Saturday, 22 December 2007

Sekitar sambutan Eid-l-Adha 1428H: kawan2 di bumi Kinanah





padahal sume gambar irfan...kwang..kwang..kwang..ape2 hal pun sambutlah dengan lafaz takbir!!

Read More..

Mengapa setiap kali raya mesti sedih?


Why is it always like that. Memang begitulah yang akan berlaku. setiap kali tibanya hari raya, be it raya puasa atau raya haji, mesti all that happens is only berkaitan yang sedih2 je. come on lah, dari takbir raya versi melayu, tak kiralah mereka tu berada di negara mana pun, overseas, lebih2 lagi du tanahair sendiri, mesti mendayu, bernada suram, bernuansa seidh dan pilu. tu blum masuk lagi filem2, drama2, cerita dan program kat tv.....mesti pasal anak tak balik raya, meninggal di hari raya, dan lain2 yang berkaitan.


With due respect therhadap mereka yang mungkin mengalami dan melalui pengalamn sedemikian, but then kita ni dah terlalu lama dihidangkan sedemikian sehingga memang tak sah kalau raya tu tak menitiskan air mata kesedihan. Sekadar nak mengungkap kata2 seorang kawan dari middle east katenya di tak faham mengapa orang Asia tenggara ni (termasuklah Malaysia) ni tekbirnya lemah, tak bersemangat, dan tak menampilkan jiwa kemenangan...sedangkan itulah tema dan ungkapan besar disebalik laungan takbir di sepanjang hari raya...?


Begitu juga filem kita. sebab kita memang dah tanam dalam kotak pemikiran kita like that. pulak tu producer2 filem ambil kesempatan di atas nada dan tema sebeitu. come on lah. cuba seseakli sekala bawa cerita tentang perjuangan melawan hawa nafsu, pengorbanan yang walaupun sedih tapi penuh dengan jiwa kebebasan dan kemenangan serta yang membawa mesej kegembiraan menyambut eideain. Tak begitu?


So kita macamana?

Read More..

Friday, 21 December 2007

Cinta Da'ie-da'ieyyah: cerita versi student


Tajuk dah gempak giler….content pun dah ramai yang tau kot….
Bukan bende baru sangat pun...dah jadi macam rahsia umum.....uncodified law....ye ke?
Cerita yang telah lama berlegar di kalangan pendokong da’wah (?) dan yang segolongan dengannya yang claim bawak da’wah (sebab katenya sibuk berpersatuan...?). Cume saye meminjam istilah ustaz Maszlee Malik.

Isu yang timbul, mungkin dari salah faham atau dan faham tapi hati beb....soalnya cinta ..jiwang siut..
Sebab tu seorang rakan pernah bagitau...masalah yang timbul dalam diri seorang dai’e berpunca dari dua benda je....samada as-syubhah (ketidakjelasan, ketidakfahaman terhadap beberapa perkara prinsip dan lain2) dan atau as-syahwah (soal kehendak dan kecenderungan menyalahai kehendak syariah).

Hah, betitik tolak daripada dua prinsip..atau premis di atas sekarang kita nilai sendiri masalah yang berlaku ni, disebabkan puncanya di mana?
Situasi-situasi

Situasi 1. Satu program kepimpinan da’wah mahasiswa yang dirancang...projek mega kesatuan da’wah di kampus di sebuah IPT Islam terkemuka di tanahair. Ketua Program bernama WQ ( bukan nama sebenar?), seorang lelaki da’ei, thiqah maut, lelaki idaman malaya, alim alim kucing...dan penolongnya SY (tah aku main sebat je nama), wanita melayu terakhir, redup wajah, alimah (?) terbaik segala segi....thiqah beb. Hasil gandingan mantap program tu berjalan lancar , dan akhirnya mendapat respon baik dari peserta. Akhirnya dapat anugerah program terbaik sepanjang tahun. Maka atas dasar kemenangan itu, si ukhti muslimah ni pun hantarlah satu sms mengucapkan tahniah kat ketuanya. Ketuanya pun balas balik dan mengucap terima kasih. Dua tiga hari lepas tu, hantar sms pulak nasihat sempena ramadhan...dah tibe ni ucap doa2 baik. Tup2 tanya khabar pulak...dah lepas tu melarat pulak tanya khabar study pulak...perancangan lain 2 lagi....last2 sekali dah melekat kat hp tuh tak lepas2....kawan2 lain tengok ape hal mamat ni...dok senyum2 bace message...tengah makan sms, tengah main sms, tengah tido sms (ni dah lebih la...)

