Da'wah pasca PRU ke-12
Latar da'wah masa dulu
Kalau dulu latar da’wah di Malaysia begitu sukar mendapat tempat di ruang-ruang arus perdana, dengan pelbagai prosedur dan kerenah birokrasi, sedangkan aktiviti dan semangat pendokong-pendokong da’wah begitu tinggi, maka apakah selepas berlakunya perubahan struktur ini akan membolehkan lebih banyak aktiviti Islami mengambil tempat dalam masyarakat.
Rungutan dari para aktivitis da’wah, tak kira dari jalur mana, PAS, ABIM, JIM, persatuan-persatuan Islam, serta pertubuhan-pertubuhan kebajikan Islam, bahawa mereka tidak diberi ruang secukupnya untuk bergerak dan beraktiviti, kekangan dan halangan yang tak terkira banyaknya, samada dalam bentuk prosedur dan formaliti, termasuklah kekurangan dana dan sumber kewangan.
Ruang baru
Ok sekarang harapan baru yang selama ini didambakan telah mula menampakkan ruang yang lebih luas dan terbuka untuk para pendokong dan aktivis ini melaksanakan pelbagai perancangan da’wi yang selama ini, kata mereka sedikit terkongkong. Sebagai suatu perbandingan, ruang da’wah di Malaysia lebih baik dari teman-teman bukan sahaja di Negara-negara bekas Soviet, malah di Negara-negara arab, termasuklah Arab Saudi, Mesir, Syria, dan Libya.
Aktiviti da’wah yang dimaksudkan di sini bukan hanya terhenti setakat perbincangan agama dan ilmi sahaja, malah sehingga aktiviti kemasyarakatan dan khidmat sosial. Ceramah, tazkirah, bengkel, kelas pengajian ilmu Islam, usrah, nadwah, mu’tamar, tamrin, kem-kem bina insan, rehlah, dan banyak lagi di samping mendapat sokongan kewangan dari pihak berwajib.
Tribulasi sebenar
Yang kita nak lihat (dan bergerak membantu sekali!) ialah apakah langkah seterusnya dari para pendokong da’wah ini. Kalau dulu dengan segala sekatan, da’wah semakin subur, apakah dengan terbukanya ruang demokrasi, da’wah akan semakin subur dan berkembang atau terus lenyap dan luput dek kerana selesa dan sibuk dengan projek yang banyak masuk selepas kemenangan. Apakah dengan ‘kemenangan’ politik ‘golongan Islam’, da’wah akan terhenti dan tidak perlu diteruskan. Sebab tujuan telah tercapai? Masing-masing, para aktivis da’wah dan tarbiyyah menghentikan usaha mereka selama ini, dan menfokus kepada mengayakan anak-pinak dan membangunkan ekonomi individu?
Onak duri dan ranjau yang dihadapi biasanya tidak akan mematahkan semangat dan kegigihan para da’I, Cuma yang lebih kuat cabarannya ialah kemenangan dan keselesaan duniawi. Inilah ujian sebenarnya. Untuk kekal menjalankan usaha kebaikan, da’wah dan tarbiyyah, walau apapun kondisi ummah ketika itu, di atas atau di bawah.
Langkah bermula
Langkah seterusnya kini ialah untuk semua badan da’wah menekankan focus untuk duduk dan bekerjasama, bantu membantu, dan tidak memdabik dada dan menyombong diri, menafikan usaha badan da’wah lain yang tidak secara direct dan formal terlibat dalam pilihanraya. Janganlah masa in, ada pihak nak claim kata badan da’wah lain tak layak ‘menyambut’ (kalau ia patut disambut) ‘kemenangan’ (betulkah ia kemenangan sebenar?) dan menikmatinya sebab mereka tak membantu ketika pilihanraya. Hentikan perkataan seperti itu. Ia tak patut diungkapkan. Mulai kini, raikan peranan setiap pihak yng terlibat mengembangkan pemahaman Islam dan hargainya. Bekerjasama, bertolak ansur dan buka ruang seluas-luasnya untuk setiap pihak bergiat cergas memahamkan masyarakat mengenai Islam dalam erti kata yang syumul. Janganlah masa ini pula nak berebutkan ahli dan berkata buruk mengenai gerakan Islam yang lain.
Kejayaan memenangi pilihanraya kali ini tiada makna apa melainkan sebagai outcome dari kemarahan rakyat kepada BN. Ia mungkin hilang lima tahun lagi kalau semua pihak berdiam diri dan berpuas hati sekadarnya. Da’wah pasca PRU lebih berat dari sebelumnya.
No comments:
Post a Comment