Friday, 25 January 2008
Saturday, 19 January 2008
Membicarakan Ukhuwwah: Mencari winning formula
Posted by
Hadi Mahdi Muhtadi
at
19:32
1 comments
Labels: arus bawah
Kegagalan: Di mana kayu ukurnya?
Posted by
Hadi Mahdi Muhtadi
at
19:29
0
comments
Labels: warna-warna kehidupan
Sesekali...
Kau pun berlari
Sama-sama
Dalam renyai
Rintik-rintik hujan
Petang.
Dingin dan sejuk
Dalam ragu dan gelisah
Berpelukan penuh persoalan.
Kau
Aku jelas menafi
Hakikatnya inilah
Warna-warna kehidupan
Kita bicara bahasa sendiri.
Inilah warna-warna
Celupan ilahi
Penuh teka-teki
Selalu berbeza.
Tangisan akan tinggal tangisan
Esak tangis lumrah kehidupan
Kehidupan satu kesulitan
Kematian, ujian.
Sesekali simpati hadir
Dari mereka yang
Mungkin aku tidak memahami
Hakikat diri, ciptaan tuhan
Atau
Seadanya.
Pasti hikmah di sebaliknya.
Muhammad Hadi Mahdi Ghazi Al-Muhtadi billah Shah
Posted by
Hadi Mahdi Muhtadi
at
19:25
0
comments
Labels: Karya
Lumrah Kehidupan: ada ups and downs
Nak Allah gantikan dengan yang lebih baik?
Posted by
Hadi Mahdi Muhtadi
at
19:25
0
comments
Labels: warna-warna kehidupan
Muharram, kecemerlangan diri dan nasib ummah
Selamat datang 1429 Hijriyyah!. Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 1428H kepada semua memandangkan kita masih berada dalam bulan Muharram, bulan yang mana telah menyaksikan pelbagai peristiwa sepanjang sejarah kehidupan manusia.
Mengungkap kembali sejenak sejarah penyusunan kalender Hijri hasil inisiatif Amirul Mu’minin Saidina Umar bin Al-Khattab r.a, khalifah Islam kedua. Jika kita perhatikan keadaan umat Islam ketika sedang memegang tampuk kekuasaan dunia, sehingga dikatakan meliputi 1/3 dunia. Inisiatif Khalifah Umar itu telah meletakkan tarikh peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w sebagai batu tanda kehadiran sebuah tamadun yang ketika itu bakal menguasai dunia dan telahpun menguasai hamper keseluruhan dunia ini.
Peristiwa hijrah Nabi bukanlah suatu tindakan yang bersifat okasional hasil oppresi kaum kafir Quraisy, malahan sebenarnya telah meletakkan satu tanda aras tahap pemikiran yang melampaui batas akal manusiawi, dan merupakan suatu tatacara perancangan agenda yang cukup tersusun, gemilang, dan terkehadapan. Ini secara jelas menggambarkan bahawa di sebalik semua itu adanya kuasa ketuhanan, pimpinan rabbaniyyah yang menunjuk jalan dan membawa kemenangan. Benarlah firman Allah s.w.t yang telah dirakamkan oleh al-Quran:
“ Demi bintang ketika terbenam. Kawanmu (Muhammad) tidak sesat dan tidak (pula) keliru. Dan tidaklah yang diucapkan itu (Al-Quran) menurut keinginannya. Tidak lain (Al-Quran itu) adalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).” (Q An-Najm (53):1-4
Posted by
Hadi Mahdi Muhtadi
at
19:19
0
comments
Labels: Renungan
Sebab Dia Manusia
Dengan sebab dia manusialah, dia menerima amanah yang langit, bumi dan gunung tak sanggup memikulnya.
Dia minta lagi dan lagi,
sebab dia manusia.
Dia jadi kedekut.
Sebab dia manusialah, ketika dia diberi rezeki dia kata Allah menyanyangi diri.
Dan ketika dia ditangguhkan kurniaan rezeki, dia kata Arl-Wadud telah menghina abdi.

