About creativity
"Insanity: Doing the same thing over and over again and expecting different results."
*******
Refleksi untuk para pendokong da'wah. Asalah ialah aspek penting untuk bergerak. Mendapatkan sumber perjalanan dan panduan yang betul adalah cukup penting. Tetapi hayawiyyatud-da'wah hanya akan terjadi sekiranya asalah itu dapat diterjemahkan mengikut skla tempat, lokaliti, dan ruang masa yang berbeza-beza. "
"Al-hayawiyyah fli asalah, was-salamah fit tatwir" (kreativiti dalam prinsip utama, dan keterjagaan dalam pengembangan)
Kuncinya adalah kecerdikan dan kebijaksaan yang menuntut proses berfikir dan mengolah secara lebih telus, 'bebas', dan 'mencuba'. Asalah tidak akan hanya terjelma dan terpakai terus mengikut lokaliti, dan ruang masa, tanap digarap dalam bentuknya tersendiri. kedua-dua prinsip sangat berguna dan harus diaplikasi secara bersama tanpa menafikan yang kedua.
Jadi, bergeraklah mengikut aturan dan panduannya sebenar dari Al-Quran dan As-Sunnah, serta jalan para aslafuna. Tetapi panduan-panduan itu harus diberikan nilai lokal agar kita tidak mengulang-ulang benda sama, tanpa memberi nilai tambah pada prinsip-prinsip itu. Jika tidak, cubaan-cubaan yang sama berulang kali tidak akan menghasilkan percambahan dan penekunan.
Berikan sedikit nilai tambah pada asalah. Be creative. Be bold. Explore more. Discover great things.
Fikir-fikirkan
1 comment:
apa kaitan isma dengan jim.anta ikut isma atau jim?
Post a Comment