Showing posts with label arus bawah. Show all posts
Showing posts with label arus bawah. Show all posts

Thursday, 16 October 2008

Pencerahan bukan untuk orang manja

Pencerahan bukan untuk orang manja
Pencerahan bukan untuk orang yang manja.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Da’wah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti-yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak Nampak.
Bukan bagi yang meletakkan da’wah hanya untuk mencari calon akhawat sebagai sang isteri,
-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan. Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
-yang cepat mengalah,
-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.
-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh jarah wa ta’dil harakh ini dan itu.

Da’wah bukan untuk orang yang ikut liqa hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.
Da’wah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
Da’wah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Da’wah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Da’wah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.
Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
Da’wah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.
Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, da’wah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.
Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa da’wah
Belum tentu kita akan Berjaya di mahsyar nanti.
Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Da’wah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda. Berbahagialah seadanya.

Read More..

Saturday, 24 May 2008

Waktu senggang di sela-sela masa pencerahan

“Kadang-kadang hubungan kita sesama teman-teman ‘pencerahan’ menjadi begitu formal dan kaku. Segalanya hanya seputar isu mutabaah amal, pembaikan diri, dan ilmu. Sehingga kita lebih selesa untuk mencari ruang berhibur dengan orang lain. Kita kurang waktu senggang untuk bersama. Untuk apa sahaja. Makan. Tengok cartoon, melawak dan bersenda gurau. Bahkan untuk study dan beriadhah”, kata seorang teman.

Itu teman kenalan saya yang saya kenal rapat. Baik orangnya. Cergas akalnya. Dia banyak ikut substance dari terikat dengan isu-isu procedural. Dalam banyak kesempatan, ketika berbicarawara dengannya, tampak segar dan tulus fikirnya. Dia menyatakan seperti di atas.

Kurang waktu senggang yang berkualiti

Memang betul. Kadang-kadang kita kurang waktu untuk bergurau senda bersama teman-teman. Sehingga tampak ada dua dunia berbeza untuk kita hidup. At least ia terbahagi kepada kehidupan weekdays, dan weekend. Weekdays untuk personal life, yang teman-teman lain tak perlu ambil tahu, dan baki dua hari lagi, untuk pembaikan diri.

Diri manusia memang begitu. Tak boleh nak salahkan sesiapa. It is ourself. Sehingga kita terpaksa, bahkan sebenar-benarnya, merasa selesa untuk mencurahkan perasaan, melawak, membuat perkara yang gila-gila dengan teman-teman yang kita rasa rapat dan terjamin. Yang kita gila-gila dan dia juga begitu. Tengok movie sama-sama. Memancing dan bercerita tentang wanita dan kereta terbaru. Manusia, di mana pun ia, hendakkan security. Hendak kepastian, perangai ‘pelik-pelik’nya itu tak dijaja orang, apatah lagi di kalangan anggota pencerahan. Yang pastinya, biasanya ia tidak dalam ‘pencerahan’. Tidak ikut liqaa’.

dua dunia

Sebab hakikatnya kehidupan da’wi akan menjadi sangat berbeza dengan kehidupan peribadi. Sangat sangat berbeza. The opposite side of it. Ini bukan perkara baru. Bahkan sahabat-sahabat Nabi juga turut merasakan demikian. Ketika mana abu Bakar r.a berkongsi pendapat dengan seorang sahabat lain, bahaw beliau merasa bersikap munafiq, kerana lain amal ketika bersama dengan Nabi dan ketika bersama keluarga dan kenalan. Dan yang pasti, perilaku kita akan jadi terbalik dari apa yang kita beri pengisian di pertemuan pencerahan sebelumnya. Memang betul-betul sebelumnya.

Oleh sebab kehidupan peribadi, khususnya ketika ‘down’, memang akan sangat bertentangan dengan kehendak mutabaah amalnya. Tambahan pula isu cinta. Memang pening kalau settlekan seorang diri. Jadi memerlukan kawan untuk bagi input, kalau tak pun at least untuk menjadi pendengar yang setia. Hal-hal sebegini, secara logiknya kalau ketahuan dek murabbinya, habislah. Kena basuhlah jawabnya. Jadi masing-masing akan play safe. “Nothing of his personal life would be shared with his ‘friends’”,cerita sahabat saya itu tadi, seolah memang dia sangat mengenali jiwa manusia.

Inspirasi

Saya mendapat satu inspirasi yang sangat mencerahkan. Peristiwa itu di rumah. Hari itu merupakan harijadi adik saya. Jadi, beberapa orang rakannya, secara sembunyi-sembunyi telah merancang satu surprise party ala ‘Islami’. Dengan bantuan saya sendiri, mereka meminta saya membawanya ke suatu tempat lain, dan kemudian setelah semuanya bersedia, SURPRISE!!! Sambil bergelak ketawa, mereka makan kek harijadi itu.

Itu mungkin secebis kecil dalam membentuk hubungan yang berkesan. Saya rasa itu yang menghangatkan dan mencairkan hubungan manusiawi. Sehingga masing-masing akan rasa begitu memerlukan. Ya. Perbincangan da’wi teruskan. Bahkan perlu dijadikan teras. Cuma, waktu-waktu senggang yang berharga sebegini, yang diselitkan dengan sedikit perasa, akan memberi nilai tambah pada hubungan itu.

Read More..

Wednesday, 21 May 2008

Menanti Cinta pilihan tuhan II: sebuah rakaman dialog-the other story


“Kesian kadang-kadang. Tengok kawan-kawan dah kahwin, ada juga yang masih menanti”, getus seorang teman merujuk kepada sebahagian akhawat yang masih menanti tibanya lafaz agung itu.

“Tapi itukan rezeki dan ketentuan Allah. Alah apa bezanya kalau ikhwah pun? Kalau belum jodohnya, memang tak kesampaianlah jawabnya”, tegas seorang lagi. Kedua-duanya wanita.

“tak. Itu tak sama. Lelaki lain. Perempuan lain. Lelaki ada pilihan. Dia yang initiate. Dan kalau bukan sekarang pun, atau pun dia lambat, pandangan masyarakat tak lah teruk. Mereka boleh terima. Mungkin sebab nak cari duit dulu ke, study lagi ke. Tapi kalau perempuan, lambat sikit dah orang tengok lain macam. Macam dial ah yang bersalah. Lagipun, secara reproduktifnya, kan ada masalah kalau lambat”, katanya.

