Siapa selepas Anwar?
Selesai sudah satu episod peristiwa-peristiwa pasca PRU ke-12. Kerajaan-kerajaan negeri semuanya telah selesai dibentuk, walaupun pelbagai karenah dan kemungkinan yang tak terduga berlaku. Episode kedua yang mencetus minat yang tinggi di kalangan sebahagian masyarakat ialah pengukuhan Pakatan Rakyat (PR) dan perjalan masa hadapannya. Episod seterusnya ialah pergolakan dan perkembangan dalam UMNO dan BN. Dan yang paling menarik perhatian selepas ini ialah berkenaan pembentukan kerajaan baru dalam tempoh terdekat, kemungkinan kurang setahun dari sekarang.
Minat yang tinggi juga diletakkan kepada masa depan Dato’ Seri Anwar Ibarahim dalam politik. Masing-masing menunggu penuh debar pengumuman yang bakal dilakukan olehnya dalam minggu ini. Apapun yang pasti ‘jalan ke Putrajaya semakin dekat dan semakin pasti’. Samada bakal berlaku penghijrahan anggota parlimen Sabah dan Sarawak ke PR atau hanya sekadar vote of no confidence terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi atau pun keluar parti dan kekal sebagai anggota Parlimen bebas, ia adalah option yang ada di hadapan mata.
“Datuk Seri Anwar hamper pasti akan menjadi PM”, ungkap seorang teman. Bukan sahaja dia, malah akhbar-akhbar juga cenderung untuk mengatakan sedemikian, walaupun tidalah terlalu direct. Melihat kepada pola semasa, secara peribadi saya berasa agak khuatir dengan perkembagan semasa. Bukan sangat dengan suam-sejuknya politik nasional, tetapi bila memandang ke kanan dan kiri, saya mula tertanya di manakah lagi pepimpin pelapis yang kita ada. Saya bukan bercakap soal individu. Mamang ramai d luar sana secara hierarki. Tapi mereka itu ketua, secara jawatan. Tapi persoalannya siapa pemimpin selepas anwar? Atau lebih tepat siapa selepas Anwar?.
Katakan Dato’ Seri Anwar naik sebagai PM dalam tempoh terdekat, dan umurnya pula mengjangkau paling lama yang ada ialah 10 tahun atau dua kali pilihanraya sahaja. Selepas itu, fokusnya sudah lain. Oleh itu yang kita harus risaukan ialah di mana lagi pemimpin pelapis, yang kalau tidak lagi hebat daripadanya, sekurang-kurangnya menyamai tarafnya. Whatever track record Datuk Seri Anwar, yang mungkin sebahagian tidak begitu menggemarinya, hakikatnya at least dia telah meletakkan suatu standard kepimpinan yang harus diteladani oleh ramai.
Keyakinan, ucapan yang baik, pengurusan ekonomi yang cekap, peribadi yang membumi, hubungan international yang kukuh, diterima pelbagai kaum dan lapisan masyarakat, ada elegance dan sebagainya.
Saya secara peribadi masih tercari-cari siapa yang bakal menggantikan Anwar, at least berdiri setaraf dengannya?. Persoalan-persoalan ini membawa saya kepada suatu kesimpulan. Hampir tiada. Jadi, pilihan yang kita ada ialah menerima sesiapa sahaja yang bakal menggantikan beliau untuk memimpin Malaysia atau memulakan usaha mencari the chosen one. The chosen one yang dimaksudkan bukanlah seorang individu tapi sekumpulan orang yang mampu meneruskan aspirasi rakyat ini.
Tugas besar
Oleh itu, usaha-usaha mengenalpasti, mencari, melatih, memberi sokongan dan pendedahan, dan memasyarakatkan pemimpin sebegini harus dimulakan sekarang. Dan membaca usaha ini dalam konteks Malaysia ia haruslah beyond politics. Di sini saya lebih cenderung untuk melihat pimpinan dalam apa sahaja pertubuhan untuk secara non-emosi dan penuh tanggungjawab duduk bersama-sama dan memikirkan hal ini. Kita bukan sekadar mencari pemimpin untuk sebuah parti politik akan tetapi untuk sebuah bangsa dan peradaban. Oleh itu, usaha dan proses mencari haruslah dimulakan beyond party politics. Malangkaui batas-batas parti politik sempit. Semua pihak harus bersedia untuk duduk dan berbincang, walaupun nadanya agak mustahil, kita harus secara bersama melihat ini sebagai usaha memastikan Negara ini lebih aman harmoni dan maju.
Mencari sekumpulan pemimpin pelapis yang mendapat pendedahan peringkat tertinggi pentadbiran, pengurusan serta hubungan luar yang baik, pengucapan dan latihan penulisan, hal ehwal masyarakat dan rakyat, politik kepartian, pengurusan ekonomi, serta banyak lagi aspek yang harus diteliti dan diperhalusi. Mereka harus mendapat pendedahan-pendedahan ini. Selepas itu samada mereka berada dalam parti pemerintah, atau pembangkang, sector korporat atau pentadbiran awam, kita akan berasa aman dan tenteram dengan option yang kita ada. Sebab mereka semuanya terlatih.
Adalah lumrah dalam kepimpinan, pilihannya ramai tapi yang terpilih hanyalah satu. Maka oleh itu, dalam konteks perbincangan kita ini, inilah option yang kita ada, bukan hanya seorang sahaja, malah sekumpulan pemimpin yang walau di mana sahaja mereka berada, kepimpinan mereka telah teruji dan diyakini. Katakana swing pengundi berlaku dalan plihanraya, maka kita juga mempunyai pemimpin masyarakat yang berinegriti dan berkredibiliti.
Politik Malaysia harus memandang kedepan. Kita sudah tidak patut membincangkan isu-isu remeh. Letakkan tekad dan sama-sama kita latih pemimpin-pemimpin ini. Kita tentunya tidak mahu nanti adanya PM yang naik tanpa pengalaman mentadbir. Ia hanya merosakkan Negara. Ini adalah definisi menjadi patriotic.
Sekali lagi, lihat ini dalam konteks kenegaraan. Soalan siapa selepas anwar harus kita fikirkan bersama.
No comments:
Post a Comment