Saturday, 8 June 2013

Hadir Mentari

Hadir kau
Perlahan dan tenang
Teguh bertenaga
Megah.
-Beri seribu harapan
Bina sejuta impian
Sosok peribadi yang kerakusan
kelaparan; dan
Jiwa-jiwa
Yang khusyuk.

Bila pudar warna
Kaki langit bertukar keemasan
Mega di ufuk barat bergenangan
Gundah menerpa jiwa
Gelisah bermain di minda
Harapan samar
Impian punah:
Akankah kau muncul lagi esok hari?
-Menjelmakan semangat
-Melimpahkan sinar jaya
-Menghadirkan percaya

Naik turunmu
Silih ganti terang suram rembulan
Berbalam-balam
Berteman malam
Kehidupan masih dan terus-
Berjalan
Bernafas dalam sesak
Tak putus membanting
Tulang empat kerat
Dan keringat yang membasahi dahi telah kering

Yang rakus dan tulus
Dapat samarata
Atas nama keadilan
Tunggu saat munculmu
Di ufuk barat.
Tamatlah sudah kehidupan.

Hadi Mahdi Muhtadi
8 Jun 2013

Read More..

Sunday, 16 October 2011

Quality of Work





-Henry Ford

Read More..

Wednesday, 29 June 2011

Unggun Bersih


Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.


24—25, 6.11. A. SAMAD SAID

Read More..

Wednesday, 9 March 2011

Tingkatan Manusia

Pesan ulama:

إن رجل القول غير رجل العمل, ورجل العمل غير رجل الجهاد و رجل الجهاد فقط غير رجل الجهاد الحق الذى يؤدي الى اعظم النتيجة بأقل التضحيات

"Sesungguhnya 'Orang Kata-kata' tidak sama dengan 'Orang Amal', dan 'Orang Amal' tidak sama dengan 'Orang Jihad', dan orang 'Orang Jihad sahaja' tidaklah sama dengan 'Orang Jihad Sebenar', yang membawa kepada hasil yang besar, dengan pengorbanan yang sedikit sahaja".

Read More..

Saturday, 12 February 2011

Dunia. Wanita.

Dunia.

Cantik. Manis.

Wanita.

Juga. Cantik. Manis.

Dunia tanpa wanita-sunyi.

Adam sunyi tanpa Hawa.

Hawa jadi teman. Pendamping.

Wanita tanpa dunia-bosan.

Umpama Kain putih tanpa corak. Tidak ada warna-warni.

Dunia bawa seri pada wanita.

Dunia dan wanita.

Jaga-jaga. Boleh jadi bahaya.

Lentur dengan lembut.

Takut patah. Binasa.

Hayun dengan perlahan.

Takut jatuh. Berkecai.


Hadi Mahdi Muhtadi

Read More..

Tuesday, 1 February 2011

Cerita Hujan

Hujan.

Kau turun berlari.

Menari.

Bernyanyi.

Ikut rentak bunyi.

tingtingtingtingting.

spluuuusssshhhhhh.

fwuusssssshhhhhhh.

Dunia Khali.

Masa Terhenti.

Manusia Sepi.

Ketika kau berlalu pergi.

Manusia-ada suka.

Ada duka. Derita.

Cerita hujan.

Kau hadir lagi esok hari.

Read More..

Saturday, 22 January 2011

1:11 (Satu Sebelas)

Di waktu ini

Dan di waktu-waktu selepasnya

Manusia pulang ke sangkarnya

Buat melelapkan mata

Barang sejam dua

Kerana esok akan menjelma

Hidup berjalan seperti biasa.

Berpagi-pagi menyisip teh-

Mengetis kuih secubit dua

Buat mengalas lapar dahaga

Menikmati hidup sebagai hamba

‘Bekerja untuk dua dunia’.

Demi Pemilik Masa

Atas RahmatNya

Jangan pernah terbersit untuk mengalah

Kalau penat-hela

Jika letih, senyum

Jenuh; -ikhlaskan sahaja,

Demi,

Kita tidak mengharap selain Syurganya.


