Bekerja dan Menghasilkan
"Don't judge each day by the harvest you reap but by the seeds that you plant."
***********
renungan dan motivasi untuk para penyampai dan penyeru kebenaran. Kerana adakalanya, kita terpesona dengan angka-angka besar yang terbina di atas harapan-harapan menggunung untuk mengubah masyarakat dan mengislah ummat.
Dan seringkali juga kekecewaan melanda dan menyelubungi diri dek kerana kegagalan 'menarik' orang banyak untuk sama-sama memahami agama ini dan menabur bakti ke atasnya. Ini adalah kesan pemahaman dan keterikutan kita kepada fahaman 'meramaikan' adalah 'memenangkan'.
Hakikatnya, kalaulah kita dikira dengan berapa ramai yang berjaya kita 'tarik', maka orang-orang yang kayalah dan berpengaruhlah yang pasti menang. Kerana mereka boleh menawarkan 'benda-benda' yang nampak. Sebaliknya kita, hanya harapan-harapan yang terbina hanya di atas kepercayaan.
Motivasi untuk kita. Bertepatan dengan firman Allah: "Allah tidak menghitung daging-daging itu, dan tidak pula darah-darah itu, akan tetapi, menghitung ketaqwaan dari kamu...". Ganjaran yang besar menanti mereka yang bekerja dengan kualiti terbaik, dan tanpa mengira hasil dan outcome dari usahanya itu. Kalau dapat, pastinya bonus. Tetapi kalau tidak, itu bukan isunya.
Fikir-fikirkan.
1 comment:
ana tau kehebatan anta dlm penulisan sejak di hira, tulisan yang boleh difikirkan
Post a Comment