Sunday, 9 September 2007

Pengalaman Ramadhan: cerita orang malaysia


Ramadhan menjelang lagi. Kami sekeluarga berpuasa kembali. Bila tiba je ramadhan, pasti kenangan-kenangan lampau bersama keluarga mengimbau kembali. Semenjak dua menjak ini ramadhan kami selalunya tak penuh sekelarga, seperti tahun2 90an….ketika tu, kami masih kecil…dan masih bersekolah rendah.

Memasuki alam sekolah menengah, walaupun mungkin kebanyakkan ahli rumah ada, tapi ada je yang tak cukup…samada ada kat asrama ke..atau lain2. dan bila dah besar2 ni, dah masuk u, dan dah gi oversea, memang pastilah tak lengkap ahli rumah menyambut ramadhan.

Cume yang akan sentiasa menjadi kenangan sepanjang mengharungi ramadhan ialah keletah dan perangai2 kita dalam menyambut ramadhan. Kadang2 geli hati mengingatkan ia kembali, kadang2 pilu terkenangan zaman itu. Kadang2 rindu..dan kadang2…
Kenangan

Kenangan macamana boleh start puasa pun suatu yang unik. Aku waktu tu sekolah Al-Azhar, Kedah. Kire kecik lagi ar. Sebenarnya sepanjang ramadhan tu tak puasa pun, cume tak makan kat sekolah, sebab sekolah Islam, dia takde lah menyediakan makanan. Tapi balik tu sebat la ape yang sedap dan best. Tapi, satu insiden yang menyebabkan aku terus boleh puasa semenjak hari tu, ialah mase tu, ketua pengawas sekolah aku, dia ialah suke sembang2 dengan kawan2 dan junior. Aku pulak waktu tu kire budak baru kat situ, baru balik dari UK. So, dia dengan selamba menyakat aku kata aku tak puasa. Aku cover baik punye, tetap menegaskan yang aku puasa. Mase tu sambil2 tunggu van untuk balik lepas sekolah. Ok. Balik je dari sekolah hari tu, aku puasa terus dan sambung sampai masuk waktu berbuka. Mulai hari tu, dalam pertengahan ramadhan, aku puasa full…maksudnya 15 hari lebih lah…sampai sekarang. amacam canggih tak insiden yang menyebabkan aku mula puasa.

Pastu, ye lah dalam usia 8 tahun, aku dah puasa separuh bulan, walaupun untuk tunggu waktu berbuka tu macam nak seksa…tak boleh duk diam..itu telah menyebabkan aku menjadi antara orang terawal dari kalangan cucu2 tok aku yang berpuasa. (Akulah yang paling tua). So as an encouragement, tok aku bagi duit berdasarkan bape hari yang aku dan sepupu2 lain puasa. Mulai tahun depan tu, aku pun puasa full…tambahan pulak dah sunat..(he he he), so raya tahun tu, dapat full duit puasa+duit raya+duit tambahan yang memang tok akan bagi kat aku tapi senyap2 je…(sebab orang lain tak dapat…ha..hah..ha).

Di kalangan ahli rumah, banyak cerita yang sering kami sebut dan ungkap kembali, di kalangan adik beadik. Antaranya ialah keletah setiap seorang ketika bersahur…dah lah liat nak bangun sahur..orang lain dah start makan, ada yang tengah tidur. Dah kene marah dengan abah baru nak bangun, muka pun muka bantal lagi. Dan tu kami hanya makan yang paling senang. Dulu waktu kecik2 tu, biasa umi ngan abah akan menyediakan nasi ke, burger buat sendiri ke…berat2 la jugak. Tapi dah masuk sekolah menengah semua lebih selesa makan conflake, minum susu, dan nestum je. Abah biasa roti gardenia fibre. Umi lagi sempoi…minum air masak je. Semua malas nak berat2 tak boleh masuk perut. Tapi yang tak fahamnya boleh tahan sampai petang…selamba je.

Dah tuh, yang kami tak boleh lupe, masing2 dah kluar perangai masing2. ada yang makan tapi termenung..dia tak tau apa dia makan..tau tau dah habis. Ada yang pagi tu lah nak buat baca segala fakta yang ada kat belakang kotak corn flake tu…siap tengah2 orang lain blure…dia boleh Tanya…ih cornflake ni ada kalsuim banyak mana?...dia buat teka teki pulak…yang pagi2 tu jadi hidung sensitive pulak pun ada. Orang lain dah habis makan cornflake, dia pulak tetiba pergi cium bau susu dutch lady…kate dia dah basi..pastu siap suruh orang lain bau sekali tu…yang dah habis makan blure…dia makan habis tak rase ape pun….pening.

Ada yang pagi tu tak sedap perut, tapi nak makan jugak, sebab nak kejar sebelum masuk waktu azan. Dah sumbat punye sumbat, tak muat, habis terkeluar balik semua dalam mangkuk…penuh. Jadi pancake balik…(ha ha ha)
Cerita sahur

Pengalaman lain, yang kire best gak ialah bersemangatnye kami untuk bersahur pada satu hari tu. Umi kejut kitorang, dan semua turun ke bawah dan menikmati (? Semua tengah muka bantal) sahur. Tetibe umi jerit. Dia tengok jam dan kami pun semua tengok. Hah!!! Dah pukul 6.30 pagi. Kelam kabut semua. Umi pulak cakap sah sah dia nampak tadi jam pukul 5.30. dah2. semua kumur2, dan buat tak tau. Tapii dalam hati dah tak sedap. (waktu tu jahil lagi). Pastu gi sekolah sebar cerita kata sebenarnya malam tadi adalah malam lailatul qadr, sebab antara tandanya, mak aku dah tengok jam betul2 5.30. tapi rupenya jam berlalu begitu cepat sehingga sebenarnya dah pukul 6.30. itulah tanda L.Q.

