apa lah, mereka akan all out memperjuangkannya.
So. Semangat bahasa yang saya sebut di awal tadi, bukan hanya tentang bahasa per se, tapi ia sekali lagi sangat berkait rapat berkenaan cara pandang kita terhadap pelbagai perkara dalam kehidupan kita.
Read More..