Friday, 6 November 2009

Et tu, Brute?



Mungkin itulah kata-kata yang mungkin terpacul keluar dari mulut Datuk Seri Ong Tee Keat, kepada bekas timbalannya Datuk Seri Liow Tiong Lai, yang dengan keputusan dari Pendaftar Pertubuhan (ROS) menyaksikannya terkeluar secara terhormat dalam pertandingan tak terduga tiga penjuru, pasca EGM MCA tempoh hari. Semakin hari semakin menarik cerita dalam MCA ini.

'You too, Brutus?'. adalah ungkapan popular Julius Ceasar menjelang akhir hayatnya. Ia menunjukkan ketakjuban dan terkejutnya sang penguasa terhadap pengkhianatan orang dalam, yang pada awalnya menyokong tetapi berubah pada saat tertentu sel3epas itu, dengan mengkhianatinya. Mungkin itulah yang paling sesuai untuk mengungkap permainan politik tiga penjuru MCA yang cukup unik. Tak terjangkau oleh kecerdikan dan kemampuan berpolitik sebahagian masyarakat kita.

Buat beberapa masa ini, kita akan menantikan tindakan selanjutnya, kesan 'pengumuman' ROS baru-baru ini. Langkah mengekalkan kerusi Timbalan Presiden kepada Dato' Seri Chua Soi Lek yang merupakan sebahagian plan besar penyatuan (greater unity plan). Plan yang ramai mengira sebagai langkah balas, akibat serangan baru kumpulan Liow yang cuba bermain 'nakal' dengan menggunakan hasil keputusan EGM dan CC yang menyetujui cadangan perlantikan Liow sebagai orang no 2.

Ong dengan tiba-tiba bertindak pantas selepas diaibkan kumpulan Liow dalam MCA, dengan mengambil pendekatan awal menyekat sebarang cubaan dalam masa terdekata menyingkirkannya dari kerusi no 1. Mungkin dia sendiri tidak menjangkakan akan tewas usul tidak percaya terhadapnya dalam EGM. Berpakat balik dengan Dr. Chua, dan memberi sedikit imbuhan segera sebagai token of appreciation, sebagai membalas jasanya, dengan melantik beberapa personel penting penykong kuat Dr. Chua dalam pengurusan MCA.

Apa yang menarik, politik orang Cina sentiasa di luar jangkaan. Swing, seperti yang pernah saya ungkapkan beberapa tempoh dulu, boleh berlaku dengan tiba-tiba. Mereka cerdik dan celik politik. Kadang-kadang tidak perlu berparti politik, Tapi sentiasa peka dengan politik, yang hari-hari mendatang dicaturkan oleh gerak-gerak politik.

No comments: