Showing posts with label Karya. Show all posts
Showing posts with label Karya. Show all posts

Saturday, 8 June 2013

Hadir Mentari

Hadir kau
Perlahan dan tenang
Teguh bertenaga
Megah.
-Beri seribu harapan
Bina sejuta impian
Sosok peribadi yang kerakusan
kelaparan; dan
Jiwa-jiwa
Yang khusyuk.

Bila pudar warna
Kaki langit bertukar keemasan
Mega di ufuk barat bergenangan
Gundah menerpa jiwa
Gelisah bermain di minda
Harapan samar
Impian punah:
Akankah kau muncul lagi esok hari?
-Menjelmakan semangat
-Melimpahkan sinar jaya
-Menghadirkan percaya

Naik turunmu
Silih ganti terang suram rembulan
Berbalam-balam
Berteman malam
Kehidupan masih dan terus-
Berjalan
Bernafas dalam sesak
Tak putus membanting
Tulang empat kerat
Dan keringat yang membasahi dahi telah kering

Yang rakus dan tulus
Dapat samarata
Atas nama keadilan
Tunggu saat munculmu
Di ufuk barat.
Tamatlah sudah kehidupan.

Hadi Mahdi Muhtadi
8 Jun 2013

Read More..

Wednesday, 29 June 2011

Unggun Bersih


Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.


24—25, 6.11. A. SAMAD SAID

Read More..

Saturday, 12 February 2011

Dunia. Wanita.

Dunia.

Cantik. Manis.

Wanita.

Juga. Cantik. Manis.

Dunia tanpa wanita-sunyi.

Adam sunyi tanpa Hawa.

Hawa jadi teman. Pendamping.

Wanita tanpa dunia-bosan.

Umpama Kain putih tanpa corak. Tidak ada warna-warni.

Dunia bawa seri pada wanita.

Dunia dan wanita.

Jaga-jaga. Boleh jadi bahaya.

Lentur dengan lembut.

Takut patah. Binasa.

Hayun dengan perlahan.

Takut jatuh. Berkecai.


Hadi Mahdi Muhtadi

Read More..

Tuesday, 1 February 2011

Cerita Hujan

Hujan.

Kau turun berlari.

Menari.

Bernyanyi.

Ikut rentak bunyi.

tingtingtingtingting.

spluuuusssshhhhhh.

fwuusssssshhhhhhh.

Dunia Khali.

Masa Terhenti.

Manusia Sepi.

Ketika kau berlalu pergi.

Manusia-ada suka.

Ada duka. Derita.

Cerita hujan.

Kau hadir lagi esok hari.

Read More..

Saturday, 22 January 2011

1:11 (Satu Sebelas)

Di waktu ini

Dan di waktu-waktu selepasnya

Manusia pulang ke sangkarnya

Buat melelapkan mata

Barang sejam dua

Kerana esok akan menjelma

Hidup berjalan seperti biasa.

Berpagi-pagi menyisip teh-

Mengetis kuih secubit dua

Buat mengalas lapar dahaga

Menikmati hidup sebagai hamba

‘Bekerja untuk dua dunia’.

Demi Pemilik Masa

Atas RahmatNya

Jangan pernah terbersit untuk mengalah

Kalau penat-hela

Jika letih, senyum

Jenuh; -ikhlaskan sahaja,

Demi,

Kita tidak mengharap selain Syurganya.


Setiawangsa,

Hadi Mahdi Muhtadi

Read More..

Saturday, 4 December 2010

Mencari Al-Akhilla’

Mana dia-
Seorang sahabat, kawan
Teman Seiman dan setaman
Berkongsi manis perjuangan
Bertamu di ruang pencerahan.
Mana dia al-akhilla’?

Peribadi luhur
Tutur bicara teratur;
Menabur budi dalam hadir
Menitip doa dalam musafir.
Mana dia al-akhilla’?

Sering berpesan soal haq, sabar
Tak putus bertanya khabar;
Duhai al-akhilla’-
Bantu aku berpakaian taqwa
Agar terhindar dari nista

Dari dalam jiwa
Tak pernah rasa lelah
mendendangkan senantiasa
Senandung cinta Ohebbuka fiLlah

Mana dia al-akhilla’?

HadiMahdiMuhtadi
Setiawangsa
4 Ogos 2010

Read More..

Tuesday, 9 November 2010

Duhai Anak


Dikau

Jadi tanda

Pengikat kasih mesra

Antara abah dan mama

Hadirmu bawa cahaya

Senyum mekar sang ayahanda

Pelukan erat umi, mama, ibu dan bonda

Tangis gembira menyambut, saat lahir ke dunia


Seringkali esakmu di malam menjelma

Jua rajukmu tak kena masa;

Tidak pernah terbersit di sudut hati

merasa kau mengganggu walau sekali


Membesarlah duhai permata hati

Jadilah contoh mithali;

Belajarlah semahunya

Banggakan keluarga dan orang tua


Semoga panjang umurku-melihat kau berjaya

Menikmati sebuah dewasa

Mengecap percaya nusa-bangsa

Menggenggam cinta Pencipta

Menjalani hidup sebagai manusia

Menjadi insan berguna.


Hadi Mahdi Muhtadi.

Read More..

Tuesday, 19 October 2010

Sidang Awliya'

I

Wali-wali pun bersidang

Dalam majelis rahasia

Di ruang angkasa raya

Berbicara soal manusia

Yang lupa asal-usulnya

Yang alpa pada Pencipta

Menyimpan terus

Rahsia jagat maya

Lima semuanya*

Mendampingi Penguasa

Hadir di kalangan

Yang biasa-biasa

Membisik tolong dan bercinta


II*

Ha. Mim. Ain. Sin. Qaf.

Sidang penuh ketertiban

Duduk menyimpuh

Dekatdekat

Dan

Berdepan-depan;

Malaikat-malaikat kurubiyyin

Malaikat-malaikat Falakiyyin;

Nabi-nabi ulul-azmi

Sahabat-sahabt khulafa’ ar-rasyhidin

Sahabat-sahabat abadilatul-Quran Al-Adzim;

Imam-imam Syariat

Imam-imam Tarekat;

Dipimpin tiga penguasa tertinggi

Hasan, Hussain, & Mahdi

Dipersidang oleh Sayyidil Habibi*


III

Dan dititipkan

Pesanan berharga

Mursyid dan Mawlana

Sidi yang Arif billah;

Bicara terus suluk, mauhibah, uzlah jiwa raga

Silang pergantian wali-wali qutub sana*

Segala thiqah dan adab seorang Hamba

Tentang zikir, fikir, tadabbur maya

Dan habaib semuanya

Rantaian Ahlul bait keluarga baginda

Pelajaran tawadhu’ dan beserdahana;

Menjalani penghidupan salikin

Atas jalan tasawuf dan sufiyyin


V

Mistikus membelenggu;

Wali-wali

Aktab, Qutub, Abdal, Awtad,

Akhyar, Nujaba’ dan Nuqaba’

Yang Sultan dan Yang Shahir *

Yang laki-laki dan perempuan

Yang dari Syam, Mesir, dan Iraq*

1, 4, 40, dan 300 jumlahnya;

Dalam mentafsir

Sab’ul Mathani wal-Quran Al-Azim;

Salasilah

Atau salah silap;

(Dan ruh-ruh pun berbicara)

Mencari Al-Mahdi

Bingkisan Nur Muhammadi;

Para Salikin

Yang berlegar seputar relung

Martabat dan Syariat,

Hakikat dan Ma’rifat;

Dalam fana doa dan taubat

Mendalami makna yaqazah dan karamat;

Tentang mati dan hayat;



VI

Semua belum punyai jawapan

Sidang terus berlangsung

Dan Tuhan jadi Saksi.



HadiMahdiMuhtadi

Taman Melati,



* http://artikelislam.wordpress.com/kirim-artikel-tarbiyah-2/

* http://forum.dudung.net/index.php?topic=1618.0;wap2

* http://naqshbandiyun.blogspot.com/2007/02/assabul-matsani-dan-empat-wali-qutub.html

Read More..

Tuesday, 28 September 2010

Mengatalah

Mengatalah
sesuka hatimu
kerana aku
tak akan pernah
ambil tahu

Robeklah
Semahu-mahunya
Biar dibuka segala cerita-cerita
Biar heboh
Diusung ke mana-mana
Cereka ciptaanmu itu.

Kerana aku tak pernah kisah
Dan ambil peduli
Kerana itu omong kosong
Tak ada ujung tak ada
Pangkal

(Apa kau sibuk?
Ini hal aku!
Siapa gila?
Kau atau aku?
Aku tak kacau sapa-sapa!
Ikut akulah nak buat apa!)

Tapi apa nak buat
Mulut orang;
Mulut tempayan boleh lah
Ditutup-tutup
Dibuka-buka;
Mulut manusia-
Binasa dunia.

Hadi.Mahdi.Muhtadi

Read More..

Wednesday, 25 August 2010

Kawen-kawen

Kahwin bukan main-main
Kahwinlah main-main,
Mempermainkan atau
Dipermainkanlah jawabnya.


Kahwinlah Suka sama suka
Tapi kalau suka-suka,
Menipu dan tertipulah
masing-masing.

Macam-macam alasan orang kahwin;
Kaya,
Bijak
Baik
Cantik.

Kahwin mesti sebab ikut sunnah
Kahwinlah ikut-ikut;
Alamatnya merekotlah.

Macam-macam alasan juga orang takut kahwin;
Duit,
Umur,
Belum sampai seru,
Tak ada jodoh,
Tak kacak.

Kalau kahwin mau kena ada;
Akal,
Iman,
Sabar,
Kesungguhan,
Tawakkal.
Cukuplah dan jalanlah.

Yang pasti,
Bila sukakan sesuatu,
Terbutakan dan tertulikanlah
Pastinya
حبك شيء يعمي و يصم


Hadi Mahdi Muhtadi

Read More..

Tuesday, 20 July 2010

Jalan pulang belum tertutup

Wahai teman,
Andai tersisa secebis kenangan
Dari selautan pengalaman
Menghirup manisnya tarbiyyah
Menikmati hangatnya ukhuwwah
Berkongsi lazatnya da’wah-
Pastinya untuk kembali ,ada izzah
<-------------------------------------


Walau jauh beribu batu direntasi
Walau lautan dalam direnangi
Walau tinggi gunung didaki
Walau segenap lembah dilalui
Walau tembok batu telah melingkari
Walau jeriji besi telah terpateri
----------------------------------->
Jalan pulang belum tertutup
Jalan pulang masih terbuka
Pintu pulang akan terus terkuak
Selagi mata belum terkatup,
Andai ‘mahu’ masih tersisa.

HadiMahdiMuhtadi

Read More..

Monday, 28 June 2010

Majlis Tertinggi

Dipanggil nakhoda segala pelosok
Diseru panglima di tembok-tembok
Dimasyhurkan walikota segenap penjuru
Dipukul canang setiap inci negeri taklukan
Dihantar wakil menyampai seruan
Duduk Majlis Tertinggi membuat keputusan





Di arak-arak atas panji kayangan
Berduyun-duyun hulubalang bersusunan
Berdiri rapar-rapat
Dan berdepan-depan
Turunnya Raja sekalian jajahan
‘mencemar duli’ membuka persidangan

Pelbagai ragam dalam rakaman
Termaktub tercatit dalam ingatan
Caca-marba, malu seluruh keturunan.


Tergedik-gedik, Tersipu-sipu
Terlentok-lentok, Ternguap-nguap
Terkebil-kebil, Terkumat-kamit
Terkumam-kumam, Terkulat-kulat

Mesyuarat lima minit
Dengan iya sebulat suara.

Persidangan usai dan bersurai.
Tunggu masa di panggil lagi.


Hadi Mahdi Muhtadi,
Taman Melati

Read More..

Tuesday, 26 January 2010

Barakah dalam rezeki

"Tuanku, sebelum kita makan sesuatu makanan itu, kita dapati ada yang memasaknya terlebih dahulu. Ada pula pembuat dan penjual minyak untuk menggoreng. Ada pula penjual bahan makan, ada pula para petani, ada pula pedagang di pasar, ada pula nelayan, ada pula...macam-macam ada tuanku.


Pokoknya, hakikat perjalan sebutir nasi yang sampai ke hadapan kita itu wajar didoakan semuanya. Begitulah cantiknya dan indahnya Islam. Tiada agam tuanku, yang sepanjang-panjang hidup ia mengajarkan pada kita untuk mengenang jasa ribuan bahkan jutaan manusia dengan sebuah doa yang di dalamnya mengandung rasa terima kasih yang sebesar-besarnya kepada Tuhan dan kepada sesama makhluk".

"Allahumma bariklana fima razaqtana waqina azabannar"

Tun Halimah Shakuntala kepada Parameswara.
(petikan dari Novel Ketupat Cinta, karya Hj. Faisal Tehrani)

Read More..

Saturday, 23 January 2010

Bila Tersingkap Hikmah Rezeki

Betapa banyak kita mengadu
Akan kurangnya derajat kita-
Di sisi tuhan dan manusia,
Sering kali
dan
berulang kali.

Boleh jadi kita menghitung rezeki
Pada karunia ilahi
Lalu kita termuliakan;


Bila ditahan rezeki itu pula,
Kita merasa terhinakan,
-tidak layak untuk hidup.

“Kitalah penentu rezeki kita-
Yang mana selayaknya dapat,
Yang mana tidak”.
Besar angan-angan kita,
Sungguh besar pula lagak gaya.
Angkuhnya kita.

Boleh jadi satunya yang kita idamkan itu-
Sangat buruk nilai adanya
Bisa juga jadi satunya yang kita bencikan-
Yang selayaknya untuk kita tadah,
Terus ternafikan.

Selalu yang kita benci
Terjadi dan ‘tertimpa’pastinya
Menguji langkah, kata
Dan kita terus melaung-laung
tanda berontak.
Ini bukan ketentuan kta.

Ternyata,
Bila tersingkap tabir hikmah,
Pasti tertunduk pasrah,
Rezeki karunia Allah,
Bila dihikmahkan-kita pasti kalah.

Hadi Mahdi Muhtadi
23 Januari 2010
Kuala Lumpur

Read More..

Friday, 13 November 2009

The Raven

Once upon a midnight dreary, while I pondered, weak and weary,
Over many a quaint and curious volume of forgotten lore —
While I nodded, nearly napping, suddenly there came a tapping,
As of someone gently rapping, rapping at my chamber door.
"'Tis some visiter," I muttered, "tapping at my chamber door —
Only this and nothing more."





Ah, distinctly I remember it was in the bleak December;
And each separate dying ember wrought its ghost upon the floor.
Eagerly I wished the morrow; — vainly I had sought to borrow
From my books surcease of sorrow — sorrow for the lost Lenore —
For the rare and radiant maiden whom the angels name Lenore —
Nameless here for evermore.

And the silken, sad, uncertain rustling of each purple curtain
Thrilled me — filled me with fantastic terrors never felt before;
So that now, to still the beating of my heart, I stood repeating
"'Tis some visiter entreating entrance at my chamber door —
Some late visiter entreating entrance at my chamber door; —
This it is and nothing more."

Presently my soul grew stronger; hesitating then no longer,
"Sir," said I, "or Madam, truly your forgiveness I implore;
But the fact is I was napping, and so gently you came rapping,
And so faintly you came tapping, tapping at my chamber door,
That I scarce was sure I heard you" — here I opened wide the door; ——
Darkness there and nothing more.

Deep into that darkness peering, long I stood there wondering, fearing,
Doubting, dreaming dreams no mortal ever dared to dream before;
But the silence was unbroken, and the stillness gave no token,
And the only word there spoken was the whispered word, "Lenore?"
This I whispered, and an echo murmured back the word, "Lenore!" —
Merely this and nothing more.

Back into the chamber turning, all my soul within me burning,
Soon again I heard a tapping somewhat louder than before.
"Surely," said I, "surely that is something at my window lattice;
Let me see, then, what thereat is, and this mystery explore —
Let my heart be still a moment and this mystery explore;—
'Tis the wind and nothing more!"

Open here I flung the shutter, when, with many a flirt and flutter,
In there stepped a stately Raven of the saintly days of yore;
Not the least obeisance made he; not a minute stopped or stayed he;
But, with mien of lord or lady, perched above my chamber door —
Perched upon a bust of Pallas just above my chamber door —
Perched, and sat, and nothing more. [column 5:]

Then this ebony bird beguiling my sad fancy into smiling,
By the grave and stern decorum of the countenance it wore,
"Though thy crest be shorn and shaven, thou," I said, "art sure no craven,
Ghastly grim and ancient Raven wandering from the Nightly shore —
Tell me what thy lordly name is on the Night's Plutonian shore!"
Quoth the Raven "Nevermore."

Much I marvelled this ungainly fowl to hear discourse so plainly,
Though its answer little meaning — little relevancy bore;
For we cannot help agreeing that no living human being
Ever yet was blessed with seeing bird above his chamber door —
Bird or beast upon the sculptured bust above his chamber door,
With such name as "Nevermore."

But the Raven, sitting lonely on the placid bust, spoke only
That one word, as if his soul in that one word he did outpour.
Nothing farther then he uttered — not a feather then he fluttered —
Till I scarcely more than muttered "Other friends have flown before —
On the morrow he will leave me, as my Hopes have flown before."
Then the bird said "Nevermore."

Startled at the stillness broken by reply so aptly spoken,
"Doubtless," said I, "what it utters is its only stock and store
Caught from some unhappy master whom unmerciful
Disaster Followed fast and followed faster till his songs one burden bore —
Till the dirges of his Hope that melancholy burden bore
Of 'Never — nevermore'."

But the Raven still beguiling my sad fancy into smiling,
Straight I wheeled a cushioned seat in front of bird, and bust and door;
Then, upon the velvet sinking, I betook myself to linking
Fancy unto fancy, thinking what this ominous bird of yore —
What this grim, ungainly, ghastly, gaunt, and ominous bird of yore
Meant in croaking "Nevermore."

This I sat engaged in guessing, but no syllable expressing
To the fowl whose fiery eyes now burned into my bosom's core;
This and more I sat divining, with my head at ease reclining
On the cushion's velvet lining that the lamp-light gloated o'er,
But whose velvet-violet lining with the lamp-light gloating o'er,
She shall press, ah, nevermore!

Then, methought, the air grew denser, perfumed from an unseen censer
Swung by seraphim whose foot-falls tinkled on the tufted floor.
"Wretch," I cried, "thy God hath lent thee — by these angels he hath sent thee
Respite — respite and nepenthe, from thy memories of Lenore;
Quaff, oh quaff this kind nepenthe and forget this lost Lenore!"
Quoth the Raven "Nevermore."

"Prophet!" said I, "thing of evil! — prophet still, if bird or devil! —
Whether Tempter sent, or whether tempest tossed thee here ashore,
Desolate yet all undaunted, on this desert land enchanted —
On this home by Horror haunted — tell me truly, I implore —
Is there — is there balm in Gilead? — tell me — tell me, I implore!"
Quoth the Raven "Nevermore."

"Prophet!" said I, "thing of evil! — prophet still, if bird or devil!
By that Heaven that bends above us — by that God we both adore —
Tell this soul with sorrow laden if, within the distant Aidenn,
It shall clasp a sainted maiden whom the angels name Lenore —
Clasp a rare and radiant maiden whom the angels name Lenore."
Quoth the Raven "Nevermore."

"Be that word our sign of parting, bird or fiend!" I shrieked, upstarting —
"Get thee back into the tempest and the Night's Plutonian shore!
Leave no black plume as a token of that lie thy soul hath spoken!
Leave my loneliness unbroken! — quit the bust above my door!
Take thy beak from out my heart, and take thy form from off my door!"
Quoth the Raven "Nevermore."

And the Raven, never flitting, still is sitting, still is sitting
On the pallid bust of Pallas just above my chamber door;
And his eyes have all the seeming of a demon's that is dreaming,
And the lamp-light o'er him streaming throws his shadow on the floor;
And my soul from out that shadow that lies floating on the floor
Shall be lifted — nevermore!
Edgar Allan Poe


Read More..

Thursday, 29 October 2009

Lagu Dunia Ketiga

Dari suara kejam dan hiba
Aku bertanya Ke mana cinta?
Dari suara geram dan hina
Aku berkata bukalah mata





dunia ketiga dunia sengsara
dunia ketiga dunia derita
dunia ketiga dunia gelita
dunia ketiga dunia celaka
Afrika lara Palestin duka
Iraq nestapa Bakun terdera
Kabul dicabul Takbai ditibai
Mindanoa kecai Kashmir bersepai
dunia ketiga dunia sengsara
dunia ketiga dunia derita
dunia ketiga dunia gelita
dunia ketiga dunia celaka
dunia ketiga banyak diktator
tangkap penjara negara lebur
mahathir lumpur mugabe dengkur
polpot menghancur suharto kotor
dunia ketiga dunia sengsara
dunia ketiga dunia derita
dunia ketiga dunia gelita
dunia ketiga dunia celaka
Mesin membaham modal menikam
Jentera seram kilang mencengkam
Serakah saham tamak merejam
Enjin menerkam buruh terpadam
dunia ketiga dunia sengsara
dunia ketiga dunia derita
dunia ketiga dunia gelita
dunia ketiga dunia celaka
pohon ditebang sungai dibuang
bukit ditarah tanah dijajah
peluh diperah tubuh dilapah
duit disembah bankrup meratah

dunia ketiga dunia sengsara
dunia ketiga dunia derita
dunia ketiga dunia gelita
dunia ketiga dunia celaka
gaya dan nilai iklan mengilai
tivi serabai mcdonald bangkai
politik cibai miskin menggapai
hina berangkai bebal mengitai
dunia ketiga dunia sengsara
dunia ketiga dunia derita
dunia ketiga dunia gelita
dunia ketiga dunia celaka
kotor dan cemar keruh menggegar
belot membolot khianat ugut
dengki mencarut haloba reput
tamak merusuh busuk meruntuh
dunia ketiga dunia sengsara
dunia ketiga dunia derita
dunia ketiga dunia gelita
dunia ketiga dunia celaka
maju membeli pengguna tuli
menjual diri peniaga judi
kereta mabuk harta disogok
jiwa berhabuk sakit berkepuk
dunia ketiga dunia sengsara
dunia ketiga dunia derita
dunia ketiga dunia gelita
dunia ketiga dunia celaka
bom membakar senjata lapar
tentra mencakar nyawa terkapar
terbakar sabar rasa tercabar
kasih yang hambar sayang tercalar
dunia ketiga dunia sengsara
dunia ketiga dunia derita
dunia ketiga dunia gelita
dunia ketiga dunia celaka
pantas segera cepat bekerja
bersihkan semua rancangan kota
ke belantara di hutan dara
simenkan semua konkritkan nyawa!

Rahmat Haron
Mac – 3.33ptg 18 april 2006 bilik black, bu, ke el


Read More..

Saturday, 19 September 2009

Ini kota marhaen

Ini kota marhaen
Kota kotor dan hina
Mengalir hanyir
Dari dalam jiwa.

Biar berantakan semuanya
Biar pecah, biar luluh
Biar pedih, biar punah
Biar jahanam semuanya
Biar bangkit mayat-mayat
Biar kubur-kubur digalikan.

Kerana
ini bukan dunia borjuis, sang penguasa
bukan kota alunan nyanyian merdu
bukan hamparan permaidani merah
kerana
ini kota marhaen
zahirnya gah, batinnya musnah.

Hadi Mahdi Muhtadi
29 November 2008
Puduraya

Read More..

Thursday, 6 August 2009

She walks in beauty

SHE walks in beauty, like the night
Of cloudless climes and starry skies;
And all that 's best of dark and bright
Meet in her aspect and her eyes:


Thus mellow'd to that tender light
Which heaven to gaudy day denies.
One shade the more, one ray the less,
Had half impair'd the nameless grace
Which waves in every raven tress,
Or softly lightens o'er her face;
Where thoughts serenely sweet express
How pure, how dear their dwelling-place.

And on that cheek, and o'er that brow,
So soft, so calm, yet eloquent,
The smiles that win, the tints that glow,
But tell of days in goodness spent,
A mind at peace with all below,
A heart whose love is innocent!

Lord Byron (1788-1824)

Read More..

Saturday, 1 August 2009

Semangat Merdeka I

Pesan Panglima Bongkok Tanjung Puteri:


“Kalaulah aku yang memerintah Johor, jangan mimpi orang putih itu akan dapat menjejakkan kakinya ke bumi Johor ini. Ini Negara kita! Ini tanah air kita! Kenapa harus biarkan hasilnya dikaut mereka”

Read More..

Thursday, 5 March 2009

Dialog (untuk Ibu)

I
tenteramlah anak
walaupun kebanjiran sawah kita
hujan ini dari Tuhan
yang mencurah-curah rahmatNya
ada siang masakan tiada terang
dengarlah sikatak sidah tiada memanggil lagi
besok hari panas padi kita akan lepas!
II
Tidurlah ibu
kita manusia kerdil
siang membanting tulang malam menanggung bimbang
ada besok maka pasti ada surya
aku akan pergi dengan seribu Jebat si anak tani
kian lama kita mati dalam setia
kali ini kita hidup dalam durhaka!
Kassim Ahmad

dedikasi untuk ibuku. Happy birthday..

Read More..