Sunday, 4 May 2008
Friday, 2 May 2008
tingkatkan penguasaan bahasa arab anda
Rebut peluang meningkatkan penguasaan bahasa arab anda secara mudah. lawati
http://maal-hijrah.blogspot.com/
segalanya tentang bahasa arab, bahasa al-quran. pelajari step-by-step mengenai bahasa ini. juga peluang-peluang intensif bahasa arab di negara arab, panduan ketika di sana dan lain-lain.
Posted by
Hadi Mahdi Muhtadi
at
11:01
0
comments
Labels: pembuka bicara
Thursday, 1 May 2008
Program intensif bahasa arab!!!!
Assalamualaikum...teman2 pembaca sekalian...ni saya ambil dari blog teman saya..http://www.hikmahyaman.blogspot.com/...sila layari untuk maklumat lanjut...
kursus intensif bahasa arab di Yaman, tempoh 3 bulan :
Hanya RM 2640
pakej termasuk :
1- Yuran pengajian di Maahad Sibawaih, Sana`a Yaman.
2- Penginapan yang lengkap.
3- Makan minum.
4- Terbuka untuk lelaki sahaja.
5- Umur dari 17 tahun ke atas.
Kursus intensif bahasa arab di Yaman untuk temph 3 bulan.
Hanya RM 2,200 (Grouping)
Pakej termasuk :
1-Yuran pengajian di Ma`ahad Sibawaih Yaman.
2-Tempat penginapan yang lengkap.
3- Makan minum.
4-Untuk lelaki sahaja.
6-Umur 17 tahun ke atas.
7-Kumpulan mestilah lebih dari 5 orang.
Perkhidmatan tambahan :
1-Pemandu pelancong bagi kawasan Sana`a dan seluruh Yaman.
2-Perkhidmatan e-tiket penerbangan Yemenia Airways untuk Malaysia-Yaman-Malaysia dan mana-mana negara.
3-Mengurus pendaftaran pelajar bagi yang ingin melanjutkan pengajian di IPT peringkat sarjana pengajian Islam di Yaman.
4- Menyediakan homestay bagi yang ingin tinggal di yaman dalam tempoh yang panjang.
5- Menerima tempahan produk-produk dari Yaman seperti madu, habbatussaudak, minyak wangi dan sebagainya.
Maklumat lanjut sila hubungi :
Taufiq Amini di emel taufiq_amini@yahoo.com
atau SMS/Call 00967-711318793
Posted by
Hadi Mahdi Muhtadi
at
23:38
0
comments
Labels: pembuka bicara
Selamat Menyambut Hari Pekerja 2008
Semoga produktiviti semua pihak akan terus meningkat supaya lebih maju, competent, berdaya saing, serta berintegriti.
Menjadi harapan semua pihak agar falsafah kecemerlangan dan budaya integriti terus memandu masyarakat dunia, di mana sahaja.
Dalam suasana dan keadaan masyarakat yang sudah hilang timbang rasa, budaya rasuah bercambah, nepotisme dan kronisme berleluasa, kita mencita-citakan prinsip qawiyun-amin, (berkemahiran dan berintegriti) sentiasa tertanam kukuh dalam mindset semua pihak.
Selamat menyambut Hari Pekerja. Bekerjalaa kerana Allah
Posted by
Hadi Mahdi Muhtadi
at
15:21
0
comments
Labels: prolegomena
Tuesday, 29 April 2008
Hitam, putih, dan kelabu
Saya hanya berkesempatan untuk mencoretkan pandangan ini selepas beberapa ketika memasuki tempoh praktikal. Tapi ceritanya bermula lebih awal lagi. Dalam awal bulan tiga. Ketika itu saya sedang membelek dan meneliti isi kandungan buku Fenomena Ayat-ayat Cinta. Ia bukan sebuah novel. Tapi autobiografi Habiburrahman El-Shirazy.
Autobiografi itu biasa sahaja, cuma saya tertarik dengan satu ulasan di muka-muka awal buku terssebut. Itu berkomentar tentang bentuk dan pola cinta setiap watak dalam masterpiecenya Kang Abik itu, ayat-ayat Cinta yang sudah dibawa ke layar perak. Cinta milik Maria, Aisyah, Nora, dan Nurul.
