Showing posts with label warna-warna kehidupan. Show all posts
Showing posts with label warna-warna kehidupan. Show all posts

Wednesday, 5 May 2010

Imam Muda


Read More..

Thursday, 30 October 2008

Tuhan selalu punyai rahsia I: We never know...

Artikel ini saya copy daripada blog sahabat sebilik arwah Zumratullah bin Zakaria, Muhammad Zukhari (http://zukhairi-salehudin.blogspot.com/). Untuk sahabat-sahabat yang mengenali arwah, mohon sedekahkan al-Fatihah buat beliau, semoga ruh beliau dipelihara Allah SWT.
.
detail mengenai kemalangan yang saya paparkan ini adalah daripada abg ipar Allahyarham Zumratullah dan dengan kebenaran beliau sendiri. tujuannya adalah untuk mengelakkan sebarang spekulasi atau fitnah kepada yang terlibat terutamanya kepada arwah sendiri.
.
Two people were killed while two others were seriously injured when the car they were in skidded and plunged into a ravine at Km 38 Jalan Gua Musang-Kuala Krai at 4am today.
The dead were the car driver identified as Zumratullah Zakaria, 25, from Kampung Tanjung Chat, Kota Baru....
.
(http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Friday/NewsBreak/20080926182819/Article/index_html)
.
tanggal 26 ramadhan, kurang lebih 4 a.m, saya kehilangan seorang sahabat bernama zumratullah bin zakaria. arwah merupakan antara orang pertama yang saya kenali ketika menjejakkan kaki ke taman ilmu dan budi, uiam ni. arwah sama-sama merupakan pelajar direct intake i.e. bukan lepasan matrik uiam ketika itu. arwah juga merupakan sahabat sebilik ketika tahun 1, 3 dan 4.berikut saya ceritakan sedikit kronologi peristiwa yang saya alami sepanjang pagi jumaat sehingga malamnya..
.
MALAM SEBELUM KEJADIAN
.
sesudah bersolat tarawih, saya bersama-sama arwah menonton forum perdana hal ehwal islam (dirakam di uiam). tak banyak yang kami bualkan. saya seperti biasa menjadi pengulas kepada perbincangan manakala arwah pada malam tersebut lebih banyak mendengar dan berdiam.
"...arwah pada malam tersebut lebih banyak mendengar dan berdiam."
.
di bilik, sementara arwah menunggu rakannya untuk pulang ke kelantan bersama-sama, arwah berbaring di common area bilik kami. sudah terdetik juga di hati saya akan kelainan sahabat saya malam tu. kebiasaannya, sebelum2 ni jika arwah nak balik ke kelantan, dia amat ceria, bergurau2 dengan kami sebilik. tapi malam tersebut agak lain. arwah berbaring, mukanya seolah-olah resah, penat dan seolah2 dia ingin menyatakan sesuatu, cuma tak mampu.
.
terpacul di mulutnya "malas la nak drive malam ni"
.
saya membalas, "takyahla drive.masuk2 kereta, tidur la"
.
arwah menjawab, "kalau tak drive, sapa yang nak drive?"
.
saya berjenaka, "takyah balikla zum. balik sok ja"
.
arwah, "eh, kene balik jugak malam ni"
.
kemudian, lukman (ex-vice president lawsoc) pulang ke bilik kami. kami berbual2 sebentar. dalam kurang lebih pukul 10.15 p.m. arwah pun bersalam-salaman dengan kami dan meniggalkan bilik untuk memulakan perjalanan ke kelantan.
.
BERITA YANG MENGEJUTKAN
.
saya terjaga dalam pukul 4.30 a.m. telefon lukman kerap berdering. tapi lukman tidak menjawab. bukan sebab tak sedar, cuma malas. pada sangkaannya sahabat kami tan chien liang mengejutnya bersahur. dalam pukul 5 a.m., pintu bilik kami diketuk dengan kuat. lukman membuka pintu dan saya keluar dari compartment saya. kawan kami syahril(kawan baik arwah) menangis-nangis depan bilik kami. saya bertanya kenapa?
.
"zum dah meninggal keri..."
.
saya dan lukman terkejut.saya ulangi pertanyaan yang sama dan saya mendapat jawapan yang sama. syahril datang ke bilik kami untuk mencari sapa2 yang boleh kami contact untuk memberitahu parents arwah tentang berita ini. pihak polis tidak dapat menghubungi keluarga arwah pagi tu. tapi kami gagal menjumpai apa2 di compartment arwah..
.
saya cuba menenangkan diri, membersihkan diri dan bersolat sunat sebentar. kemudian saya bergegas ke bilik syahril bagi mencari penjelasan lanjut. confirm, zum telah menigngal dalam kemalangan di gua musang... saya sendiri tidak dapat menahan air mata saya daripada meleleh keluar..semua kenangan seolah-olah dimain semula di kotak pemikiran saya.
.
PLAN KE KELANTAN
.
lukman dan tan chien liang bergegas ke klia mencari2 jika ada tiket kapal terbang yang masih available. saya menghubungi kakak saya di KB bertanya apa alternatif yang ada untuk ke kelantan pada saat2 akhir. selepas subuh, bilik kami mula dikunjungi sahabat-sahabat lain (sajak, hud, judin, faiz omar, hafizbad, weir etc.) kami berbincang untuk pergi ziarah. akhirnya bilik saya dikunjungi staf mahallah dan beliau memaklumkan kepada saya untuk berbincang dengan asst manager mahallah ali.
.
saya terus ke ofis dan bertanya jika ada kemungkinan untuk pihak uia menyediakan bas atau van. akhirnya, dengan bantuan abg saiful (asst. manager), sebuah bas kecil berjaya didapati. saya terus menghubungi beberapa rakan. dipendekkan cerita, daripada belasan orang yang ingin turut serta, hanya 8 orang sahaja yang confirm dapat bersama ke rumah arwah. terima kasih kerana sudi bersama. (hud, hailme, izwadi, syaf, am, lee, iki, saya). lukman telah pergi dahulu bersama tan chien liang menaiki kereta.
.
PERJALANAN
.
tepat pukul 12, kami bertolak dengan menaiki van ke kelantan. sepanjang perjalanan, ada sahabat2 yang cuba menceriakan sedikit suasana. maklumlah, perjalanan jauh. walaupun kadang-kadang saya turut sama tersenyum dan tergelak, tapi hampir keseluruhan waktu perjalanan saya menahan rasa sedih dan sebak. alhamdulillah kami tiba di rumah arwah dekat2 jam 10 mlm. arwah telah selamat dikebumikan selepas jumaat. kami tidak berkesempatan untuk bersama-sama mengebumikan jenazah.
.
PENERANGAN
.
abang ipar arwah, abg amin, menyambut kami. abg amin menerangkan secara detail bagaimana kejadian berlaku... perkara ini adalah maklumat first hand information (direct evidence). memang ada perbezaan dengan apa yang dilaporkan di dada akhbar. sebabnya akan saya terangkan nanti.
.
kereta dinaiki arwah zumratullah bersama-sama kawannya, farah, ibu farah dan adik bongsu farah berumur 5 tahun. kami difahamkan arwah memandu perdana v6 sehingga ke gua musang dan berhenti berehat sebentar di hentian gua musang. stering bertukar tangan kepada farah.
kurang lebih 10 minit perjalanan dari hentian gua musang tersebut, kereta yang dipandu farah tiba-tiba terbabas di sebuah selekoh dan melanggar sebuah batu besar di tepi jalan (dalam kawasan kelapa sawit). kereta tersebut berpusing 360 darjah (upside down) dan akhirnya terhumban ke dalam parit. arwah terpelanting keluar daripada kereta dan difahamkan arwah meninggal dunia di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan di kepala. adik bongsu farah turut sama kembali ke rahmatullah di tempat kejadian. arwah cedera di kepala. menurut abg iparnya, hanya ada 2 kecederaan yang boleh dilihat iaitu lebam di bahagian atas mata kiri dan juga ada luka yang panjang di kepala arwah.
.
PENGURUSAN JENAZAH
.
arwah selamat dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan rumahnya. sewaktu arwah di hospital gua musang, saya dimaklumkan segala urusan jenazah telah diuruskan oleh en. marzuki (ayah farah). pihak keluarga arwah berbesar hati dan mengucappkan terima kasih...
.
WAKIL
.
saya diamanahkan untuk menyampaikan salam takziah daripada sahabat-sahabat aikol, lawsoc, mrc mahallah ali serta pihak pengurusan mahallah ali. saya turut memaklumkan kepada mak dan ayah arwah bahawa arwah adalah seorang yang sangat baik... tuhan sahaja yang tau macam mana sukarnya saya menahan air mata saya. (ada orang dah pesan supaya saya jangan menangis depan keluarga arwah) kepada sahabat-sahabat yang mengirim sumbangan kepada saya, ayah arwah mengucapkan terima kasih atas sumbangan.ini sahaja yang mampu saya kongsikan.
.
saya berharap penjelasan ini dapat menglakkan kita membuat sebarang tokok tambah, fitnah dan sebagainya. lebih2 lagi sahabat kita sudah tiada.
.
.........................................................
.
Penambahan Fitri di blognya:
.
Saya juga merasa amat terkilan dengan pemergian arwah. Berita mengenai pemergian beliau saya peroleh pagi subuh Jumaat (26.9.08) daripada Luqman. Setelah mendapat sms tersebut, saya terus menelefon Luqman untuk mendapatkan kepastian dan detail mengenai kemalangan tersebut.
.
Setelah mendapat mesej tersebut (dalam percaya & tidak percaya), saya terus memberitahu Halem & Aiman yang sama-sama sedang sibuk menyiapkan assignment PP untuk dihantar pada hari tersebut. Masing-masing terkejut dengan berita tersebut.
.
Saya: Masya-Allah, Zum meninggal dunia weh
.
Halem: Zum Law ke ni?
.
Saya: Ye la, Zumratullah Law la, siapa lagi. Ana baru sangat jumpa dia hari Ahad lepas, kami sama-sama buat assignment sekali.
.
Ya, kali terakhir saya bertemu dengan beliau adalah pada ahad(21.9.08) yang lalu, ketika kami sama-sama menyelesaikan assignment CP di bilik beliau. Pada lewat malam itu, hanya saya dan arwah saja yang masih menyiapkan assignment tersebut, manakala Zukhairi telah tidur setelah menyelesaikannya terlebih awal, dan Luqman pula tidak berada di situ kerana beliau berbincang dengan abe, dolah dan lain-lain di bilik abe.
.
Saya menyiapkan assignment tersebut di compartment Luqman kerana beliau tidak ada di situ. Namun, kadang-kadang saya pergi ke compartment Zum untuk berbincang mengenai beberapa isu yang saya dan kami musykilkan.
.
Arwah memang seorang yang pengemas. Bilik beliau bersih dan rapi. Saya gemar melihat biliknya yang tersusun kemas itu. Buku-buku Laws, fail-fail, nota dan sebagainya tersusun rapi. Di dinding biliknya terlekat bayangan firma yang mungkin diimpi-impikannya selepas tamat pembelajaran beliau nanti. Maklumlah, semester ini merupakan semester terakhir beliau sebelum digelar graduan Undang-undang UIA. Bukan apa, sekadar ingin menceritakan bagaimana beliau sangat bersungguh dalam cita-citanya .... segalanya diterjemahkan melalui persediaan beliau tersebut. Mungkin Zukhairi & Luqman lebih mengetahui hal keadaan beliau daripada saya ... Namun, seperti yang diakui oleh Zukhairi, arwah memang seorang yang sangat baik, jughuh orang klate sebut .... sukar untuk menolak sebarang bantuan yang dipinta, tidak kedekut ilmu dan idea. Pendek kata, saya selaku sahabat yang mengenali beliau selama ini, tidak pernah terguris dengan sebarang tindakan beliau.
.
Aiman: Semuanya dekat untuk Zum. Lepas raya dah nak final, sebulan lagi dia pun dah grad & beberapa hari lagi dah nak raya. (We never know)
.
Halem: Ermm, apa yang boleh kita ambil dari kejadian ini ialah; kematian itu sangat dekat dengan kita.
.
Saya: Hmm, betul. Kalau tidak berlaku pada Zum, mungkin ia boleh berlaku kepada kita.

Read More..

Friday, 3 October 2008

Cuti datang lagi

Cuti datang lagi. Kali ni cuti raya puasa. Kami sekeluarga dah banyak tahun balik kampong selepas solat raya di KL. Lepas tu baru gerak samada ke Batu Pahat dulu atau Kulim. Either or, mana-mana pun sama, sebab akan raya di dua-dua tempat. Tapi yang pasti lebih banyak beraya di atas jalan raya.
Saya lebih suka kalau balik kampong bukan time raya. Sebab sesak dan rebut. Tapi sebab dapat jumpa sedara-mara, it’s worth it. Cuma yang lagi best, kalau balik kampong time cuti sekolah. Kalau dulu-dulu memang banyak kali dapat buat macam tu. But now, it’s hard to find one of those time. Semua sibuk. Kalau tak tengah kuliyyah, mesti tengah ada program lain.
Time dulu, mesti at least balik seminggu ke kampong. Abah hantar. Then, adalah aktiviti kami bersama Tok dengan Wan, atau Baba dengan Tok Habib. Tapi sebab dulu rumah kami dekat Jitra, so yang selalu ialah ke Kulim. Apa yang best? Semuanya.
Pagi-pagi biasanya Tok dengan Wan akan ubah kebiasaan mereka solat subuh di masjid untuk solat di rumah saja. Yelah nak amek kira kami ni yang masih kecil. Cuma kalau hari jumaat, kami ke masjid. Sebab ada sujud sejadah. Time tu kecil lagi. Dalam hati dah tak sabar-sabar: Apsal imam ni baca panjang sangat? Yelah mana taknya. Rakaat pertama surah sajadah. Rakaat kedua surah al-insan. Tu pun kalau tak terlupa ayat-ayat. Di buatnya lupa ayat, then terus tukar surah lain-kalau pendek tak pe lah, ini ditukarnya ke surah al-waqiah. Alamatnya menggelatarlah lutut pagi tu.
Pas tu, kami akan balk makan pagi. Kalau tak pun sesekali pergi minum kat warong depan tu. Suka tengok atok-atok duduk bersembang hal-hal setempat. Tak kiralah politik ke, kendur kawin ke, apa ke. Seronok sangat.
Biasanya setiap kali balik aka nada aktiviti special. Mandi sungai atau air terjun. Yang menjadi pilihan ialah di Junjong. Pagi-pagi lagi dah siap. Dengan pakaian segala, basket terisi penuh dengan makanan dan juadah. Dan booom.!!! Bushhhh!!!...apa lagi. Terjun mandi la.
Kadang-kadang kali pergi juga melawat rumah anak yatim. Sebab tok wan salah seorang lembaga amanah rumah anak yatim kat tengah-tengah pecan Kulim tu. Kami follow je. Sebab kami biasanya ada agenda sendiri…Main bola kat padang depan rumah anak yatim tu. Apa lagi beraksi sakan laaa.
Huh. Tu semua kenangan berapa tahun dulu. Ada 10 tahun. Kemudian usia dah beranjak dewasa, it became lesser and lesser. Very rare dah balik kampong. Bukan sebab apa. Tapi mungkin krja banyak. Ah semua tu alasan je. Sekarang masa-masa indah tu, mungkin tinggal kenangan. Ye lah walaupun Tok dan Wan, dan Baba masih ada, ada saja hambatan yang membataskan niat kami itu.
Tak de pape. Cuma dekat-dekat nak raya ni teringat je. Well. Selamat hari raya. Selamat balik ke kampong. Dan hati-hati dalam perjalanan.

Read More..

Monday, 29 September 2008

Macam-macam hal tentang Ramadhan


Macam-macam hal tentang ramadhan

1. Ada orang sibuk menegakkan dalil solat tarawih Nabi 8 rakaat. Mungkin banyak benarnya. Tapi di negeri yang salafinya begitu tegar, solat tarawih 20 rakaat berjamaah itu biasa sekali. Contoh; masjidil haram.

2. Di negeri yang mazhab aqidah khalaf begitu dominan, contohnya Mesir, solat tarawih 8 rakaat itu biasa, walaupun khalafi berhujjah dengan perbuatan Umar r.a, solat 20 rakaat.

3. Solat 32 rakaat di zaman Khalifah Umar ibn Aziz, pula 32. Sebab katanya, di zaman Rasulullah 8 secara berjamaah itu sudah cukup, sebab bacaan surahnya panjang-panjang sekali. Di zaman aku ni pula (Umar Abdul Aziz), bacaannya pendek-pendek. Jadi samalah jika solat 32 rakaat.

4. Di Malaysia pula ada yang buat solat tarawih 8 rakaat, bacaan ayat-ayat lazim, bacanya pula laju-laju. Pukul 9.00 dah habis 8 rakaat.

5. Ada yang sibuk dok kira 8 ke 20 solat tarawih. Yang wajib lebur. Tarawih tu sunat, lebih-lebihkan, Solat fardhu wajib, tah ke mana.

6. Yang lagi best, ada yang tak solat langsung. 8 ke 20 ke, yang penting dia dok kat depan tv.

7. Ada pulak, orang-orang perempuan yang behujah, Nabi suruh wanita solat di rumah. Yang dia ikut hanya arahan Nabi untuk duduk di rumah, solat tarawihnya tak ada. Dok kat depan tv, layan movie.

8. Ada orang dah mewajibkan bacaan selawat sebelum Solat tarawih, sehinggakan kalau tak selawat, tak boleh start solat. Dah tu, kalau semuanya tak reti nak selawat (berlagu), tapi masa berjalan, hah, asal amek bunyi pun jadi lah. Sebutan tak dengar pun, tapi bunyinya tetap sama. Jadi bolehlah solat.

9. Ada masjid, ambil kesempatan, alang-alang ramai jamaah sebelum solat rtarawih, jadi buat bacaan tahlil sebelum solat. Sebab kalau buat lepas solat, orang dah tak ramai. Jadi bila dah ramai-ramai tu, buat tahlil lah dulu.

10. Dari situasi-situasi di atas ada kesimpulan:

a. Orang melayu ni cukup beradat. ‘memajliskan’ dan ;mengupacarakan’ ibadah tu dah memang tradisi. Solat tarawih tak boleh solat terus, kena ada pembukaannya, penutupnya, aturcaranya.

b. Kita kena kaji kemungkinan memperkenalkan fiqh mahalli-fiqh setempat-contohnya Malaysia. Sebab pastinya suasana berbeza dari satu Negara ke satu Negara. Misalnya, kalau dalil untuk wanita bersolat tarawih di rumah, walaupun sangat kuat, tetapi memandangkan memang hamper pasti, kalau orang perempuan ni tak pergi masjid, dan dok kat rumah, alamatnya tak solat tarawihlah jawabnya. Sebab tu, dalam sesetengah keadaan kerangka fiqh menjadi lebih utama daripada kerangka hadith, bergantung kepada penggunaannya.

c. Masalah yang timbul dari mengupacarakan sebahagian ibadah, adalah seolah mengibadahkan sebahagian dari tradisi-tradisi tadi. Tradisi-tradisi itu, bukanlah tidak islami, Cuma setelah sekian lama dibuat, dengan niat baik orang-orang terahulu, dia dah form part and parcel of the said ibadah. Jadi masalahnya bila ia dah masuk ke aqidah lah. Bila dah anggap sesuatu perkara tambahan sebagai rukun penting dalam islam. Sedangkan asalnya baik, tapi tidak diwajibkan. Kalau settle masalah tu, rasanya banyak benda baik yang boleh terus dilakukan.

Read More..

Wednesday, 17 September 2008

Di kala panas terik menghauskan anda..


Saya belum berkesempatan merai Ramadhan di timur tengah. Tapi ramadhan di Negara sendiri sudah cukup meriah saya kira. Cuma sesekali Nampak air yang sejuk, pasti terliur. Pasti juga setiap kali teringat, kenangan menikmati penghilang dahaga di timur tengah, menerpa ke kotak ingatan.


Kalau secara umum asir, atau jus buah-buahan apa pun ia memang berbaloi untuk menghilangkan dahaga. Tapi sebab ia cukup pekat, dan asli- orang kita tak jadikan ia sebagai minuman. Sebaliknya pencuci mulut saja. Tapi ada benda lain yang orang kita pasti akan terkenang.


I


Tahun lepas di Syria. Kata orang kalau melalu Souq Hamidiye atau sekitar Dimasyq, dan anda melewati penjual air tamr hind rugi kalau tak singgah dan menimati seteguk dua, kalau tak secawan dua. Tambah kalau selepas selesai berjumaatan. Di bawah panas terik, meneguk air tamr hind yang dingin dengan rasa masam, manis, wangi dan harum, dan sejuk yang mendingin di dalam. By the way, tamr hind adalah asam jawa. Di Syam, itu specialty mereka.


II


A friend of friend of mine, once pernah mengungkapkan tatkala di tanya apa kenangan yang paling tak boelh lupa ketika di Mesir, waktu belajar dulu. Jawabnya: Khasb. Air tebu. Saya pernah ke Mesir beberapa tahun dulu. Berziarahan. Tapi ketika itu kecil lagi sehingga tak dapat appreciate nilai estetika pada tebu Mesir tu. Apa beza tebu Mesir dengan kita punya?. Kata orang-orang di sana memang berbeza. Tambah kalau dah berjalan jauh, panas terik, dan jalan yang bising, berhabuk dan sesak dengan 22 juta penduduk di tengah-tengah kota Kaherah, memang nikmat minum tebu. Terus lupa masalah sekejap. Focus terus tertumpu kepada thirst quencher yang satu ni. Terasa masa terhenti seketika. Dan rasanya cukup untuk membuatkan kalau orang bertanya apa kenangan di Mesir-jawapannya tebu.


III


2004, saya di Sana’a. Ibu kota Yemen. Kalau ke kelas bahasa sebelah petang membawa ke malam. Kadang-kadang, kalau terasa tekak ni kering, pasti akan singgah menikmati air limb. Sebetulnya ia adalah air limau, yang dicampur susu. Jadi masam, manis, lemak susu bercampur, menghasilkan kenikmatan yang berbeza sekali. Tentunya lebih nyaman dengan hidangan dingin.



Di setiap tempat ada keistimewaan yang tak dapat disbanding dengan tempat lain. Bulan-bulan puasa ni, Cuma boleh teringat nak minum apa je lah, nak merasa…hmm..lambat lagi lah jawabnya.
Selamat berbuka puasa.

Read More..

Wednesday, 10 September 2008

Celoteh Ramadhan

Setiap kali masuk je bulan puasa ni mesti banyak cerita-cerita lucu yang menggelikan hati. Semua aspek kehidupan seolah berbeza bila masuk je bulan puasa. dan masyarakat dari pelbagai lapisan, khususnya di Malaysia ada cerita untuk dikongsi:-

1. Budak-budak sekolah rendah: Mula buat muka sebab kena bangun sahur awal pagi. Bila balik sekolah, penat, curi-curi makan

2. Suami: stand-by balik awal. Kerja sepanjang bulan puasa slow and steady. By kul 4 dah siap bertolak balik rumah.

3. Anak-anak di perantauan: Ramadhan first dah pasang lagu raya, especially lagu Sudirman. tangkap leleh beb..Dah teringat rumah. Tu baru puasa hari first. HAri tu lah jugak teringat masakan mak. Yang belajar local, hari first memang cari chan (chance) je nak sahur bersama family kat kampung.

4. Family: Masuk je bulan puasa dah plan nak beli baju raya kat mana. Tambahan kalau dah dekat-dekat penghujung, Jalan TAR, dan seluruh KL-sesak beb. Diborongnya segala khazanah. Dengan kedai-kedainya sekali. Baju raya, langsir, kuih raya.

5. Anak-anak yatim: bulan puasa diorang demand skit. Kalau nak ajak jemput buka puasa, nak kena tengok diari dulu, free tak. Sebab kalau clash dengan jemputan berbuka kat hotel 5 star, buka puasa kecik-kecik kat surau ni tak main lah.

6. Imam-imam: budak-budak hafiz, kalau bulan puasa memang ramai yang dipanggil menjadi imam tarawih. Tapi nak jadi imam, kena tengok package nye. Tengok bayaran. Bayar cikai, package tak lengkaplah jawabnya. Kalau bayar sikit, boleh compare dengan bayaran ramadhan tahun lepas plak tu. Katanya, tahun lepas kat kawasan-kawasan dato' tu, diorang bayar 5k, takkan ni bayar skit je?...kalau nak boleh. tapi package tak lengkap. bacaan ringkas je. doa pun pendek je. hehehe...

7. Peniaga pasar Ramadhan: tak menang tangan para peniaga pasar Ramadhan ni. ada aje cara untuk tambah pendapatan. Lokasi pulak yang strategic. Booking tempat, kalau dengan DBKL berbulan-bulan awalnya. Itu pun kena mark up banyak. Tak pa. Ramadhan punya pasal.

8.Budak-budak bujang: Time ni lah tak payah nak susah2 pikir pasal makn. Tinggal buat diari planner je. Hari ni kat mana, esok kat mana. Rezeki bersepah-sepah. dari rumah orang dah kahwin, masjid, syarikat tempat kerja, atau rumah lecturer, rumah boss. Mana-mana pun boleh.

9. Orang-orang yang mengelat: orang yang nak mengelak lah tu. Ingatkan zaman dulu je ada orang-orang yang rumah kata pergi, kubur kata mari lari dari puasa. zaman sekarang pun masih ada lagi. Macam-macam alasan. Gastrik lah. PAstu gi makan sembunyi-sembunyi. Dah kene tangkap dengan JAWI baru nak tau malu. Esok keluar suratkhabar, DAtuk 10 cucu ditangkap tak berpuasa.

10. Shopping mall: first puasa dah buat iklan untuk raya. sebesar-besar alam. berjenis-jenis. Sambutan bulan puasanya tak seberapa, tapi rayanya sakan bagai. Hotel-hotel pulak buat hidangan special sempena ramadhan. ingatkan ramadhan untuk besederhana, tapi kat hotel sumbat makanan dalam perut macam untuk setahun. Ye lah nak bagi berbaloi dengan duit yang dibayar.

Tu lah sebahagian coretan masyarakat kita kat Malaysia ni. Bulan Ramadhan bulan rezeki untuk semua. Saya cuma teringat kisah-kisah lucu tatkala menghampiri bulan mulia ini. Cerita-cerita di atas adalah sekadar celoteh ramadhan. Yang baik jadikan ikutan, buruk jadikan ingatan. Besederhana dalam Ramadhan.

Read More..

Friday, 5 September 2008

Merdeka+Ramadhan

Salam.
Kali ni sambutan merdeka diraikan bersekali dengan sambutan Ramadhan Al-Mubarak. Persiapan untuk Merdeka rasanya dah buat lama. tapi sambutan meraikan kedatang Ramadhan pulak macam mana? Are you ready for the feast?
Feast yang menyajikan pengalaman yang sangat berbeza. Makanan untuk jiwa sebanyak-banyaknya.
Satu je saya teringat, kata seorang teman. Ramadhan ni macam sprint. Tambahan pula kita baru je habis mengikuti Olimpic Games di China baru-baru ni. Tengok sahaja atlet-atlet tu. Persediaan untuk tournament selama dua minggu tu bukan dibuat seminggu sebelum tu, atau masa tu baru nak cari kasut, nak cari tali kasut, tapi dua tahun, maybe 4 tahun sebelum tu. Dengan training, pemakanan, supplements, discipline. Macam-macam lagi lah.
Begitu juga dengan kita. Ramadhan ni kenalah dirai dengan persediaan. TAkkan esok nak puasa, malam tu baru nak prepare segala macam. mestilah dari awal. Sebab, kalau tak pancit awal. 10 malam pertama je tarawih. Lain malam tarak. Tu baru tarawih. Amalam-amalam lain?
Nabi preparation dia bukan dekat-dekat nak Ramadhan. Tapi beberapa bulan sebelum tu lagi. Rajab dan Shaa'ban pun dah start banyak berpuasa. Dah start simpan duit untuk disedekahkan sepanjang Ramadhan, dan lain-lain. Sahabat-sahabat lain pula ^ bulan sebelum tu dah start berdoa dan eager nak berhadapan dengan bulan yang desediakan Bab Ar-Rayyan untuk mereka.
So. macam mana kita nak sambut kali ni. Dengan semanagt merdeka, bawa bersama ke Ramadhan. Bebaskan jiwa, ruhi, dan akal kita dari penjajahan. Merdekakan diri dari cengkaman syaitan dan nafsu. Ramadhan waktu penjajahan untuk iblis. mereka dirantai. So. yang kita plak nak ikatkan diri dengan diorang apa cerita?

Read More..

Thursday, 26 June 2008

Ayat lepas kawin

Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!


Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana!!!


Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..


Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???


Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??


Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..


Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!


Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?


Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!


Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???


Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!


TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK..


hehe...

cited from:http://www.lawakjenaka.com/

Read More..

Tuesday, 27 May 2008

Makan nasik di rumah Kerol

*ada perasaan yang berat bila membaca suatu entri di blog teman saya, makanasik. saya mengambil keputusan untuk berkongsinya dengan semua. menurt perkiraan saya, ini yang dimaksudkan dengan cerita ringan tapi mendalam.

******


Saya ada seorang kawan. Nama dia Kerol. Kami sama-sama sekolah AUSMAT batch 14 di Shah Alam.

Tiap-tiap hari lepas kelas tamat, saya makan nasik dengan Kerol di kantin. Pada satu hari, Kerol tak datang kelas.

Saya sms dia, "Weh kerol. Apsal ko x dtg kelas arini? Bosan dowh makan sesowang."

Kerol reply, "Aku x bape sihat skrg. Sakit aku dtg balik."

Saya jawab, "Ko ade kt umah x skrg? Nanti boleh aku ziarah ko, leh kite gi makan nasik sesama. Hehe."

Sms Kerol, "Aku xde kt umah ni. InsyaAllah nanti ko datang ler umah aku."

****

Esok, lusa dan hari-hari berikutnya Kerol dah tak datang-datang lagi ke kelas. Saya pun dah makin terbiasa dengan ketiadaan Kerol. Teman datang teman berganti. Kini saya dah pun ada kawan-kawan baru untuk makan nasik bersama-sama.

****

Jumaat lepas, setelah usai sembahyang jumaat, saya on kan hp saya. Ada 1 mesej baru. Saya bukak, "Wah, ade sms dari Kerol. Ape kabar laa mamat ni dah lame tak dengar cerita."

Sms tu berbunyi, "Salam. Ni kakak Kerol. juz nk inform yg kerol dh pegi meninggalkan kita semua pd tghari td. tahlil akan diadakan pd mlm esk slps isyak. sampaikn pd yg lain".

****

Malam ni malam sabtu. Malam ni aku tak masak pasal aku nak gi makan nasik kt umah ko, kerol. Ada ramai orang lain. Ada mak, ayah, adik beradik dan sedara-sedara ko. Budak-budak AUSMAT 14 kelas akaun semua ada. Cuma ko je yang tak ada.

Maafkan aku Kerol pasal jadi teman yang tak berguna, yang cuma datang makan nasik bila kau dah takde di dunia.


Kerol, moga kau tenang bersemadi di sana. Makanlah nasik bersuapkan bidadari syurga.

Amin.

Alfatihah kepada Allahyarham Khairul Nizam yang telah menghembuskan nafas yang terakhir pada hari Jumaat, 16 Mei 2008 kerana menghidap barah thyroid. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-0rang yang soleh. Amin.

http://makanasik.blogspot.com






Read More..

Tuesday, 20 May 2008

Seputar isu remeh temeh nikah

Memang kali ini, sebab temanya pernikahan, tambahan pula 'ruh' nikah menjelma dengan banyak semenjak cuti ni, maka memang pastilah akan terbit perbincangan seputar hal remeh temeh pernikahan. dan sudah memang lumrah manusia, perkara-perkara sebegini memang akan menjadi begitu besar dan mengesankan.

seperti biasa isu 'nya' dalam akad nikah pasti menjadi penentu sah batalnya sesuatu pernikahan. tambahan pula kalau berada di kawasan yang memang totok fahaman syafienya. tiada salah pada Imam syafie. Tapi, macam biasalah. Tok kadi biasa sahaja. Saksi kanan tu yang terlebih. nasib baik kena ulang sekalai saja. kalau lima enam kali, tak menyeksa namanya.

Lagi perkara berkaiatan, walaupun dah berkurangan dan jarang berlaku, kes tok kadi nak test si pengantin. time nak akad nikah lah, dia nak tanya hukum hakam Islam. macam sebelum tu atau selepas tu tak boleh. nak juga waktu pasang mic tu dia nak tanya. tension saja si memepelai.

Perkara lain, yang mnejadi masalah khususnya di kawaan-kawasan selatan ialah tol. Tol waktu rombongan pengantin lelaki berarak memasuki perkarangan rumah pengantin perempuan. Yang geli hatinya, tukang kutip tol (tol gate girl?) ialah orang-orang 'muda' yang sudah monopause. ada kejadian dengan sebab itu, perkahwinan dibatalkan. walaupun sebenarnya ia merupakan adat kebiasaan di sesetengah tempat, tetapi kadang-kadang ia dilakukan secara berlebihan.

seperkara lagi yang hampir sama ialah budaya menghitung bayaran yang diberikan semasa kenduri. sebagai satu adat, saya meraikannya. mungkin ada 'hikmah' disbaliknya. Tapi, budaya mengira dan menjumlahkan 'sumbangan ikhlas' tetamu yang hadir, dan ketika kenduri tetamu itu pula, bayaran yang sama akan diberikan.

Kalau duduk di bandar, pastinya catering yang menjadi pilihan. untuk bergotong royong, susah sikit lah sekarang ni. dan kalau cadangan untuk gotong-royong diutarakan, pastinya berubah muka. katanya, catering lagi senang. lagipun kenduri ni mudahlah, tapi kendara tu yang susah tu. nak kena hantar segala pinggan mangkuknya. Kenduri mungkin sehari, tapi penatnya seminggu. ada yang sampai demam-demam.

Lagi satu bab dandan mendandan. kalau hari tu, pengantin tak jadi macam pelakon opera cina tak sah. ni tak kira. kat mana-mana pun sama. melainkan kalau seseorang tu pakai profesional make up artist. kalau tak sama saja. samapaikan ada yang selepas upacara majlis, sesekali sekala nak selak-selak dan belek balik gambar-gambar kahwin akan cepat-cepat alihkan muka surat yang dia posing, sebab malu muka dah jadi macam opera cina. huh?

sebenarnya banyak lagi. tapi cukup setakat ni saja celotehnya. sekadar satu observation. tak berniat nak insult atau menyakiti sapa-sapa.

Read More..

Menanti Cinta pilihan tuhan I: sebuah rakaman dialog


“Kalau begitu cinta dan jodoh ni memang tak perlu dicari. Ia akan datang sendiri. Duduk sahaja?.”, tanyaku bersemangat.

“memang Allah dah tentukan. Kalau bersemangat planning dari awal pun, kalau belum masanya, memang, takkan jadi punya”, kata seorang teman.

“Eh, itu bukan ke fahaman Jabariah? Biarkan sahaja Allah yang menetukan, dan kita tak perlu berusaha apa-apa. Sebab Allah akan tentukan last sekali, begitu maksudnya?” tanyaku sedikit mempersoalkan kewajarannya.

“Hmm. Inikan bicaranya soal cinta. Soal kahwin itu, memang boleh diuruskan, bahkan secepat manapun, sekarang. Esok. Lusa. Tapi belum pasti ia cinta. Sebab itu kan diberikan Allah khusus bila sampai masanya. Seolah-olah, tup tup, semuanya ada aura kuat yang menolak. Bukankah nabi ada kata, mintalah fatwa pada hati kamu?” teman itu seolah bertanya, walaupun sebenarnya dia lebih arif.

“Ya ada. Tapi…maksudnya..kita biarkan sahaja masa itu berjalan. Tak perlu dipaksa-paksa. Berjalan biasa dan semulajadi. Sampai masanya cinta pilihan tuhan itu akan sampai. Maksudnya ada kemungkinan ketika itu paras rupa, dan hal-hal sampingan sudah menjadi tidak penting. Sebab cinta itu adalah cinta pilihan tuhan. Cinta yang buta pada benda-benda lain”, aku seolah membentak, walaupun terpaksa akur dengan hujah awal itu.

“ya. Bahkan serius sekali saya nyatakan, sungguh sebelum bernikah niat saya hanya satu, saya iakan sahaja kalau jodoh saya itu wanita yang lanjut usianya, dan ‘rejected’. Asalkan dirinya dan ‘pencerahan’ (tarbiyyah) dekat dan kukuh”. Khali. Terdiamku sejenak.

“Tapi inikan soal hidup kita. Menentukan baik buruk masa depan kita! Takkan nak senang-senang pilih, padahal bukankah banyak prosesnya?’. Satu pertanyaan, walupun sebenarnya tidaklah juga.

“Mungkin. Prosesnya yang biasa itu ok. Ikut sahaja. Tapi apa yang hendak ditakutkan? Mengapa takut kalau pilihan itu tidak molek? Macam Cina Bagan (sekadar satu istilah umum yang digunakan merujuk kepada orang yang tidak memiliki paras rupa yang elok). Tapi yakinlah, ketika itu, ketika cinta anda dipilhkan oleh tuhan, bismillah, jalan…, katanya ringkas.

Read More..

Wednesday, 14 May 2008

Krisis identiti

“Aku kumpulan dengan siapa?”

“Siapa kumpulan dengan aku?”.

Ingat lagi tak waktu kecil-kecil dulu, permainan ‘aci-ligan (dalam istilah utara) atau polis dan pencuri? Dialog di atas merupakan antara perkataan yang sinonim dengan permainan tersebut. Sebelum permainan dimulakan, satu undian akan dijalankan. Dan dialog di atas akan mengambil tempat dalam situasi itu.

Mungkin dialog biasa. Tapi panjang dan dalam lagi, ia adalah manifestasi tahap psikologi seseorang. Pemimpinkah dia atau yang dipimpin. Suka membentuk fenomena atau mengikut arus fenomena. Dalam dunia sekarang, dengan kesan globalisasi, krisis identity semakin menjadi-jadi. Khusunya remaja yang memang secara lumrah dan semulajadi mencari identity untuk diri mereka.

up to date

Setiap kali ada sahaja perkembangan baru dalam dunia style dan trend masakini remaja pasti nombor satu dalam menjadi yang up to date. Kalau dulu rock, kemudian rap, skin head, breakdance dan hoppers, kini shuffle menjadi trend semasa. kalau sesekali berjalan di kota, pasti kelihatan di tepi-tepi jalan remaja-remaja bahkan yang masih hingusan dan bersekolah melepak dan bershuffle mengikut rentak muzik. Hamper di mana sahaja, tengah kota, pinggiran urban, atau di kampong-kampung, fenomena ini telah melanda.

Bukan satu hal yang besar kalau memang remaja terlibat. Sebab sudah menjadi lumrah alam, jiwa-jiwa ini ingin mencari identiti. Bagaimana identity yang harus aku pegang dan tampilkan, supaya akan sentiasa tampil tampan, trendy, bergaya, dan up-to-date. Dan, pastinya berhabis-habisan melabur ratusan ringgit untuk mengikut trend itu.

Pengalaman diri

Saya masih ingat, waktu kecil lagi, kira-kira ketika berumur 9 tahun, setahun selepas pulang dari UK, cita-cita saya masa itu, untuk menjadi sultan (walaupun memang mustahil sebab bukan dari keturunan raja). Dan hobi yang turut mengiringi cita-cita itu termasuklah mengumpul gambar raja-raja, dan mengetahui salasilah dan keturunan mereka. Mungkin juga exposure daripada family yang telah mempengaruhi minat dan tendency saya kepada hal-hal begitu.

Tapi, bila kadang-kadang fikir balik, saya juga seperti remaja lain. Juga mencari identiti. Tapi saya tidak mahu jadi yang biasa-biasa. Ikut-ikut orang. Jauh di sudut hati, bahkan selalu menjadi tabiat saya sampai sekarang, mesti nak buat lain dari yang lain. Mesti nak membentuk fenomena dan bukan mengikut arus perdana. Bukan untuk cakap lebat, tapi mungkin setelah difikir-fikirkan, ada benarnya dialog di atas tadi. Sebahagian orang memilih untuk mencipta. Sebahagian memilih untuk hanya mengikut.

Saya tak kisah dengan semua tu. Yang penting, ketika membuat pilihan untuk menetukan identiti masing-masing, walaupun ia memang satu proses yang berjalan, tapi at least, fahami identiti itu, dan jangan hanya sebab nak ikut.

Read More..

Sunday, 11 May 2008

Ibuku seorang pembohong


Ibuku seorang pembohong

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang
berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang
ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi
saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk
dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir
sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga
miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering
kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami
terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu
keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering
saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk
yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu
sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya.
Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata :
""Makanlah nak ibu tak lapar." - PEMBOHONGAN IBU YANG
PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering
meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di
tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan
hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan
untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari
memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan
mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu
ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan
yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan
yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti
itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu
saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan
cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak
suka makan ikan." - PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu
pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi
dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang
dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi
saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih
dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya.
Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk
kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok
pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan
berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk
lagi." - PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja
supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk
menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah
siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus
sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja
tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada
Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan
cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian
sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan
menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang
dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat
dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih
kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya
segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan
menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan
berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" - PEMBOHONGAN
IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas
saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang
mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga.
Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu
lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.
Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan
keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan
keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik
hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk
membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu.
Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah
lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan
mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang
keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu
berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak
perlukan lelaki." - PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula
bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh
ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah
lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari
duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar
setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi
keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh
di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu
memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras
tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu
mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan
susah-susah, ibu ada duit." - PEMBOHONGAN IBU YANG
KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya
melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di
luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai
sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu
saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja
dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya
juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan,
saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung
hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu
sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh
hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau
hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan
keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak
ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini
dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal
di negara orang." - PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.
Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam
saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu
mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu
berada jauh diseberang samudera terus segera pulang
untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu
terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani
pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap
wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan
saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa
menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya..
Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya
penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu
menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah
ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu
kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu
hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu
dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum
dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." -
PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu,
ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir
kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda
boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari
mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata,
'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga
kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana
biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya,
tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata
itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan
nafasnya yang terakhir.

Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu.
petikan daripada mastika

Read More..

Tuesday, 29 April 2008

Hitam, putih, dan kelabu

Saya hanya berkesempatan untuk mencoretkan pandangan ini selepas beberapa ketika memasuki tempoh praktikal. Tapi ceritanya bermula lebih awal lagi. Dalam awal bulan tiga. Ketika itu saya sedang membelek dan meneliti isi kandungan buku Fenomena Ayat-ayat Cinta. Ia bukan sebuah novel. Tapi autobiografi Habiburrahman El-Shirazy.

Autobiografi itu biasa sahaja, cuma saya tertarik dengan satu ulasan di muka-muka awal buku terssebut. Itu berkomentar tentang bentuk dan pola cinta setiap watak dalam masterpiecenya Kang Abik itu, ayat-ayat Cinta yang sudah dibawa ke layar perak. Cinta milik Maria, Aisyah, Nora, dan Nurul.

Yang menarik di hujung komentar itu, penulis ada membuat ulasan berbunyi: “ walau apapun namanya, cinta, selagi belum sah nikahnya, memang hubungan itu tidak sah, atas alasan apapun ia. Nah kalau ikhwah dan akahwat itu sengaja mencari alasan memperbolehkan ia, walaupun dan khususnya di masa-masa khitbah, maka ia kekal sebagai suatu alasan tanpa nilai apa pun”.

Hitam, putih dan kelabu

Sejenak saya terfikir. Dan getus saya, hitam, putih dan kelabu. Itulah setepatnya. Tentang cinta. Yang mampu mengubah hitam itu ke kelabu dan seterusnya putih. Apa saja itu. Tentang yang boleh dan yang tidak diperbolehkan dalam cinta. Rasanya ruang ini tidak harus menjadi ruang bicara agama layaknya, kerana saya sendiri masih fakir ilmu berbicara soal itu. Tapi ruang berkongsi pengalaman dan melihat perubahan teman-teman dalam menafsir istilah cinta.

Yang putih itu jelas. Yang hitam juga jelas. Yang halal itu jelas. Yang haram itu jelas. Tiada sangsi. Cuma, selangkah seseorang itu memasuki fasa pertunangan, khitbah, ceritanya lain sekali. Pasti, dan pasti itu bersandar pada pengalaman, definisi hitam dan putih itu tadi mula berubah. Jadi kelabu. Dan kelabu itu pula semakin banyak dan membesar.

Fasa khitbah

Fasa pertunangan merupakan cabaran terbesar bagi setiap individu. Sebab anda berada dalam alam antara ‘haram’ (sebelum ada apa-apa hubungan), dengan yang ‘halal” (selepas perkahwinan). Walaupun jelas dalam Islam, fasa pertunangan tidak membawa apa-apa kuasa dan tanggungjawab, tetapi itu soal fiqih. Soal hati anda seolah telah mampir menjadi suami atau isteri kepada seseorang.

Di situ masalahnya. Contohnya soal berhubungan. Sebolehnya dibatasi, walaupun sebahagian besar ulama memperbolehkan. Tetapi pastinya dengan pemantauan dan adab-adabnya. Tetapi bagi ‘pasangan’ yang dalam tempoh ini, kadang-kadang itu terlepas juga kata-kata rindu-rinduan, sayang-sayangan, cinta-cintaan. Kata mereka itu berlaku out of control. Akibat perasaan dalaman untuk mendapatkan kepastian tentang cinta mereka. Kalau bicara soal fiqih, mungkin ok. Tapi tentu sudut tasawwuf (dalam erti kata yang luas), ketundukan hati, dan kekhusyukan, itu pasti melemahkan.

Banyak insiden-insiden yang berlaku di sekeliling kita. Ia tak perlu diungkapkan dengan kata-kata tapi cukup jelas kelihatan dengan pandangan mata kita. Perilaku dan tindak tanduknya menunjukkan seolah dia tahu perbuatan itu hitam, tetapi akan terus mencari justikifasi untuk memutihkannya. Maka jadilah ia kelabu.

Saya malas nak berbicara panjang. Bagi saya mudah. Ya, yang akan melangsungkan pernikahan, cepat-cepatkan. Saya khuatir endingnya nanti lain kalau dilambatkan. Tapi kalau yang sudah bertunang tapi pernikahannya lambat lagi, pandai-pandailah. Apa pun alasan anda, hanya anda yang akan menjawabnya kelak. Yang pasti selagi peradaban manusia ada, ruang kelabu itu pasti lebih mendominasi. Hitam, putih, dan kelabu dalam cinta.

Cinta dan orang da'wah

Cinta itu menggilakan manusia. Mungkin juga benar. Sebab kita manusia. Dan sejarah telah menjadi saksi jatuh bangun bangsa ditentukan oleh cinta. Cinta yang macam-macam ragamnya. Cinta tuhan, cinta hantu tahyul, cinta perempuan, cinta lelaki idaman, cinta harta, cinta pangkat dan jawatan. Cinta menjadikan manusia obses.

Dalam ruang bicara da’wah, ruang kelabu inilah yang menjadi sandaran. Jangan berbicara soal besar, kalau dalam fatrah (tempoh) pertunangan anda gagal memutihkan yang putih dan menghitamkan yang hitam. Anda duduk dan kekal dalam ruang kelabu itu. Ingat. Sebagai orang ‘dawah, anda menjadi cermnan Islam. Walaupun tidaklah selalunya betul. Tapi orang lain beranggapan begitu, dan akan menadikan perbuatan anda hujah untuk mereka melalukan sedemikian.

Read More..

Monday, 17 March 2008

Kita macam hp?

Ini analogi seorang rakan, ketika berkesempatan duduk-duduk bercerita tentang kehidupan. Katanya,
“kita ni macam hape (handphone)”.
Kenapa pula?
Sebab ia mempunyai banyak persamaan dengan manusia dan kehidupan yang dia lalui.
Macamana pula tu?
Jasad kita adalah ibarat hp tu sendiri.
Dan setiap hp tu mempunyai komponen yang sama, hardwarenya, battery, softwarenya dan, SIM card nya, serta signal yang berfungsi untuk menghantar dan menerima isyarat. Mahal atau murah, setiap hp mempunyai komponen-komponen ini.
So?
Begitu juga manusia. Jasad kita mungkin berbeza antara satu sama lain. Ada hp flip, ada besar, ada compact, ada putih, ada hitam, ada warna-warni. Manusia juga begitu. Fizikal kita pasti berbeza antara satu sama lain. Ada yang dari Malaysia, dari Afrika, dari Eropah, ada yang putih, merah, ada sawo matang.
Benda-benda lain pula?
Begitu juga software yang ada dalam hp. Makin canggih satu hp, maka makin banyak fungsinya yang boleh dioptimumkan. Tapi secanggih mana pun satu hp itu, bahagian yang paling penting ialah keupayaannya untuk terima dan hantar isyarat signal. Begitu juga dalam kehidupan kita, dengan tuhan. Mungkin ada manusia yang lengkap kehidupannya, mewah serba-serbinya, tapi dia tetap perlu kepada tuhannya. Dan hal yang sama turut dimiliki oleh hp yang murah dan kurang fungsi tambahannya. Yang penting bukan aksesori tambahannya itu, tapi keupayaan untuk terima panggilan. Dan panggilan yang paling utama ialah berhubung dengan tuhan. Tak begitu? Jadi, walaupun satu hp itu mahal harganya, boleh merakam suara, snap gambar, play music, dan lain-lain, tidak bernilai juga kalau tidak dapat call keluar.
Ya. Tentu sekali. Tapi battery itu pula, apa kaitannya?
Battery itu adalah alat sokongan kita. Macam hp canggih tadi, katakana signal receivernya baik dan berfungsi, tapi kalau battery tak ada, ataupun kong, maka tidak juga dapat dia berhubung. Begitu juga dalam kehidupan kita. Kita memerlukan charger untuk sentiasa charge battery kita, hati. Sentiasa dipertingkatkan dan dipastikan pada tahap optimum, agar nanti bila berhubung dengan tuhan tak terputus-putus atau terganggu. Dalam perhubungan dengan tuhan, charger hati ialah ikhlas, tilawah Al-Quran, tahajjud, dan tawadhu’.
SIM Cardnya apa?
SIM card tu, macam identification bagi handphone. Dialah nyawa bagi hp tu. Yang memberi makna kepada berharganya hp itu adalah adanya SIM cardnya. Jadi dalam kehidupan kita, SIM card kita adalah agama kita, tentunya Islam. Tiada makna kalau berhubung dengan tuhan, tapi dia tak kenal kita, dan tidak mengiktiraf kita. Hanya dengan SIM card kita diterima untuk berhubung, maka hanya dengan Islam kita boleh berhubung dengan tuhan.
Oh, begitukah.

Read More..

Friday, 14 March 2008

Ais krim dan kenangan indah lalu...

Malu juga kalau dah besar panjang ni, tapi still menikmati ais krim sambil melepaskan lelah selepas satu hari yang memenatkan. Masakan tidak. Dengan berjanggut dan bermisai, menikmati ais krim masih dengan cara tersendiri, persis waktu kanak-kanak dulu.

Coretannya tentang apa?. Tentang mengapa waktu kita menikmati dan terasa ingin sekali menikmati ais krim kita ada habit tertentu yang begitu mengembalikan nostalgia zaman kecil dahulu. Sebab itulah fitrah manusia. Tentu sekali dia ingin waktu santai dan relax. Dan santai dan relax itu hadir melalui hidangan ais krim yang dinikmati, tentunya itu yang disogokkan sejak kita masih kecil kan?.

Sesekali menikmati ais krim tu, pasti kenangan dulu muncul semula. Walau apa pun cara anda menikmati hidangan ais krim anda, dengan apa perasa sekalipun, yang pasti ianya mengembalikan anda ke zaman kecil anda.

Kalau berbicara tentang ais krim ini, tidak dapat kita lari dari menelusuri sejarah pembuatan ais krim. Dan pastinya kalau anda membaca di maan pun berkaitan hal ini, pastinya akan disebut di situ tentang Dimasyq, Syria. Tepatnya Souq Hamidiye. Ada apa sebenarnya di situ?. Secara turun temurun, dikisahkan ais krim mula-mula dicipta di situ. Dan masih sehingga sekarang teknik yang sama, dan warisan itu masih dikekalkan sehingga ini hari. Rasanya?. Unik sekali. Secara relatifnya, tidaklah tepat seperti ais krim-ais krim lainnya di waktu moden ini. Sedikit likat, rasa susunya kuat, tetapi tidak terlalu sejuk, dihidangkan dalam dua versi dalam mangkuk atau kon. Disediakan dalam beberapa perasa, vanilla, coklat, dan strawberi, serasa-rasanya sama sahaja. Sempat juga ketika berkesempatan bermukim di sana buat beberapa ketika menikmati hidangan penuh sejarah ini hampir setahun yang lalu.

Di sini juga, di Malaysia, evolusi pembuatan ais krim sangat pesat. Tanya sahaja ibu ayah kita tentang pengalaman menikmati ais krim zaman mereka dahulu. Kring. Kring. Kring. Ais kepal!!! Bagaimana bentuknya. Tanpa bekas, ia adalah seumpama anda menikmati ABC di waktu kini. Dan ketika itu, khususnya di kampung-kampung, ianya sangat popular.

Kemudian datang pula ais krim Malaysia, sebahagian memanggil ais krim Selangor. Bahan yang sama dengan ais kepal, ais kosong dengan perasa, Cuma ia dibungkus dalam plastik dan diikat di hujung. Harganya sekitar 5 sen ke 10 sen. Selang beberapa lama selepas itu, datang pula ais pop, masih mengekalkan produk yang sama Cuma pembungkusan yang sedikit moden. Yang menarik, ianya pasti mengingatkan teman-teman pengalaman petang-petang selepas penat bermain bola atau tuju kasut. Sambil menikmati ais pop bersama-sama teman di tepi padang pasti sungguh mengembalikan memori silam. Pastinya anda juga terkenang proses nak membelinya. Masing-masing kena top up sikit duit, dan ais pop itu dipatah dua. Ada yang memulas tengahnya, ada yang karate dengan lutut dan pelbagai lagi.

Dan generasi kini menikmati ais krim mereka dengan cara yang mungkin sudah berbeza dengan kita dahulu. Perasanya, bahannya, atau mungkin apa sahaja. Tapi yang tetap sama ialah kenangan yang dibawa bersama ketika menikmati ais krim itu.

Read More..

Wednesday, 12 March 2008

Pengalaman jadi DJ

Beberapa mingu lalu, acara walimah-l-urus Muaz Nawawi di Melaka, meraikan pengatin di sebelah perempuan. Pengalaman yang menarik bagi diri, sebab bukan sekadar sebab dapat brgotong-royong menyiapkan dari A sampai Z, dari memasang khemah, menyiang segala, memotong segala, menggaul serba-serbi, menggoreng bermacam, sehinggalah menghidang dan membasuh semuanya. Secara pebribadi, tidaklah saya terlibat dalam semuanya, tapi melihat teman-teman bertungkus-lumus mengerah keringat dan membanting tulang mempersiapkan sekadarnya.

Pengalaman peribadi yang pasti takkan dilupakan ialah menjadi DJ bagi sepanjang acara itu. Pengalaman selama ini, itu tiadalah banyak. Sikit-sikit saja. Cuma diberi peluang menjadi Dj di rumah kahwin, memang uniklah. Tugasnya tidaklah terlampau berat, Cuma memerlukan kemahiran tertentu.

Yang pastinya, bantuan daripada taukeh P.A system itu, sangat membantu. Dia controlkan bahagaian naik turun suaranya, manakala yang lain-lain itu, termasuklah pengumuman-pengumuman, pemilihan lagu, selingan-selingan, sendaloka, serta pantun-memantun itu kerja saya lah.

Dengan personaliti yang belum lagi establish, maka terkesan juga dengan gaya pelbagai personaliti besar. Ada yang kata macam gaya Halim Othmanlah, gaya Dj supermarketlah, macam-macamlah. Apa-apa ajalah. Ada yang kata kelakar, ada yang kata serius sangat, kena banyak cool lagi. Ada yang ucap tahniah. Macam saya pulak yang dah jadi pengantinnya. Ada yang mengusik, jadi bestman (pengapit) sudah, jadi Dj sudah, jadi pengantinnya bila pula. Saya tersenyum saja.

Anyway. At least saya dah boleh tambah satu pengalaman baru dalam koleksi BOLEH BUAT saya. Anda tak nak cuba ke?

Read More..

Thursday, 6 March 2008

Kenangan buat assignment


Dua minggu yang sungguh menyesakkan. Assignment yang sebenarnya telah awal-awal lagi diberikan oleh lecturer, baru dibelek-belek. Dua tiga assignment, presentation, latihan, test dan macam-macam lagi begitu menekan dan mengerah keringat dan otak untuk disiapkan. Kalau ditanya pada student lelaki, katanya “biasalah budak laki. Study dan kerja last minute”. Sesekali benar, tepatnya memang begitulah.

Yang menarik perhatian saya bukanlah hebat tidaknya assignment yang dihasilkan, ketika sesekali berbicara sama teman-teman. Tapi yang pasti mengingatkan dan mengmbalikan memori ialah proses menyiapkannya, apa lagi kalau dibuat last minute. Itu sisi yang paling menarik. Dan saya pasti hampir semua pasti sekurang-kurangnya pernah mengalami nostalgia begini.

Masakan tidak. Situasinya lebih kurang begini:-

  1. Assignment harus dihantar selewat-lewatnya hari itu. Waktunya tidak dinyatakan oleh lecturer. Jadi buat presumption bahawa mesti hantar malam itu sebelum pukul 12 tengah malam. Malam ini baru berkumpul dan baru pertama kali membelek soalan assignment.
  2. Assignment memerlukan rujukan kepada kes, atau kajian tertentu, dan malam itu library tutup awal. Internet pula rosak, atau sekurang-kurangnya slow. CC pula full.
  3. Kawan lambat datang. Dia pula yang pegang soalan assignment. Dah call banyak kali, tak angkat-angkat. Katanya terlupa. Dia pula ada date dengan awek kat luar. KLCC. Sampai-sampai, lupa pula bawa soalan bersama. Balik pergi ambil pula.
  4. Dalam proses menyiapkan soalan, banyak pula tarikan-tarikan lain di compartment sebelah-ada filem baru, sambungan episod pb lah, anime baru, game baru, atau football match antara dua pasukan hebat.
  5. bilik pula bersepah-sepah. Tengah menyiapkan assignment, soalan pula misplace, atau bahan-bahan yang dah siap nak dikumpul salah letak.
  6. Malam itu baru nak cari makan. Lapar sangat. Lalu belilah sekeping dua roti canai. Sambil taip assignment boleh makan-makan. Dalam kecoh ribut tu, kuah kari pula tumpah di atas assignment.
  7. Petang sebelum buat assignment pergi main bola dan pastinya penat. Jadi waktu menulis dan menaip tu, cincai balai. Paragraph tak sama panjang, ada pembuka kata tapi tiada penutup kata (seolah-olah sepanjang-panjang itu, dia quote je kata-kata orang), Muka surat tak tersusun, huruf bercampur besar kecilnya. Kadang-kadang assignment harus ditaip dalam bahasa arab, dan taip memang slow sangat. Baru nak cari dari satu huruf ke satu huruf.
  8. Dah separuh jalan menyiapkan tugasan, satu blok hostel pula black out. Habis semua document yang dah ditaip. Terpaksa tulis semula. Printer pula rosak waktu nak print out, terpaksa call kawan-kawan nak pinjam printer.
  9. Dah penat buat kerja dan tugasan, tapi belum siap. Mata pula dah kantuk. Fikir-fikir nak lelap barang sejam dua. Dalam longgokkan dan timbunan buku yang bersepah-sepah, dan air sprite serta bungkusan roti canai tadi, tidurlah dia. Ingat nak bangun dalam pukul setengah jam tiga. Tup-tup bangun-bangun pukul 8 pagi pulak.
  10. Bangun-bangun marah kat kawan sebab tak kejutkannya semalam. Tak sempat menyempat untuk mandi, terus bergegas ke CC berhampiran untuk print out. CC pula buka pukul 9. Tunggu. Lepas buka, terus check thumb drive, rupa-rupanya tak ada, terlupa nak copy. Patah balik ke bilik. Lepas tu baru nak binding.
  11. Nak ke fakulti hantar assignment, motor pulak pancit. Jalan kakilah jawabnya. Dalam berpeluh-peluh tu, berlarilah ke fakulti.
  12. Ketuk pintu bilik lecturer, tak ada orang. Ah, masukkan je lah bawah pintu. Nanti dulu. Terlupa tulis nama dan no. matrik. Call kawan-kawan dulu. Kredit pula habis. Lari bawah ke kedai koperasi. Beli top up. Tak ada yang RM5. Duit pula tak cukup. Pinjam kat kawan yang sempat dia jumpa kat tepi koridor. Dah beli top up, bateri pula kong. Terpaksa pinjam handphone kawan.
  13. By the time nak masukkan assignment yang dah comot dengan kuah kari kat tepi-tepi, binding yang senget, dan no matrik yang ditulis tangan di muka hadapan, terserempak dengan lecturer. Dan bila ditanya kenapa lambat, alasan yang diberikan ialah tersilap tarikh, “ingatkan hantar sebelum pukul 12 tengahari ni dr”, katanya sambil tersengih macam kerang busuk.
  14. Lecturer pula mula-mula menolak untuk terima assignment yang lambat dihantar. Tapi akhirnya terima juga, walaupun mengenakan syarat untuk deduct 10 markah.

Dah habis semua tu, proses yang rasanya kalah student-student lain, barulah lega, walaupun dah memang pasti markah sikit. Dan yang memang pasti lagi ialah itu yang akan terus berlaku bila-bila pun, selagi masih ada manusia yang namanya pelajar. Buat kerja last minute, begitulah lagaknya.

Dan saya tiada kaitan dalam cerita di atas. Cuma, kalau sesekali teringat dan berkongsi cerita dengan teman-teman, pasti ianya menggelikan hati.

Read More..