DIALAH TUHAN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Ketikamana syaitan gementar untuk mengatakan demikian.
Hanya kerana dia tidak dijangkiti demam dan kesakitan.
Yang sebelum itu, dialah Aabid yang khalis.
Sebab dia manusia, dia minta tidak sembahyangkan selepas dia mati.
Dan sebab dia manusia, dia mencari kekasih selain Ar-Rahman.
Yang takut pada mainan kata,
Muhammad Hadi Mahdi Ghazi Al-Muhtadi billah Shah
Posted by
Hadi Mahdi Muhtadi
at
19:17
0
comments
Labels: Karya
Kisah Pengamen
“Selamat siang. Kepada pak supir, dan pak ternet, penumpang-penumpang yang dimuliakan. Maafkan saya. Ijinkan saya menghiburkan anda seadanya, sambil anda terus-terusan membuat aktivitas anda…”. Begitulah ungkapan yang sangat popular dan sinonim dengan pengamen. Sesuatu yang unik apabila anda di
Saya kira suatu yang menarik tentang para pengamen ini ialah, mereka mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap diri mereka. Mereka boleh sahaja berdiri di hadapan orang ramai, dan tanpa segan silu, dan penuh keyakinan, berucap memperkenalkan diri, dengan sangat lancar, dan jelas, tetapi sangat menghiburkan, seterusnya memainkan hiburan mereka untuk santapan hawa telinga para penumpang. Yang lebih menambahkan keajaiban saya, ialah mereka, malah telah menjadi maklumat umum yang diketahui, seolah-olah mereka ini pemuzik professional, yang setiap persembahan mereka itu harus dibayar.
Karekter
Banyak cerita yang menarik tentang pengamen ini. Di samping mereka yang seolah pd (dibaca pede atau maknanya percaya diri), yakin berbicara di hadapan orang ramai, karekter mereka juga pelbagai. Yang pasti mereka ini bergerak secara loose, dan tidak terkait antara satu sama lain.
Pekerjaan ini, juga kadangkala menjadi jalan keluar bagi mereka yang tiba-tiba kehabisan wang, dan ingin segera ke destinasi yang dituju. Hah, apa lagi, walaupun itu kali pertama anda, pede saja, bacakan beberapa rangkap puisi, dan itu dia wang elaun anda untuk perjalanan kali ini.
Posted by
Hadi Mahdi Muhtadi
at
19:07
0
comments
Labels: Catatan Kembara, warna-warna kehidupan
Catatan perjalanan ke Yogyakarta
Perjalanan ke Yogya atas tujuan akademik amat menarik. Bukan sekadar satu perjalanan untuk belajar, tetapi untuk memerhati dan menilai apa yang kita miliki, serta perbezaan yang pastinya sangat menarik untuk diceritakan.

Posted by
Hadi Mahdi Muhtadi
at
18:58
0
comments
Labels: Catatan Kembara
Bukan hanya kerana bahasa


Kedua kita mempunyai tahap adaptability yang tinggi terhadap pelbagai benda baru. Mungkin juga itulah sebabnya kita mempunyai tahap kreativiti yang lebih tinggi. Contohnya bahasa. Bahasa Melayu (well, sekarang dah jadi
Posted by
Hadi Mahdi Muhtadi
at
18:49
0
comments
Labels: warna-warna kehidupan
Tuesday, 8 January 2008
Warna-warna kehidupan 5: Kehidupan di Yogyakarta
Posted by
Hadi Mahdi Muhtadi
at
09:29
0
comments
Labels: warna-warna kehidupan
Kembara Ilmu 2007: Kota Ilmu dan Budaya-Yogyakarta
Di hadapan Universitas Sarjanwiyata Tamansiswa, Yogyakarta.
Universitas Negeri Yogyakarta.
Bersama seorang rakan Indonesia di hadapan Universitas Muhammadiyyah Yogyakarta.
Unversitas Sebelas maret, Solo.
Posted by
Hadi Mahdi Muhtadi
at
09:24
0
comments
Labels: Catatan Kembara
Warna-warna kehidupan 4: Warga Ygyakarta
Posted by
Hadi Mahdi Muhtadi
at
09:15
0
comments
Labels: warna-warna kehidupan
Ucapan Selamat Tahun Baru 2008
Selamat menyambut tahun baru 2008. Semoga bertambah maju jaya, bersemangat, dan berwawasan. Moga2 perubahan menjadi asas utama tahun ini. Kejayaan untuk semua.
Read More..
Posted by
Hadi Mahdi Muhtadi
at
09:09
0
comments
Labels: prolegomena