Yang menarik di hujung komentar itu, penulis ada membuat ulasan berbunyi: “ walau apapun namanya, cinta, selagi belum sah nikahnya, memang hubungan itu tidak sah, atas alasan apapun ia. Nah kalau ikhwah dan akahwat itu sengaja mencari alasan memperbolehkan ia, walaupun dan khususnya di masa-masa khitbah, maka ia kekal sebagai suatu alasan tanpa nilai apa pun”.
Hitam, putih dan kelabu
Sejenak saya terfikir. Dan getus saya, hitam, putih dan kelabu. Itulah setepatnya. Tentang cinta. Yang mampu mengubah hitam itu ke kelabu dan seterusnya putih. Apa saja itu. Tentang yang boleh dan yang tidak diperbolehkan dalam cinta. Rasanya ruang ini tidak harus menjadi ruang bicara agama layaknya, kerana saya sendiri masih fakir ilmu berbicara soal itu. Tapi ruang berkongsi pengalaman dan melihat perubahan teman-teman dalam menafsir istilah cinta.
Yang putih itu jelas. Yang hitam juga jelas. Yang halal itu jelas. Yang haram itu jelas. Tiada sangsi. Cuma, selangkah seseorang itu memasuki fasa pertunangan, khitbah, ceritanya lain sekali. Pasti, dan pasti itu bersandar pada pengalaman, definisi hitam dan putih itu tadi mula berubah. Jadi kelabu. Dan kelabu itu pula semakin banyak dan membesar.
Fasa khitbah
Fasa pertunangan merupakan cabaran terbesar bagi setiap individu. Sebab anda berada dalam alam antara ‘haram’ (sebelum ada apa-apa hubungan), dengan yang ‘halal” (selepas perkahwinan). Walaupun jelas dalam Islam, fasa pertunangan tidak membawa apa-apa kuasa dan tanggungjawab, tetapi itu soal fiqih. Soal hati anda seolah telah mampir menjadi suami atau isteri kepada seseorang.
Di situ masalahnya. Contohnya soal berhubungan. Sebolehnya dibatasi, walaupun sebahagian besar ulama memperbolehkan. Tetapi pastinya dengan pemantauan dan adab-adabnya. Tetapi bagi ‘pasangan’ yang dalam tempoh ini, kadang-kadang itu terlepas juga kata-kata rindu-rinduan, sayang-sayangan, cinta-cintaan. Kata mereka itu berlaku out of control. Akibat perasaan dalaman untuk mendapatkan kepastian tentang cinta mereka. Kalau bicara soal fiqih, mungkin ok. Tapi tentu sudut tasawwuf (dalam erti kata yang luas), ketundukan hati, dan kekhusyukan, itu pasti melemahkan.
Banyak insiden-insiden yang berlaku di sekeliling kita. Ia tak perlu diungkapkan dengan kata-kata tapi cukup jelas kelihatan dengan pandangan mata kita. Perilaku dan tindak tanduknya menunjukkan seolah dia tahu perbuatan itu hitam, tetapi akan terus mencari justikifasi untuk memutihkannya. Maka jadilah ia kelabu.
Saya malas nak berbicara panjang. Bagi saya mudah. Ya, yang akan melangsungkan pernikahan, cepat-cepatkan. Saya khuatir endingnya nanti lain kalau dilambatkan. Tapi kalau yang sudah bertunang tapi pernikahannya lambat lagi, pandai-pandailah. Apa pun alasan anda, hanya anda yang akan menjawabnya kelak. Yang pasti selagi peradaban manusia ada, ruang kelabu itu pasti lebih mendominasi. Hitam, putih, dan kelabu dalam cinta.
Cinta dan orang da'wah
Cinta itu menggilakan manusia. Mungkin juga benar. Sebab kita manusia. Dan sejarah telah menjadi saksi jatuh bangun bangsa ditentukan oleh cinta. Cinta yang macam-macam ragamnya. Cinta tuhan, cinta hantu tahyul, cinta perempuan, cinta lelaki idaman, cinta harta, cinta pangkat dan jawatan. Cinta menjadikan manusia obses.
