Friday, 10 October 2008

Akta hubungan kaum-50 tahun yang gagal

1. Beberapa minggu lepas, kerajaan mengumumkan kemungkinan merangka satu akta bagi mengawal tatacara dan kaedah berkaitan hubungan inter-kaum.

2. Semestinya, ada basis dan ground of action untuk kerajaan bertindak sedemikian. Mungkin boleh jadi sebab suasana ketegangan kaum yang dicetuskan oleh salah seorang pemimpin Melayu tempatan Pulau Pinang, yang cakap lepas. Selepas itu, diikuti pula oleh beberapa insiden lain yang berkaitan.

3. Saya Cuma terfikir, kenapa selepas 50 tahun lebih merdeka, isu ini masih timbul atau ditimbulkan semula. Patutnya, kalau nak timbul, ketika awal-awal dulu, settlekan segala ketidaksefahaman, then that’s it. Cukup.

4. Malahan, sebelum-sebelum ini pun kita sudah banyak dimomokkan tentang keharmonian dan kesejahteraan semua kaum yang menetap dan menjadi rakyat Malaysia. Masakan pula timbul isu ini sekali lagi, after all these years?

5. Ataupun sebenarnya, kita ditipu, dan diceritakan tentang kebahagian dan keharmonian antara kaum, yang sebenanrya tidak terjadi pun. Kalau ada pun, ia bersifat superficial. Anda boleh tidak bersetuju dengan saya. Tapi percayalah. We just have to admit it.

6. Selama ini, banyak iklan dan cereka yang ditonjolkan, contohnya Yasmin Ahmad, tentang keharmonian antara kaum, malahan antara agama, kononnya itulah yang sedang berlaku dan dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat di Malaysia.

7. Tapi yang sebenarnya itu tinggal harapan, yang jauh panggang dari api. Yang sebenarnya terjadi ialah kita disuruh untuk tutup mulut dari menyakiti hati orang lain, tetapi kita sendiri tidak dibenarkan untuk mengekspreskan hati sanubari kita. Tak kiralah, baik Melayu, baik Cina, India, Iban, Kadazan, dan sebagainya.

8. Kita disuruh untuk mengaggapa semuanya baik dan terkawal, sedangkan keraknya, kita tak dapat mendengar luahan pihak-pihak yang terlibat, khususnya rakyat Malaysia.

9. Saya tak suka mempolitikkan isu-isu sebegini. Tapi percayalah, jalan untuk kita capai keharmonian itu masih jauh, dan bakal tercabar kalau kita layan dan tanggapi permintaan dan rintihan rakyat Malaysia sebegini rupa.

10. Saya bukan chauvinist mana-mana kaum. Saya juga adalah orang yang sangat menghargai sejarah dan nilai warisan nenek moyang terdahulu. Tapi, ia adalah common sense untuk kita fikir balik perjalanan 50 tahun pasca kemerdekaan kita ini. Dalil dan hujah yang digunapakai 50 tahun dulu sudah lapuk dan harus ada pembaharuan, pembaikan.

11. Sekali lagi, bukan saya nak memperlekehkan kontrak Sosial yang telah ‘dipersetujui’ oleh semua suatu ketika dahulu. Oklah. Tak mengapa tentang itu. Tak perlu diubah apa-apa tentang ‘dokumen keramat’ itu. Cuma bukannya kita tak boleh kaji balik beberapa aspek PERLAKSANAAN polisi dan dasar tersebut. Apakah ia akan merugikan sesiapa?

12. Apa yang menjadi impian saya ialah, seperti yang selalu saya nyatakan sesame teman-teman, malahan di beberapa konvensyen dan seminar hak asasi manusia, bahawa ruang untuk perbincangan itu harus dibuka seluas-luasnya. Dan tempat yang paling sesuai melaksanakan prose situ adalah di Institusi Pendidikan Tinggi.

13. IPT kekal menjadi non-partisan, menjadi tuan rumah kepada perbincangan, seminar, konvensyen, pengajian, dan kajian terhadap usaha memperbaiki hubungan antara kaum.

14. Mungkin prose situ tetalh berjalan, tapi progresnya sangat perlahan. Kalaupun berjalan, pihak luar, terutamanya politicians sangat gemar memcari publisiti murahan dengan ikut sibuk dalam hal ini. They’ve politicize too much of it.

15. Saya kira cukuplah untuk kita menggunakan hujah dangkal, bahawa hak ketuanan sesuatu bangsa akan terhapus sekiranya tidak memilih parti sekian sekian. Enough of it. It is baseless. Artikel 153, Perlembagaan Persekutuan telah member jaminan tersebut, dan ia tidak memerlukan sesiapa yang lain to affirm the policies and its implementation. Itu semua retorik.

16. Marilah sama-sama kita letak tepi perbezaan, bawa kehadapan rasional dan harapan untuk masa depan bangsa dan Negara. Berfikir dan bercakap secara bijak dan matang.

1 comment:

munzirstudio said...

saya sangatlah setuju! Tapi bila kita ketengahkan orang kata kita anti kaum sendiri, tak menghargai perjuangan kaum sendiri, pencabul harga diri bangsa, nak tgk orang lain berkuasa. Rakyat Malaysia semakin racist. Racism yang di balas dengan racism, prejudis dengan prejudis. Kesultanan melayu melaka cuma bertahan 100 tahun. Sedangkan tamadun cina punya khazah ketamadunan ribuan tahun begitu juga tamadun India dan Islam..bukalah minda..faham betul-betul ayat Allah "lita'arafu" itu...Dialog!