Setiawangsa,

Hadi Mahdi Muhtadi

Read More..

Monday, 17 January 2011

Critically Thinking

"It is the mark of an educated mind to be able to entertain a thought without accepting it."

- Aristotle, Greek philosopher-
(384-322 B.CE)

Read More..

Tuesday, 11 January 2011

Adab yang sudah hilang

Hadith Nabi Muhammad s.a.w:-


إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق

“Sesungguhnya aku (Muhammad) diutuskan untuk menyempurnakan Akhlak yang mulia”


Tapi nampaknya kita lebih suka berburuk sangka, keji mengeji, hasad dengki, dendam tak sudah, menabur fitnah, menyebarkan berita palsu, berkata kesat, bercakap sombong dan bongkak, memanipulasi fakta untuk kepentingan diri sendiri, tidak tabayyun (mencari cerita sebenar), berkata dan membuat perkara dengan berselindungkan di sebalik ‘nama’ dan ‘pangkat baik’, mengeksploitasi agama untuk ‘menang’, menggunakan dalil-dalil untuk menampakkan dirinya pada pihak yang benar.


Ini ke yang kita claim sebagai bekalan ke syurga?


Cukuplah pesanan ini menjadi penilaian:-


الكيس من دان نفسه وعمل لما بعد الموت والعاجز

من اتبع نفسه هواها وتمنى على الله الأماني

“Orang yang bijak, ialah yang merendahkan dirinya dan bekerja untuk apa yang selepas kematian,

Manakala orang yang tidak bijak, dia mengikut hawa nafsunya, dan berharap-harap kepada Allah (dengan harapan yang palsu)”

Read More..

Monday, 3 January 2011

Noblest Mesengger, Noblest Ummah


لما دعا الله داعينا لطاعتــــــــــــــه
بأكرم الرسل كنا أكرم الأمــــــــــم


When Allah called, the one who invited us (Rasuluallah Sallallahu Alayhi Wassallam) to His worship
Because of the noblest of messengers, we are the noblest of Ummat

قصيدة البردة للإمام البوصيري
Qasidah Al-Busiri

Read More..

Saturday, 4 December 2010

Mencari Al-Akhilla’

Mana dia-
Seorang sahabat, kawan
Teman Seiman dan setaman
Berkongsi manis perjuangan
Bertamu di ruang pencerahan.
Mana dia al-akhilla’?

Peribadi luhur
Tutur bicara teratur;
Menabur budi dalam hadir
Menitip doa dalam musafir.
Mana dia al-akhilla’?

Sering berpesan soal haq, sabar
Tak putus bertanya khabar;
Duhai al-akhilla’-
Bantu aku berpakaian taqwa
Agar terhindar dari nista

Dari dalam jiwa
Tak pernah rasa lelah
mendendangkan senantiasa
Senandung cinta Ohebbuka fiLlah

Mana dia al-akhilla’?

HadiMahdiMuhtadi
Setiawangsa
4 Ogos 2010

Read More..

Tuesday, 9 November 2010

Duhai Anak


Dikau

Jadi tanda

Pengikat kasih mesra

Antara abah dan mama

Hadirmu bawa cahaya

Senyum mekar sang ayahanda

Pelukan erat umi, mama, ibu dan bonda

Tangis gembira menyambut, saat lahir ke dunia


Seringkali esakmu di malam menjelma

Jua rajukmu tak kena masa;

Tidak pernah terbersit di sudut hati

merasa kau mengganggu walau sekali


Membesarlah duhai permata hati

Jadilah contoh mithali;

Belajarlah semahunya

Banggakan keluarga dan orang tua


Semoga panjang umurku-melihat kau berjaya

Menikmati sebuah dewasa

Mengecap percaya nusa-bangsa

Menggenggam cinta Pencipta

Menjalani hidup sebagai manusia

Menjadi insan berguna.


Hadi Mahdi Muhtadi.

Read More..

Sunday, 7 November 2010

Daania Izzah binti Muhammad Aiman


Officially Introducing...

