Thursday, 16 October 2008

Pencerahan bukan untuk orang manja

Pencerahan bukan untuk orang manja
Pencerahan bukan untuk orang yang manja.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Da’wah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti-yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak Nampak.
Bukan bagi yang meletakkan da’wah hanya untuk mencari calon akhawat sebagai sang isteri,
-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan. Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
-yang cepat mengalah,
-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.
-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh jarah wa ta’dil harakh ini dan itu.

Da’wah bukan untuk orang yang ikut liqa hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.
Da’wah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
Da’wah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Da’wah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Da’wah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.
Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
Da’wah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.
Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, da’wah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.
Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa da’wah
Belum tentu kita akan Berjaya di mahsyar nanti.
Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Da’wah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda. Berbahagialah seadanya.

6 comments:

saltnvinegar said...

Serangkai peringatan yang baik. Thanks.

Anonymous said...

alhamdulillah...
syukran..tulisan yg bersahaja tp lahirnya dari hati yg telus..walaupun tiada kata-kata seindah kata-kata sayd qutb namun menusub ke sanubari..membakar semangat dan menginsafi diri..

Hadi Mahdi Muhtadi said...

sekadar refleksi diri.kalau ada manfaat,alhamdulillah. yg penting tindakan selepas sedar.

masterkey said...

MasyaAllah...terasa sgguh dgn penulisan ini..ya Allah berilah aku kemudahan..

Anonymous said...

''Teruskan hidup anda seperti biasa. Da’wah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda. Berbahagialah seadanya.''

asal ayat macamni. macam tak galakkan org berdakwah je.

Hadi Mahdi Muhtadi said...

thanx atas masukan teman2 yg berkunjung ke teratak buruk ni. hakikatnya ini adalah sebuah entry self reflection. check diri. tidak untuk menujukan pada orang lain. jadi naturenya begitu. siapa yg lebih tahu ttg diri, melainkan tuannya sendri. statement hujung itu, bukan bermaksud tepat sebegitu, tapi mencabar diri, mempersoal jiwa insani. semoga terjelaskan. allahu a'lam bin sawab.