Dalam ruang bicara da’wah, ruang kelabu inilah yang menjadi sandaran. Jangan berbicara soal besar, kalau dalam fatrah (tempoh) pertunangan anda gagal memutihkan yang putih dan menghitamkan yang hitam. Anda duduk dan kekal dalam ruang kelabu itu. Ingat. Sebagai orang ‘dawah, anda menjadi cermnan Islam. Walaupun tidaklah selalunya betul. Tapi orang lain beranggapan begitu, dan akan menadikan perbuatan anda hujah untuk mereka melalukan sedemikian.
Read More..
Posted by
Hadi Mahdi Muhtadi
at
10:51
2
comments
Labels: arus bawah, warna-warna kehidupan
Monday, 28 April 2008
Da'wah pasca PRU ke-12
Latar da'wah masa dulu
Kalau dulu latar da’wah di Malaysia begitu sukar mendapat tempat di ruang-ruang arus perdana, dengan pelbagai prosedur dan kerenah birokrasi, sedangkan aktiviti dan semangat pendokong-pendokong da’wah begitu tinggi, maka apakah selepas berlakunya perubahan struktur ini akan membolehkan lebih banyak aktiviti Islami mengambil tempat dalam masyarakat.
Rungutan dari para aktivitis da’wah, tak kira dari jalur mana, PAS, ABIM, JIM, persatuan-persatuan Islam, serta pertubuhan-pertubuhan kebajikan Islam, bahawa mereka tidak diberi ruang secukupnya untuk bergerak dan beraktiviti, kekangan dan halangan yang tak terkira banyaknya, samada dalam bentuk prosedur dan formaliti, termasuklah kekurangan dana dan sumber kewangan.
Ruang baru
Ok sekarang harapan baru yang selama ini didambakan telah mula menampakkan ruang yang lebih luas dan terbuka untuk para pendokong dan aktivis ini melaksanakan pelbagai perancangan da’wi yang selama ini, kata mereka sedikit terkongkong. Sebagai suatu perbandingan, ruang da’wah di Malaysia lebih baik dari teman-teman bukan sahaja di Negara-negara bekas Soviet, malah di Negara-negara arab, termasuklah Arab Saudi, Mesir, Syria, dan Libya.
Aktiviti da’wah yang dimaksudkan di sini bukan hanya terhenti setakat perbincangan agama dan ilmi sahaja, malah sehingga aktiviti kemasyarakatan dan khidmat sosial. Ceramah, tazkirah, bengkel, kelas pengajian ilmu Islam, usrah, nadwah, mu’tamar, tamrin, kem-kem bina insan, rehlah, dan banyak lagi di samping mendapat sokongan kewangan dari pihak berwajib.
Tribulasi sebenar
Yang kita nak lihat (dan bergerak membantu sekali!) ialah apakah langkah seterusnya dari para pendokong da’wah ini. Kalau dulu dengan segala sekatan, da’wah semakin subur, apakah dengan terbukanya ruang demokrasi, da’wah akan semakin subur dan berkembang atau terus lenyap dan luput dek kerana selesa dan sibuk dengan projek yang banyak masuk selepas kemenangan. Apakah dengan ‘kemenangan’ politik ‘golongan Islam’, da’wah akan terhenti dan tidak perlu diteruskan. Sebab tujuan telah tercapai? Masing-masing, para aktivis da’wah dan tarbiyyah menghentikan usaha mereka selama ini, dan menfokus kepada mengayakan anak-pinak dan membangunkan ekonomi individu?
Onak duri dan ranjau yang dihadapi biasanya tidak akan mematahkan semangat dan kegigihan para da’I, Cuma yang lebih kuat cabarannya ialah kemenangan dan keselesaan duniawi. Inilah ujian sebenarnya. Untuk kekal menjalankan usaha kebaikan, da’wah dan tarbiyyah, walau apapun kondisi ummah ketika itu, di atas atau di bawah.
Langkah bermula
Langkah seterusnya kini ialah untuk semua badan da’wah menekankan focus untuk duduk dan bekerjasama, bantu membantu, dan tidak memdabik dada dan menyombong diri, menafikan usaha badan da’wah lain yang tidak secara direct dan formal terlibat dalam pilihanraya. Janganlah masa in, ada pihak nak claim kata badan da’wah lain tak layak ‘menyambut’ (kalau ia patut disambut) ‘kemenangan’ (betulkah ia kemenangan sebenar?) dan menikmatinya sebab mereka tak membantu ketika pilihanraya. Hentikan perkataan seperti itu. Ia tak patut diungkapkan. Mulai kini, raikan peranan setiap pihak yng terlibat mengembangkan pemahaman Islam dan hargainya. Bekerjasama, bertolak ansur dan buka ruang seluas-luasnya untuk setiap pihak bergiat cergas memahamkan masyarakat mengenai Islam dalam erti kata yang syumul. Janganlah masa ini pula nak berebutkan ahli dan berkata buruk mengenai gerakan Islam yang lain.
Kejayaan memenangi pilihanraya kali ini tiada makna apa melainkan sebagai outcome dari kemarahan rakyat kepada BN. Ia mungkin hilang lima tahun lagi kalau semua pihak berdiam diri dan berpuas hati sekadarnya. Da’wah pasca PRU lebih berat dari sebelumnya.
Read More..
Posted by
Hadi Mahdi Muhtadi
at
11:40
0
comments
Labels: arus bawah, politik
Sunday, 27 April 2008
review buku: Tuhan Manusia
Posted by
Hadi Mahdi Muhtadi
at
17:47
0
comments
Labels: review buku
Segalanya tentang politik
Semuanya tentang politik. Politik dalam erti kata yang luas. Politik adalah tentang kuasa. Dan politik ada di mana-mana. Politik membahagikan manusia kepada dua. Dengan politik orang akan bertambah takut dengan amanah. Atau menjadikan mereka gila kuasa.
Dewasa ini semua ingin bercakap tentang politik. Tentang kuasa dan menguasai. Jangan katakan di Parlimen sahaja orang bercakap politik, malah di kedai kopi, di kenduri kendara malah di pejabat dan office.
Politik itu ada dua. Politik nilai dan politik kuasa. Saya katakan tiga, politik nama. Politik kuasa adalah politik untuk menguasai dan memuncakki. Berada di atas, mengatasi segala tuju arahnya. Berada atas kerusi empuk pemerintahan, segala apa pertubuhan, menjadikannya rasa puas dan selesa. Rasa sudah cukup. Justeru itu, ia tidak harus berkerja jauh dari itu lagi. Cukup sekadar berjaya mencapai kemuncak itu. Ia telah sampai ke destinasi.
uk menamakan dan melabelkan segala sesuatu usaha. Usahanya adalah untuk menonjolkan segala apa yang ia fikirkan hanya sekadar pada nama. Islam Madanilah. Penerapan nilai-nilai Islam dalam perkhidmatan awamlah. Bersih, Cekap, dan Amanahlah. Maju bersama Islamlah. Bekerja bersama sayalah dan Pelbagai lagi. Tidak dinafikan label itu penting, tapi bagi sebahagian kumpulan, label ini melebihi segalanya. Saya tiada masalah dengan label kalau ia bagus. Tapi sesetengah orang syok dengan label dan bunyi sahaja. Kerjanya jauh panggang dari api.
Politik nilai adalah politik cantik. Politik berasaskan kepercayaan dan objektif based. Kalau sahaja objektifnya tercapai, walau tanpa nama dan tanpa kuasa, teruskan sahaja. Politik yang melihat kepada substance. Politik nilai politik bersih. Cuma kadang kala manusia gagal melihat aspek ini. Sebab yang paling utama dalam leadership dan power ialah untuk menggerakkan orang (to motivate people). Tanpa dua aspek politik yang lain tadi pun ia mampu bergerak. Kalau ada kedua-dua tadi, ai adalah bonus dan harus diambil, jangan ditolak. Manakala walaupun dengan memegang kuasa belum tentu kita boleh menggerakkan orang dengan kuat. Mungkin berjaya digerakkan, tapi dengan kekerasan dan paksaan. Itu tidak kuat. Mungkin juga dengan nama. Malangnya tidak semua akan teruja dengan pengistilahan yang canggih manggih.