Situasi 2. Seorang siswi dalam keadaan bingung. Keluarga di kampung mengharap keputusan yang cemerlang. Dia pulak sibuk dengan persatuan (da’wah beb...). nak catter adik2 junior lagi alah macam2 lah...tugas murobbi agung lah katakan. Dia tension dan tak tau nak cakap dan berkongsi ngan sape. Akhirnya selepas mendapat no hp seorang pimpinan ikhwah, dia pun tanyakan hal2 yang merungsingkan dia. Tanya solution, tanya macam2....si ikhwah pulak dengan baik dan tulus hati good faith beriya2 benarlah pergi sms balik, membantulah tu kononnya...guide balik...dah macam2 lah pulak. Hah ni terbaik, akhawat tu dah tengok ade yang concern, dah naik tochang...rase macam ikhwah tu ada hati kat dia...kalau pun takde dia ada hati...sebab tertarik dengan kesungguhan ikhwah ni membantu dia. Akhirnya dia pun meletakkan harapan ...faham2 je lah kan.Dah akhirnya ...dua situasi.,..kalau ikhwah tu terima cintanya....hah macam situasi kat atas lah jawabnya...dan kalau ditolak dengan sebab baiklah sangat budak laki ni dengan ikhlas hati sebenarnya nak bantu budak pompuan ni....dan bukan sebenarnya atas dasar cinta...tak frust menonggeng budak pompuan tuh?

Situasi 3. konon2 nak tanya dan bincang pasal study. Dah dpat no hp seorang ikhwah yang boleh dikatakan tak de lah top sangat study dia...biase2 je. Yang minah sorang ni macam lah tak de akhawat lain yang top2 study. Gi sms laki ni...hah mule2 baik lah bincang pasal study..pas tu study ke mane ape ke mane…btul bende ni berlaku...tak caye? Minoriti kes pun bukan...selalu gak berlaku. Mule2 memang lah niat baik nak study, tapi lepas tu ke mana. Yang pompuan tu pun satu, macam lah takde student pompuan lain yang boleh bincang, saje cari peluang nak study dengan lain jantina....hhhh (menghela nafas lah)
Realiti


Ape pandangan anda? Ape pun alasan dan pandangan anda...inilah realiti yang sebenarnya berlaku di sekeliling kite...betul tak?....dan

Dan yang best nye bile anda cube membetulkan keadaan (salah ke?...satu pertanyaan dari diorang2 ni lah) mereka akan jawab ni untuk da’wah...ni penting untuk membina masyrakat muslim...ehh takpe2. ni same2 buat da’wah...kitorang bincang pasal strategi da’wah di kampus dan bagaimana nak menangani isu kebejatan sosial muda mudi kite sekarang (baik punye cover...amek aku dua debik..poyo sangat nak tegur menegur(meminjam istilah Taufeq))

Sebenarnya banyak lagi situasi yang similar atau hampir 2 same. Sebab namenye pun manusia...tak lari mane...sebab ini soal hati....kan semua orang same je...akan merasai situasi yang same.

Tapi yang pasti, saye bukannye cemburu dengan pengalaman setiap orang yang mungkin pernah melalui situasi2 di atas.....cume kadang2 terfikir....dah memang asas perkenalan tu tak jelas dan tak betul....nak betulkan dan justify macam mane?..........terpulang kat anda.
Semuanya atas pilihan kite. Bukan kite tak boleh pilih dan pikir antara baik buruk....dah besau panjang......kalau tu memang saje buat bodo je tak nak dengar cakap orang2 tua....
Ingat anda bawak da’wah. Jangan sampai da’wah dapat name buruk dengan sebab sikap dan perbuatan anda. Fikir2kan. Dont be selfish. Kan ada cara yang lebih mulia untuk dai’e.
(gambar di atas hanyalah untuk tujuan ilustrasi, tiada kaitan dengan cerita. terima kasih kepada dhany-pinjam gambar ye).

Read More..

Cerita maxis, celcom dan orang melayu….


Alah mulenya malas gak nak komen mengomen pasal kes yang pernah suatu ketika dulu melanda negara. Alah kan ade email dan sms yang dipass dari satu kelompok ke kelompok dari satu lokaliti ke lokaliti lain sehingga tersebar maklumat tersebut. Berkenaan isu maxis dimiliki oleh orang yang bukan melayu sekaligus bukan islam...dan maka oleh itu same2lah menyokong celcom sebab dimiliki oleh orang bumiputra dan dalam hal ini kite mesti membantu membangunkan ekonomi orang melayu....

Nah amek ko sedebik...baik punye argument cara baik nak promote barang sendiri yang dah tak berapa nak laku dan main kotor untuk jatuhkan perniagaan orang lain yang dah stable. Saye ni tak lah sokong mane2....walaupun saye pakai maxis (dulu digi beb…). Bagi saye takde hall ah nak pakai mane2, sebab semuanya same.
Argument

Kalau nak kate satu pihak sentiasa menggalakkan hiburan dan maksiat, yang satu lagi pun same je, jadi dah tertolak argument tu. Kedua, katenya ia dimiliki oleh ananda krishnan yang menyumbang banyak percentage dari keuntungannya, syarikat Bina Riang Sdn Bhd, yang menguasai majoriti Maxis Bhd, kepada kesatuan Hindu khususnya di Malaysia. At one point saye tak dapat nak pastikan berita tu, dan to be on the safe part, oklah katekan anda berpindah ke celcom…..tapi perkembangan terkini menunjukkan Saudi telco, syarikat telekomunikasi dari Arab Saudi yang terbesar bercadang dan minat untuk beli up to 30 % share dalam Maxis Bhd daripada Bina Riang, syarikat Ananda Krishnan, Tan Sri. Hah....kalau iu berlaku, adakah satu puak yang nak main business care mudah ni akan utarakan isu pemilikan nonmuslim dalam syarikat telco ni...hah kan dah kelam kabut...

Saye bukan ape...cume tak nak terlibat dengan perbincangan care mudah2 begini....tapi tah tetibe teringat waktu kat kelas pengajian islam baru2 ni, ustaz kat depan ketika membincangkan perlaksanaan maxim ’akhaffu dararain’...memilih mudharat yang lebih ringan telah mengemukan contoh di atas ni...tah lah mungkin dia terkesan dengan maklumat yang dia dapat pasal telco tu. Saye dalam hati, macam tak leh terima....saye merungut cakap...come on lah ini sebenarnya isu persaingan business antara co. telco…dan sebenarnya banyk lagi dah pernah berlaku ….dan kite sebenarnya tak leh sangat nak percaya hal2 seperti itu….well at last kite jugak yang kene buat stand masing2…
Cerita lain

Dulu kan pernah ada kate gardenia tak halal....lepas tu pulak hi5....hah cube baca situasi2 ni dalam konteks persaingan business....nampaknya ada suatu pihak di balik semua ni yang mengeksploitasi berita dan maklumat untuk kepentingan ekonomi sendiri...tu je...so its up to each and every individual to actually decide what’s best for him..........hmmm pk2 lah sendiri........melayu..melayu...(tapi tolong amek perhatian saye ni bukan anti melayu..kita mesti bersikap rasional..dan cume nak utarakan beberapa hal ehwal yang berlaku dalam masyarakat ini.)

Read More..

Hantu: Masyarakat Melayu dan pendidikan


Mesti anda masih ingat, waktu kecik2 dulu orang-orang tua ataupun nenek-nenek kite selalu cakap: ’jangan cakap aku, nati hantu paku...’..’hah jangan pergi kat belakang tuh, nanti mabang datang’.

Tu adalah antara contoh ayat2 yang pasti digunekan oleh SESETENGAH orang untuk ’mendidik’ anak2 mereka berkelakuan baik dan bersopan satun serta berdisiplin. Sebenarnya banyak lagi, lebih2 lagi yang, saye tak nak lah bersikap pesimis terhadap kaedah penddikan begitu, tapi yang sangat mistik dan seolah tak berasas seperti jangan menyanyi ketika masak, nanti lambat dapat jodoh lah, anak dara jangan duduk kat beranda rumah nanti lambat dapat jodoh dan lain2...(ye ke macam tu diorang cakap...seingat2 saye lah yang sepesyen2 tu lah kirenya).
Waktu dulu

At one poit kaedah tu telah berjaya mendisiplin kan budak2 waktu tuh. But as time goes by, kite dapati ada sedikit kesan daripada penggunaan kaedah tu yang telah mengeffect cara fikir dan perkembangan minda kanak2...dan sekarang ni diorang dah pun memegang portfolio2 besar di peringkat nasional dan international. Dan yang pasti sebahagian daripadanya masih meneruskan kaedah tu kepada anak2 mereka serta masyarakat umumnya.

