Sunday 21 June 2009

Forum Pasangan Muda@Ellipse Training Centre: Picnic@Taman Tasik Titiwangsa


Reem bersama Ustart Ali~
Lupa nak kenalkan Reem bint Mu`adz Nawawi
Aiman Salmi berlatih~
selepas kultum dari Ustart..
Mukhlis bin Saiful Adli
Ummahaat dan Zaujaat~
Forum Pasangan Muda!!

lepas ni kita akan kumpulkan lebih ramai pasangan muda penggiat da`wah iAllah~

Program ke-2 Forum Pasangan Muda@Ellipse Training Centre. Santai pagi di Taman Tasik Titiwangsa. Sepatutnya ramai lagi yang hadir. But. it's a good kickstart. nantikan program seterusnya...tapi ni untuk yang sudah berkahwin saja. Yang belum tu..apa lagi..cepat-cepat lah..hehe

Read More..

Wednesday 17 June 2009

I

Read More..

Monday 15 June 2009

Langkah Baru

dan dengan nama Allah,
aku tahu;
langkah terjejak berlalu masa,
sudah punya destinasi nyata.

tintaku;
adalah anugerah,
yang perlu diikat akidah;
mekar jiwa semaian tarbiyah,
harum menjengah wadah dakwah.

jalanku;
bukan lagi sempit cerita,
yang tersimpul hikmah bersamanya,
atas denai kembara abadi,
melangkah berlari menuju ilahi.

dan untuk itu;
aku perlu lebih kuat,
tabah dan matang.

langkah baru ini,
moga dalam reda-Mu!

-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-


Nadim Muhammad
As-Sakinah, Isra’
Dublin
22 May 2009

(credit kepada Nadim M., arena puisi.com)

Read More..

Saturday 13 June 2009

Belasungkawa: Ustaz. Dr. Fathi Yakan-muassis da'wah Lubnan


توفي رئيس جبهة العمل الاسلامي الداعية والنائب اللبناني السابق فتحي يكن عن عمر 76 عاما بعد صراع مع المرض.
وولد الداعية الدكتور فتحي يكن عام 1933 في مدينة طرابلس في شمال لبنان ويعتبر من اهم رجالات الحركة الاسلامية اللبنانية وفي العالم الاسلامي وهو مؤسس الحركة الاسلامية في لبنان في الخمسينات من القرن الماضي.
وكانت له مساهمة اساسية في تأصيل فكر الحركة الاسلامية في العالم العربي.
وللدكتور يكن سلسلة من المؤلفات من بينها "ماذا يعني انتمائي للاسلام" و "مشكلات الدعوة والداعية " و "ابجديات التصور الحركي للعمل الاسلامي" وقد ترجم عدد من هذه المؤلفات وغيرها الى لغات اجنبية.
وخاض الداعية يكن الانتخابات النيابية عام 1992 وفاز عن المقعد السني في طرابلس العام 1992 وهو مشارك في المؤتمرات الاسلامية العالمية.
واتسمت مواقفه داخل لبنان بالوطنية اذ كان من دعاة الوحدة وتجنيب الفتنة بين اللبنانيين وخصوصا بين قوى الاكثرية والاقلية.

Read More..

Friday 12 June 2009

Kalau Syam muncul dalam mimpiku

Sekali lagi syria singgah di hatiku..duhai bumi barakah. bila lagi dapat ku cium bau pohon zaitunmu...tiba-tiba kenangan lama mucul lagi.


Bumi syam. tunggu aku. akan kujejak lagi kakiku di tanah mulusmu.
(Credit kepada Hairil Ashraf atas foto di atas)

HadiMahdiMuhtadi
Taman Melati, KL

Read More..

Thursday 11 June 2009

Nikmati saja 'beban' ini...

"Duty makes us do things well, but love makes us do them beautifully."


refleksi untuk para pendokong dan penggerak da'wah. Boleh jadi kita terbeban dengan tugas. Boleh jadi tugasan itu terlaksanakan dan terpenuhkan juga, di sebalik rasa lelah kita. Tapi...ikhlaskan saja. nikmati saja 'kepayahan' ini..'cintai saja tugas ini. Ia akan mencantikkan 'beban' yang selama ini ini kita rasa. Justeru, di hari mendatang kita akan tersenyum mengenangkan cerita-cerita lama itu nanti.


Read More..