Posted by
Hadi Mahdi Muhtadi
at
12:59
0
comments
Labels: politik
Thursday, 24 April 2008
Siapa selepas Anwar?
Selesai sudah satu episod peristiwa-peristiwa pasca PRU ke-12. Kerajaan-kerajaan negeri semuanya telah selesai dibentuk, walaupun pelbagai karenah dan kemungkinan yang tak terduga berlaku. Episode kedua yang mencetus minat yang tinggi di kalangan sebahagian masyarakat ialah pengukuhan Pakatan Rakyat (PR) dan perjalan masa hadapannya. Episod seterusnya ialah pergolakan dan perkembangan dalam UMNO dan BN. Dan yang paling menarik perhatian selepas ini ialah berkenaan pembentukan kerajaan baru dalam tempoh terdekat, kemungkinan kurang setahun dari sekarang.
Minat yang tinggi juga diletakkan kepada masa depan Dato’ Seri Anwar Ibarahim dalam politik. Masing-masing menunggu penuh debar pengumuman yang bakal dilakukan olehnya dalam minggu ini. Apapun yang pasti ‘jalan ke Putrajaya semakin dekat dan semakin pasti’. Samada bakal berlaku penghijrahan anggota parlimen Sabah dan Sarawak ke PR atau hanya sekadar vote of no confidence terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi atau pun keluar parti dan kekal sebagai anggota Parlimen bebas, ia adalah option yang ada di hadapan mata.
“Datuk Seri Anwar hamper pasti akan menjadi PM”, ungkap seorang teman. Bukan sahaja dia, malah akhbar-akhbar juga cenderung untuk mengatakan sedemikian, walaupun tidalah terlalu direct. Melihat kepada pola semasa, secara peribadi saya berasa agak khuatir dengan perkembagan semasa. Bukan sangat dengan suam-sejuknya politik nasional, tetapi bila memandang ke kanan dan kiri, saya mula tertanya di manakah lagi pepimpin pelapis yang kita ada. Saya bukan bercakap soal individu. Mamang ramai d luar sana secara hierarki. Tapi mereka itu ketua, secara jawatan. Tapi persoalannya siapa pemimpin selepas anwar? Atau lebih tepat siapa selepas Anwar?.
Katakan Dato’ Seri Anwar naik sebagai PM dalam tempoh terdekat, dan umurnya pula mengjangkau paling lama yang ada ialah 10 tahun atau dua kali pilihanraya sahaja. Selepas itu, fokusnya sudah lain. Oleh itu yang kita harus risaukan ialah di mana lagi pemimpin pelapis, yang kalau tidak lagi hebat daripadanya, sekurang-kurangnya menyamai tarafnya. Whatever track record Datuk Seri Anwar, yang mungkin sebahagian tidak begitu menggemarinya, hakikatnya at least dia telah meletakkan suatu standard kepimpinan yang harus diteladani oleh ramai.
Keyakinan, ucapan yang baik, pengurusan ekonomi yang cekap, peribadi yang membumi, hubungan international yang kukuh, diterima pelbagai kaum dan lapisan masyarakat, ada elegance dan sebagainya.
Saya secara peribadi masih tercari-cari siapa yang bakal menggantikan Anwar, at least berdiri setaraf dengannya?. Persoalan-persoalan ini membawa saya kepada suatu kesimpulan. Hampir tiada. Jadi, pilihan yang kita ada ialah menerima sesiapa sahaja yang bakal menggantikan beliau untuk memimpin Malaysia atau memulakan usaha mencari the chosen one. The chosen one yang dimaksudkan bukanlah seorang individu tapi sekumpulan orang yang mampu meneruskan aspirasi rakyat ini.