Sedar tak sedar, kaedah menakutkan kanak2 dengan suatu yang sebenarnya tak de basis pun telah menyebabkan ketakutan kepada kanak2 tu, dan seterusnya menyebabkan

Lagi satu, seperti yang pernah disentuh dalam sebuah majalah, ialah sikap sebahagian ibubapa yang menganggap persoalan dan pertanyaan yang dikemukan oleh anak2 mereka sebagai tidak penting dan sebaliknya menyuruh mereka berdiam diri...seperti diamlah, tak nampak ke mak tengah sibuk ni...dan macam2 lagi yang seterusnya membunuh sfat curiousity budak tu...pastu dah set kat otak diorang ape2 soalan tak yah tanya mak ayah...cari sendiri...dan akhirnya kita akan dapati anak2 ini mencari jawapan kepada persoalan mereka samada melalui kawan2 atau internet....anda faham maksud saye kan?...

Berlanjutan daripada point kat atas yang menjadi permasalahan kepada kebanyakkan anggota masyarakat kite ialah kesediaan mereka berbincang dan menerangkan persoalan2 yang telah menjadi taboo dalam masyarakat kite khususnya berkaitan seks....sehingga anak2 tu mencari sendiri jawapan atau dia akan salah faham hasil penerangan mak ayah dia yang jawab ala kadar dan tak sungguh2 sekadar nak melepaskan tanggungjawab secara bodoh2 je.

Lagi satu situasi yang saye boleh perhatikan, ialah sikap sesetengah daripada kite yang menyankga dengan menipu anaknya dia akan dapat menyelesaikan masalah. Contohnya dalam satu keadaan, seorang anak yang telah melihat suatu permainan telah merengek pada maknye. Mak dia mule2 tak nak beli, dah tuh dia pun naik hangin..meraung2. mak dia dah mule naik malu, dan akhirnya buat perjanjian akan beli kat bawah. So dia pun diam. Sampai kat bawah, mak dia tak beli pun, terus masuk dalam keter. Ape lagi dalam keter kene cubit lah. Jadi anak tu dah dapat satu pelajaran yang baik. Dia diajarkan ’menipu’. Ape pun alasan yang diberikan, adakah itu cara terbaik mengajar anak? Satu persoalan. Anda jawab.
Kesan

Dah penat2 cerita sebenarnya kite nak tengok ke bahagian hasil mahsul penggunaan kaedah 2 diatas yang menghasilkan masyarakat yang hidup dalam budaya fear dan complacent...sebab mereka didik begitu....
Fear untuk mengubah dan menyaggah pendapat2 yang tidak lagi relevan, tak bersandarkan kebenaran dan lain2. dan budaya complacent menyebabkan mereka selesa dan berkecukupan...’qanaah salah timing’ dengan situasi dan keadaan semasa....tak yah nak ubah2...cukuplah dan bagus dah suasna kite....negara kite dah cukup baik dah tengok negara orang lain...miskin, perang tak aman...kite elok dah tu...syukur je lah....Dan di atas tu budaya untuk tidak berfifikran kreatif, bertanya dan mempersoalkan sesuatu perkara, sebab dari kecik mak ayah suruh diam...dan mereka tak terdidik untuk mengekspresikan pandangan mereka....tengoklah melayu kat mane2.....selalu dok kat belakang (saye pun suke dok belakang waktu kat kelas....suke tengok perangai dan memerhatikan perkembangan dalam keas tu...ha baik punye cover..) dan senyap je bile time soalan...tunduk malu2 kucing.

Dan begitulah juga...(sorry saye tak berapa suke sangat nak menyentuh politik partisan) pemimpin kita treat kite...bahkan sejak dari zaman penjajah...dasar pecah dan perintah...jangan bagi unsur2 pemikiran kreatif dan progresif...pemikiran kritikal dan mempersoalkan sesuatu tindakan...bukannya untuk mencabar, cume untuk mendapatkan alibi untuk setiap tindakan, tu je...pun dihalang.

Sebenarnya banyak manfaat dan hikmah di sebalik kata2 dan pantun 2 melayu lama yang mengajarkan kaedah mendidik anak. Cume pemahaman sesetangah orang yang salah telah menyebabkan ianya tak menjadi.

So. Apa tindakan kite skang. Anda orang2 yang terpelajar. 3 perkara pokok yang berlaku dalam masyarakat kita. There’s many thing to do. Where to start? Ourselves.
Yang penting didik anak2 kite atau umumnya generasi akan datang tentang adab sopan dan terangkan sebabnya. Biarkan mereka berfikir.
Fikirkan.

Read More..

