Masyarakat kita dah hilang budi bahasa..?
“Hoi!! Kamu! ha kamu nak pegi mana tu! Mari sini! Kenapa kamu masuk ikut sini! Ini kawasan larangan. Kalau nak masuk, lapor dulu kat kaunter ni!!”. Inilah respon yang saya dapat tempoh hari ketika berkunjung ke premis Percetakan Nasional Malaysia Berhad terletak kat Jalan Chan Sow Lin, ketika ditegur oleh seorang pengawal keselamatan kerana telah memasuki kawasan larangan. Niat saya ketika itu bukanlah untuk melawat kilang tersebut, tetapi berkunjung ke Kedai menjual bukunya sahaja, yang memang terletak berdekatan kawasan itu. Bukan saya tidak mahu melapor diri di kaunter, tetapi kesilapan saya ialah kerana salah masuk entrance.
Tanpa niat untuk memanjangkan perbicaraan, saya pun terus meminta maaf dan terus berlalu menuju ke destinasi yang ingin dituju. Seketika kemudian sambil membelek-belek buku di kedai tersebut saya termenung panjang terkenangkan satu lagi peristiwa sebelumnya ketika dalam perjalanan ke sini, di mana saya telah sedikit tersilap langkah kerana menghalang perjalanan sebuah ambulans yang sedang dari bandaraya menuju ke arah selatan. Bukanlah saya ni tergolong dalam pemandu yang tidak cekap, tetapi mungkin hari tu saya terasa nak cepat ke sana, sehingga terlalai perkara-perkara lain. Tapi yang membuatkan saya merenung panjang ialah sikap co-pilotnya, yang dengan muka dan reaksi yang seolah tak puas hati dan melihat-lihat nombor plate saya beberapa kali. Saya telah pun mengangkat tangan seolah meminta maaf, namun itu seolah tak menarik perhatiannya. Dalam kedua-dua kes, saya mengakui kesalahan saya, tapi setelah panjang saya fikir tindakan orang tadi adalah sangat tidak bepatutan dan berlebihan seolah-olah kita tidak ada cara yang baik untuk menegur kesalahan orang lain. Kawan saya menyampuk,” alah biasalah orang KL…”.
“Ooh…macam tu ke cara orang yang dah civilized menegur orang lain. Kalau macam tu, kesianlah kat kerajaan yang dah penat menganjurkan pelbagai kempen di sana sini untuk mengingatkan kembali orang ramai tentang adab sopan dan tatasusila. Ada seorang kawan pernah memberitahu saya, “ Aiman, sekarang orang dah tak de budi bahasa, tambah-tambah lagi kat pejabat-pejabat kerajaan. Diorang ingat orang ramai beratur panjang dan semua mengaharapkan bantuan dia…so dia bolehlah action dan berlagak….dah lah tak senyum, buat nak marah-marah kat orang ramai pulak”. Mungkin ada benarnya dan mungkin juga tidak. Namun melihatkan usaha kerajaan yang tiba-tiba nak buat kempen budi bahasa dan khususnya seruan PM kepada kakitangan awam supaya lebih banyak seyum menunjukkan kepada kita, sebahagian, (saya pasti tidak semua, bahkan kakitangan awam yang telah bekerja keras dan bertungkus lumus serta berdedikasi masih wujud di jabatan-jabatan kerajaan) daripadanya bersikap sedemikian kepada para pelanggan.
“Habis tu kalau ada yang senyum dan bercakap dengan lembut tu…buat-buatlah ?” Tanya saya dalam hati. Mungkin pendekatan syarikat-syarikat swasta khususnya yang sentiasa nampak marketing strategy penting telah mengorak langkah memastikan setiap pekerja mereka mempamirkan pendekatan mesra dan lemah lembut, dan para pekerja mematuhi arahan itu dengan kefahaman bahawa kekurangan pelanggan akan menyebabkan mereka dibuang kerja. Sebaliknya keadaan itu tak wujud di jabatan-jabatan kerajaan…secara umumnyalah. Kerja mereka dan gaji mereka terjamin (saya tidak pula berniat menyinggung para pekerja yang berdedikasi dan ikhlas dalam kerja mereka…ni untuk yang selain dari mereka).
Sekali lagi, saya teringat kata-kata Imam Al-Ghazali di dalam tulisannya Ihya Ulumiddin tentang akhlaq. Antara intipatinya ialah bahawa akhlaq bukanlah buah-buah yang terhasil dengan sendiri, yang dengan sekelip mata menghasil hasil yang manis, ranum dan sedap tanpa baja yang baik dan siraman air yang mencukupi. Sekiranya sepohon pokok itu mendapat kedua-dua bahan dengan baik, maka buah yang terhasil akan dengan sendirinya baik dan elok. Begitu juga akhlaq. Ia bukanlah sesuatu yang dibuat-buat. Sekiranya asas pendidikan dan kebiasaan akhlaq adalah benda yang akan terzahir dengan sendiri tanpa perlu berfikir. Contohnya, kalau seseorang bersin, automatic dia akan bertahmid..alhamdulillah. Kalau tersalah cakap cepat-cepat minta maaf.
Saya cukup terkesan dengan sifat dan akhlaq masyarakat arab khususnya (yang sempat saya temui), sepanjang kesempatan saya berada di Dimasyq, ibukota Republik Arab Syria, dan sebelum itu di Sana’a, bandaraya Republik Yemen. Mayarakat di sana seolah-olah telah sebati dan terbiasa untuk sentiasa mengucapkan kata-kata kemaafan dan doa kepada rakan-rakan, malah orang asing sekali pun. Ketika bertemu adalah menjadi kebiasaan mereka mengucapkan kalimah ‘ahleen (ahlan wa sahlan dalam loghat dan lahjah orang syam)….“Allah yu’tikal ‘afiah’…contohnya sentiasa menjadi kebiasaan mereka sebelum bertanya sesuatu kepada seseorang. Malah doa ucapan ketika mereka berpisah juga pelbagai, panjang dan terasa tenang dan lapang apabila mereka mengungkapkan sedemikian. “Tambahan yang saya cukup suka mendengar ucapan ‘allah zawwajta bikra…semoga allah mengahwinkan kamu dengan anak dara.
Apa pun kalimah yang keluar, ia cukup menggambarkan budaya mereka yang masih tebal dengan budi bahasa dan tatasusila (walaupun dalam perkara-perkara lain mereka nampak belum civilized kot…hehehhe..). Fikiran saya yang sedari tadi mengelamun tersentak…dan saya terus membayar harga buku yang dibeli dan terus berlalu.
Saya terfikir setelah membandingkan kedua-dua pengalaman yang dilalui, mungkinkah kita dapat membantu menyahut saranan kerajaan bagi menggalakkan dan menyemarakkan kempen budi bahasa yang telah lama dilancarkan……kalaulah ini hasilnya? Kita nak cari di mana silapnya, kalau ia satu kesilapan…atau macam mana nak suit kan diri ke dalam budaya sebegitu, kalau ia merupakan satu cara hidup masyarakat Bandar sekarang…(saya pun orang Bandar jugak…)
No comments:
Post a Comment