“Alah. Dah memang macam tuh. Yang masyarakat pun satu. Mulut tu tak reti-reti nak simpan dalam beg ke dalam tempayan ke. Kalau tak mengata, tak sah. Tapi kan banyak cara lain. Saidatina Khadijah pun, dia yang initiate. Dia yang lamar Nabi”, seolah mencadang.

“Betul. Cuma, apakah akhawat kita sudah bersedia untuk buat begitu. Dengan masyarakat yang masih negative saja pemikiran. Nanti dikatakan buang tebiat. Kemaruk sangat nak kahwin. Akhawat pula cuba menjadi ‘muslimah sejati’ yang akan sentiasa menanti cinta pilihan tuhan itu. Tambahan lagi, ikhwah kebanyakkannya nak cari non-akahwat sebagai calon pilihan. Abistu, yang depa ni, dok terkontang kanting tunggu. Melongo saja. Nilai manusiawi tu kan tetap ada”, katanya sedikit menghela nafas, tanda ada ulitan nada kecewa.

“Betul juga kan. Jangan sampai ada tindakan drastic di ambil. Maksudnya bukanlah benda yang tak baik. Cuma perkara pelik yang tak pernah berlaku. Macam ‘mengiklankan diri’ di internet mengatakan dia masih belum berpunya. Ataupun apa sahaja tindakan terdesak, yang sebenarnya ‘masih Islami’ tapi pelik”, katanya.

“Memanglah. Masakan tidak. Jiran tetangga dah push. Family dah Tanya. Kawan-kawan pula, sorang-sorang kahwin. Yang ikhwah pula, balik-balik ‘orang luar’ pula dicarinya. Ada juga lamaran dari non-ikhwah, tapi takut pula nak terima. Katanya nanti tak sefikrah. Susah. Mana tak tension. Yelah. Jiwa wanita. Tak sama. Sekuat mana pun luarannya ditunjukkan, sebenarnya hati dan jiwanya halus. Sangat sensitive. Mudah terusik. Tambahan pula kes-kes macam ni”, tegasnya, tapi dalam nada lembut, sedikit merayu.

“Tapi jangan bincang isu ni secara satu hala sahaja. Banyak pihak kena bantu. Jangan sampai dah kronik, baru nak cari jalan penyelesaian”, seolah mencadang.

“Selagi tak ada apa-apa tindakan, selagi itulah meka masih kena menanti cinta pilihan tuhan itu…”, kata teman itu, mengakhiri bicara.

Read More..

Tuesday, 20 May 2008

Menanti Cinta pilihan tuhan I: sebuah rakaman dialog


“Kalau begitu cinta dan jodoh ni memang tak perlu dicari. Ia akan datang sendiri. Duduk sahaja?.”, tanyaku bersemangat.

“memang Allah dah tentukan. Kalau bersemangat planning dari awal pun, kalau belum masanya, memang, takkan jadi punya”, kata seorang teman.

“Eh, itu bukan ke fahaman Jabariah? Biarkan sahaja Allah yang menetukan, dan kita tak perlu berusaha apa-apa. Sebab Allah akan tentukan last sekali, begitu maksudnya?” tanyaku sedikit mempersoalkan kewajarannya.

“Hmm. Inikan bicaranya soal cinta. Soal kahwin itu, memang boleh diuruskan, bahkan secepat manapun, sekarang. Esok. Lusa. Tapi belum pasti ia cinta. Sebab itu kan diberikan Allah khusus bila sampai masanya. Seolah-olah, tup tup, semuanya ada aura kuat yang menolak. Bukankah nabi ada kata, mintalah fatwa pada hati kamu?” teman itu seolah bertanya, walaupun sebenarnya dia lebih arif.

“Ya ada. Tapi…maksudnya..kita biarkan sahaja masa itu berjalan. Tak perlu dipaksa-paksa. Berjalan biasa dan semulajadi. Sampai masanya cinta pilihan tuhan itu akan sampai. Maksudnya ada kemungkinan ketika itu paras rupa, dan hal-hal sampingan sudah menjadi tidak penting. Sebab cinta itu adalah cinta pilihan tuhan. Cinta yang buta pada benda-benda lain”, aku seolah membentak, walaupun terpaksa akur dengan hujah awal itu.

“ya. Bahkan serius sekali saya nyatakan, sungguh sebelum bernikah niat saya hanya satu, saya iakan sahaja kalau jodoh saya itu wanita yang lanjut usianya, dan ‘rejected’. Asalkan dirinya dan ‘pencerahan’ (tarbiyyah) dekat dan kukuh”. Khali. Terdiamku sejenak.

“Tapi inikan soal hidup kita. Menentukan baik buruk masa depan kita! Takkan nak senang-senang pilih, padahal bukankah banyak prosesnya?’. Satu pertanyaan, walupun sebenarnya tidaklah juga.

“Mungkin. Prosesnya yang biasa itu ok. Ikut sahaja. Tapi apa yang hendak ditakutkan? Mengapa takut kalau pilihan itu tidak molek? Macam Cina Bagan (sekadar satu istilah umum yang digunakan merujuk kepada orang yang tidak memiliki paras rupa yang elok). Tapi yakinlah, ketika itu, ketika cinta anda dipilhkan oleh tuhan, bismillah, jalan…, katanya ringkas.

Read More..

Monday, 19 May 2008

Tentang nikah: apakah ia kekuatan atau...


sekali lagi, selepas berkali-kali saya tanyakan kepada diri dan teman-teman; apakah dengan pernikahan itu, ia akan menjadi saksi kekuatan kita bertambah untuk pencerahan diri. atau akhirnya ia menguburkan sisa-sisa ruh yang terbenam dalam sanubari.

setelah sekian lama juga, pertanyaan ini diajukan kepada setiap yang akan mendirikan binaan besar, pernikahan. Setelah sekian apa yang terjadi kepada ramai di antar kita, pernikahan memadamkan terus bara kecil yang masih berbaki. Sehingga hanyut ia dalam putaran sendiri.

Apakah pernikahan itu akan memacu pasangan meningkatkan aktivism, seperti yang dicanang-canangkan ketika begitu tergesa-gesa melangsungkan pernikahan. apakah ia akan terus tinggal sebagai satu alasan untuk mengelak? atau apa sebenarnya?

tanya diri sendiri.

Read More..

Wednesday, 7 May 2008

Sang murabbi

Read More..

Tuesday, 29 April 2008

Hitam, putih, dan kelabu

Saya hanya berkesempatan untuk mencoretkan pandangan ini selepas beberapa ketika memasuki tempoh praktikal. Tapi ceritanya bermula lebih awal lagi. Dalam awal bulan tiga. Ketika itu saya sedang membelek dan meneliti isi kandungan buku Fenomena Ayat-ayat Cinta. Ia bukan sebuah novel. Tapi autobiografi Habiburrahman El-Shirazy.

Autobiografi itu biasa sahaja, cuma saya tertarik dengan satu ulasan di muka-muka awal buku terssebut. Itu berkomentar tentang bentuk dan pola cinta setiap watak dalam masterpiecenya Kang Abik itu, ayat-ayat Cinta yang sudah dibawa ke layar perak. Cinta milik Maria, Aisyah, Nora, dan Nurul.

Yang menarik di hujung komentar itu, penulis ada membuat ulasan berbunyi: “ walau apapun namanya, cinta, selagi belum sah nikahnya, memang hubungan itu tidak sah, atas alasan apapun ia. Nah kalau ikhwah dan akahwat itu sengaja mencari alasan memperbolehkan ia, walaupun dan khususnya di masa-masa khitbah, maka ia kekal sebagai suatu alasan tanpa nilai apa pun”.

Hitam, putih dan kelabu

Sejenak saya terfikir. Dan getus saya, hitam, putih dan kelabu. Itulah setepatnya. Tentang cinta. Yang mampu mengubah hitam itu ke kelabu dan seterusnya putih. Apa saja itu. Tentang yang boleh dan yang tidak diperbolehkan dalam cinta. Rasanya ruang ini tidak harus menjadi ruang bicara agama layaknya, kerana saya sendiri masih fakir ilmu berbicara soal itu. Tapi ruang berkongsi pengalaman dan melihat perubahan teman-teman dalam menafsir istilah cinta.

Yang putih itu jelas. Yang hitam juga jelas. Yang halal itu jelas. Yang haram itu jelas. Tiada sangsi. Cuma, selangkah seseorang itu memasuki fasa pertunangan, khitbah, ceritanya lain sekali. Pasti, dan pasti itu bersandar pada pengalaman, definisi hitam dan putih itu tadi mula berubah. Jadi kelabu. Dan kelabu itu pula semakin banyak dan membesar.

Fasa khitbah

Fasa pertunangan merupakan cabaran terbesar bagi setiap individu. Sebab anda berada dalam alam antara ‘haram’ (sebelum ada apa-apa hubungan), dengan yang ‘halal” (selepas perkahwinan). Walaupun jelas dalam Islam, fasa pertunangan tidak membawa apa-apa kuasa dan tanggungjawab, tetapi itu soal fiqih. Soal hati anda seolah telah mampir menjadi suami atau isteri kepada seseorang.

Di situ masalahnya. Contohnya soal berhubungan. Sebolehnya dibatasi, walaupun sebahagian besar ulama memperbolehkan. Tetapi pastinya dengan pemantauan dan adab-adabnya. Tetapi bagi ‘pasangan’ yang dalam tempoh ini, kadang-kadang itu terlepas juga kata-kata rindu-rinduan, sayang-sayangan, cinta-cintaan. Kata mereka itu berlaku out of control. Akibat perasaan dalaman untuk mendapatkan kepastian tentang cinta mereka. Kalau bicara soal fiqih, mungkin ok. Tapi tentu sudut tasawwuf (dalam erti kata yang luas), ketundukan hati, dan kekhusyukan, itu pasti melemahkan.

Banyak insiden-insiden yang berlaku di sekeliling kita. Ia tak perlu diungkapkan dengan kata-kata tapi cukup jelas kelihatan dengan pandangan mata kita. Perilaku dan tindak tanduknya menunjukkan seolah dia tahu perbuatan itu hitam, tetapi akan terus mencari justikifasi untuk memutihkannya. Maka jadilah ia kelabu.

Saya malas nak berbicara panjang. Bagi saya mudah. Ya, yang akan melangsungkan pernikahan, cepat-cepatkan. Saya khuatir endingnya nanti lain kalau dilambatkan. Tapi kalau yang sudah bertunang tapi pernikahannya lambat lagi, pandai-pandailah. Apa pun alasan anda, hanya anda yang akan menjawabnya kelak. Yang pasti selagi peradaban manusia ada, ruang kelabu itu pasti lebih mendominasi. Hitam, putih, dan kelabu dalam cinta.

Cinta dan orang da'wah

Cinta itu menggilakan manusia. Mungkin juga benar. Sebab kita manusia. Dan sejarah telah menjadi saksi jatuh bangun bangsa ditentukan oleh cinta. Cinta yang macam-macam ragamnya. Cinta tuhan, cinta hantu tahyul, cinta perempuan, cinta lelaki idaman, cinta harta, cinta pangkat dan jawatan. Cinta menjadikan manusia obses.

Dalam ruang bicara da’wah, ruang kelabu inilah yang menjadi sandaran. Jangan berbicara soal besar, kalau dalam fatrah (tempoh) pertunangan anda gagal memutihkan yang putih dan menghitamkan yang hitam. Anda duduk dan kekal dalam ruang kelabu itu. Ingat. Sebagai orang ‘dawah, anda menjadi cermnan Islam. Walaupun tidaklah selalunya betul. Tapi orang lain beranggapan begitu, dan akan menadikan perbuatan anda hujah untuk mereka melalukan sedemikian.

Read More..

Monday, 28 April 2008

Da'wah pasca PRU ke-12

Sekali lagi tentang PRU ke-12. Tapi dari perspektif berbeza. Kalau sebelum ini bicarawara kita seputar politik kepartian atau soal kemasyarakatan, tapi kita ingin pula menelusuri sisi da’wah dan tarbiyyah. Da’wah pasca pilihanraya. Isu tentang keberlangsungan da’wah serta peranannya dalam kerangka baru, memandangkan berlakunya perubuhan landskap politik nasional.

Latar da'wah masa dulu

Kalau dulu latar da’wah di Malaysia begitu sukar mendapat tempat di ruang-ruang arus perdana, dengan pelbagai prosedur dan kerenah birokrasi, sedangkan aktiviti dan semangat pendokong-pendokong da’wah begitu tinggi, maka apakah selepas berlakunya perubahan struktur ini akan membolehkan lebih banyak aktiviti Islami mengambil tempat dalam masyarakat.

Rungutan dari para aktivitis da’wah, tak kira dari jalur mana, PAS, ABIM, JIM, persatuan-persatuan Islam, serta pertubuhan-pertubuhan kebajikan Islam, bahawa mereka tidak diberi ruang secukupnya untuk bergerak dan beraktiviti, kekangan dan halangan yang tak terkira banyaknya, samada dalam bentuk prosedur dan formaliti, termasuklah kekurangan dana dan sumber kewangan.

Ruang baru

Ok sekarang harapan baru yang selama ini didambakan telah mula menampakkan ruang yang lebih luas dan terbuka untuk para pendokong dan aktivis ini melaksanakan pelbagai perancangan da’wi yang selama ini, kata mereka sedikit terkongkong. Sebagai suatu perbandingan, ruang da’wah di Malaysia lebih baik dari teman-teman bukan sahaja di Negara-negara bekas Soviet, malah di Negara-negara arab, termasuklah Arab Saudi, Mesir, Syria, dan Libya.

Aktiviti da’wah yang dimaksudkan di sini bukan hanya terhenti setakat perbincangan agama dan ilmi sahaja, malah sehingga aktiviti kemasyarakatan dan khidmat sosial. Ceramah, tazkirah, bengkel, kelas pengajian ilmu Islam, usrah, nadwah, mu’tamar, tamrin, kem-kem bina insan, rehlah, dan banyak lagi di samping mendapat sokongan kewangan dari pihak berwajib.

Tribulasi sebenar

Yang kita nak lihat (dan bergerak membantu sekali!) ialah apakah langkah seterusnya dari para pendokong da’wah ini. Kalau dulu dengan segala sekatan, da’wah semakin subur, apakah dengan terbukanya ruang demokrasi, da’wah akan semakin subur dan berkembang atau terus lenyap dan luput dek kerana selesa dan sibuk dengan projek yang banyak masuk selepas kemenangan. Apakah dengan ‘kemenangan’ politik ‘golongan Islam’, da’wah akan terhenti dan tidak perlu diteruskan. Sebab tujuan telah tercapai? Masing-masing, para aktivis da’wah dan tarbiyyah menghentikan usaha mereka selama ini, dan menfokus kepada mengayakan anak-pinak dan membangunkan ekonomi individu?

Onak duri dan ranjau yang dihadapi biasanya tidak akan mematahkan semangat dan kegigihan para da’I, Cuma yang lebih kuat cabarannya ialah kemenangan dan keselesaan duniawi. Inilah ujian sebenarnya. Untuk kekal menjalankan usaha kebaikan, da’wah dan tarbiyyah, walau apapun kondisi ummah ketika itu, di atas atau di bawah.

Langkah bermula

Langkah seterusnya kini ialah untuk semua badan da’wah menekankan focus untuk duduk dan bekerjasama, bantu membantu, dan tidak memdabik dada dan menyombong diri, menafikan usaha badan da’wah lain yang tidak secara direct dan formal terlibat dalam pilihanraya. Janganlah masa in, ada pihak nak claim kata badan da’wah lain tak layak ‘menyambut’ (kalau ia patut disambut) ‘kemenangan’ (betulkah ia kemenangan sebenar?) dan menikmatinya sebab mereka tak membantu ketika pilihanraya. Hentikan perkataan seperti itu. Ia tak patut diungkapkan. Mulai kini, raikan peranan setiap pihak yng terlibat mengembangkan pemahaman Islam dan hargainya. Bekerjasama, bertolak ansur dan buka ruang seluas-luasnya untuk setiap pihak bergiat cergas memahamkan masyarakat mengenai Islam dalam erti kata yang syumul. Janganlah masa ini pula nak berebutkan ahli dan berkata buruk mengenai gerakan Islam yang lain.

Kejayaan memenangi pilihanraya kali ini tiada makna apa melainkan sebagai outcome dari kemarahan rakyat kepada BN. Ia mungkin hilang lima tahun lagi kalau semua pihak berdiam diri dan berpuas hati sekadarnya. Da’wah pasca PRU lebih berat dari sebelumnya.

Read More..

Monday, 17 March 2008

Kita macam hp?

Ini analogi seorang rakan, ketika berkesempatan duduk-duduk bercerita tentang kehidupan. Katanya,
“kita ni macam hape (handphone)”.
Kenapa pula?
Sebab ia mempunyai banyak persamaan dengan manusia dan kehidupan yang dia lalui.
Macamana pula tu?
Jasad kita adalah ibarat hp tu sendiri.
Dan setiap hp tu mempunyai komponen yang sama, hardwarenya, battery, softwarenya dan, SIM card nya, serta signal yang berfungsi untuk menghantar dan menerima isyarat. Mahal atau murah, setiap hp mempunyai komponen-komponen ini.
So?
Begitu juga manusia. Jasad kita mungkin berbeza antara satu sama lain. Ada hp flip, ada besar, ada compact, ada putih, ada hitam, ada warna-warni. Manusia juga begitu. Fizikal kita pasti berbeza antara satu sama lain. Ada yang dari Malaysia, dari Afrika, dari Eropah, ada yang putih, merah, ada sawo matang.
Benda-benda lain pula?
Begitu juga software yang ada dalam hp. Makin canggih satu hp, maka makin banyak fungsinya yang boleh dioptimumkan. Tapi secanggih mana pun satu hp itu, bahagian yang paling penting ialah keupayaannya untuk terima dan hantar isyarat signal. Begitu juga dalam kehidupan kita, dengan tuhan. Mungkin ada manusia yang lengkap kehidupannya, mewah serba-serbinya, tapi dia tetap perlu kepada tuhannya. Dan hal yang sama turut dimiliki oleh hp yang murah dan kurang fungsi tambahannya. Yang penting bukan aksesori tambahannya itu, tapi keupayaan untuk terima panggilan. Dan panggilan yang paling utama ialah berhubung dengan tuhan. Tak begitu? Jadi, walaupun satu hp itu mahal harganya, boleh merakam suara, snap gambar, play music, dan lain-lain, tidak bernilai juga kalau tidak dapat call keluar.
Ya. Tentu sekali. Tapi battery itu pula, apa kaitannya?
Battery itu adalah alat sokongan kita. Macam hp canggih tadi, katakana signal receivernya baik dan berfungsi, tapi kalau battery tak ada, ataupun kong, maka tidak juga dapat dia berhubung. Begitu juga dalam kehidupan kita. Kita memerlukan charger untuk sentiasa charge battery kita, hati. Sentiasa dipertingkatkan dan dipastikan pada tahap optimum, agar nanti bila berhubung dengan tuhan tak terputus-putus atau terganggu. Dalam perhubungan dengan tuhan, charger hati ialah ikhlas, tilawah Al-Quran, tahajjud, dan tawadhu’.
SIM Cardnya apa?
SIM card tu, macam identification bagi handphone. Dialah nyawa bagi hp tu. Yang memberi makna kepada berharganya hp itu adalah adanya SIM cardnya. Jadi dalam kehidupan kita, SIM card kita adalah agama kita, tentunya Islam. Tiada makna kalau berhubung dengan tuhan, tapi dia tak kenal kita, dan tidak mengiktiraf kita. Hanya dengan SIM card kita diterima untuk berhubung, maka hanya dengan Islam kita boleh berhubung dengan tuhan.
Oh, begitukah.

Read More..

Saturday, 8 March 2008

Anak-anak pak cik



Sesekali teringat ketika ingin mencoretkan rasa hati tentang perkara ini, pastinya hati tak sedap. Pastinya ada yang tak kena nantinya. Pasti ada yang akan mencebikkan muka tanda tidak setuju. Dan, pastinya niat untuk berbicara hal ini sejak lama dulu, bukan ingin membuka pekung di dada, apa lagi menconteng arang tak tentu hala, tapi atas perkiraan bahawa harus juga hal ini dikongsikan, supaya nantinya masing-masing sedar dan ingin memperbaikinya.

Hal yang tak mampu membendung perasaan saya untuk teruskan juga niat untuk menulis tentang hal ini tatkala sedang perut berbunyi meronta-ronta minta diisi tempoh hari, ketika bergegas juga untuk pre-reg subjek-subjek untuk sem depan. Lantas terus saya dan seorang teman yang ikut menemani singgah di sebuah restoran dengan nawaitu menyantap apa sahaja yang boleh.

Masuk sahaja ke dalam, hati mula tidak senang, dan hampir-hampir terkejut. Di depan mata seorang teman, yang diperkirakan tidaklah terlalu rapat, tetapi bukanlah tidak kenal langsung, sedang enak menikmati hidangan lunch. Dengan seorang teman ‘istimewa’. Saya buat-buat tidak nampak. Dia juga buat-buat tidak perasan.

Siapa dia?.
ya seorang teman. Anak pak cik- pak cik istilahnya.
Apa yang pelik?. Hal ini kan biasa sahaja terjadi, tak begitu?.
Memang terjadi di mana sahaja.
Terjadi apa?.
Yalah kes coupling, macam orang-orang biasa juga.
Apa masalahnya?.
Tidak apa-apa.

Sepanjang tempoh menikmati hidangan itu, hati saya sudah melayang jauh mengingati kenangan-kenangan serta cerita-cerita yang pernah diberitahu oleh orang banyak. Tentang sikap sebahagian pak cik –pak cik dan reverse atitude yang anak-anak mereka lakukan. Hhhehh. Saya hanya mampu menghela nafas panjang.

Sebetulnya tiada apa-apa kalau perkara itu berlaku. Sebabnya memang selalu terjadi begitu. Biasalah darah muda. Nak cari identity dan personality diri. Tapi yang ironiknya ialah percanggahan sebahagian sikap pak cik-pak cik tatkala melabel orang lain dan anak orang lain belum cukup tarbiyyah, sedangkan mereka itu sudah cukup tarbiyyah. Perkara ini sebetulnya tidak harus diperbesar-besarkan. Tapi harus juga diingat, jangan sampai hal-hal yang dipandang ringan ini menjadi backfire untuk anda dan semua.

Seharusnya apa?. Ini adalah isu tentang sikap kita. Kadang-kadang kita perkirakan yang kita sudah habis tinggi dan habis tarbiyyahlah kita dan kita menghentam orang lain tidak layak untuk berada satu saf dengan kita kerana dihitung mereka belum cukup menerima dan menikmati tarbiyyah. Sebaliknya, yang terjadi, anak-anak mereka jua yang melakukan sebaliknya-tidak pula turut serta dalam tarbiyyah, tidak terlibat dalam usaha-usaha da’wah, dan kahwin dengan bukan yang tuntas tarbiyyahnya. Jadi bagaimana?

Jangan salahkan sesiapa. Di mana silapnya? Pastinya mudah.

Sikap kita.

Read More..

Faham: kekuatan luarbiasa


Memang pasti kita pernah mendengarkan kisah orang yang mengembara beribu-ribu batu hanya kerana ingin mendapatkan sepotong hadith Nabi. Seorang yang berjalan jauh untuk mendapatkan satu fatwa daripada Imam Malik. Orang yang berkahwin, lantas keesokkan harinya bergerak menginggalkan isterinya di bumi Mesir menuju ke Madinah untuk menadah ilmu dari Imam Malik.

Selalu juga kita akan dengar kisah seorang sahabat Nabi, Handzalah, yang terkenal dengan kisahnya yang dimandikan oleh para malaikat, kerana syahid dalam keadaan junub, selepas mendapat panggilan jihad tatkala malam pertama pernikahannya.

Faham. Kekuatan yang luarbiasa yang dimanifestasikan hasil faham. Kefahaman tentang arah tujuan hidup ini. Tentang peri pentingnya tarbiyyah zatiyyah, tazkiyatul nufus Tentang pengorbanan dan mengutamakan orang lain.

Apa yang berlaku, keputusan-keputusan yang di ambil adalah hasil proses ‘faham’ yang diolah di dalam diri seseorang. Itu adalah natijah-natijahnya. Dan proses faham itu sendiri, melalu banyak peringkat. Daripada pemahaman secara teori, kefahaman tentang ‘the bigger picture of life’, dan keyakinan kepada usaha-usaha yang dilakukannya. Ia bukan sekadar tahu, dan mencetus mahu. Sebab sebahagian besar sahabat mengambil dan embrace Islam atas pemahaman implikasi kalau dia mengambil Islam sebagai cara hidupnya. Begitu juga Abu Jahal. Menolak Islam sebab dia faham implikasi dan kesan kalau dia tunduk kepada Islam.

Faham. Kalau berbicara soal ini saya pasti teringat, insiden yang sangat terkesan dalam hati saya, sehingga kadang-kadang tertanya, apakah yang menjadi driving force untuk teman saya itu berbuat demikian, sedang saya tidak. Kisahnya begini. Hari itu hari weekdays. Biasalah ada kelas seperti selalunya. Tiba-tiba dia mendapat berita kematian seorang kerabatnya, nun jauh di utara tanahair. Usai sahaja kelas pengajiannya tengahari itu, dengan pantas dia menuju ka arah utara, siangnya dan hadir sejam dua di tanah perkuburan sebelum bergerak pulang ke KL, sampai sedikit lewat untuk menghadiri halaqah tarbawi. Memang tampak jelas di wajahnya tanda kepenatan dan keletihan, tapi ditahan juga kantuk di matanya menerima bahan tarbawi sebagai pengisian.

Mungkin itu kisah biasa bagi sebahagian kita. Pastinya ada yang lebih jauh baiknya dari kisah itu. Tapi bag saya itu antara kejadian yang sangat terkesan di hati saya. Apakah itu makna faham?

Read More..

Monday, 3 March 2008

Perkara kecil bernilai besar

Seringkali kita diajak berfikir dewasa Berwawasan jauh. Berminda global. Dan seringkali juga kita diminta berbicara soal besar-besar, gah, dan berskala super duper hyper. Semuanya tentang meluaskan sudut pandang dan ruang lingkup berfikir, agar tidak jumud, tertutup dan hanya concern tentang isu yang di anggap remeh-temeh.

Seringkali juga kita kadang-kadang, dek kerana terlampau tepu disogokkan dengan idea-idea besar itu, hampir sahaja terlupa atau dikaburkan pandangan pada menilai perkara-perkara kecil yang dianggap remeh tadi, seolah bernilai sifar. Bernilai sifar dalam kehidupan kita. Kehidupan sehari-harian, dalam bicara, dan berinteraksi sesame manusia dan alam.

Perkara kecil semudah sekumtum senyuman, sebuah kemaafan, sepotong ayat terima kasih, memohon izin dan laluan, diam mendengar bicara orang lain, menundukkan kepala dan bertentang mata ketika berselisihan di kaki lima, bersalaman, dan bertegur sapa seadanya, mengucap salam pernghormatan, mendahulukan wanita atau warga emas ketika berebut-rebut memasuki tren atau mana-mana dewan kuliyah, membantu seadanya lecturer, yang dari jauh kelihatan terbongkok-bongkok mengangkat kertas-kertas jawapan yang bertaburan di lantai, mempelawa ditumpangkan menaiki kenderaan, bangun memberi laluan kepada insan istimewa untuk duduk ketika dalam perjalanan dalam bas, membuang sampah di tong sampah, memperlahankan kenderaan memberi laluan kepada pejalan kaki, bermanis wajah, mendoakan rakan yang sakit, menghormati tetamu, mempelawa makan sekadarnya, dan banyak lagi perkara kecil yang begitu kita nilai seolah tiada apa-apa, bernilai besar di sisi manusia. Semuanya bermaksud adab dan akhlaq. Pekerti mulia dan kesopanan.

Ya. Perkara kecil bernilai besar. Ianya tentang perhubungan sesama manusia dan alam. Ya, semuanya perkara-perkara kecil yang tidak perlu diungkapkan dan diulas panjang lebar. Semuanya sudah sedia maklum. Tapi dek kerana mungkin terkabur dengan perkara-perkara maha besar, kita jadi kedekut untuk menilai diri kita dalam memperhatikan perkara-perkara kecil sebegini.

Inilah sebahagian perisa tambahan yang menyegarkan hubungan manusiawi. Dalam zaman yang sikap individualistik semakin menjadi-jadi dan bermaharajalela. Di zaman yang hidup nafsi-nafsi lebih utama, sehinggakan jiran sebelah rumah sudah seminggu meninggal dunia di dalam rumahnya pun tidak disedari, bahkan tidak dikenalnya. Harus jadi benchmark, bahawa inilah yang diberitakan oleh nabi sebab pengutusannya kepada manusia.

“Bahawa sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlaq yang mulia”.

Malang sekali, dan bertambah-tambah malangnya, kalau yang masih merupakan pelaku tegar dalam meremehkan perkara-perkara sebegini adalah sang da’ie, da’ieyah, murabbi-murabbi besar yang anak buah halaqah-usrahnya berjumlah puluhan orang. Sayang sekali. Sekadar catu coretan rasa hati. Sekadar untuk difikir dan direnungkan. Sekadar untuk diperhatikan. Sekadar untuk mula kita titikberatkan. Bermula sekarang.

Read More..

Saturday, 19 January 2008

Membicarakan Ukhuwwah: Mencari winning formula


Ramai yang bertanya, apa dah jadi dengan ukhuwwah kita. Dah tak macam dulu. Dah tak rapat. Kita dah tak ada kebersamaan.


Kalau berbicara tentang ukhuwwah kita lebat. Kita letak standard macam Nabi dengan sahabat. Ukuwwah antara kita dengan kawan-kawan, teman-teman, dan rakan-rakan.


Hakikat ukhuwwah itu adalah give and take. Ada yang memberi dan ada yang menerima. Ia bukan one way punya hubungan. Sebab tu once kita gagal memahami nature dan asal bentuk itu, kita akan bersifat ghulu dalam menuntut ukhuwwah rakan-rakan.


Apa standard yang kita letakkan ?. Kita mengharap orang lain macam kita (macam yang claim tu lah). Bersemangat sentiasa, penuh enthusiasm, bersegera, dan laju, dan cepat berubah kea rah kebaikan. Betul tiada salah dalam membuat begitu. Tapi apakah kita telah berlaku adil terhadap mereka?. Apakah itu jalan yang terbaik?


Tuntutan


Persahabatan dan ukhuwwah bukan untuk dicuba dan diuji oleh kita. Ada tuntutan yang harus kita penuhi. Peraturannya mudah. Sebelum kita minta orang lain memberikan ‘cinta’ mereka, kita seharusnya ‘cinta’ mereka dahulu. Manifestasi cinta?


Kita kenal mereka dahulu. Jangan mudah-mudah cakap kata kita dah kenal seseorang dan still kita tak memenuhi at least kehendak yang telah diletakkan oleh ukhuwwah itu sendiri. Satu cerita, apabila saidini Umar didatangi oleh sesoerang yang menyatakan bahawa dia kenal seseorang yang lain, lalu beliau bertaya kepada lelaki itu” Apakah kamu pernah bermusafir bersamanya?, Apakah kamu pernah bermalam dengannya (tidur) ?, apakah kamu pernah makan bersamanya?. Lalau dijawab tidak. Maka Umar pun berkata: Kamu tidak mengenalnya. Hah. At least tiga tuntutan yang dinyatakan tadi kita dah langsaikan, barulah kita boleh membicarakan soal ukhuwwah denganya. Bukan mudah anda bolej claim anda kenal orang. Sebab keperibadian seseorang itu, belum teruji di saat-saat lain.


Jangan kita bersikap keras dengan sesama manusia. Manusia ni makhluk Allah yang sangat unik. Dia diberi pilihan. Antara membuat kebaikan dan keburukan. Manusia berbeza antara satu sama lain. Physically, dengan tanda-tanda yang berbeza, minat dan kecenerungan, gaya dan pace masing-masing. Tak ada satu standard rule dalam menyusun manusia. Jangkan kata dalam mendisiplinkan manusia, bahkan dalam membuat kebaikan pun, manusia berbeza dan tidak sama. Allah sebut, bahawa ada sebahagian manusia yang zalim terhadap diri sendiri, ada yang sederhana di dalam mengambil Al-Quran dan ada yang bersungguh-sungguh berlumba-lumba mengejar pahala dari allah. So?. Apa sikap kita. Ya sikap kita terhadap kebaikan ialah terus melaju dan pecut. Tapi terhadap yang lain terutamanya rakan-rakan jangan kita bersikap keras dan memaksa.


Allah sebut: “…sekiranya kamu bersikap keras terhadap mereka maka nescaya mereka akan lari dari sekeliling kamu..”Bersikap keras bukan sahaja dilarang terhadap orang yang belum Islam, bahkan yang telah Islam juga sama tuntutannya. Sebab ini hati manusia. Dia lembut dan sukakan kelembutan. Maka santuni hati manusia dengan kelembutan.


Fahami naluri manusiawi. Ada ups and downs. Ketika dia sedang naik syeikh, kita naikkan semangatnya. Dan ketika dia down kita motivate dia. Jangan ‘bunuh’ dia. Tapi itu yang kebanyakkan kita buat. Once kau down, kau kena cepat-cepat tambah amal ibadah, banyakkan qiam dan lain lain, katanya. Betul nothins wrong. Tapi time tu anda buat dia macam tu, lari terus dia. Sebanya bukan statement anda salah, tapi anda salah approach, dek kerana kegagalan memahami tabiat manusia. Let him be himself. Slow-slow.dia ada pace dia.


Persahabatan dan Ukhuwwah bukan untuk anda keji, dan bantai dia sehabisnya. Bukan dia sahaja yang anda perli, kutuk dan hina. Sebab itu bukan nature ukhuwwah. Tambah lagi bila anda memperlekehkan orang, dan anda gembira terhadap perkara itu, dan lantas apabila anda diperli balik, anda naik hangin….Namun itulah hakikat yang berlaku. Ramai di antara kita yang gemar sedemikian. Bila bab mengata kat orang dia sedap menambah perisanya dan membantah K.O ‘sahabat’nya itu, tapi bila dia di perli dalam nada gurau, nak kecil hati dan merajuk. Kita fahami, dalam berkawan dan bersahabat, gurau senda itu yang menambah perisa dan kemanisan. Tapi kalau ini situasinya, anda fikir sendiri. Ada ke orang yang nak kawan dan asyik dia yang kena perli?


Memperbaiki


Ok. Kita boleh plan macam-macam benda untuk nak pertingkatkan hubungan kita dengan rakan-rakan dan sahabat. Dari camping, jumbori, berkelah, makan-makan, dan macam-macam lagi, tapi still ada satu peraturan yang harus difahami.


Allah menyatakan dalam Quran: “dan dia yang menyatukan hati-hati kamu. Sekiranya kamu membelanjakan segala apa yang ada di muka bumi ini, seseungguhnya bukan kamu yang menyatukan mereka, tapi Allahlah yang menyatukan mereka…”.


Oleh itu, slow-slowlah dalam mendekati hati manusia. Kita bukan nak instant change, tetapi malah constant change. Kalau instant anda boleh bersikap keras dan memaksa, boleh jadi dia akan berubah on the spot, tapi tak lama, dia akan kembali kepada asal dan kemudian terus mninggalka anda. Tapi kalau nada make it slow it, tapi smart, maka perubahan constant yang kita inginkan. Constructive, sikit-sikit ia dibina, dan semakin mengukuh. Perubahan yang anda inginkan terhadap rakan-rakan dalam merespon terhadap isu ukhuwwah pasti akan lebih baik.


Fahami juga nature dan tabiat syariah, yang mana Allah nyatakan bahawa ianya bersifat Al-Waqiiyyah, reality (Syed Naquib Al-attas mendefinisikan sebagai hakikat). Yang mana dalam tuntutan Al-Waqieyyah ialah AlYusr, dan Al-Tadarruj. Inilah yang gagal difahami oleh ramai orang, bukan sahaja dalam membicarakan aspek ukhuwwah, bahkan dalam da’wah sekali pun. Kegagalan memahami unsur ini akan menyebabkan the so-called da’ie mengambil pandangan isti’jal (nak cepat-cepat) dan tidak memenuhi hak seseorang untuk slow dan faham secara constructive. Ia akan jadi tuntutan emosi daripada rasional.


Pesanan


Satu je yang saya teringat. Kata orang tua-tua. Manusia tu kan berbeza. Kapasiti dan kualitinya berbeza. Kemaiharannya juga berbeza. Jadi, kalau tak dapat bagi ceramah, dapat pasang khemah pun jadilah. Kalau tak dapat jadi pengerusi, dapat sususn kerusi pun jadilah. Betul tak?

Read More..

Friday, 21 December 2007

Cinta Da'ie-da'ieyyah: cerita versi student


Tajuk dah gempak giler….content pun dah ramai yang tau kot….
Bukan bende baru sangat pun...dah jadi macam rahsia umum.....uncodified law....ye ke?
Cerita yang telah lama berlegar di kalangan pendokong da’wah (?) dan yang segolongan dengannya yang claim bawak da’wah (sebab katenya sibuk berpersatuan...?). Cume saye meminjam istilah ustaz Maszlee Malik.

Isu yang timbul, mungkin dari salah faham atau dan faham tapi hati beb....soalnya cinta ..jiwang siut..
Sebab tu seorang rakan pernah bagitau...masalah yang timbul dalam diri seorang dai’e berpunca dari dua benda je....samada as-syubhah (ketidakjelasan, ketidakfahaman terhadap beberapa perkara prinsip dan lain2) dan atau as-syahwah (soal kehendak dan kecenderungan menyalahai kehendak syariah).

Hah, betitik tolak daripada dua prinsip..atau premis di atas sekarang kita nilai sendiri masalah yang berlaku ni, disebabkan puncanya di mana?
Situasi-situasi

Situasi 1. Satu program kepimpinan da’wah mahasiswa yang dirancang...projek mega kesatuan da’wah di kampus di sebuah IPT Islam terkemuka di tanahair. Ketua Program bernama WQ ( bukan nama sebenar?), seorang lelaki da’ei, thiqah maut, lelaki idaman malaya, alim alim kucing...dan penolongnya SY (tah aku main sebat je nama), wanita melayu terakhir, redup wajah, alimah (?) terbaik segala segi....thiqah beb. Hasil gandingan mantap program tu berjalan lancar , dan akhirnya mendapat respon baik dari peserta. Akhirnya dapat anugerah program terbaik sepanjang tahun. Maka atas dasar kemenangan itu, si ukhti muslimah ni pun hantarlah satu sms mengucapkan tahniah kat ketuanya. Ketuanya pun balas balik dan mengucap terima kasih. Dua tiga hari lepas tu, hantar sms pulak nasihat sempena ramadhan...dah tibe ni ucap doa2 baik. Tup2 tanya khabar pulak...dah lepas tu melarat pulak tanya khabar study pulak...perancangan lain 2 lagi....last2 sekali dah melekat kat hp tuh tak lepas2....kawan2 lain tengok ape hal mamat ni...dok senyum2 bace message...tengah makan sms, tengah main sms, tengah tido sms (ni dah lebih la...)

Situasi 2. Seorang siswi dalam keadaan bingung. Keluarga di kampung mengharap keputusan yang cemerlang. Dia pulak sibuk dengan persatuan (da’wah beb...). nak catter adik2 junior lagi alah macam2 lah...tugas murobbi agung lah katakan. Dia tension dan tak tau nak cakap dan berkongsi ngan sape. Akhirnya selepas mendapat no hp seorang pimpinan ikhwah, dia pun tanyakan hal2 yang merungsingkan dia. Tanya solution, tanya macam2....si ikhwah pulak dengan baik dan tulus hati good faith beriya2 benarlah pergi sms balik, membantulah tu kononnya...guide balik...dah macam2 lah pulak. Hah ni terbaik, akhawat tu dah tengok ade yang concern, dah naik tochang...rase macam ikhwah tu ada hati kat dia...kalau pun takde dia ada hati...sebab tertarik dengan kesungguhan ikhwah ni membantu dia. Akhirnya dia pun meletakkan harapan ...faham2 je lah kan.Dah akhirnya ...dua situasi.,..kalau ikhwah tu terima cintanya....hah macam situasi kat atas lah jawabnya...dan kalau ditolak dengan sebab baiklah sangat budak laki ni dengan ikhlas hati sebenarnya nak bantu budak pompuan ni....dan bukan sebenarnya atas dasar cinta...tak frust menonggeng budak pompuan tuh?

Situasi 3. konon2 nak tanya dan bincang pasal study. Dah dpat no hp seorang ikhwah yang boleh dikatakan tak de lah top sangat study dia...biase2 je. Yang minah sorang ni macam lah tak de akhawat lain yang top2 study. Gi sms laki ni...hah mule2 baik lah bincang pasal study..pas tu study ke mane ape ke mane…btul bende ni berlaku...tak caye? Minoriti kes pun bukan...selalu gak berlaku. Mule2 memang lah niat baik nak study, tapi lepas tu ke mana. Yang pompuan tu pun satu, macam lah takde student pompuan lain yang boleh bincang, saje cari peluang nak study dengan lain jantina....hhhh (menghela nafas lah)
Realiti


Ape pandangan anda? Ape pun alasan dan pandangan anda...inilah realiti yang sebenarnya berlaku di sekeliling kite...betul tak?....dan

Dan yang best nye bile anda cube membetulkan keadaan (salah ke?...satu pertanyaan dari diorang2 ni lah) mereka akan jawab ni untuk da’wah...ni penting untuk membina masyrakat muslim...ehh takpe2. ni same2 buat da’wah...kitorang bincang pasal strategi da’wah di kampus dan bagaimana nak menangani isu kebejatan sosial muda mudi kite sekarang (baik punye cover...amek aku dua debik..poyo sangat nak tegur menegur(meminjam istilah Taufeq))

Sebenarnya banyak lagi situasi yang similar atau hampir 2 same. Sebab namenye pun manusia...tak lari mane...sebab ini soal hati....kan semua orang same je...akan merasai situasi yang same.

Tapi yang pasti, saye bukannye cemburu dengan pengalaman setiap orang yang mungkin pernah melalui situasi2 di atas.....cume kadang2 terfikir....dah memang asas perkenalan tu tak jelas dan tak betul....nak betulkan dan justify macam mane?..........terpulang kat anda.
Semuanya atas pilihan kite. Bukan kite tak boleh pilih dan pikir antara baik buruk....dah besau panjang......kalau tu memang saje buat bodo je tak nak dengar cakap orang2 tua....
Ingat anda bawak da’wah. Jangan sampai da’wah dapat name buruk dengan sebab sikap dan perbuatan anda. Fikir2kan. Dont be selfish. Kan ada cara yang lebih mulia untuk dai’e.
(gambar di atas hanyalah untuk tujuan ilustrasi, tiada kaitan dengan cerita. terima kasih kepada dhany-pinjam gambar ye).

Read More..