Sunday, 27 April 2008

Segalanya tentang politik




Semuanya tentang politik. Politik dalam erti kata yang luas. Politik adalah tentang kuasa. Dan politik ada di mana-mana. Politik membahagikan manusia kepada dua. Dengan politik orang akan bertambah takut dengan amanah. Atau menjadikan mereka gila kuasa.

Semua tentang politik

Dewasa ini semua ingin bercakap tentang politik. Tentang kuasa dan menguasai. Jangan katakan di Parlimen sahaja orang bercakap politik, malah di kedai kopi, di kenduri kendara malah di pejabat dan office.

Politik bukan sekadar percakapan. Ia malah terjelma dalam bentuk perbuatan yang kadang-kadang manusia tidak sedar itu adalah pengaruh politik. Politik itu mulia. Tetapi orang yang bergelut dengan politik itu yang mengotorinya. Sehingga orang banyak mengatakan politik itu kotor dan sesiapa yang menghampiri politik juga kotor. Ulama bila terjun ke dunia politik kepartian dikatakan telah mengotori dirinya dengan sesuatu yang kotor. Tidak benar demikian. Itu salah tanggapan yang telah diaggap benar. Tapi boleh jadi benar ulama politik itu kotor, bila ia mengotori ilmunya dengan ‘kekotoran’.

Politik kepartian nampak kotor. Office politic juga demikian dahsyatnya. Bukan sahaja cantas-mencantas, kata belakang, puji-memuji, bermuka-muka, taking advantage out of others, bodek-membodek, hadiah-menghadiah yang sebenarnya rasuah-merasuah, lobi-melobi, kata-mengata, malah banyak lagi yang berselindung di balik istilah prosedur, protocol, dan urusan rasmi. Office politic ada di mana-mana. Di pejabat kerajaan, di syarikat swasta, universiti dan sekolah. Di mana sahaja ada pejabat, di situ permainan politik beraksi.

Politik itu ada berapa?


Politik itu ada dua. Politik nilai dan politik kuasa. Saya katakan tiga, politik nama. Politik kuasa adalah politik untuk menguasai dan memuncakki. Berada di atas, mengatasi segala tuju arahnya. Berada atas kerusi empuk pemerintahan, segala apa pertubuhan, menjadikannya rasa puas dan selesa. Rasa sudah cukup. Justeru itu, ia tidak harus berkerja jauh dari itu lagi. Cukup sekadar berjaya mencapai kemuncak itu. Ia telah sampai ke destinasi.

Politik nama atau syiar adalah politik unt

uk menamakan dan melabelkan segala sesuatu usaha. Usahanya adalah untuk menonjolkan segala apa yang ia fikirkan hanya sekadar pada nama. Islam Madanilah. Penerapan nilai-nilai Islam dalam perkhidmatan awamlah. Bersih, Cekap, dan Amanahlah. Maju bersama Islamlah. Bekerja bersama sayalah dan Pelbagai lagi. Tidak dinafikan label itu penting, tapi bagi sebahagian kumpulan, label ini melebihi segalanya. Saya tiada masalah dengan label kalau ia bagus. Tapi sesetengah orang syok dengan label dan bunyi sahaja. Kerjanya jauh panggang dari api.

Politik nilai

Politik nilai adalah politik cantik. Politik berasaskan kepercayaan dan objektif based. Kalau sahaja objektifnya tercapai, walau tanpa nama dan tanpa kuasa, teruskan sahaja. Politik yang melihat kepada substance. Politik nilai politik bersih. Cuma kadang kala manusia gagal melihat aspek ini. Sebab yang paling utama dalam leadership dan power ialah untuk menggerakkan orang (to motivate people). Tanpa dua aspek politik yang lain tadi pun ia mampu bergerak. Kalau ada kedua-dua tadi, ai adalah bonus dan harus diambil, jangan ditolak. Manakala walaupun dengan memegang kuasa belum tentu kita boleh menggerakkan orang dengan kuat. Mungkin berjaya digerakkan, tapi dengan kekerasan dan paksaan. Itu tidak kuat. Mungkin juga dengan nama. Malangnya tidak semua akan teruja dengan pengistilahan yang canggih manggih.

Mengapa tidak kita bermain cantik. Ada benarnya kemungkinan nama kita tidak naik. Kita mungkin tidak akan disebut-sebut dan popular. Tapi kita ada kepercayaan, biarkan nama kita tidak dizikirkan, tapi fahaman kita dan kepercayaan kita dianuti ramai.

Tidak ramai yang melihat dai sudut itu. Sebab ia tidak glamor. Ah sekali lagi manusia. Memang dengan sebab kuasa dan politiklah manusia kali pertama berbunuhan. Antara habil dan Qabil. Politik cinta. Segalanya tentang politik dan politik menguasai segalanya.

No comments: