Monday 19 May 2008

Selamat Pengantin Baru Halem-Ain

Sabtu, 17 Mei 2008 menandakan detik bersejarah bagi pasangan ini. Tepat jam 2. 18 minit tengahari, selepas selesi Solat Zohor, kedua-dua mempelai sah sebagai suami-isteri dengan dua kali lafaz. Lafaz itu menjadi saksi bahawa mereka akan memikul tanggungjawab baru yang pastinya lebih berat.
ia juga menjadi pembakar semangat kepada rakan-rakan yang masih menunggu 'janji tuhan' itu.

Majlis walimah sebelah mempelai prempuan diadakan di Puchong, Selangor pada 18 Mei, sehari selepas diakadnikahkan.

Selamat Pengantin baru kepada Abdul Halem Mohd Husin dan Saniah Mohd Yunan. semoga tabah dalam menjalani kehidupan bekeluarga.

Ikhlas dari,

Hadi Mahdi Muhtadi
(yang hadir ke kedua-dua majlis berbahgia itu)

1 comment:

Anonymous said...

jazakAllah ahsanal jaza' kpd anta atas segala2nya..dari awal episod cerita sehingga ke hari penyatuan kami..

doakan kebahagiaan kami hingga ke jannah..

didoakan moga anta ke temu dengan insan yg dinanti..seperti mana janji illahi..(^_^)

sahabat2mu..
--<@ halem-ain