Tuesday 22 April 2008

Harapan baru untuk Malaysia I


Rasanya memang sengaja saya melambatkan penerbitan artikel ini. Mungkin juga sebab terbeban dengan tugasan akademik. Mungkin juga terkejut dengan perkembagan politik semasa, sehingga lebih berminat mengikut sahaja arus besar yang melanda tanpa sebarang komentar. Mungkin juga kerana ingin memberi tempoh selesa untuk ke semua pihak bertenang dan menarik nafas usai PRU ke-12. Sementelahan semuanya sudah Nampak agak bersedia untuk berbicara secara non-emosi, maka perbicangannya pasti lebih matang.

Bukan untuk memihak kepada mana-mama pihak, selain mencari apa yang terbaik untuk semua pihak. Ideanya mudah. Semua orang akan mendapat bahagiannya. Tapi tidak mendapat ke semua bahagiannya. Kemenangan Pakatan Rakyat atau Barisan Rakyat atau Barisan Alternatif sebenarnya menumbuhkan kembali kepercayaan masyarakat awam terhadap proses demokrasi. Setelah sekian lama, masyarakat Malaysia seakan seolah tiada pilihan dalam menentukan masa depan Negara, kali ini corak protes yang ditunjukkan oleh rakyat semakin bijak dan matang. Tidak dengan demonstrasi (walaupun masih terjadi), tetapi dengan undi. Silent protest. Ini bukan suatu ulasan tetapi sebagai rangkuman peristiwa yang berlaku.

Pilihan rakyat

Sudah jelas pilihan rakyat. Akan tetapi pilihan itu dibuat berdasarkan harapan pilihan kali ini tidak akan mengulangi approach badan eksekutif terdahulu. Ini satu hakikat. Jadi, sekiranya peluang yang tidak dating selalu ini dipersia-siakan, harapan rakyat diranapkan dan musnah, maka tiada jalan kembali.

Persoalannya mudah sekali; isu kronisme, nepotisme, rasuah, tiada integrity, harga barang naik, ketidakcekapan dan sebagainya. Formulanya mudah : JANGAN ULANGI KESILAPAN LAMA. Kalau nak diikutkan, bagi sebahagian orang yang telah bersusah payah ‘berjuang’ bagi mencapai kemenangan ini, maka inilah masanya untuk dia membalas dendam terhadap orang yang pernah menghinanya, membulinya. Dan inilah masanya untuk mengaut keuntungan dan mendapatkan tender dari kerajaan dengan lebih mudah. Masa inilah untuk kita kutuk dan perli balik lawan dan parti yang suatu masa dulu mungkin pernah tersilap langkah. Ini bukanlah caranya.

Kemenangan apapun kali ini harus diingat. Bukan kemenangan hasil kekuatan Pakatan Rakyat (PR) atau pembangkang di Parlimen. Kalau itu yang anda fikirkan, kecuali factor Anwar, maka ia silap pada pandangan saya. Swing kali ini adalah disebabkan kekalutan dalam BN dan isu-isu kemasyarakatan yang sudah sampai ke tahap kritikal. Sekali lagi jangan ulangi kesilapan lalu. Ini bukanlah masa untuk mengayakan kroni dan anak-pinak. Tapi ini masa untuk berkhidmat dan membalas kepercayaan rakyat terhadap PR.

Pemantapan PR

Isu terbesar kini adalah proses pemantapan PR. Whatever the name is, substance itu yang penting. Nilai-nilai utama yang dipegang dan diyakini bersih, cekap, competent, amanah dan berintegriti, peduli rakyat, responsive, dan bertoleransi. PR harus dikuatkan. Ia harus menjadi gabungan yang tidak didasari dengan fahaman racist. Ia harus mewakili suara rakayat Malaysia. Makkal Sakhti. PR tidak harus hanya menjadi pakatan pilihanraya. Ia harus lebih dari itu, tidak bersifat okasional dan temporari. PR harus bergerak seiring dengan suara rakyat. Ia harus membumi dan menjadi ‘parti kampung’.

Dalam pada itu, gesaan berulang kali harus dibuat kepada PAS, bukan sebab ia membawa Islam, tetapi approachnya. Harus diingat bahawa kemenangan kali ini bukan disebabkan keuatan PAsa, tetapi hal-hal yang desbutkan tadi berserta factor kekuatan Dato’ Seri anwar Ibrahim. Ia yang member nilai tambah kepada kemenangan kali ini. Isu track record Anwar adalah hal yang lain, tetapi sentiment pengundi ternyata meletakkan kepercayaan kepada Dato Seri Anwar. Oleh itu, PAS harus bijak. Jangan lagi bankitkan soal hudud di waktu ini. Keaddan belum selesa. Biarkan seketika, dan biarkan PR lebih kukuh dan mapan. Claim terkini bahawa PAS layak untuk mengetuai PR, tidak harus timbul. Politik kita tidak matang. Baru dapat kuasa sikit, dah nak claim macam-macam. Kalau begitulah lagaknya, maka saya jamin ia takkan berpanjangan. Pasti seketika nanti bercakaran semula.

Kerjasama

Dalam pada itu, kemenangan kali ini membuka peluang kepada gerakan bernuansa Islami untuk lebih bergerak bebas. Cuma ketika inilah, selepas kemenagan dicapai masing-masing nak claim dia seorang sahaja yang bawa Islam, pertubuhan Islam lain tidak cukup Islam. Dan dalam pilihanraya kali ini hanya kami sahaja golongan Islam yang berjuang dalam PRU ke-12. Yang lain tak buat kerja. Oleh itu tidak bekerjasama dengan badan Islam lain. Maka di sini bermulalah pergaduhan dan memburukkan sesame sendiri. Hal yang terbaik dari kedua-dua situasi, ialah tidak perlu membuat announcement tentang hudud, tetapi bekerjasama, buka ruang seluas-luasnya, bertolenransi dan bantu pertubuhan Islam yang lebih membumi dan mass-oriented untuk memahkan masyarakat akan hal itu. Itu yang sebaiknya.

2 comments:

alkansari said...

Betul ke Faktor Anwar yang menyebabkan kemenangan PAS?Kena ingat undi Melayu swing hanya 5 peratus!!!PR menang kerana undi cina dan India,Adakah Anwar yang menarik sokongan cina dan india?Kalau Anwar boleh mempengaruhi cina dan india kenapa dia cina dan india tak bagi sokongan di tahun 99 ata kes anwar?any comment?

Hadi Mahdi Muhtadi said...

harus kita ingat baca bersama beberapa faktor baru dia logik, di samping mengekalkan segala possibility kepada kuasa Allah. faktor Anwar harus dilihat dari aspek ketidakpercayaan kaum cina dan india kepada wkil mereka dalam bn yang kelihatan gagal mewakili mereka, dan kepercayaan mereka kepada anwar yang sudah berada di luar (penjara) dan bakal memimpin malaysia. at least track record dia baik. dia simbol pemimpin melayu yang modera, bertoleransi, dan boleh dipercayai pada pandangan masyarakat umum (saya hanya menganalisis secara rawak). di samping itu harus dibaca corak kematangan politik kaum-kaum lain, yang tidak didasari oleh sentimen membuta tuli, sebaliknya trustworthiness (boleh percaya).