Thursday, 20 December 2007

Sekitar sambutan Eid-l-adha 1428H

Update terkini. Sambutan Eid-l-Adha peringkat family besar Bawazir di putrajaya. Arab2 Hadrami di Malaysia, khusunya keluarga kami turun ke kl la. Hampir sume ada, dari kedah, johor dan sekitar lembah klang.This is my family. cume Irfan je takde. still kat Egypt. dia sambut raye kelmarin. Ni sume amek gamba kat bawah apartmen 'Ami salim.
Geng!!!ni khas team bola..tapi cukup untuk main 9 sebelah je. Budak2 bujang keluarga Bawazir Malaysia.
Ha. ni plak anak2 dara Bawazir Malaysia. tapi still tak cukup corum.
Ni plak golongan veteran. Hahaha...parents..anak menantu keluarga Omar Bawazir. Dari tepi Umi ngan abah, Ami Bakar ngan Umi Faizah, Umi Shahidah ngan Pakcik Shahril, dan Ami Salim dan Umi Hairani. Sekali imbas nampak macam gambar kenangan program kursus guru pencen kat Port Dickson la plak...? mungkin jugak. Hahaha. Jangan marah.
This is my uncle. Abu Bakar Bawazir. Anak lelaki tertua keluarga Omar Bawazir. Ni la sesekali aku dapat jumpa dia. Ape2hal pun gembira dapat jumpe dan berkumpul bersama. sekian sahaja laporan sempena sambutan Eid-l-Adha 1428H. Kullu Aam wa ntum bi khier.







Read More..

Perutusan Sempena Eid-l-Adha


Selamat menyambut eid-l-adha. Eid mubarak. kullu aam wa ntum bi kheir. taqabalallahu minna wa minkum solehul a'mal. Amin.

semoga semangat dan kekuatan 'cinta' ibrahim kita manifestasikan dalam kehidupan. Moga2 roh al-akhilla' (kekasih) kita implimentasikan.....cinta yang memerlukan pengorbanan.

Read More..

Friday, 14 December 2007

Warna-warna kehidupan 2: Panorama kehidupan seharian






Read More..

Warna-warna kehidupan 1: Lukisan Alam






Read More..

Tuesday, 11 December 2007

Wanita dan Kerjaya: Satu pandangan lain

membicarakan soal.....

Read More..

Masyarakat kita dah hilang budi bahasa: versi IPT

Duluy pernah dibangkitkan isu yang sama....sebagai satu berkongsi pengalaman hidup...tapi kali ni benda yang sama juga nak bawak...tapi versi IPT...

Read More..

Dari KL ke KL: Pengalaman dan kenangan






Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Lipis.konvoi gi kenduri kakak shahril.pengalaman yang cukup mengenangkan. Bukan sangat pada destinasi yang menjadi persoalan, tapi ibrah dari sepanjang perjalanan tu. Perjalanan yang dah lama berlaku, pengalaman lama, tapi pengajaran yang sangat berguna. Musafir yang mengajar makna kesabaran, pengorbanan, berkongsi dan persahabatan, dan kesetiaan.

Read More..

Baitul Muslim: Satu pandangan semula

dah alang2 dengan tema besar perkahwina sepanjang sebulan ni..elok sangat rasenye sesekali kembali refresh beberapa isu pokok yang mendasari persoalan berkaitan perkahwinan ini...semenjak dua menjak, khusunya di kampus (tapi sebenarnya benda ni terus berlaku malah setiap student yang masuk ipt, sampai masa nak kawin akan berbincang mengenai perkara ni)..yelah time ni bebudak dah masuk 2nd dan 3rd year..sume dah fikir pasal nak mendirikan rumah tangga.
Sekali lagi kekadang timbul pertanyaan dari kawan2 tentang isu ini...khusunya konflik antara melimih pasangan dan keperluan/keutamaan pasangan...wow cam berfalsafah je tuh...

Read More..

Hanya kerana 'nya'


Settle dah kot tugasan besar yang selama ni menunggu....tolong kawan2 menyetellekan diri mereka sendiri...maksudnya..kawinlah....oklah kita kawan2 seronok melihat sebahagian kawan yang telah berjaya melepasi satu fasa dalam kehidupan mereka....sekarang mereka tak boleh memikirkan tentang diri sendiri je...kene fikir pasal orang lain sama...begitu juga setiap kali ada kawan yang dah kawin dia akan bakar yang lain2....sehingga terbakarlah kawan2 untuk kawin jugak...

Dalam pada tu..aku tak melupakan tugasan utama sebagai pengkritik sosial..dalam kecoh2 menyambut kemeriahan kawan2 melangsungkan perkahwinan dan pernikahan mereka...dan sekali lagi isu yang nak diketengahkan ni berbalik kepada masyarakat sendiri....