Tugas besar
Oleh itu, usaha-usaha mengenalpasti, mencari, melatih, memberi sokongan dan pendedahan, dan memasyarakatkan pemimpin sebegini harus dimulakan sekarang. Dan membaca usaha ini dalam konteks Malaysia ia haruslah beyond politics. Di sini saya lebih cenderung untuk melihat pimpinan dalam apa sahaja pertubuhan untuk secara non-emosi dan penuh tanggungjawab duduk bersama-sama dan memikirkan hal ini. Kita bukan sekadar mencari pemimpin untuk sebuah parti politik akan tetapi untuk sebuah bangsa dan peradaban. Oleh itu, usaha dan proses mencari haruslah dimulakan beyond party politics. Malangkaui batas-batas parti politik sempit. Semua pihak harus bersedia untuk duduk dan berbincang, walaupun nadanya agak mustahil, kita harus secara bersama melihat ini sebagai usaha memastikan Negara ini lebih aman harmoni dan maju.
Mencari sekumpulan pemimpin pelapis yang mendapat pendedahan peringkat tertinggi pentadbiran, pengurusan serta hubungan luar yang baik, pengucapan dan latihan penulisan, hal ehwal masyarakat dan rakyat, politik kepartian, pengurusan ekonomi, serta banyak lagi aspek yang harus diteliti dan diperhalusi. Mereka harus mendapat pendedahan-pendedahan ini. Selepas itu samada mereka berada dalam parti pemerintah, atau pembangkang, sector korporat atau pentadbiran awam, kita akan berasa aman dan tenteram dengan option yang kita ada. Sebab mereka semuanya terlatih.
Adalah lumrah dalam kepimpinan, pilihannya ramai tapi yang terpilih hanyalah satu. Maka oleh itu, dalam konteks perbincangan kita ini, inilah option yang kita ada, bukan hanya seorang sahaja, malah sekumpulan pemimpin yang walau di mana sahaja mereka berada, kepimpinan mereka telah teruji dan diyakini. Katakana swing pengundi berlaku dalan plihanraya, maka kita juga mempunyai pemimpin masyarakat yang berinegriti dan berkredibiliti.
Politik Malaysia harus memandang kedepan. Kita sudah tidak patut membincangkan isu-isu remeh. Letakkan tekad dan sama-sama kita latih pemimpin-pemimpin ini. Kita tentunya tidak mahu nanti adanya PM yang naik tanpa pengalaman mentadbir. Ia hanya merosakkan Negara. Ini adalah definisi menjadi patriotic.
Sekali lagi, lihat ini dalam konteks kenegaraan. Soalan siapa selepas anwar harus kita fikirkan bersama.
Read More..
Posted by
Hadi Mahdi Muhtadi
at
01:39
0
comments
Labels: politik
Wednesday, 23 April 2008
10 ways to stretch your ringgit
1. Eat out less
Home cooked food is more nutritious.
2.Shop wisely
Don’t be fooled by sales gimmicks and promotional offers.
3. Curb unnecessary spending
Distinguish between your wants and needs.
4. Reduce wastage
Whether it is food, electricity or water.
5. Plan your journey
Reduce your mileage and save petrol. Make car-pooling work.
6. Buy wholesale
Get together with neighborurs and buy in bulk.
7. Community farming
Grow your own vegetables.
8. Holiday locally
And put money back into our system.
9. Buy generic goods
Evaluate the quality and pricing. Some are on par with branded items but cheaper.
10. Invest smartly
If you are not getting your expected returns, consider getting another fund manager!
New Straits Times, Friday, April 18, 2008.
Read More..
Posted by
Hadi Mahdi Muhtadi
at
02:24
0
comments
Labels: komentar
Tuesday, 22 April 2008
Harapan baru untuk Malaysia I
Rasanya memang sengaja saya melambatkan penerbitan artikel ini. Mungkin juga sebab terbeban dengan tugasan akademik. Mungkin juga terkejut dengan perkembagan politik semasa, sehingga lebih berminat mengikut sahaja arus besar yang melanda tanpa sebarang komentar. Mungkin juga kerana ingin memberi tempoh selesa untuk ke semua pihak bertenang dan menarik nafas usai PRU ke-12. Sementelahan semuanya sudah Nampak agak bersedia untuk berbicara secara non-emosi, maka perbicangannya pasti lebih matang.
Bukan untuk memihak kepada mana-mama pihak, selain mencari apa yang terbaik untuk semua pihak. Ideanya mudah. Semua orang akan mendapat bahagiannya. Tapi tidak mendapat ke semua bahagiannya. Kemenangan Pakatan Rakyat atau Barisan Rakyat atau Barisan Alternatif sebenarnya menumbuhkan kembali kepercayaan masyarakat awam terhadap proses demokrasi. Setelah sekian lama, masyarakat Malaysia seakan seolah tiada pilihan dalam menentukan masa depan Negara, kali ini corak protes yang ditunjukkan oleh rakyat semakin bijak dan matang. Tidak dengan demonstrasi (walaupun masih terjadi), tetapi dengan undi. Silent protest. Ini bukan suatu ulasan tetapi sebagai rangkuman peristiwa yang berlaku.
Pilihan rakyatSudah jelas pilihan rakyat. Akan tetapi pilihan itu dibuat berdasarkan harapan pilihan kali ini tidak akan mengulangi approach badan eksekutif terdahulu. Ini satu hakikat. Jadi, sekiranya peluang yang tidak dating selalu ini dipersia-siakan, harapan rakyat diranapkan dan musnah, maka tiada jalan kembali.
Pemantapan PR
Kerjasama
Posted by
Hadi Mahdi Muhtadi
at
01:35
2
comments
Labels: politik
Monday, 21 April 2008
Harapan baru untuk Malaysia II
Racism pasca PRU
Suatu hal yang sangat membimbangkan ialah munculnya forum-forum dan perbincangan yang bersifat perkauman khusunya pasca PRU ke-12. Bagi saya tiada masalah. Selagi ialanya adalah bersifat positive rights, bagus untuk memajukan bangsa sendiri silakan. Tetapi yang menggangu fikiran saya ialah ia mula menular kearah negative rights. Menafikan hak bangsa dan kaum lain. Pemahaman yang salah dalam isu hak ketuanan melayu akibat indoktrinisasi bahawa hanya parti pemerintah sedia ada sahaja yang boleh menjamin hak Melayu tidak terganggu, telah meresahkan ramai pihak. Sebetulnya tiada pihak pun yang menjamin hak Melayu melainkan Perlembagaan sendiri. Jadi dengan berubahnya kerajaan baru yang mungkin lebih ramai penyertaan komposisi dari bangsa lain tidak menyebabkan hak ketuanan Melayu terhakis. Ia adalah jaminan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Suatu yang menarik sekali lagi ialah berkaitan kesedaran politik yang tinggi, hasil keterbukaan kepada source of information. Ini adalah penyumbang terbesar kepada tsunami politik kali ini. Dengan perkembangan terkini corak pengundian seolah bakal mencabar hegemoni pihak parti pemerintah sejak sekian lama bahawa mereka akan kela berkuasa selama-lamanya walau apapun yang terjadi. Nampaknya masyrakat sudh bersedia member kata dua kepada sesiapa sahaja yang tidak mejalankan tugas dengan cemerlang dan berkesan. Political system di Malaysia seolah cuba mencadangkan pendekatan two party-system, seperti yang diamalkan di US dan UK. Masyarakat inginkan kestabilan politik, akan tetapi mahu mengekalkan proses demokrasi. Jadi dengan dua pilihan yang kuat dan kukuh samada BN atau PR, rakyat mempunyai pilihan untuk dibuat, dan bersedia member swing sekiranya kerajaan yang dipilih gagal berkhidmat kepada mereka.
Selain itu, jika selama ini penggemar politik hanya mampu membayangkan kemungkinan-keungkinan politik tanpa real precedent, maka PRU kali ini memberikan lebih dari ini. Ini yang sebenarnya akan menguji pemahaman dan kematangan kita. Politik perlembagaan benar-benar wujud dan pebincangan mengenainya juga lebih realistic. Isu berkaitan Menteri Besar dari kalangan bukan Melayu, jawatan Timbalan Menteri Besar, kuasa Sultan dan Raja, vote of no confidence, penyertaan parti pembangkang dan sebagainya
Posted by
Hadi Mahdi Muhtadi
at
10:36
0
comments
Labels: politik
Friday, 18 April 2008
Cinta dan rindu untuk Mustafa
قال حسان بن ثابت:
ولا تمتـحي الآيات من ذا حرمة بها منبر الهادي الذي كان يصعد
و واضـح آثار و باقي معـالم وربع له فيه مصلى ومسجد
بها حجرات كان ينـزل وسطها من الله نور يستضاء ويوقد
معارف لم تطمس على العهد أيها أتاها البلى فالآي منها تجدد
......
