Tuesday, 11 December 2007

Hanya kerana 'nya'


Settle dah kot tugasan besar yang selama ni menunggu....tolong kawan2 menyetellekan diri mereka sendiri...maksudnya..kawinlah....oklah kita kawan2 seronok melihat sebahagian kawan yang telah berjaya melepasi satu fasa dalam kehidupan mereka....sekarang mereka tak boleh memikirkan tentang diri sendiri je...kene fikir pasal orang lain sama...begitu juga setiap kali ada kawan yang dah kawin dia akan bakar yang lain2....sehingga terbakarlah kawan2 untuk kawin jugak...

Dalam pada tu..aku tak melupakan tugasan utama sebagai pengkritik sosial..dalam kecoh2 menyambut kemeriahan kawan2 melangsungkan perkahwinan dan pernikahan mereka...dan sekali lagi isu yang nak diketengahkan ni berbalik kepada masyarakat sendiri....

Isunya adalah secara simple..nya...ye nya...alah nya yang menjadi begitu penting dalam lafaz nikah. yelah..nya saje, tapi dengan benda sekecik ini telah menyebabkan ada pengantin yang berpeluh, muka pucat, dah fade up, dan sehingga ke tahap tak jadi kawin....sebabnya?...hanya kerana nya.

"aku terima nikah fulanah binti fulan dengan mas kahwin..."
Lawak dalam masyarakat

seringkali menjadi bahan lawak dalam masyarakat kita yang selalu melawak tentang pengantin terpaksa berulangkali melafazkan akad nikah...dan antara sebab utamanya ilah sikap tok2 kadi kita yang terlalu particular tak kene tempat sehingga menyusahkan orang ramai. dalam kes salah seorang kawanyang kawin terpaksa mengulangi lafaz sebanyak lima kali...dan ada yang berbelit2...dan ini sekali lagi menjadi tandatanya...betul ke sehingga begitu susah?...apakah sebenarnya sebabnya?

Secara jelas sebagai suatu prinsip saya sangat bersetuju dan menyokong usaha sebahagaian anggota masyarakat kita yang begitu ingin memastikan benda2 penting sebegini harus dibuat dengan teliti dan betul. akan tetapi bila sampai tahap yang tak sepatutnya timbul, ia akan hanya menyusahkan orang ramai. kalau hanya kerana tak menyebut perkataan nya samada selepas perkataan nikah(nya) dan dan dengan mas kahwin(nya)...memaksa [engantin mengulang berkali2..sedangkan ia adalah aspek teknikal yang tak perlu diberat2kan...sedangkan pith dan substance yang dah ada itu sudah difahami maknanya...apa lagi ...itu sudah memadai....seringkali ini yang terjadi dalam masyarakat kita....dan orang ramai terima je...dah nak buat macam mana..dan ia semakin parah mengikut lokaliti...kalau kawasan kampung lagilah..seolah tok kadi tu yang nak kawin....

Rasanya isu ini bila dilihat kembali adalah bertitik tolak daripada kebiasaan masyarakt kita yang sangat particular terhadap soal2 teknikal adat resam dan peraturan. Bagus...semmeangnya sikap sebeigtu bagus dan patut dipuji..tapi kalau sampai ke tahap yang menyukarkan perkara yang mudah..ianya patut dilihat dan dikajisemula....

prinsipnya mudah...agama itu mudah, barangsiapa yang menyusahkannya maka ioa akan merosakkanya....


Yang berkaitan

Antara isu lain yang berkaitan ialah sikap dan perangai sebahagian tok2 kadi kita yang masa nak akad nikahlah dia nak tunjuk pandai...tanya soalan macam2...ingat nak jawab exam spm ke?......bukan benda tu tak bagus tetapi kegagalan dia untuk memahami stuasi adalah sangat dikesali...yelah tolonglah paham...time tu penangtin tengah fokus benda lain...gambra lagi..manalah nak inagt sangat benda2 tu....dan macam lah soalan tu tak boleh dibuat sebelum atau selepas upacara akad nikah...secara diam2 sembunyi2 di bahagian dalam masjid...dan tidak sehingga memalukan pengantin........yelah niatnya bagus supaya sang suami tahu tanggungjawabnya mengajarkan agama kepada isteri...tapi come on lah...tak kene tempat...

lag satu mungkin approach membacakan khutbah tu..perlu ditukar..instead of membaca teks secara panjang lebar..lebih baik bacakan point yang mudah difahami, ringkas tetapi mendalam...ni juga akan menjimatkan masa...btul tak?

dan yang terakhir dalam pemerhatian yang sempat dibuat..ialah peranan tok kadi dalam proses pernikahan tu....seba disesetengah tempat..tok kadinya sangat membantu..sehingga sangat mudah bagi pengantin menyelesaikan tugasnya..tapi disesetengah tempat..time tu jugak dia nak pengantin sign dokumen 60 muka suratlah..ape lah...satu persoalan sebenarnya....

itulah yang saya nak sebutkan...jangan hanya kerana nya orang tak nak kawin....dan anggap perkahwinan tu susah...

No comments: