Saturday 4 December 2010

Mencari Al-Akhilla’

Mana dia-
Seorang sahabat, kawan
Teman Seiman dan setaman
Berkongsi manis perjuangan
Bertamu di ruang pencerahan.
Mana dia al-akhilla’?

Peribadi luhur
Tutur bicara teratur;
Menabur budi dalam hadir
Menitip doa dalam musafir.
Mana dia al-akhilla’?

Sering berpesan soal haq, sabar
Tak putus bertanya khabar;
Duhai al-akhilla’-
Bantu aku berpakaian taqwa
Agar terhindar dari nista

Dari dalam jiwa
Tak pernah rasa lelah
mendendangkan senantiasa
Senandung cinta Ohebbuka fiLlah

Mana dia al-akhilla’?

HadiMahdiMuhtadi
Setiawangsa
4 Ogos 2010

Read More..

Tuesday 9 November 2010

Duhai Anak


Dikau

Jadi tanda

Pengikat kasih mesra

Antara abah dan mama

Hadirmu bawa cahaya

Senyum mekar sang ayahanda

Pelukan erat umi, mama, ibu dan bonda

Tangis gembira menyambut, saat lahir ke dunia


Seringkali esakmu di malam menjelma

Jua rajukmu tak kena masa;

Tidak pernah terbersit di sudut hati

merasa kau mengganggu walau sekali


Membesarlah duhai permata hati

Jadilah contoh mithali;

Belajarlah semahunya

Banggakan keluarga dan orang tua


Semoga panjang umurku-melihat kau berjaya

Menikmati sebuah dewasa

Mengecap percaya nusa-bangsa

Menggenggam cinta Pencipta

Menjalani hidup sebagai manusia

Menjadi insan berguna.


Hadi Mahdi Muhtadi.

Read More..

Sunday 7 November 2010

Daania Izzah binti Muhammad Aiman


Officially Introducing...

Daania Izzah binti Muhammad Aiman.

D.O.B: 29 October 2010

P.O.B: Ampang, Selangor.


Doakan semoga menjadi anak solehah.

Amin

Read More..

Tuesday 19 October 2010

Sidang Awliya'

I

Wali-wali pun bersidang

Dalam majelis rahasia

Di ruang angkasa raya

Berbicara soal manusia

Yang lupa asal-usulnya

Yang alpa pada Pencipta

Menyimpan terus

Rahsia jagat maya

Lima semuanya*

Mendampingi Penguasa

Hadir di kalangan

Yang biasa-biasa

Membisik tolong dan bercinta


II*

Ha. Mim. Ain. Sin. Qaf.

Sidang penuh ketertiban

Duduk menyimpuh

Dekatdekat

Dan

Berdepan-depan;

Malaikat-malaikat kurubiyyin

Malaikat-malaikat Falakiyyin;

Nabi-nabi ulul-azmi

Sahabat-sahabt khulafa’ ar-rasyhidin

Sahabat-sahabat abadilatul-Quran Al-Adzim;

Imam-imam Syariat

Imam-imam Tarekat;

Dipimpin tiga penguasa tertinggi

Hasan, Hussain, & Mahdi

Dipersidang oleh Sayyidil Habibi*


III

Dan dititipkan

Pesanan berharga

Mursyid dan Mawlana

Sidi yang Arif billah;

Bicara terus suluk, mauhibah, uzlah jiwa raga

Silang pergantian wali-wali qutub sana*

Segala thiqah dan adab seorang Hamba

Tentang zikir, fikir, tadabbur maya

Dan habaib semuanya

Rantaian Ahlul bait keluarga baginda

Pelajaran tawadhu’ dan beserdahana;

Menjalani penghidupan salikin

Atas jalan tasawuf dan sufiyyin


V

Mistikus membelenggu;

Wali-wali

Aktab, Qutub, Abdal, Awtad,

Akhyar, Nujaba’ dan Nuqaba’

Yang Sultan dan Yang Shahir *

Yang laki-laki dan perempuan

Yang dari Syam, Mesir, dan Iraq*

1, 4, 40, dan 300 jumlahnya;

Dalam mentafsir

Sab’ul Mathani wal-Quran Al-Azim;

Salasilah

Atau salah silap;

(Dan ruh-ruh pun berbicara)

Mencari Al-Mahdi

Bingkisan Nur Muhammadi;

Para Salikin

Yang berlegar seputar relung

Martabat dan Syariat,

Hakikat dan Ma’rifat;

Dalam fana doa dan taubat

Mendalami makna yaqazah dan karamat;

Tentang mati dan hayat;



VI

Semua belum punyai jawapan

Sidang terus berlangsung

Dan Tuhan jadi Saksi.



HadiMahdiMuhtadi

Taman Melati,



* http://artikelislam.wordpress.com/kirim-artikel-tarbiyah-2/

* http://forum.dudung.net/index.php?topic=1618.0;wap2

* http://naqshbandiyun.blogspot.com/2007/02/assabul-matsani-dan-empat-wali-qutub.html

Read More..

Tuesday 28 September 2010

Mengatalah

Mengatalah
sesuka hatimu
kerana aku
tak akan pernah
ambil tahu

Robeklah
Semahu-mahunya
Biar dibuka segala cerita-cerita
Biar heboh
Diusung ke mana-mana
Cereka ciptaanmu itu.

Kerana aku tak pernah kisah
Dan ambil peduli
Kerana itu omong kosong
Tak ada ujung tak ada
Pangkal

(Apa kau sibuk?
Ini hal aku!
Siapa gila?
Kau atau aku?
Aku tak kacau sapa-sapa!
Ikut akulah nak buat apa!)

Tapi apa nak buat
Mulut orang;
Mulut tempayan boleh lah
Ditutup-tutup
Dibuka-buka;
Mulut manusia-
Binasa dunia.

Hadi.Mahdi.Muhtadi

Read More..

Wednesday 25 August 2010

Kawen-kawen

Kahwin bukan main-main
Kahwinlah main-main,
Mempermainkan atau
Dipermainkanlah jawabnya.


Kahwinlah Suka sama suka
Tapi kalau suka-suka,
Menipu dan tertipulah
masing-masing.

Macam-macam alasan orang kahwin;
Kaya,
Bijak
Baik
Cantik.

Kahwin mesti sebab ikut sunnah
Kahwinlah ikut-ikut;
Alamatnya merekotlah.

Macam-macam alasan juga orang takut kahwin;
Duit,
Umur,
Belum sampai seru,
Tak ada jodoh,
Tak kacak.

Kalau kahwin mau kena ada;
Akal,
Iman,
Sabar,
Kesungguhan,
Tawakkal.
Cukuplah dan jalanlah.

Yang pasti,
Bila sukakan sesuatu,
Terbutakan dan tertulikanlah
Pastinya
حبك شيء يعمي و يصم


Hadi Mahdi Muhtadi

Read More..

Wednesday 4 August 2010

Agenda Penyatuan Ummah

Baru-baru ini media-media utama, terutamanya arus perdana sibuk mencanang dan menggembar-gemburkan isu kesatuan bangsa melayu, khususnya merujuk kepada UMNO-PAS, untuk bersatu atas nama Islam. Sebenarnya, ia bukanlah satu isu baru pun, tetapi angin apa pula kali ini yang meniup memberi khabar sedemikian tidak pula saya pasti. Lama juga di angkat cerita dan cereka sebegitu.


Cadangan
“Umat Melayu Islam perlu bersatu kerana mereka hanya 55% sahaja dari penduduk Malaysia. Sekiranya tidak bersatu dan berpecah disebabkan perbezaan politik, maka tidak mustahil suatu hari nanti Negara ini akan diperintah oleh bangsa lain”.

Itulah antara lain ‘modal’ dan omongan yang diwar-warkan ke sana sini. Tampak UMNO dan persatuan Melayu lainnya begitu beriya-iya mahu bersatu atau mengemukakan idea penyatuan ini. Namun, di sau

Begitulah antara lain intipati dan sebab musabab, kononnya kenapa perlu bersatu. Saya tak nafikan hal tersebut. Mungkin ada benarnya. Tetapi saya agak sinikal apabila soal penyatuan ini, yang digerakkan oleh orang politik, muncul hanya bila dalam suasana “kekalahan”. Kalau anda faham maksud saya.

Persoalannya, adakah isu penyatuan ini timbul secara okasional dan hanya timbul apabila pilihanraya telah dekat dan beberapa pihak secara opurtunis merasakan perlu leverage isu ini supaya mreka dilihat jaguh dalam hal tersebut.

The bigger picture
Letak tepi soal itu. Saya ingin mengupas hal ini dari aspek yang lebih jauh dan inclusive. Biarkan mungkin awal-awal bicara itu bernuansa politik local yang sempit. Namun, jangan sesekali memandang ringan dan enteng perkara sebegitu. Difikir-fikir betul juga dan sangat perlu diperhatikan benarnya.

Namun, ada beberapa perkara yang harus diteliti dan diperbincangkan:-

i.Apa yang pasti ialah agenda penyatuan itu harus bermula di luar lingkungan parti politik. Kalau cetusan itu bernuansa politik saya kira tidak mengapa, Cuma ia tidak harus diketuai oleh orang politik.

ii. Selain itu, nada kemelayuan juga harus di perlahankan, sebaliknya yang harus diutamakan dan diberi perana besar ialah soal penyatuan ummah melewati batas bangsa dan ras.

Bawa bersama pelbagai pihak-KIMMA, MACMA, PERKIM, apa sahaja. Jadikan asasnya Islam dan bukan berasaskan kebangsaan atau satu kelompok masyarakat sahaja.

Di sinilah titik penilaiannya. Sekiranya pihak-pihak terlibat benar-benar mengutarakan agenda penyatuan ummah atas dasar Islam, maka mereka sebenarnya bersedia untuk bergabung dengan semua entiti Islam tanpa mengira latarbelakang bangsa an kesukuan.

iii. Satu lagi aspek penting yang harus ditekankan ialah kesederhanaan dalam agenda penyatuan ini. Janganlah terlalu di angkat keutamaan dan kelebihan, seolah-olah hak dan keistimewaan di Negara ini hanya layak dinikmati oleh orang muslim sahaja (sekiranya agenda penyatuan itu berasaskan Deenul Islam) sehingga penganut agama lain merasakan ada satu nada ancaman terhadap kebebasan beragama mereka, terhadap peluang dan harapan mereka untuk terus maju jaya. Ini harus diperhatikan dengan teliti.

Bukan kita hendak menidakkan ketinggian agama Islam, sifat ulya’nya, akan tetapi ia harus diletakkan dengan cantik dengan menjaga seluruh aspek keharmonian, kerjasama, dan toleransi.

iv. Ambil langkah juga untuk menguatkan dan menyatukan kekuatan ummah dari semua aspek berkaitan Pembangunan dan Kemajuan Ummah. Aspek ekonomi, pemahaman beragama, pendidikan, bahasa-samada Bahasa Arab tulisan jawi, aspek kekeluargaan dan lain-lain.

v. Usaha dan inisiatif penyatuan ini tidak harus kedengaran hanya bila timbul keadaan genting. Ia harus dinyatakan dan diungkapkan sentiasa. Berulangkali.

Semoga catitan kecil ini dapat ditelusuri dengan lebih mendalam.

Read More..

Tuesday 20 July 2010

Jalan pulang belum tertutup

Wahai teman,
Andai tersisa secebis kenangan
Dari selautan pengalaman
Menghirup manisnya tarbiyyah
Menikmati hangatnya ukhuwwah
Berkongsi lazatnya da’wah-
Pastinya untuk kembali ,ada izzah
<-------------------------------------


Walau jauh beribu batu direntasi
Walau lautan dalam direnangi
Walau tinggi gunung didaki
Walau segenap lembah dilalui
Walau tembok batu telah melingkari
Walau jeriji besi telah terpateri
----------------------------------->
Jalan pulang belum tertutup
Jalan pulang masih terbuka
Pintu pulang akan terus terkuak
Selagi mata belum terkatup,
Andai ‘mahu’ masih tersisa.

HadiMahdiMuhtadi

Read More..

Monday 28 June 2010

Majlis Tertinggi

Dipanggil nakhoda segala pelosok
Diseru panglima di tembok-tembok
Dimasyhurkan walikota segenap penjuru
Dipukul canang setiap inci negeri taklukan
Dihantar wakil menyampai seruan
Duduk Majlis Tertinggi membuat keputusan





Di arak-arak atas panji kayangan
Berduyun-duyun hulubalang bersusunan
Berdiri rapar-rapat
Dan berdepan-depan
Turunnya Raja sekalian jajahan
‘mencemar duli’ membuka persidangan

Pelbagai ragam dalam rakaman
Termaktub tercatit dalam ingatan
Caca-marba, malu seluruh keturunan.


Tergedik-gedik, Tersipu-sipu
Terlentok-lentok, Ternguap-nguap
Terkebil-kebil, Terkumat-kamit
Terkumam-kumam, Terkulat-kulat

Mesyuarat lima minit
Dengan iya sebulat suara.

Persidangan usai dan bersurai.
Tunggu masa di panggil lagi.


Hadi Mahdi Muhtadi,
Taman Melati

Read More..

Wednesday 5 May 2010

Imam Muda


Read More..

Monday 19 April 2010

Yazid Kawen!!!


Sahabat saya, Mohd Yazid Sahak & Farah Waheeda Ahmad Faraid selamat diijabkabulkan pada hari sabtu, 17 April 2010.


*majlis resepsi sebelah lelaki, semalam. Ahad, 18 April 2010.





Semoga kalian bahagia+membahagiakan

Read More..

Saturday 6 March 2010

Seminar Sehari Fiqh Kekeluargaan




Read More..

Oleh-oleh dari Pak Cah: tentang rumah dan tangga

"Keharmonisan pasangan suami isteri, banyak ditentukan oleh "seberapa mampu mereka melihat sisi-sisi kebaikan pasangan".



Jika terfokus melihat sisi-sisi kekurangan pasangan, akan cenderung melemahkan keharmonisan dalam kehidupan berumah tangga. Suami anda bukan superman, isteri anda bukan superwoman. Syukuri nikmat Allah dengan melihat lebih banyak kebaikan dan kelebihan pasangan kita, bukan kekurangan dan kelemahannya.

Pak Cahyadi Takariawan(14/2/10)

Read More..

Tuesday 26 January 2010

Barakah dalam rezeki

"Tuanku, sebelum kita makan sesuatu makanan itu, kita dapati ada yang memasaknya terlebih dahulu. Ada pula pembuat dan penjual minyak untuk menggoreng. Ada pula penjual bahan makan, ada pula para petani, ada pula pedagang di pasar, ada pula nelayan, ada pula...macam-macam ada tuanku.


Pokoknya, hakikat perjalan sebutir nasi yang sampai ke hadapan kita itu wajar didoakan semuanya. Begitulah cantiknya dan indahnya Islam. Tiada agam tuanku, yang sepanjang-panjang hidup ia mengajarkan pada kita untuk mengenang jasa ribuan bahkan jutaan manusia dengan sebuah doa yang di dalamnya mengandung rasa terima kasih yang sebesar-besarnya kepada Tuhan dan kepada sesama makhluk".

"Allahumma bariklana fima razaqtana waqina azabannar"

Tun Halimah Shakuntala kepada Parameswara.
(petikan dari Novel Ketupat Cinta, karya Hj. Faisal Tehrani)

Read More..

Sunday 24 January 2010

Hajat yang tak kesampaian

Sultan Mahmud Iskandar of Johor made known his displeasure, while opening the Johor Legislative Assembly in June 2008, when he said:



"Suka beta ingatkan bahawa beta tak lupa pada Pulau Batu Puteh, bukan hak Singapura tetapi milik Johor. Sampai bila pun beta akan mencari ikhtiar untuk mendapatkan semula pulau milik Johor itu."

(Let me remind the subjects that I will not forget the loss of Pedra Branca. It is not Singapore's territory but Johor's. I will continue to make efforts to get the island which belongs to Johor."

Read More..

Saturday 23 January 2010

Bila Tersingkap Hikmah Rezeki

Betapa banyak kita mengadu
Akan kurangnya derajat kita-
Di sisi tuhan dan manusia,
Sering kali
dan
berulang kali.

Boleh jadi kita menghitung rezeki
Pada karunia ilahi
Lalu kita termuliakan;


Bila ditahan rezeki itu pula,
Kita merasa terhinakan,
-tidak layak untuk hidup.

“Kitalah penentu rezeki kita-
Yang mana selayaknya dapat,
Yang mana tidak”.
Besar angan-angan kita,
Sungguh besar pula lagak gaya.
Angkuhnya kita.

Boleh jadi satunya yang kita idamkan itu-
Sangat buruk nilai adanya
Bisa juga jadi satunya yang kita bencikan-
Yang selayaknya untuk kita tadah,
Terus ternafikan.

Selalu yang kita benci
Terjadi dan ‘tertimpa’pastinya
Menguji langkah, kata
Dan kita terus melaung-laung
tanda berontak.
Ini bukan ketentuan kta.

Ternyata,
Bila tersingkap tabir hikmah,
Pasti tertunduk pasrah,
Rezeki karunia Allah,
Bila dihikmahkan-kita pasti kalah.

Hadi Mahdi Muhtadi
23 Januari 2010
Kuala Lumpur

Read More..

Tuesday 5 January 2010

2010: Good bye @ welcome back

2009 sudah pergi.
datang 2010.
tiada apa yang beza sangat, melainkan azam-azam baru yang bermain-main di benak fikiran.

Ada banyak.
Yang besar. yang kecil.



Tapi antara yang banyak-banyak tu, nak tengok jugak-
2010: tahun good bye @ welcome back untuk blog yang dah lama betul menyepi.

Semoga kekuatan dan kesabaran hadir tatkala menjenguk laman nurani ini.
hendaknyalah.

Kalau berjaya-alhamdulillah. terisilah sikit dengan kebaikan.
kalau tak. hurm....

Selamat tahun baru..(dah lambat kot..)

Read More..