وهل عدلت يـوما رزيّة هـالك رزيّة يوم مات فيه محمد
تقطع فيه منـزل الوحي عنـهم وقد كان ذا نور يغور وينجد
يدل على الرحمن من يقتـدى به وينقذ من هول الخزايا ويرشد
إمـام لهم يـهديهم الحق جاهدا معلم صدق إن يطيعوه يسعدوا
عفوّ عن الزلات يقبـل عذرهم وإن يحسنوا فالله بالخير أجود
......
فبكـيّ رسول الله يا عين عبرة ولا أعرفنك الدهر معك تجمد
وما لك لا تبكين ذا النعمة التي على الناس منها سابغ يتغمد
فجودي عليـه تالدموع وأعولي لفقد الذي لا مثله الدهر يوجد
وما فقد الماضـون مثل محـمد ولا مثله حتى القيامة يفقد
Karenanya, jejak-jejak lainpun terhapus dan sirna
Tanda-tanda dari negeri Haram (Madinah) tidak akan sirna
Disana, terdapat mimbar yang biasa dinaiki sang pemberi petunjuk
Disana, terdapat jejak yang jelas dan sisa rambu-rambu
Disana, terdapat rumah milik beliau yang di dalamnya terdapat mushalla dan masjid
Disana, terdapat bilik-bilik dimana sinar Allah turun di tengah-tengahnya
Sinar yang menyinari dan menyalakan
Tanda-tanda tersebut tak akan hilang ditelan zaman
Tanda-tanda tersebut pernah mendapatkan mushibah kemudian datang lagi
……
Apakah ada mushibah kematian pada suatu hari
Seperti mushibah hari di mana saat itu Muhammad wafat?
Dengan wafatnya wahyu terputus dari mereka
Sungguh beliau memiliki cahaya yang sampai di Al Ghur (Tihamah) dan Najd
Menunjukkan kepada Ar Rahman siapa saja yang mengikuti beliau
Menyelamatkan manusia dari bahaya kehinaan dan memberi petunjuk kepada mereka
Beliau imam mereka dan menunjukkan mereka kepada kebenaran dengan sungguh-sungguh
Beliau pengajar kejujuran, dan jika mereka taat kepada beliau mereka bahagia
Beliau memaafkan kesalahan dan menerima udzur mereka
Jika mereka berbuat baik, sungguh Allah Maha Dermawan dengan kebaikan
……
Wahai mata, tangisilah Rasulullah dengan airmata
Janganlah aku melihat matamu berhenti menangis satu hari pun
Kenapa engkau tidak menangisi pemilik ni’mat pada manusia
Dimana ni’mat beliau sungguh sempurna?
Dermawanlah engkau dengan air mata kepada beliau dan ratapilah
Seseorang yang tidak ada tandingannya sepanjang zaman
Tidak ada orang yang telah mati seperti Muhammad
Dan tidak akan ada orang seperti beliau sampai Hari Kiamat
Posted by
Hadi Mahdi Muhtadi
at
15:22
0
comments
Labels: Bicarasufi
Thursday, 10 April 2008
rindu sekian lama..
Posted by
Hadi Mahdi Muhtadi
at
15:33
0
comments
Labels: prolegomena
Nota kecil untuk hati:Bantulah Palestin
Bagini pesannya:-
1. Jauhi maksiat. Buatlah amar ma’uf dan ahi mungkar.
Sentiasa berdoa dan optimis dengan bantuan allah ke atas muslimin, dan kemenagan yang dijanjikan Allah.
Ikhlaslah dan belajarlah ilmu ikhlas.
Posted by
Hadi Mahdi Muhtadi
at
15:29
0
comments
Labels: Bicarasufi