Isunya adalah secara simple..nya...ye nya...alah nya yang menjadi begitu penting dalam lafaz nikah. yelah..nya saje, tapi dengan benda sekecik ini telah menyebabkan ada pengantin yang berpeluh, muka pucat, dah fade up, dan sehingga ke tahap tak jadi kawin....sebabnya?...hanya kerana nya.

"aku terima nikah fulanah binti fulan dengan mas kahwin..."
Lawak dalam masyarakat

seringkali menjadi bahan lawak dalam masyarakat kita yang selalu melawak tentang pengantin terpaksa berulangkali melafazkan akad nikah...dan antara sebab utamanya ilah sikap tok2 kadi kita yang terlalu particular tak kene tempat sehingga menyusahkan orang ramai. dalam kes salah seorang kawanyang kawin terpaksa mengulangi lafaz sebanyak lima kali...dan ada yang berbelit2...dan ini sekali lagi menjadi tandatanya...betul ke sehingga begitu susah?...apakah sebenarnya sebabnya?

Secara jelas sebagai suatu prinsip saya sangat bersetuju dan menyokong usaha sebahagaian anggota masyarakat kita yang begitu ingin memastikan benda2 penting sebegini harus dibuat dengan teliti dan betul. akan tetapi bila sampai tahap yang tak sepatutnya timbul, ia akan hanya menyusahkan orang ramai. kalau hanya kerana tak menyebut perkataan nya samada selepas perkataan nikah(nya) dan dan dengan mas kahwin(nya)...memaksa [engantin mengulang berkali2..sedangkan ia adalah aspek teknikal yang tak perlu diberat2kan...sedangkan pith dan substance yang dah ada itu sudah difahami maknanya...apa lagi ...itu sudah memadai....seringkali ini yang terjadi dalam masyarakat kita....dan orang ramai terima je...dah nak buat macam mana..dan ia semakin parah mengikut lokaliti...kalau kawasan kampung lagilah..seolah tok kadi tu yang nak kawin....

Rasanya isu ini bila dilihat kembali adalah bertitik tolak daripada kebiasaan masyarakt kita yang sangat particular terhadap soal2 teknikal adat resam dan peraturan. Bagus...semmeangnya sikap sebeigtu bagus dan patut dipuji..tapi kalau sampai ke tahap yang menyukarkan perkara yang mudah..ianya patut dilihat dan dikajisemula....

prinsipnya mudah...agama itu mudah, barangsiapa yang menyusahkannya maka ioa akan merosakkanya....


Yang berkaitan

Antara isu lain yang berkaitan ialah sikap dan perangai sebahagian tok2 kadi kita yang masa nak akad nikahlah dia nak tunjuk pandai...tanya soalan macam2...ingat nak jawab exam spm ke?......bukan benda tu tak bagus tetapi kegagalan dia untuk memahami stuasi adalah sangat dikesali...yelah tolonglah paham...time tu penangtin tengah fokus benda lain...gambra lagi..manalah nak inagt sangat benda2 tu....dan macam lah soalan tu tak boleh dibuat sebelum atau selepas upacara akad nikah...secara diam2 sembunyi2 di bahagian dalam masjid...dan tidak sehingga memalukan pengantin........yelah niatnya bagus supaya sang suami tahu tanggungjawabnya mengajarkan agama kepada isteri...tapi come on lah...tak kene tempat...

lag satu mungkin approach membacakan khutbah tu..perlu ditukar..instead of membaca teks secara panjang lebar..lebih baik bacakan point yang mudah difahami, ringkas tetapi mendalam...ni juga akan menjimatkan masa...btul tak?

dan yang terakhir dalam pemerhatian yang sempat dibuat..ialah peranan tok kadi dalam proses pernikahan tu....seba disesetengah tempat..tok kadinya sangat membantu..sehingga sangat mudah bagi pengantin menyelesaikan tugasnya..tapi disesetengah tempat..time tu jugak dia nak pengantin sign dokumen 60 muka suratlah..ape lah...satu persoalan sebenarnya....

itulah yang saya nak sebutkan...jangan hanya kerana nya orang tak nak kawin....dan anggap perkahwinan tu susah...

Read More..

Sunday, 9 December 2007

Pengalaman aku....