Daania Izzah binti Muhammad Aiman.

D.O.B: 29 October 2010

P.O.B: Ampang, Selangor.


Doakan semoga menjadi anak solehah.

Amin

Read More..

Tuesday, 19 October 2010

Sidang Awliya'

I

Wali-wali pun bersidang

Dalam majelis rahasia

Di ruang angkasa raya

Berbicara soal manusia

Yang lupa asal-usulnya

Yang alpa pada Pencipta

Menyimpan terus

Rahsia jagat maya

Lima semuanya*

Mendampingi Penguasa

Hadir di kalangan

Yang biasa-biasa

Membisik tolong dan bercinta


II*

Ha. Mim. Ain. Sin. Qaf.

Sidang penuh ketertiban

Duduk menyimpuh

Dekatdekat

Dan

Berdepan-depan;

Malaikat-malaikat kurubiyyin

Malaikat-malaikat Falakiyyin;

Nabi-nabi ulul-azmi

Sahabat-sahabt khulafa’ ar-rasyhidin

Sahabat-sahabat abadilatul-Quran Al-Adzim;

Imam-imam Syariat

Imam-imam Tarekat;

Dipimpin tiga penguasa tertinggi

Hasan, Hussain, & Mahdi

Dipersidang oleh Sayyidil Habibi*


III

Dan dititipkan

Pesanan berharga

Mursyid dan Mawlana

Sidi yang Arif billah;

Bicara terus suluk, mauhibah, uzlah jiwa raga

Silang pergantian wali-wali qutub sana*

Segala thiqah dan adab seorang Hamba

Tentang zikir, fikir, tadabbur maya

Dan habaib semuanya

Rantaian Ahlul bait keluarga baginda

Pelajaran tawadhu’ dan beserdahana;

Menjalani penghidupan salikin

Atas jalan tasawuf dan sufiyyin


V

Mistikus membelenggu;

Wali-wali

Aktab, Qutub, Abdal, Awtad,

Akhyar, Nujaba’ dan Nuqaba’

Yang Sultan dan Yang Shahir *

Yang laki-laki dan perempuan

Yang dari Syam, Mesir, dan Iraq*

1, 4, 40, dan 300 jumlahnya;

Dalam mentafsir

Sab’ul Mathani wal-Quran Al-Azim;

Salasilah

Atau salah silap;

(Dan ruh-ruh pun berbicara)

Mencari Al-Mahdi

Bingkisan Nur Muhammadi;

Para Salikin

Yang berlegar seputar relung

Martabat dan Syariat,

Hakikat dan Ma’rifat;

Dalam fana doa dan taubat

Mendalami makna yaqazah dan karamat;

Tentang mati dan hayat;



VI

Semua belum punyai jawapan

Sidang terus berlangsung

Dan Tuhan jadi Saksi.



HadiMahdiMuhtadi

Taman Melati,



* http://artikelislam.wordpress.com/kirim-artikel-tarbiyah-2/

* http://forum.dudung.net/index.php?topic=1618.0;wap2

* http://naqshbandiyun.blogspot.com/2007/02/assabul-matsani-dan-empat-wali-qutub.html

Read More..

Tuesday, 28 September 2010

Mengatalah

Mengatalah
sesuka hatimu
kerana aku
tak akan pernah
ambil tahu

Robeklah
Semahu-mahunya
Biar dibuka segala cerita-cerita
Biar heboh
Diusung ke mana-mana
Cereka ciptaanmu itu.

Kerana aku tak pernah kisah
Dan ambil peduli
Kerana itu omong kosong
Tak ada ujung tak ada
Pangkal

(Apa kau sibuk?
Ini hal aku!
Siapa gila?
Kau atau aku?
Aku tak kacau sapa-sapa!
Ikut akulah nak buat apa!)

Tapi apa nak buat
Mulut orang;
Mulut tempayan boleh lah
Ditutup-tutup
Dibuka-buka;
Mulut manusia-
Binasa dunia.

Hadi.Mahdi.Muhtadi

Read More..