3 tahun lalu, waktu tu aku je yang pandai bawak kete. Dan umi ngan abah lom balik lagi. So 1 ramadhan tu, dalam keadaan tergesa2, waktu dah nak masuk, aku pun terus gi order makanan kat restoran. Tak tau nak pilih ape, aku order je lah mee kung fu…dah settle bawak balik. Waktu berbuka je, tengok makanan, bukan mee, tapi dia ganti suun. Hah tension. Tapi semua diam je. Makan. Dalam hati, semua tengah lapar. Habis je tarawih, kitrorang kluar sekali lagi, makan yang betul2 punya….aku dah tension kene perli baik punye ngan family….wah….

Satu waktu dulu. Waktu tu aku kat maahad tahfiz. Tahun satu. (lepas PMR). So, dah disebabkan biasa berpuasa, tahun tu, aku ajak sorang abang..abang naim untuk same2 berpakat untuk puasa rejab syaaban dan sambung ramadhan terus+6 syawal…kire time tu sikit lagi lah macam nak jadi malaikat…time tu pulak jahil lah jugak. Tak kire ada dalil ke tak de, kire ingat puasa tu amalan sunnah, kami buat jelah. So kami konsisten sampailah cukup 3 bulan tuh. Sampaikan, dalam tempoh tu, maahad ada jambori. Kami pergi dan join jugak, time mandi-mandi. Kire puasa tu diteruskan jugak walaupun adalah sekali dua terteguk air sungai…kire ter..lah tu tak sengaja. Well itulah the first and the last time aku terus2 macam tu. Tahun lepas tu…hampeh trus..puasa 6 pun tak habis.

Puasa 6. hah dari kecik lagi kami cube ikut berpuasa. Yelah kadang2 penuh..kadang kadang tak. Kadang2, dah hari last syawal baru habis hari ke 6. Kadang2 syawal ke 7 dah settle. Macam2 ceritalah.
Solat tarawih

Tarawih pulak cerita lain. Kadang2 20, kadang 8. kadang 8 kat surau, sambung sampai 20 kat umah. Bile time jadi imam tarawih, cukup dua puluh…ada masjid tu 8 je.so kami pun 8 je lah. Dulu waktu sekolah menengah, 10 malam last tu aku akan join kawan2 I’tikaf kat masjid negeri shah alam. Dok lah 2-3 hari situ…sebab dah port bebudak hira’ kat situ. Tahun lepas aku berkhemah dan berkampung terus kat masjid dari hari first sampai 2-3 hari sebelum raya. Kire ape2 keje semua settlekan siap2, kul 12 je mmesti dah ada kat masjid. Ok gak ah. Cume aku teringat waktu, kecik2. ialah cara fikir kita dulu2. orang kata malam lailatul qadr, ada kat 10 malam terakhir. Yang aku tak bleh trima, adik aku ni, siap dah diberitahu bahawa lailatul qadr tu adalah pada malam2 ganjil. So, satu malam tu dia cakap: “ eh malam ni malam bape hah?…hah 23. aku dah solat tarawih. Ha ko lom solat lagi kan. Hah rugi. Dah kire terlepas lah lilatul qadr…” (?). (Mwahwahwahhahaha).

Dan bila tiba saja 1 ramadhan, pasti saya akan cukup terkenang dan mengingat bahawa kuasa untuk menentukan antara siapa yang akan meneruskan kehidupan ini dan siapa yang patut prig bertemuNya dahulu, terletak hanya pada Allah. Siapa kita untuk mengatakan dia masih muda, patut menikmati hidupnya. Tetapi itulah ketentuan tuhan. Pengalaman 1 ramadhan, tahun lepas, akan sentiasa dikenang oleh saya dan kawan-kawan. Perginya sahabat lama sewaktu zaman persekolahan, pada siang 1 ramadhan cukup menyayat hati. Baru kira-kira sebulan sebelum itu, beliau mendirikan rumahtangga bersama pasangan hidupnya, malahan beberapa rakan kenalan sekolah kami pergi menghadiri kenduri walimahnya, walaupun dia ketika itu, memang sedang melalui prosedur kimoterapi untuk tumor yang dihidapinya, tapi kami tak sangka begitu sepat dia akan pergi. Selamat beliau dia sana. Allahyarham Mohd Arif Abdul Rahim.

Beberapa minggu lepas, kami seluruh warga FASA, dikejutkan dengan berita kematian sahabat lama, dan kenalan alumni, yang menemui kecelakaan jalanraya, berdekatan Ipoh. Banyaklah cerita dan versi yang kami dengar, antaranya yang mengatakan dia sememangnya telah menyedari bahawa tempohnya di dunia ini tak lama, bila ekali pernah mengungkapkan pada seorang kenalan kami: “Cuti kali ni mungkin yang terakhir kot bagi kami sekeluarga…”. Apa pun yang berlaku, cukup mengingatkan kami, kenalan dan sahabat seusia dan sebaya dengan kedua2 kekasih yang telah bertemu dengan pemiliknya, bahawa tiada peraturan dalam menetukan siapa selepas ini, yang akan menyusul golongan2 terdahulu. Mungkin anda, mungkin saya, mungkin kelarga kita, mungkin di tanah ini, mungkin di tanah yang cukup asing bagi kita, mungkin dan mungkin…tiada siapa yang tahu. Yang pasti…apakah persiapan kita?

Al-Fatihah untuk Allahyarham Mohd Arif, dan Mohd Fadhullah Mohd Pishal.

1 comment:

nor dalila said...
This comment has been removed by the author.