Ha...macam yang dah aku cakap dalam entry sebelum ni...ni lah tugasan besar aku dalam upacara dan majlis besar ni nanti.....PENGAPIT pengantin lelaki...dan aku..bile dah refer pada plan keluarga dia..katenye tema warna hijau....so berhijau2an lah aku....siaplah akulah org no 3 penting dalam majlis tu....semua information datang dari aku je....hahaha...
so ni persiapan akhir di bedong..rumah tok muaz...aku ada outshine pengatin ke? tak de kan....
gambar2 aku sebagai apit kanan pengantin waktu akad nikah aku dah post dalam entry sebelum ni...so terus je lompat ke acara makan kenduri...aku nak makan dengan kawan2 aku yang lain...tapi permintaan family pengantin suruh aku temankan pengantin....sape yang ditemankan...aku sorang yang tak berteman sebenarnya...tengoklah gambar...btol tak? aku sembang sorang2..baiklah....
So lepas santapan aku pun beredar dari meja pengantin...memberikan mereka ruang yang sangat eksklusif untuk berbicara...dan aku pun carilah kawan2....so gambar di atas adalah salah seorang kawan yang belajar master di USM..dari sudan...macamana?...matching tak?
So lepas je habis kenduri kat rumah pengantin aku dengan masih memakai sut rasmi pengapit di sanglang ...kampung halaman zack...wah3..gaya yb alaf baru..amacam sesuai tak?
Ape2 hal pun aku takkan melupakan pengalaman menjadi pengapit...maybe senang...tapi dalam keadaan gawat bagi pengatin yang berdebar2..dia nakkan seseorang yang sangat dipercayainya untuk berada di samping memberi panduan last minute.....
dan satu rahsia besar yang tak dapat aku lupa ialah aku...yelah kena bawak dokumen pengantin...dah hampir tertukat beg dengan tok kadi....dah beg warna pun sama...nasib baik sempat sedar..kalau tak...kelam kabut upacara...pssst..pengantin tak tau cerita ni...
dan yang paling penting orang cakaplah...bukan aku cakap...orang lain...
lepas pengantin, pengapitnya pulak...betul ke????

Read More..

Jelajah utara 2: Meraikan kemuliaan

Baru je rasenye jelajah utara 1bulan leas...tup tup...bulan ni jelajah utara kali ni dengan tema....meraikan kemuliaan...Kenapa tema macam tu...hah jangan tak tau...kami pi special punya meraikan pernikahan seorang sahabat cemerlang....Muaz Nawawi...hani lah perjalan kami merentasi kl, selangor, perak, penang, dan ke kedah. Naik ape? tu avanza kat belakang tu.....bertolak dari kl kul 2.30 pagi hari sabtu, 8/12/2007....sampai dalam kul 7.30 kat bedong, kedah....aku bawak dari mula sampai r&r gunung semanggol...sebab berhenti solat subuh...pastu tukar zack...
hah...melepak jp r..kat umah tok muaz...ramai gak r yang dah ada...aku amek kesempatan untuk tidour...sebab aku ada tugasan pesan lepas tu.....apa dia nati kita cerita lein...dan dalam gamba...dengan sepupu muaz...amacam ada gaya nak jadi ayah tak??? hahaha
gaya pelas tidur lena, mandi, dan makan...happy giler....
kenangan kat rumah pengantin pompuan....sampai kat masjid dari bedong dalam waktu zuhur...lepas upacara akad nikah...kami gi menyantap kat rumah pengantin...dok sampai kul 4.30.....sape yang pengantin????
sempat singgah rumah zack kat sanglang......dan ni pulak ustaz bahauddin..kawan kami dari algeria...dalam journey tu aku sorang je yang ok skit cakap arab so ...aku lah yang dok bersembang dengan dia...dan translatekan tazkirah dan ucapan2 mutiara hikmah dia kat kawan2 sejourney...wah hijau mata memandang.....pastu kami balik ke kl dalam kul 10.30malam...sampai kl....kul 3 pagi...aku tak bawak kete..sedap tidur kat belakang.....
Selamat pengantin Muz&Ayu!!!!!!!

Read More..

Yang halal tetap halal.....yang haram tetap haram...


8/12/2007....merakamkan suatu sejarah baru dalam kehidupan kawan baik saya...muaz nawawi...sekarang tanggungjawab dia dah bertambah...bukan sekadar sebagai seorang student, anak, saudara kepada adik-beradik dia...malah sekarang dah bergelar suami....

Alhamdulillah..satu upacara ringkas yang sederhana, tenang, dan bersahaja...tetapi penuh keberkatan, kebaikan dan doa kerahmatan dari semua yang hadir. Alhamdulillah sekarang dia dah masuk fasa baru dalam kehidupan....yang penting bukan rakaman peristiwa tu...tapi ibrah dari suatu proses yang cukup penting dalam kehidupan seorang manusia....


Saya suka meletakkan beberapa principles sebagai suatu guideline..bukan sekadar di ambil daripada kisahperjalanan peristiwa di atas...malah dari ramai kawan2 yang lain...terutama pendokong tarbiyyah dan aktivis da'wah. saya ringkaskan seperti di bawah:-


1. pernikahan anda adalah tanggungjawab anda. apa pun halangan yang datang ianya hanyalah untuk mengugkuhkan ikatan yang terbina itu.

2. dalam apa hal dan keadaan pun...jangan sesekali anda kesampingkan family dan kaum keluarga anda...kerana mereka merupakan sumber kekuataan yang sentiasa akan menyokong anda....jangan abaikan family dalam proses pemilihan calon...dan segala remeh-temehnya...memang pedih dan dalam kesannya terutama kepada kaum terdekat anda.

3. apa pun consequences yang terjadi dan berlaku setelah anda bersetuju untuk ambil responsibility itu...hadapi dengan tenang, possitive minded, dan sentiasa ingat kuasa yang Maha Kuasa.

4. Apa pun keputusan anda...untuk kahwin bila, dengan siapa, dan segala titik bengik yang secara prinsipnya akan memberi kesan kepada aktivism anda....sangat2 saya nasihatkan bawak berbincang..informkan murabbi anda....sejauh mana tahap anda bersedia berkongsi dengannya sejauh itulah tahap thiqah anda terhadapnya.

5. Seimbangkan antara nak sangat besederhana, qanaah, mengambil yang asas sahaj daripada tuntutan syariat dengan permintaan dan kehendak family yang inginkannya grand, besar2an, gemilang, pesona bintang, dan menelan belanja besar...supaya kita dapat dalam masa yang sama meraikan kehendak orang2 yang kita kene jaga hati mereka..dan tuntutan syariat...pandai2lah...sememangnya boleh dilaksanakan....

6. Dalam kes anda tidak mengenal calon pasangan masing2 secara dekat...malahan family anda juga begitu beluym kenal keluarga of the opposite side...bertenanglah...dan janganlah buat keputusan tergesa2 sehingga menyebabkan orang lain sangsi dan panik dengan keputusan tersebut...tak mengapa...raikan...Ye niatnya baik supaya disegerakan perkara yang elok2 beini...dan untuk mengelakkan perhubungan yang tak halal berlaku...dalam tempoh pertunangan....tapi dengan kebijaksanaan dan hikmah...benda tu akan ok...tunggulah ..dalam tiga bulan tu dah kira ok...nak yang sederhana...ye memang akan ada orang yang push supaya dipercepatkan...tetapi alangkah baik dalam waktu yang reasaonable....supaya persiapan ala kadar dapat dilaksanakan...dan amek masa tu untuk taaruf secara syar'i....

7. dalam waktu2 sebeini...dalam keserabutan, kegusaran, dan cuak...terutama dalam tempoh2 terakhir...carilah ketengan dari yang lebih berkuasa....ketenangan ada di situ....

8. Tampilkan secara apa yang boleh mendatangkan keberkatan.....annikah al-mabruk....pernikahan yang diberkati....kalau ianya melalui kesederhanaan dalam majlis...be it as it may....terpulang kepada apa yang anda rasa ia menampilkan keberkatan....yang pasti buatlah macamana pun untuk puaskan hati ramai orang...orang ramai at least mesti ada yang akan cakap belakang....biasalah..mulut manusia...

9.Sekali lagi...tawajjuhnya dari awal kembali kepada persoalan besar...pernikahan: ghayah@wasilah?

10. Ingat satu perkara saje...Inna wa'daLlah haqqa.

Read More..

Sekitar majlis akad nikah Muaz Nawawi






beberapa saat dan ketika setelah selesai berakad, abg kita baca lafaz ta'liq..seperti yang disyaratkan hukumah. Majlis akad berlangsung selepas solat zuhur, di masjid kampung tanjung, tunjang, mukim lepai, kedah...8/12/2007....
upacara batal air sembahyang????
selamat pengantin baru....pernikahan perjuangan
bergaya dalam kesederhanaan...allahuma amin....semoga thabatkan mereka di atas jalan kebenaran..
pasangan raja dan ratu sehari berarak dari masjid ke rumah kenduri....yang paling penting orang di tepi tu...berbaju hijau..hahaha.


Atas permintaan rakan2..ni aku tambah lagi a few keping gambar untuk tatapan anda.

Read More..