Tuesday 9 June 2009

Solution kepada kerancuan politik: Tenang+Matang=Menang

Samada memang betul-betul ada pertentangan di kalangan perwakilan untuk memilih ulama atau professional atau mereka di’kalah’kan dengan media, sememangnya suasana sekarang tidak menyebelahi Pakatan Rakyat. Sebab apa PR dan bukan hanya PAS. Sebab alliance ini memang sangat loose dan komponen begitu ingin menunjukkan bahawa merekalah tonggak kepada pakatan (pact) ini.

Sebenarnya semenjak dari awal lagi, sebaik sahaja pilihanraya umum Mac 2008, ada nada pergolakan yang timbul. Samada itu hanya mainan media atau benar-benar berlaku, itu tolak tepi. Tapi public opinion menyatakan memang ada perbezaan pendapat. Bermula dengan isu tadahan air/pembalakan, isu Syabas, isu BAKTI, isu 16 Sept.,konsert Mariah Carey, konsert hiburan di stadium, lompat parti, gaduh dengan istana, isu Perak, isu Timb. KM Pulau Pinang, pemilihan PAS, dan unity government, dll. Peristiwa-peristiwa itu berlalu tanpa banyak sangat mengubah persepi umum. Sebab mood orang ramai masih ingin menaruh harapan besar kepada PR.

Tapi dalam sekian banyak isu, serta respond an reaksi yang di berikan, saya kira PR dengan jiwa sebagai pembangkang di Dewan Rakyat, masih bertindak dengan nada yang sama di DUN, walaupun mereka adalah kerajaan di situ. Seolah-olah jiwa itu belm dapat dihapuskan lagi.

Formula bagi segala keserabutan yang timbul adalah, Tenang+Matang=Menang. Dengan tinggal beberapa tahun sahaja lagi sebelum PR betul-betul menguasai Parlimen (atas kepercayaan yang mereka pegang), selagi sikap dan tindakan mereka belum benar-benar mencerminkan kemampuan untuk berhadapan dengan situasi dan serangan media, mereka ‘kalah’ di mata umum. Sebab media begitu ‘besar’ saat ini. Apa sahaja yang digambarkan media terhadap sebarang situasi, itulah reality, walaupun hanya suatu persepsi.

Tenang maksudnya sabar, jangan gopoh, dan jangan mudah percaya sebarang berita. Dapatkan first hand information dari pihak yang sepatutnya. Banyakkan berbincang dan tak perlu menjadi jaguh. Banyakkan refer kepada keputusan bersama.

Matang dalam berhadapan dengan pelbagai isu, yang kadang-kadang tidak menyebelahi sesuatu pihak. Mengekalkan transparensi suatu hal, tapi kebijaksanaan dalam berpolitik juga harus tepat.

Menang dan kemenangan sudah dekat. Tapi boleh jadi ia menjadi jauh semakin kita mendekati ia. Isunya adalah sikap kita. Kita boleh mengubah pandangan dan persepsi awam dengan cara kita sendiri.

Tenang+Matang=Menang!!

Read More..

Tuesday 2 June 2009

Bila Imam Ghazali bertanya IV

Soalan keempat

Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?

Murid 1 : Baja

Murid 2 : Besi

Murid 3 : Gajah

Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di duni! a ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia

masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.’

Read More..

Monday 1 June 2009

Mencari ruang waktu & ketika

Kira-kira dah genap sebulan aku bernikah. Masa berlalu, nak kata pantas tak jugak. tapi pergi begitu cepat sehingga kita merasakan belum sempat berbuat apa-apa untuk mengatur kembali kehidupan.

Sebulan melangsungkan pernikahan belum lagi dapat mencari rentak untuk mengatur semula agenda-agenda yang melambak dan bertimbun. Yang pasti indicatornya adalah memblogging. Kalau tak masuk entry baru lagi, maksudnya belum teratur lagi lah jadual kehidupan. Masih dalam tempoh adjustment. kata orang.

1 Jun. Ingatkan dah boleh move on dengan plan-plan gempak yang dari sebelum nikah dah set. banyak benda. especially yang memang menjadi darah daging dan minat. Ape dia. Tah? Tapi one thing for sure-blogging@ menulis kembali.

Tapi memang. nak adjust dua kehidupan berbeza tak senang. 1 je keyword. S.A.B.A.R...bayangkan kehidupan selama 2 dekad nak di adjust to fit in another's. Wow. that really needs some effort. Apa menda. lain kali kite cite.

Ok. Selamat.
Hadi Mahdi Muhtadi
Taman Melati, KL

Read More..