Wednesday, 21 May 2008

Menanti Cinta pilihan tuhan II: sebuah rakaman dialog-the other story


“Kesian kadang-kadang. Tengok kawan-kawan dah kahwin, ada juga yang masih menanti”, getus seorang teman merujuk kepada sebahagian akhawat yang masih menanti tibanya lafaz agung itu.

“Tapi itukan rezeki dan ketentuan Allah. Alah apa bezanya kalau ikhwah pun? Kalau belum jodohnya, memang tak kesampaianlah jawabnya”, tegas seorang lagi. Kedua-duanya wanita.

“tak. Itu tak sama. Lelaki lain. Perempuan lain. Lelaki ada pilihan. Dia yang initiate. Dan kalau bukan sekarang pun, atau pun dia lambat, pandangan masyarakat tak lah teruk. Mereka boleh terima. Mungkin sebab nak cari duit dulu ke, study lagi ke. Tapi kalau perempuan, lambat sikit dah orang tengok lain macam. Macam dial ah yang bersalah. Lagipun, secara reproduktifnya, kan ada masalah kalau lambat”, katanya.

“Alah. Dah memang macam tuh. Yang masyarakat pun satu. Mulut tu tak reti-reti nak simpan dalam beg ke dalam tempayan ke. Kalau tak mengata, tak sah. Tapi kan banyak cara lain. Saidatina Khadijah pun, dia yang initiate. Dia yang lamar Nabi”, seolah mencadang.

“Betul. Cuma, apakah akhawat kita sudah bersedia untuk buat begitu. Dengan masyarakat yang masih negative saja pemikiran. Nanti dikatakan buang tebiat. Kemaruk sangat nak kahwin. Akhawat pula cuba menjadi ‘muslimah sejati’ yang akan sentiasa menanti cinta pilihan tuhan itu. Tambahan lagi, ikhwah kebanyakkannya nak cari non-akahwat sebagai calon pilihan. Abistu, yang depa ni, dok terkontang kanting tunggu. Melongo saja. Nilai manusiawi tu kan tetap ada”, katanya sedikit menghela nafas, tanda ada ulitan nada kecewa.

“Betul juga kan. Jangan sampai ada tindakan drastic di ambil. Maksudnya bukanlah benda yang tak baik. Cuma perkara pelik yang tak pernah berlaku. Macam ‘mengiklankan diri’ di internet mengatakan dia masih belum berpunya. Ataupun apa sahaja tindakan terdesak, yang sebenarnya ‘masih Islami’ tapi pelik”, katanya.

“Memanglah. Masakan tidak. Jiran tetangga dah push. Family dah Tanya. Kawan-kawan pula, sorang-sorang kahwin. Yang ikhwah pula, balik-balik ‘orang luar’ pula dicarinya. Ada juga lamaran dari non-ikhwah, tapi takut pula nak terima. Katanya nanti tak sefikrah. Susah. Mana tak tension. Yelah. Jiwa wanita. Tak sama. Sekuat mana pun luarannya ditunjukkan, sebenarnya hati dan jiwanya halus. Sangat sensitive. Mudah terusik. Tambahan pula kes-kes macam ni”, tegasnya, tapi dalam nada lembut, sedikit merayu.

“Tapi jangan bincang isu ni secara satu hala sahaja. Banyak pihak kena bantu. Jangan sampai dah kronik, baru nak cari jalan penyelesaian”, seolah mencadang.

“Selagi tak ada apa-apa tindakan, selagi itulah meka masih kena menanti cinta pilihan tuhan itu…”, kata teman itu, mengakhiri bicara.

2 comments:

Anonymous said...

Best ah anta tulis pasal ni.. tulis lagi berkaitan nie eh.. suka baca.. persediaanla katakan.. ^_^

Anonymous said...

salam..sy bukan r org yg pndi sgt guna dalil2 quran n sunnah dlm mmberi hujah.. ini cuma pndgn melalui pglmn hidup..kn ari tu ade yg komen dok kata psl ikhwahla..akhawatla...biaqla mrka dgn dfinisi mreka..
cumanya ap yg sy nk kata kat cni..
dklgn org2 yg brglar ikhwah n akhawat sptmana yg kita fahami tu..
x sumenye bagus2 belaka...pd pndgn sayala kn, x salah la kalo llaki yg mggelarkan dirinya sbg ikhwah tu memilih wanita yg bukn brgelar akhawat..sebab ap??? sbabnye kat luar sana rmi lagi yg baik hati,lurus, tapi x brpeluang nk join kump2 usrah ni...Pd pndgn sy mreka ni, i'Allah lbih mudah dibimbing.Maka dgn itu akhawat pun makin brtmbh rmi...
Lgpun kan ad yg kate akhawat ni dpn ikhwah je baik,tapi kalo dgn gol2 junior2 lelaki o dgn yg bkn gol.ikhwah lain pulak gayanye..
sy nk tnya ckit kat org tu,ikhwah tu sume baik sgt?? Mmgla stakat ni sy x jmpa lagi manusia yg mggelarkn dirinya ikhwah tu 'menggatal' TAPI sy da jumpa mlalui pglmn sy sndiri n pnglmn kwn yg mana org laki yg bljr Darul Quran,org yg bergelar ustaz o mggelarkn dirinya ustz 'menggatal' mcm org laki lain gak, walaupun setakat sms or call.. MUNGKIN o BOLE JADI dklgn ikhwah pun ad yg cam gitu..ye x??? Ntahla..bile nk khwn laki2 ni nk p'puan yg baik2 je, tp before nk khwn tu adkh kamu benar2 mnjaga muamalah kamu? hati kamu?