Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Wednesday, 4 August 2010

Agenda Penyatuan Ummah

Baru-baru ini media-media utama, terutamanya arus perdana sibuk mencanang dan menggembar-gemburkan isu kesatuan bangsa melayu, khususnya merujuk kepada UMNO-PAS, untuk bersatu atas nama Islam. Sebenarnya, ia bukanlah satu isu baru pun, tetapi angin apa pula kali ini yang meniup memberi khabar sedemikian tidak pula saya pasti. Lama juga di angkat cerita dan cereka sebegitu.


Cadangan
“Umat Melayu Islam perlu bersatu kerana mereka hanya 55% sahaja dari penduduk Malaysia. Sekiranya tidak bersatu dan berpecah disebabkan perbezaan politik, maka tidak mustahil suatu hari nanti Negara ini akan diperintah oleh bangsa lain”.

Itulah antara lain ‘modal’ dan omongan yang diwar-warkan ke sana sini. Tampak UMNO dan persatuan Melayu lainnya begitu beriya-iya mahu bersatu atau mengemukakan idea penyatuan ini. Namun, di sau

Begitulah antara lain intipati dan sebab musabab, kononnya kenapa perlu bersatu. Saya tak nafikan hal tersebut. Mungkin ada benarnya. Tetapi saya agak sinikal apabila soal penyatuan ini, yang digerakkan oleh orang politik, muncul hanya bila dalam suasana “kekalahan”. Kalau anda faham maksud saya.

Persoalannya, adakah isu penyatuan ini timbul secara okasional dan hanya timbul apabila pilihanraya telah dekat dan beberapa pihak secara opurtunis merasakan perlu leverage isu ini supaya mreka dilihat jaguh dalam hal tersebut.

The bigger picture
Letak tepi soal itu. Saya ingin mengupas hal ini dari aspek yang lebih jauh dan inclusive. Biarkan mungkin awal-awal bicara itu bernuansa politik local yang sempit. Namun, jangan sesekali memandang ringan dan enteng perkara sebegitu. Difikir-fikir betul juga dan sangat perlu diperhatikan benarnya.

Namun, ada beberapa perkara yang harus diteliti dan diperbincangkan:-

i.Apa yang pasti ialah agenda penyatuan itu harus bermula di luar lingkungan parti politik. Kalau cetusan itu bernuansa politik saya kira tidak mengapa, Cuma ia tidak harus diketuai oleh orang politik.

ii. Selain itu, nada kemelayuan juga harus di perlahankan, sebaliknya yang harus diutamakan dan diberi perana besar ialah soal penyatuan ummah melewati batas bangsa dan ras.

Bawa bersama pelbagai pihak-KIMMA, MACMA, PERKIM, apa sahaja. Jadikan asasnya Islam dan bukan berasaskan kebangsaan atau satu kelompok masyarakat sahaja.

Di sinilah titik penilaiannya. Sekiranya pihak-pihak terlibat benar-benar mengutarakan agenda penyatuan ummah atas dasar Islam, maka mereka sebenarnya bersedia untuk bergabung dengan semua entiti Islam tanpa mengira latarbelakang bangsa an kesukuan.

iii. Satu lagi aspek penting yang harus ditekankan ialah kesederhanaan dalam agenda penyatuan ini. Janganlah terlalu di angkat keutamaan dan kelebihan, seolah-olah hak dan keistimewaan di Negara ini hanya layak dinikmati oleh orang muslim sahaja (sekiranya agenda penyatuan itu berasaskan Deenul Islam) sehingga penganut agama lain merasakan ada satu nada ancaman terhadap kebebasan beragama mereka, terhadap peluang dan harapan mereka untuk terus maju jaya. Ini harus diperhatikan dengan teliti.

Bukan kita hendak menidakkan ketinggian agama Islam, sifat ulya’nya, akan tetapi ia harus diletakkan dengan cantik dengan menjaga seluruh aspek keharmonian, kerjasama, dan toleransi.

iv. Ambil langkah juga untuk menguatkan dan menyatukan kekuatan ummah dari semua aspek berkaitan Pembangunan dan Kemajuan Ummah. Aspek ekonomi, pemahaman beragama, pendidikan, bahasa-samada Bahasa Arab tulisan jawi, aspek kekeluargaan dan lain-lain.

v. Usaha dan inisiatif penyatuan ini tidak harus kedengaran hanya bila timbul keadaan genting. Ia harus dinyatakan dan diungkapkan sentiasa. Berulangkali.

Semoga catitan kecil ini dapat ditelusuri dengan lebih mendalam.

Read More..

Friday, 6 November 2009

Et tu, Brute?



Mungkin itulah kata-kata yang mungkin terpacul keluar dari mulut Datuk Seri Ong Tee Keat, kepada bekas timbalannya Datuk Seri Liow Tiong Lai, yang dengan keputusan dari Pendaftar Pertubuhan (ROS) menyaksikannya terkeluar secara terhormat dalam pertandingan tak terduga tiga penjuru, pasca EGM MCA tempoh hari. Semakin hari semakin menarik cerita dalam MCA ini.

'You too, Brutus?'. adalah ungkapan popular Julius Ceasar menjelang akhir hayatnya. Ia menunjukkan ketakjuban dan terkejutnya sang penguasa terhadap pengkhianatan orang dalam, yang pada awalnya menyokong tetapi berubah pada saat tertentu sel3epas itu, dengan mengkhianatinya. Mungkin itulah yang paling sesuai untuk mengungkap permainan politik tiga penjuru MCA yang cukup unik. Tak terjangkau oleh kecerdikan dan kemampuan berpolitik sebahagian masyarakat kita.

Buat beberapa masa ini, kita akan menantikan tindakan selanjutnya, kesan 'pengumuman' ROS baru-baru ini. Langkah mengekalkan kerusi Timbalan Presiden kepada Dato' Seri Chua Soi Lek yang merupakan sebahagian plan besar penyatuan (greater unity plan). Plan yang ramai mengira sebagai langkah balas, akibat serangan baru kumpulan Liow yang cuba bermain 'nakal' dengan menggunakan hasil keputusan EGM dan CC yang menyetujui cadangan perlantikan Liow sebagai orang no 2.

Ong dengan tiba-tiba bertindak pantas selepas diaibkan kumpulan Liow dalam MCA, dengan mengambil pendekatan awal menyekat sebarang cubaan dalam masa terdekata menyingkirkannya dari kerusi no 1. Mungkin dia sendiri tidak menjangkakan akan tewas usul tidak percaya terhadapnya dalam EGM. Berpakat balik dengan Dr. Chua, dan memberi sedikit imbuhan segera sebagai token of appreciation, sebagai membalas jasanya, dengan melantik beberapa personel penting penykong kuat Dr. Chua dalam pengurusan MCA.

Apa yang menarik, politik orang Cina sentiasa di luar jangkaan. Swing, seperti yang pernah saya ungkapkan beberapa tempoh dulu, boleh berlaku dengan tiba-tiba. Mereka cerdik dan celik politik. Kadang-kadang tidak perlu berparti politik, Tapi sentiasa peka dengan politik, yang hari-hari mendatang dicaturkan oleh gerak-gerak politik.

Read More..

Saturday, 29 August 2009

Semangat Merdeka IV

Sebelum Panglima menghembuskan nafas yang terakhir:

“Aku tidak pernah kesal digelar lanun, mungkin ramai yang tidak mengerti apa-apa. Percayalah, suatu hari nanti, anak cucu kita akan tahu kenapa aku jadi begini, dan kenapa aku mati begini”

Read More..

Saturday, 15 August 2009

Semangat Merdeka III

Kata panglima Bongkok Tangjung Puteri:


“Aku benci pada mereka yang menjadi tali barut penjajah. Aku tidak akan memberikan kerjasama kepada sesiapa yang menjadi sahabat orang putih”.

Read More..

Friday, 7 August 2009

Semangat Merdeka II

Panglima Bongkok Tanjung Puteri pernah berkata:


“Walaupun aku miskin, aku tidak akan menadah tangan kepada Inggeris. Tangan ini belum pernah berjabat salam dengan bangsa penjajah. Perut ini belum pernah diisi dengan makanan yang diberikan oleh penjajah”.

Read More..

Saturday, 1 August 2009

Semangat Merdeka I

Pesan Panglima Bongkok Tanjung Puteri:


“Kalaulah aku yang memerintah Johor, jangan mimpi orang putih itu akan dapat menjejakkan kakinya ke bumi Johor ini. Ini Negara kita! Ini tanah air kita! Kenapa harus biarkan hasilnya dikaut mereka”

Read More..

Friday, 17 July 2009

Can we be better than this?

KUALA LUMPUR, July 2 — Academician Oh Ei Sun, who is also a highly sought international speaker-trainer-motivator, consultant and entrepreneur, has been appointed political secretary to Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.

An official from the Prime Minister’s Office said the appointment was effective June 16.

The 35-year-old Sabahan, trained in law, management, engineering and the languages, has extensive experience serving various international bodies under the United Nations.

Oh holds a degree each in aeronautical and mechanical engineering, and another in German language, apart from a double master’s — in science and international management — as well as Juris Doctor in Law (JD), obtained from his eight years of study at the University of California.

His work experience includes serving with international organisations such as the International Telecommunication Union and the Working Group on Emergency Telecommunications, both located in Geneva, Switzerland.

Fluent in five languages — Bahasa Malaysia, English, Chinese, German and French — Oh has conducted consulting work for multinational and international corporations, as well as advised diverse small and medium enterprises on legal and business start-up issues.

He has also rendered strategic, technical and legal advice to various international organisations, governments and agencies, political parties, non-governmental organisations, as well as professional, civic and cultural bodies.

Oh once served as a United Nations expert consultant advising various governments on emergency communications. He has also worked closely with various UN partner agencies, including the United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR), World Food Programme (WFP), International Civil Aviation Organisation (ICAO), the World Bank, International Monetary Fund (IMF) and UN Development Programme.

He has also served as chief executive officer of a telecommunications company based in Hong Kong, and been involved in mobile multi-channel share-trading services in China.

Oh has also trained managerial-level professionals, delivered more than 500 modules to more than 20,000 corporate directors and recently expanded his expertise to the field of financial management and education.

“I am honoured to be able to serve the country and the people at this critical juncture, both politically and economically,” he told Bernama today.

The appointment comes at an unexpected time when he had to shift from his normal role as analyst, motivator and moderator to something more challenging — taking care of the political mission of the country’s top leader.

Asked what his first mission would be after being appointed, Oh said he would like to promote the concept of 1 Malaysia and engage in dialogue with more people from various backgrounds and communities.

This is particularly important to understand the pulse of the people, as well as to obtain feedback from the people, he said.

“There is one element in 1 Malaysia that I feel most deeply about. It is about integrity, both in the public sector and the private endeavour. I would like to see more emphasis on this as we continue to promote 1 Malaysia,” he said.

This former student of Kian Kok Middle School in Kota Kinabalu is also an adjunct professor with Universiti Malaysia Sabah (UMS). — Bernama


*Bila lagi nak tengok muslim yang macam ni?...serba boleh.

Read More..

Tuesday, 9 June 2009

Solution kepada kerancuan politik: Tenang+Matang=Menang

Samada memang betul-betul ada pertentangan di kalangan perwakilan untuk memilih ulama atau professional atau mereka di’kalah’kan dengan media, sememangnya suasana sekarang tidak menyebelahi Pakatan Rakyat. Sebab apa PR dan bukan hanya PAS. Sebab alliance ini memang sangat loose dan komponen begitu ingin menunjukkan bahawa merekalah tonggak kepada pakatan (pact) ini.

Sebenarnya semenjak dari awal lagi, sebaik sahaja pilihanraya umum Mac 2008, ada nada pergolakan yang timbul. Samada itu hanya mainan media atau benar-benar berlaku, itu tolak tepi. Tapi public opinion menyatakan memang ada perbezaan pendapat. Bermula dengan isu tadahan air/pembalakan, isu Syabas, isu BAKTI, isu 16 Sept.,konsert Mariah Carey, konsert hiburan di stadium, lompat parti, gaduh dengan istana, isu Perak, isu Timb. KM Pulau Pinang, pemilihan PAS, dan unity government, dll. Peristiwa-peristiwa itu berlalu tanpa banyak sangat mengubah persepi umum. Sebab mood orang ramai masih ingin menaruh harapan besar kepada PR.

Tapi dalam sekian banyak isu, serta respond an reaksi yang di berikan, saya kira PR dengan jiwa sebagai pembangkang di Dewan Rakyat, masih bertindak dengan nada yang sama di DUN, walaupun mereka adalah kerajaan di situ. Seolah-olah jiwa itu belm dapat dihapuskan lagi.

Formula bagi segala keserabutan yang timbul adalah, Tenang+Matang=Menang. Dengan tinggal beberapa tahun sahaja lagi sebelum PR betul-betul menguasai Parlimen (atas kepercayaan yang mereka pegang), selagi sikap dan tindakan mereka belum benar-benar mencerminkan kemampuan untuk berhadapan dengan situasi dan serangan media, mereka ‘kalah’ di mata umum. Sebab media begitu ‘besar’ saat ini. Apa sahaja yang digambarkan media terhadap sebarang situasi, itulah reality, walaupun hanya suatu persepsi.

Tenang maksudnya sabar, jangan gopoh, dan jangan mudah percaya sebarang berita. Dapatkan first hand information dari pihak yang sepatutnya. Banyakkan berbincang dan tak perlu menjadi jaguh. Banyakkan refer kepada keputusan bersama.

Matang dalam berhadapan dengan pelbagai isu, yang kadang-kadang tidak menyebelahi sesuatu pihak. Mengekalkan transparensi suatu hal, tapi kebijaksanaan dalam berpolitik juga harus tepat.

Menang dan kemenangan sudah dekat. Tapi boleh jadi ia menjadi jauh semakin kita mendekati ia. Isunya adalah sikap kita. Kita boleh mengubah pandangan dan persepsi awam dengan cara kita sendiri.

Tenang+Matang=Menang!!

Read More..

Monday, 11 May 2009

Latest news: Court rules Nizar as legitimate MB

The Kuala Lumpur High Court today paved the way for a fresh round of battle in Perak by declaring that BN's Zambry Abd Kadir is not the legitimate menteri besar of Perak.
The decision by justice Abdul Aziz Abd Rahim today rubberstamped ousted Pakatan Rakyat MB Mohammad Nizar Jamaluddin's argument that he is still the legitimate menteri besar.
Zambry's lawyer Cecil Abraham's application for a stay of proceedings pending an appeal was also rejected by the court.The decision is now set to bring about more uncertainty in the state.
Only last Thursday Zambry and the BN coalition had made some inroads on the state assembly by gaining an upper hand by removing the Pakatan appointed speaker V Sivakumar and replaced him with R Ganesan from MIC.Nizar had sought a declaration that he was the he was the rightful menteri besar and to prevent Zambry from discharging his duty.
The state has been in a political impasse since February after Sultan Azlan Shah urged Nizar to step down and appointed Zambry as the menteri besar.The sultan's decision was based on the defection of three Pakatan elected representatives to become BN-friendly independents.
Nizar however has questioned the legitimacy of Zambry's appointment and has been pushing for the state assembly to be dissolved so that fresh elections could be held.Nizar's lawyers previously argued in the court that if he got the declaration, he would seek a fresh mandate to resolve the political deadlock.
At present Pakatan and BN have 28 seats each in the state assembly but the three BN-friendly independents have shaded the power towards the BN side.
dengan ihsan Malaysiakini.com
(*So what's next?-my question.)

Read More..

Monday, 15 September 2008

Sang Gladiator

I

Ada ‘orang’ akan ke Putrajaya.
Apa pun tarikh keramat yang bakal ditentukan, seperti yang pernah saya telahkan beberapa ketika dulu, bukanlah yang paling utama. 16 September mungkin menjadi tarikhnya, tetapi kalau pun bukan ketika itu, semangat 16 September itu dibawa bersama.

Kesempatan ini bukan untuk membincangkan kemungkinan 16 September sebagai tarikh keramat, yang menurut sesetengah orang, tarikh perubahan arah halatuju masyarakat Malaysia, tetapi keseluruhan aspek ‘perubahan’ ini. Saya sangsikan ia sebagai suatu perubahan total. Tetapi sebagai muqaddimah sebuah perubahan besar ada kemungkinan.

II

Sang Gladiator. Masih ingat cerita Gladiator suatu ketika dulu. Macamana ceritanya?
Cerita tentang kuasa, penguasa, dan kekuasaan. Cerita tentang kejelikkan dan kebobrokan dalam seluruh sistem kepimpinan Rom. Cerita tentang kepercayaan dan submit kepada sebuah sistem yang dikhianati.

Maximus, jeneral perang Rom seorang yang tulus dan gigih. Dia menjadi pilihan Maharaja Rom untuk menggantikannnya, melebihi anaknya sendiri. Kerana dia berani, gagah di medan perang, strategis, pd (percaya diri), dan taat pada Maharaja. Maximus percaya: “politicians come and go, (but) the generals stay”. Dia cuba berada jauh dari ruang politik Rom. Walaubagaimanapun, Maharaja lebih cenderung untuk mengembalikan kuasa pemerintahan kepada Senat. Tugasan itu menjadi tanggungjawabnya. Tapi katanya: “Ada sesetengah perkara, kita hanya mampu untuk membisikkannya, tetapi kita mampu untuk mengubahnya”.

Anak maharaja, dengan apa yang dikira sebagai sebuah legasi, menginginkan gelar itu. Maharaja Rom. Dengan seluruh konspirasi, dia ‘merampas’ hak yang bukan miliknya, dan menjadikan ia milik peribadi. Dan dengan segala dendam kesumat, dia telah menghambat keluar Maximus, wira yang sepatutnya mengembalikan kegemilangan sistem politik kebanggaan seluruh rakyat Rom itu, demokrasi. Jadilah dia Maharaja Rom.

Lalu jadilah Maximus orang terbuang di bumi asing. Dia dijual. Dan, dengan kekuatan yang dimilikinya, dia memulakan karier, di arena gladiator. Dia memulakan langkah ke Rom, dari bawah. Betul-betul dari angka kosong.

III

Bertahun dia membina nama di arena yang menjadi pujaan setiap rakyat Rom. Dia berjaya menempa namanya dan mengukir ia di hati sesiapa saja, kawan mahupun lawan. Dia disayangi dan digeruni.

Akhirnya dia berjaya melangkah semula ke arena yang dia pernah suatu ketika dulu berada sebaris dengan pimpinan negara yang lainnya. Bezanya kini, dia di gelanggang, tidak di galeri.

Dengan seluruh keazaman, dia mengingingkan hanya suatu perkara. Membersihkan namanya dan menuntut bela di atas kezaliman ke atas dirinya dan keluarga. Dan peluang itu telah berada di depan matanya.

Sang maharaja yang dahulu telah mempunyai peluang untuk mengabadikan nama musuhnya itu di batu nisan, terpaksa menggigit jari. Ya, orang yang dia ingin bunuh itu, telah pun berada di depan matanya. Tetapi membunuhnya bukanlah satu pilihan yang mudah. It’s so close, yet so far. Semuanya terasa seolah terlalu jauh. Dia tiada pilihan, kerana semua gladiator pilihannya, tewas di tangan musuh abadinya ini. Kini dia harus menghapuskannya sendiri. Satu lawan satu. Aku lawan kamu.

Pertarungan sengit, ketika matahari tegak di atas kepala itu, menyaksikan terkabulnya hajat seorang, dan terkuburnya impian yang seorang lagi. Maximus berjaya membersihkan namanya dari seorang pengkhianat negara kepada seorang prwira negara. Dia telah memjatuhkan sebuah legasi jahat. Dia telah meruntuhkan sebuah sistem kuku besi dan mengembalikan sistem politik Rom seperti apa yang diimpikan oleh rakyat Rom. Tapi ada harga yang terpaksa dibayar. Maximus, sang Gladiator, harus ‘pergi’ bersama dengan jatuhnya sebuah kekuasaan zalim. Dan dia memilih yang itu.

IV

Ada suatu persamaan yang menarik antara cereka itu dengan ‘perubahan’ yang dinantikan oleh masyarakat kita.

Sang perwira yang dijulang-julang kini, dahulunya adalah sebahagian dari sistem, yang kini dianggap korup, menurut sesetengah orang. Perwira ini hampir, sangat-sangat hampir untuk memikul amanah kepimpinan negara.

Sang perwira itu, telah dicampak dan dihumban ke bawah. Dia menjadi sehina-hina manusia. Dan dia harus memulakan langkah membersihkan namanya dari ‘bawah’.

Sang perwira menjadi sangat popular. Namanya meniti dari bibir ke bibir. Setiap yang melihat terpegun dan terpesona. Dialah perwira rakyat.

Dia seorang diri, melawan sebuah sistem, yang harus dia perbetulkan dan mengembalikan kuasa kepada yang berhak. Dia terpaksa melawan suatu sistem yang sudah cukup kompleks.

Detik kejayaan yang dirintis, sedikit demi sedikit, sehingga dia akhirnya berjaya berdepan, satu lawan satu dengan sang maharaja. Berada begitu ‘hampir’ dengan ‘singgahsana’ maharaja. Dekatnya dia dengan maharaja, sehingga maharaja tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Walaupun menyentuhnya.

Pilihan terakhir yang terpaksa dipilih oleh maharaja-memperjudikan kerajaannya dalam usaha menghapuskan ‘pemberontak’ dan ‘pengkhianat’ ini. Dan itu yang dipilihnya.

Cuma satu langkah terakhir yang menjadi persoalan. Kerajaan maharaja yang korup tumbang dan peranan demokrasi dikembalikan. Tetapi harganya cukup mahal. Sang perwira harus ‘ tumbang’, ‘rebah’ dan ‘pergi’ bersama. Dia tidak sempat pun melihat hasil usaha gigihnya itu. Tapi namanya dijulang dan diabadikan sebagai sang perwira. Sang Gladiator: Perwira rakyat.

V

Soalnya kini, langkah ‘itu’ makin hampir. Seperti cerita di atas, apakah kesudahan yang sama bakal terjadi kepada sang perwira, yang dijulang-julang rakyat ini? Apakah harga yang sama terpaksa dibayar untuk membawa pulang sebuah kebebasan.

Saya hanya mencoretkan.

Saya hanya memerhatikan dari jauh.

Read More..

Tuesday, 26 August 2008

Hari ini dalam sejarah

Hari ini dalam sejarah peradaban bangsa dan negara. itu lah mungkin yang dapat dikatakan kalau nak komen pasal by-election hari ni. menjelang jam 8 malam nanti, satu sejarah bakal tercipta. Mass dah dapat agak yang DSAI akan menang, dan permulaan merintis jalan ke Putrajaya.
Sebenarnya bukan itu yang dihiraukan. Dalam tempoh-tempoh Sambutan Kemerdekaan ini, apa yang selalu teringat adalah tentang sejarah dan catatan sejarah yang akan selalu mengiringi kita. Kalau selama ini, selama 51 tahun kemerdekaan, catatan sejarah yang kita terima adalah seperti yang kita baca. Tapi boleh jadi besar kemungkinan, catatan sejarah perjuangan bangsa akan berubah selepas ini, particularly selepas 16 September. (16 September hanyalah satu landmark, itu pun kalau berjaya untuk tetapi tarikh itu. Yang penting semangat 16 September itu).
Apakah senarai dan sejarah perjuangan bangsa dan rakyat Malaysia, tokoh-tokoh yang benar-benar memperjuangkan bangsa aakn disenaraikan semula dan diberi penghormatan yang sebenar atas apa yang mereka lakukan? atau pun kita akan terus membaca buku-buku dan catatan sejarah yang sama, yang telah dimomokkan kepada kita selama ini.
Sejarah adalah tentang apa yang dicatatkan oleh mereka yang menang ke atas mereka yang tewas. Itu kata sejarawan. Benar. Apa yang kita baca, sebenarnya merupakan perspektif sejarah mereka yang menang, dan mereka menulis tentang golongan yang mereka telah kalahkan.
Apakah kali ini, dengan semangat Merdeka, hak pejuang-pejunag sebenar kemerdekaan akan dikembalikan. Sekurang-kurangnya mencatatkan kembali nama mereka dalam lembaran sejarah. ? Atau sejarah selepas ini akan mencatatkan pembohongan baru golongan yang menang?
Sejarah tak pernah benar-benar telus. Sejarah adalah sudut pandang kita.
Fahami dan kenalilah sejarah kita sendiri. Hargai ia.

Read More..

Monday, 28 April 2008

Da'wah pasca PRU ke-12

Sekali lagi tentang PRU ke-12. Tapi dari perspektif berbeza. Kalau sebelum ini bicarawara kita seputar politik kepartian atau soal kemasyarakatan, tapi kita ingin pula menelusuri sisi da’wah dan tarbiyyah. Da’wah pasca pilihanraya. Isu tentang keberlangsungan da’wah serta peranannya dalam kerangka baru, memandangkan berlakunya perubuhan landskap politik nasional.

Latar da'wah masa dulu

Kalau dulu latar da’wah di Malaysia begitu sukar mendapat tempat di ruang-ruang arus perdana, dengan pelbagai prosedur dan kerenah birokrasi, sedangkan aktiviti dan semangat pendokong-pendokong da’wah begitu tinggi, maka apakah selepas berlakunya perubahan struktur ini akan membolehkan lebih banyak aktiviti Islami mengambil tempat dalam masyarakat.

Rungutan dari para aktivitis da’wah, tak kira dari jalur mana, PAS, ABIM, JIM, persatuan-persatuan Islam, serta pertubuhan-pertubuhan kebajikan Islam, bahawa mereka tidak diberi ruang secukupnya untuk bergerak dan beraktiviti, kekangan dan halangan yang tak terkira banyaknya, samada dalam bentuk prosedur dan formaliti, termasuklah kekurangan dana dan sumber kewangan.

Ruang baru

Ok sekarang harapan baru yang selama ini didambakan telah mula menampakkan ruang yang lebih luas dan terbuka untuk para pendokong dan aktivis ini melaksanakan pelbagai perancangan da’wi yang selama ini, kata mereka sedikit terkongkong. Sebagai suatu perbandingan, ruang da’wah di Malaysia lebih baik dari teman-teman bukan sahaja di Negara-negara bekas Soviet, malah di Negara-negara arab, termasuklah Arab Saudi, Mesir, Syria, dan Libya.

Aktiviti da’wah yang dimaksudkan di sini bukan hanya terhenti setakat perbincangan agama dan ilmi sahaja, malah sehingga aktiviti kemasyarakatan dan khidmat sosial. Ceramah, tazkirah, bengkel, kelas pengajian ilmu Islam, usrah, nadwah, mu’tamar, tamrin, kem-kem bina insan, rehlah, dan banyak lagi di samping mendapat sokongan kewangan dari pihak berwajib.

Tribulasi sebenar

Yang kita nak lihat (dan bergerak membantu sekali!) ialah apakah langkah seterusnya dari para pendokong da’wah ini. Kalau dulu dengan segala sekatan, da’wah semakin subur, apakah dengan terbukanya ruang demokrasi, da’wah akan semakin subur dan berkembang atau terus lenyap dan luput dek kerana selesa dan sibuk dengan projek yang banyak masuk selepas kemenangan. Apakah dengan ‘kemenangan’ politik ‘golongan Islam’, da’wah akan terhenti dan tidak perlu diteruskan. Sebab tujuan telah tercapai? Masing-masing, para aktivis da’wah dan tarbiyyah menghentikan usaha mereka selama ini, dan menfokus kepada mengayakan anak-pinak dan membangunkan ekonomi individu?

Onak duri dan ranjau yang dihadapi biasanya tidak akan mematahkan semangat dan kegigihan para da’I, Cuma yang lebih kuat cabarannya ialah kemenangan dan keselesaan duniawi. Inilah ujian sebenarnya. Untuk kekal menjalankan usaha kebaikan, da’wah dan tarbiyyah, walau apapun kondisi ummah ketika itu, di atas atau di bawah.

Langkah bermula

Langkah seterusnya kini ialah untuk semua badan da’wah menekankan focus untuk duduk dan bekerjasama, bantu membantu, dan tidak memdabik dada dan menyombong diri, menafikan usaha badan da’wah lain yang tidak secara direct dan formal terlibat dalam pilihanraya. Janganlah masa in, ada pihak nak claim kata badan da’wah lain tak layak ‘menyambut’ (kalau ia patut disambut) ‘kemenangan’ (betulkah ia kemenangan sebenar?) dan menikmatinya sebab mereka tak membantu ketika pilihanraya. Hentikan perkataan seperti itu. Ia tak patut diungkapkan. Mulai kini, raikan peranan setiap pihak yng terlibat mengembangkan pemahaman Islam dan hargainya. Bekerjasama, bertolak ansur dan buka ruang seluas-luasnya untuk setiap pihak bergiat cergas memahamkan masyarakat mengenai Islam dalam erti kata yang syumul. Janganlah masa ini pula nak berebutkan ahli dan berkata buruk mengenai gerakan Islam yang lain.

Kejayaan memenangi pilihanraya kali ini tiada makna apa melainkan sebagai outcome dari kemarahan rakyat kepada BN. Ia mungkin hilang lima tahun lagi kalau semua pihak berdiam diri dan berpuas hati sekadarnya. Da’wah pasca PRU lebih berat dari sebelumnya.

Read More..

Sunday, 27 April 2008

Segalanya tentang politik




Semuanya tentang politik. Politik dalam erti kata yang luas. Politik adalah tentang kuasa. Dan politik ada di mana-mana. Politik membahagikan manusia kepada dua. Dengan politik orang akan bertambah takut dengan amanah. Atau menjadikan mereka gila kuasa.

Semua tentang politik

Dewasa ini semua ingin bercakap tentang politik. Tentang kuasa dan menguasai. Jangan katakan di Parlimen sahaja orang bercakap politik, malah di kedai kopi, di kenduri kendara malah di pejabat dan office.

Politik bukan sekadar percakapan. Ia malah terjelma dalam bentuk perbuatan yang kadang-kadang manusia tidak sedar itu adalah pengaruh politik. Politik itu mulia. Tetapi orang yang bergelut dengan politik itu yang mengotorinya. Sehingga orang banyak mengatakan politik itu kotor dan sesiapa yang menghampiri politik juga kotor. Ulama bila terjun ke dunia politik kepartian dikatakan telah mengotori dirinya dengan sesuatu yang kotor. Tidak benar demikian. Itu salah tanggapan yang telah diaggap benar. Tapi boleh jadi benar ulama politik itu kotor, bila ia mengotori ilmunya dengan ‘kekotoran’.

Politik kepartian nampak kotor. Office politic juga demikian dahsyatnya. Bukan sahaja cantas-mencantas, kata belakang, puji-memuji, bermuka-muka, taking advantage out of others, bodek-membodek, hadiah-menghadiah yang sebenarnya rasuah-merasuah, lobi-melobi, kata-mengata, malah banyak lagi yang berselindung di balik istilah prosedur, protocol, dan urusan rasmi. Office politic ada di mana-mana. Di pejabat kerajaan, di syarikat swasta, universiti dan sekolah. Di mana sahaja ada pejabat, di situ permainan politik beraksi.

Politik itu ada berapa?


Politik itu ada dua. Politik nilai dan politik kuasa. Saya katakan tiga, politik nama. Politik kuasa adalah politik untuk menguasai dan memuncakki. Berada di atas, mengatasi segala tuju arahnya. Berada atas kerusi empuk pemerintahan, segala apa pertubuhan, menjadikannya rasa puas dan selesa. Rasa sudah cukup. Justeru itu, ia tidak harus berkerja jauh dari itu lagi. Cukup sekadar berjaya mencapai kemuncak itu. Ia telah sampai ke destinasi.

Politik nama atau syiar adalah politik unt

uk menamakan dan melabelkan segala sesuatu usaha. Usahanya adalah untuk menonjolkan segala apa yang ia fikirkan hanya sekadar pada nama. Islam Madanilah. Penerapan nilai-nilai Islam dalam perkhidmatan awamlah. Bersih, Cekap, dan Amanahlah. Maju bersama Islamlah. Bekerja bersama sayalah dan Pelbagai lagi. Tidak dinafikan label itu penting, tapi bagi sebahagian kumpulan, label ini melebihi segalanya. Saya tiada masalah dengan label kalau ia bagus. Tapi sesetengah orang syok dengan label dan bunyi sahaja. Kerjanya jauh panggang dari api.

Politik nilai

Politik nilai adalah politik cantik. Politik berasaskan kepercayaan dan objektif based. Kalau sahaja objektifnya tercapai, walau tanpa nama dan tanpa kuasa, teruskan sahaja. Politik yang melihat kepada substance. Politik nilai politik bersih. Cuma kadang kala manusia gagal melihat aspek ini. Sebab yang paling utama dalam leadership dan power ialah untuk menggerakkan orang (to motivate people). Tanpa dua aspek politik yang lain tadi pun ia mampu bergerak. Kalau ada kedua-dua tadi, ai adalah bonus dan harus diambil, jangan ditolak. Manakala walaupun dengan memegang kuasa belum tentu kita boleh menggerakkan orang dengan kuat. Mungkin berjaya digerakkan, tapi dengan kekerasan dan paksaan. Itu tidak kuat. Mungkin juga dengan nama. Malangnya tidak semua akan teruja dengan pengistilahan yang canggih manggih.

Mengapa tidak kita bermain cantik. Ada benarnya kemungkinan nama kita tidak naik. Kita mungkin tidak akan disebut-sebut dan popular. Tapi kita ada kepercayaan, biarkan nama kita tidak dizikirkan, tapi fahaman kita dan kepercayaan kita dianuti ramai.

Tidak ramai yang melihat dai sudut itu. Sebab ia tidak glamor. Ah sekali lagi manusia. Memang dengan sebab kuasa dan politiklah manusia kali pertama berbunuhan. Antara habil dan Qabil. Politik cinta. Segalanya tentang politik dan politik menguasai segalanya.

Read More..

Thursday, 24 April 2008

Siapa selepas Anwar?

Selesai sudah satu episod peristiwa-peristiwa pasca PRU ke-12. Kerajaan-kerajaan negeri semuanya telah selesai dibentuk, walaupun pelbagai karenah dan kemungkinan yang tak terduga berlaku. Episode kedua yang mencetus minat yang tinggi di kalangan sebahagian masyarakat ialah pengukuhan Pakatan Rakyat (PR) dan perjalan masa hadapannya. Episod seterusnya ialah pergolakan dan perkembangan dalam UMNO dan BN. Dan yang paling menarik perhatian selepas ini ialah berkenaan pembentukan kerajaan baru dalam tempoh terdekat, kemungkinan kurang setahun dari sekarang.

Anwar

Minat yang tinggi juga diletakkan kepada masa depan Dato’ Seri Anwar Ibarahim dalam politik. Masing-masing menunggu penuh debar pengumuman yang bakal dilakukan olehnya dalam minggu ini. Apapun yang pasti ‘jalan ke Putrajaya semakin dekat dan semakin pasti’. Samada bakal berlaku penghijrahan anggota parlimen Sabah dan Sarawak ke PR atau hanya sekadar vote of no confidence terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi atau pun keluar parti dan kekal sebagai anggota Parlimen bebas, ia adalah option yang ada di hadapan mata.

“Datuk Seri Anwar hamper pasti akan menjadi PM”, ungkap seorang teman. Bukan sahaja dia, malah akhbar-akhbar juga cenderung untuk mengatakan sedemikian, walaupun tidalah terlalu direct. Melihat kepada pola semasa, secara peribadi saya berasa agak khuatir dengan perkembagan semasa. Bukan sangat dengan suam-sejuknya politik nasional, tetapi bila memandang ke kanan dan kiri, saya mula tertanya di manakah lagi pepimpin pelapis yang kita ada. Saya bukan bercakap soal individu. Mamang ramai d luar sana secara hierarki. Tapi mereka itu ketua, secara jawatan. Tapi persoalannya siapa pemimpin selepas anwar? Atau lebih tepat siapa selepas Anwar?.

PM

Katakan Dato’ Seri Anwar naik sebagai PM dalam tempoh terdekat, dan umurnya pula mengjangkau paling lama yang ada ialah 10 tahun atau dua kali pilihanraya sahaja. Selepas itu, fokusnya sudah lain. Oleh itu yang kita harus risaukan ialah di mana lagi pemimpin pelapis, yang kalau tidak lagi hebat daripadanya, sekurang-kurangnya menyamai tarafnya. Whatever track record Datuk Seri Anwar, yang mungkin sebahagian tidak begitu menggemarinya, hakikatnya at least dia telah meletakkan suatu standard kepimpinan yang harus diteladani oleh ramai.

Keyakinan, ucapan yang baik, pengurusan ekonomi yang cekap, peribadi yang membumi, hubungan international yang kukuh, diterima pelbagai kaum dan lapisan masyarakat, ada elegance dan sebagainya.

Saya secara peribadi masih tercari-cari siapa yang bakal menggantikan Anwar, at least berdiri setaraf dengannya?. Persoalan-persoalan ini membawa saya kepada suatu kesimpulan. Hampir tiada. Jadi, pilihan yang kita ada ialah menerima sesiapa sahaja yang bakal menggantikan beliau untuk memimpin Malaysia atau memulakan usaha mencari the chosen one. The chosen one yang dimaksudkan bukanlah seorang individu tapi sekumpulan orang yang mampu meneruskan aspirasi rakyat ini.

Tugas besar

Oleh itu, usaha-usaha mengenalpasti, mencari, melatih, memberi sokongan dan pendedahan, dan memasyarakatkan pemimpin sebegini harus dimulakan sekarang. Dan membaca usaha ini dalam konteks Malaysia ia haruslah beyond politics. Di sini saya lebih cenderung untuk melihat pimpinan dalam apa sahaja pertubuhan untuk secara non-emosi dan penuh tanggungjawab duduk bersama-sama dan memikirkan hal ini. Kita bukan sekadar mencari pemimpin untuk sebuah parti politik akan tetapi untuk sebuah bangsa dan peradaban. Oleh itu, usaha dan proses mencari haruslah dimulakan beyond party politics. Malangkaui batas-batas parti politik sempit. Semua pihak harus bersedia untuk duduk dan berbincang, walaupun nadanya agak mustahil, kita harus secara bersama melihat ini sebagai usaha memastikan Negara ini lebih aman harmoni dan maju.

Pemimpin pelapis

Mencari sekumpulan pemimpin pelapis yang mendapat pendedahan peringkat tertinggi pentadbiran, pengurusan serta hubungan luar yang baik, pengucapan dan latihan penulisan, hal ehwal masyarakat dan rakyat, politik kepartian, pengurusan ekonomi, serta banyak lagi aspek yang harus diteliti dan diperhalusi. Mereka harus mendapat pendedahan-pendedahan ini. Selepas itu samada mereka berada dalam parti pemerintah, atau pembangkang, sector korporat atau pentadbiran awam, kita akan berasa aman dan tenteram dengan option yang kita ada. Sebab mereka semuanya terlatih.

Adalah lumrah dalam kepimpinan, pilihannya ramai tapi yang terpilih hanyalah satu. Maka oleh itu, dalam konteks perbincangan kita ini, inilah option yang kita ada, bukan hanya seorang sahaja, malah sekumpulan pemimpin yang walau di mana sahaja mereka berada, kepimpinan mereka telah teruji dan diyakini. Katakana swing pengundi berlaku dalan plihanraya, maka kita juga mempunyai pemimpin masyarakat yang berinegriti dan berkredibiliti.

Politik Malaysia harus memandang kedepan. Kita sudah tidak patut membincangkan isu-isu remeh. Letakkan tekad dan sama-sama kita latih pemimpin-pemimpin ini. Kita tentunya tidak mahu nanti adanya PM yang naik tanpa pengalaman mentadbir. Ia hanya merosakkan Negara. Ini adalah definisi menjadi patriotic.

Sekali lagi, lihat ini dalam konteks kenegaraan. Soalan siapa selepas anwar harus kita fikirkan bersama.

Read More..

Tuesday, 22 April 2008

Harapan baru untuk Malaysia I


Rasanya memang sengaja saya melambatkan penerbitan artikel ini. Mungkin juga sebab terbeban dengan tugasan akademik. Mungkin juga terkejut dengan perkembagan politik semasa, sehingga lebih berminat mengikut sahaja arus besar yang melanda tanpa sebarang komentar. Mungkin juga kerana ingin memberi tempoh selesa untuk ke semua pihak bertenang dan menarik nafas usai PRU ke-12. Sementelahan semuanya sudah Nampak agak bersedia untuk berbicara secara non-emosi, maka perbicangannya pasti lebih matang.

Bukan untuk memihak kepada mana-mama pihak, selain mencari apa yang terbaik untuk semua pihak. Ideanya mudah. Semua orang akan mendapat bahagiannya. Tapi tidak mendapat ke semua bahagiannya. Kemenangan Pakatan Rakyat atau Barisan Rakyat atau Barisan Alternatif sebenarnya menumbuhkan kembali kepercayaan masyarakat awam terhadap proses demokrasi. Setelah sekian lama, masyarakat Malaysia seakan seolah tiada pilihan dalam menentukan masa depan Negara, kali ini corak protes yang ditunjukkan oleh rakyat semakin bijak dan matang. Tidak dengan demonstrasi (walaupun masih terjadi), tetapi dengan undi. Silent protest. Ini bukan suatu ulasan tetapi sebagai rangkuman peristiwa yang berlaku.

Pilihan rakyat

Sudah jelas pilihan rakyat. Akan tetapi pilihan itu dibuat berdasarkan harapan pilihan kali ini tidak akan mengulangi approach badan eksekutif terdahulu. Ini satu hakikat. Jadi, sekiranya peluang yang tidak dating selalu ini dipersia-siakan, harapan rakyat diranapkan dan musnah, maka tiada jalan kembali.

Persoalannya mudah sekali; isu kronisme, nepotisme, rasuah, tiada integrity, harga barang naik, ketidakcekapan dan sebagainya. Formulanya mudah : JANGAN ULANGI KESILAPAN LAMA. Kalau nak diikutkan, bagi sebahagian orang yang telah bersusah payah ‘berjuang’ bagi mencapai kemenangan ini, maka inilah masanya untuk dia membalas dendam terhadap orang yang pernah menghinanya, membulinya. Dan inilah masanya untuk mengaut keuntungan dan mendapatkan tender dari kerajaan dengan lebih mudah. Masa inilah untuk kita kutuk dan perli balik lawan dan parti yang suatu masa dulu mungkin pernah tersilap langkah. Ini bukanlah caranya.

Kemenangan apapun kali ini harus diingat. Bukan kemenangan hasil kekuatan Pakatan Rakyat (PR) atau pembangkang di Parlimen. Kalau itu yang anda fikirkan, kecuali factor Anwar, maka ia silap pada pandangan saya. Swing kali ini adalah disebabkan kekalutan dalam BN dan isu-isu kemasyarakatan yang sudah sampai ke tahap kritikal. Sekali lagi jangan ulangi kesilapan lalu. Ini bukanlah masa untuk mengayakan kroni dan anak-pinak. Tapi ini masa untuk berkhidmat dan membalas kepercayaan rakyat terhadap PR.

Pemantapan PR

Isu terbesar kini adalah proses pemantapan PR. Whatever the name is, substance itu yang penting. Nilai-nilai utama yang dipegang dan diyakini bersih, cekap, competent, amanah dan berintegriti, peduli rakyat, responsive, dan bertoleransi. PR harus dikuatkan. Ia harus menjadi gabungan yang tidak didasari dengan fahaman racist. Ia harus mewakili suara rakayat Malaysia. Makkal Sakhti. PR tidak harus hanya menjadi pakatan pilihanraya. Ia harus lebih dari itu, tidak bersifat okasional dan temporari. PR harus bergerak seiring dengan suara rakyat. Ia harus membumi dan menjadi ‘parti kampung’.

Dalam pada itu, gesaan berulang kali harus dibuat kepada PAS, bukan sebab ia membawa Islam, tetapi approachnya. Harus diingat bahawa kemenangan kali ini bukan disebabkan keuatan PAsa, tetapi hal-hal yang desbutkan tadi berserta factor kekuatan Dato’ Seri anwar Ibrahim. Ia yang member nilai tambah kepada kemenangan kali ini. Isu track record Anwar adalah hal yang lain, tetapi sentiment pengundi ternyata meletakkan kepercayaan kepada Dato Seri Anwar. Oleh itu, PAS harus bijak. Jangan lagi bankitkan soal hudud di waktu ini. Keaddan belum selesa. Biarkan seketika, dan biarkan PR lebih kukuh dan mapan. Claim terkini bahawa PAS layak untuk mengetuai PR, tidak harus timbul. Politik kita tidak matang. Baru dapat kuasa sikit, dah nak claim macam-macam. Kalau begitulah lagaknya, maka saya jamin ia takkan berpanjangan. Pasti seketika nanti bercakaran semula.

Kerjasama

Dalam pada itu, kemenangan kali ini membuka peluang kepada gerakan bernuansa Islami untuk lebih bergerak bebas. Cuma ketika inilah, selepas kemenagan dicapai masing-masing nak claim dia seorang sahaja yang bawa Islam, pertubuhan Islam lain tidak cukup Islam. Dan dalam pilihanraya kali ini hanya kami sahaja golongan Islam yang berjuang dalam PRU ke-12. Yang lain tak buat kerja. Oleh itu tidak bekerjasama dengan badan Islam lain. Maka di sini bermulalah pergaduhan dan memburukkan sesame sendiri. Hal yang terbaik dari kedua-dua situasi, ialah tidak perlu membuat announcement tentang hudud, tetapi bekerjasama, buka ruang seluas-luasnya, bertolenransi dan bantu pertubuhan Islam yang lebih membumi dan mass-oriented untuk memahkan masyarakat akan hal itu. Itu yang sebaiknya.

Read More..

Monday, 21 April 2008

Harapan baru untuk Malaysia II

Racism pasca PRU


Suatu hal yang sangat membimbangkan ialah munculnya forum-forum dan perbincangan yang bersifat perkauman khusunya pasca PRU ke-12. Bagi saya tiada masalah. Selagi ialanya adalah bersifat positive rights, bagus untuk memajukan bangsa sendiri silakan. Tetapi yang menggangu fikiran saya ialah ia mula menular kearah negative rights. Menafikan hak bangsa dan kaum lain. Pemahaman yang salah dalam isu hak ketuanan melayu akibat indoktrinisasi bahawa hanya parti pemerintah sedia ada sahaja yang boleh menjamin hak Melayu tidak terganggu, telah meresahkan ramai pihak. Sebetulnya tiada pihak pun yang menjamin hak Melayu melainkan Perlembagaan sendiri. Jadi dengan berubahnya kerajaan baru yang mungkin lebih ramai penyertaan komposisi dari bangsa lain tidak menyebabkan hak ketuanan Melayu terhakis. Ia adalah jaminan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sekali lagi, hasil penyebaran fahaman sebegini, bersikap prejudis terhadap bangsa-bangsa lain, walaupun selepas 50 tahun memcapai kemerdekaan amat memalukan dan merisaukan. Hakikatnya isu racism belum seleisai walaupun selepas tsunami politik kali ini. Masih banyak lompong yang harus ditutup. Dan ini bukan kerja satu-dua hari. Perjalan masih jauh dan panjang.

Trend politik

Suatu yang menarik sekali lagi ialah berkaitan kesedaran politik yang tinggi, hasil keterbukaan kepada source of information. Ini adalah penyumbang terbesar kepada tsunami politik kali ini. Dengan perkembangan terkini corak pengundian seolah bakal mencabar hegemoni pihak parti pemerintah sejak sekian lama bahawa mereka akan kela berkuasa selama-lamanya walau apapun yang terjadi. Nampaknya masyrakat sudh bersedia member kata dua kepada sesiapa sahaja yang tidak mejalankan tugas dengan cemerlang dan berkesan. Political system di Malaysia seolah cuba mencadangkan pendekatan two party-system, seperti yang diamalkan di US dan UK. Masyarakat inginkan kestabilan politik, akan tetapi mahu mengekalkan proses demokrasi. Jadi dengan dua pilihan yang kuat dan kukuh samada BN atau PR, rakyat mempunyai pilihan untuk dibuat, dan bersedia member swing sekiranya kerajaan yang dipilih gagal berkhidmat kepada mereka.

Namun yang masih membimbangkan ialah political mindset di Sabah dan Sarawak yang masih keterbelakang. Mereka masih bercorak development-based. Walaupun beitu trend terkini menunjukkan bahawa mereka menginginkan penglibatan yang lebih banyak di peringkat pusat.

Selain itu, jika selama ini penggemar politik hanya mampu membayangkan kemungkinan-keungkinan politik tanpa real precedent, maka PRU kali ini memberikan lebih dari ini. Ini yang sebenarnya akan menguji pemahaman dan kematangan kita. Politik perlembagaan benar-benar wujud dan pebincangan mengenainya juga lebih realistic. Isu berkaitan Menteri Besar dari kalangan bukan Melayu, jawatan Timbalan Menteri Besar, kuasa Sultan dan Raja, vote of no confidence, penyertaan parti pembangkang dan sebagainya

Apa yang penting sekarang ialah penyertaan semua kaum dalam semua aktiviti pembangunan di Malaysia, di samping mengekalkan hak-hak pribumi sedia ada. Usaha-usaha memerangi rasuah harus terus dijalankan. Tonggak kepada harapan rakyat adalah seperti ini:

Transparency, Accountability, Honesty, Sincerity

Read More..

Monday, 10 March 2008

Penangan ‘he’s nothing’ dan fenomena ‘political tsunami’

Selesai sudah piliharaya ke-12 Malaysia yang menyaksikan pelbagai kejutan. Mudah sahaja, sehingga hari ini, hampir kebanyakkan kerajaan negeri telah dibentuk dan telah mula menjalankan tugas mereka. Yang menarik ialah ketidaksangkaan keputusan pilihanraya kali ini, yang dikira sangat upset. Apa-apa pun, pasti semua parti yang terlibat akan melakukan post-mortem yang sangat terperinci akan hal ini.

Beberapa ketika sebelum pilihanraya, Perdana Menteri, Datuk seri Abdullah Ahmad badawi, ditanya akan halnya kesan kehadiran semula mantan Timbalan Perana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dia membalas, “he’s nothing”. Namun, jelasnya pilihanraya kali ini, menunjukkan sekurang-kurangnya sengat anwar masih bernyawa dan yang pasti hmapir memakan tuan, orang yang mengeluarkan statement tersebut. Kegagalan untuk mengekalkan prestasi 2004, yang dikira terbaik sepanjang sejarah penubuhan Malaysia, ended up loosing in five states, termasuklah Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Selangor. Ada cakap-cakap ini yang akan membawa kepada perletakan jawatan oleh Datuk Seri Abdullah.

Apa pun x-factor Anwar masih menjadi sandaran kepada kejayaan kali ini. Ya memang pasti ini ‘pertolongan dari Allah’, menurut sesetengah orang, tetapi hakikatnya, ada sesuatu yang menarik perhatian umum memberikan kepercayaan kepada Anwar, dan barisan yang ‘dipimpinnya’. Memang betul, banyak lagi perkara-perkara yang influence swing pengundi kali ini terutamanya krisis kehakiman, hilang kepercayaan kepada kredibiliti Datuk Seri Abdullah, kos sara hidup yang semakin meningkat, kegagalan MIC membela nasib kaum India, isu pergolakan dalaman UMNO, Gerakan, MIC, dan MCA, serta kenaikan harga minyak dan lain-lain. Tetapi itu semua isu, dan dibawa oleh barisan pembangkang di Parlimen, Barisan Alternatif. Isu-isu ini menjadi lebih dipercayai kerana adanya Anwar untuk meyakinkan pengundi.

Selain itu, silent vote menjadi satu indicator besar terhadap trend pengundian di Malaysia, kerana ia sangat berbeza daripada trend-trend sebelumnya yang lebih ke arah menunjukkan sokongan nyata. Kaum India dan Cina yang menunjukkan sikap independent dalam politik, kali ini memberi pukulan maut kepada Gerakan, MIC dan MCA. Budaya memeberi undi tidak percaya di dalam pilihanraya dan tidak ditunjukkan secara nyata adalah perkara biasa di Negara-negara maju, tetapi di Malaysia ini merupakan langkah awal kea rah itu. Pengundian bijak dan bukan berdasarkan sentiment.

Political tsunami yang melanda ke kawasan pantai barat mengikut telahan seorang pakar, adalah disebabkan pengaruh open-information era, di mana pihak yang cepat menghantar maklumat kepada pengundi, akan di anggap paling benar. Dan peluang ini nampaknya berjaya diungguli oleh pihak pembangkang di Parlimen dengan pengupayaan bersungguh-sungguh aspek teknologi maklumat. Dan ini gagal di lakukan oleh BN.

Selepas ini pastinya banyak post-mortem yang akan dilakukan. Tetapi yang pasti kejayaan kali ini bukan sangat disandarkan kepada kekuatan BA, tetapi lebih resemble rasa tidak percaya kepada BN dan komponennya. Itulah hakikat yang harus disedari.

Masa untuk pilihanraya telah berlalu, kini adalah masa untuk bersatu dan melaksanakan manifesto yang telah dijanjikan. BA kini tidak hanya boleh duduk sahaja, walaupun kemenangan kali ini tidaklah dijangka dari awal. BA belum cukup kukuh, lihat sahaja pembahagian kerusi pada PRU ke-12. Dengan Datuk Seri Anwar ‘mengetuai’ BA, ia harus dikuatkan, mungkin juga dengan kehadiran atau kemasukkan parti-parti Sabah-Sarawak based. BA, di lima negeri tersebut harus menunjukkan prestasi cemerlang, sebab kali ini bukan janji anda yang penting, tapi implimentasi daripadanya. Harus diingat juga, kemengangan BA kali ini adalah hasil undi besar kaum India dan Cina, dan mereka bersedia bila-bila masa sahaja untuk memberi undi percaya kepada BN semula. Dan, to b politically wise, isu negara Islam, tidak harus dibangkitkan sekarang, bukan kerana ia tidak penting, bahkan diwajibkan Allah sebenarnya, tapi hanya ditangguhkan seketika, sehingga keadaan stabil.

Yang pasti banyak lagi kejutan-kejutan menarik selepas ini akan hadir. Mungkin juga sehingga membawa kepada penukaran kerajaan di peringkat Parlimen, siapa tahu. Dalam politik, apa sahaja boleh berlaku. Nantikan sahaja…

Read More..

Sunday, 2 March 2008

Pilihanraya: masanya untuk memilih

Pilihanraya Umum ke-12 bakal menjengah kurang seminggu dari sekarang. Masing-masing begitu eager untuk berkempen memikat hati pengundi-pengundi di kawasan-kawasan mereka. Tak kalah, pekerja-pekerja parti yang berhempas pulas, bermati-matian, membanting tulang empat kerat memasang sepanduk slogan, dan membantu persiapan ceramah dan ucapan-ucapan politik. Manifesto telah dikeluarkan dan pelbagai janji ditaburkan sebagai balasan sokongan pengundi kepada parti masing-masing.

Mengundi menjadi tanggungjawab yang harus dilaksanakan oleh semua. Bukan sekadar satu simbol demokrasi, yang mempunyai pelbagai sudut pandang, setengah mungkin bersetuju setengah tidak. Apapun yang dipegang, sekurang-kurangnya ia menjadi tanda keprihatinan kita kepada soal politik dan pentadbiran negara.

Dalam keghairahan menyambut dan meraikan kedatangan pilihanraya ini, sememangnya bahangnya dan nuansanya sangat panas. Tetapi harus diperhatikan, tentang akhlaq, adab, etika dan kesopanan yang harus dijunjung tinggi agar tidak mencela, mengaibkan apatah lagi memburuk-burukkan lawan sehingga ke tahap yang membawa kemudharatan. Walaubagaimanapun, aspek realiti politik harus diambil kira pastinya. Kesalahan dan ketidakpatutan perbuatan pihak lawan akan dibongkar, dan disebarkan, sebagai sebahagian dari strategi memikat pengundi.

On top of that, harusnya hadith Nabi tentang kualiti yang seharusnya di possess oleh seorang pemimpin memandu pilihan kita. Quwwah dan Amanah, Kemampuan dalam semua aspek, kepimpinan, pemikiran, agama, berdiplomasi, serta sangat memegang amanah.

Sebagai satu peringatan bagi anda yang mungkin berkesempatan membuang undi pada 8 Mac 2008, sepotong hadith sebagai bekalan, Nabi berpesan akan tanggungjawab dan amanah yang sangat berat dipikul oleh sang penguasa dan pemimpin:

“Ia adalah amanah. Dan ia adalah tangisan dan penyesalan di Hari Kebangkitan”.

Read More..