Monday, 17 March 2008

Kita macam hp?

Ini analogi seorang rakan, ketika berkesempatan duduk-duduk bercerita tentang kehidupan. Katanya,
“kita ni macam hape (handphone)”.
Kenapa pula?
Sebab ia mempunyai banyak persamaan dengan manusia dan kehidupan yang dia lalui.
Macamana pula tu?
Jasad kita adalah ibarat hp tu sendiri.
Dan setiap hp tu mempunyai komponen yang sama, hardwarenya, battery, softwarenya dan, SIM card nya, serta signal yang berfungsi untuk menghantar dan menerima isyarat. Mahal atau murah, setiap hp mempunyai komponen-komponen ini.
So?
Begitu juga manusia. Jasad kita mungkin berbeza antara satu sama lain. Ada hp flip, ada besar, ada compact, ada putih, ada hitam, ada warna-warni. Manusia juga begitu. Fizikal kita pasti berbeza antara satu sama lain. Ada yang dari Malaysia, dari Afrika, dari Eropah, ada yang putih, merah, ada sawo matang.
Benda-benda lain pula?
Begitu juga software yang ada dalam hp. Makin canggih satu hp, maka makin banyak fungsinya yang boleh dioptimumkan. Tapi secanggih mana pun satu hp itu, bahagian yang paling penting ialah keupayaannya untuk terima dan hantar isyarat signal. Begitu juga dalam kehidupan kita, dengan tuhan. Mungkin ada manusia yang lengkap kehidupannya, mewah serba-serbinya, tapi dia tetap perlu kepada tuhannya. Dan hal yang sama turut dimiliki oleh hp yang murah dan kurang fungsi tambahannya. Yang penting bukan aksesori tambahannya itu, tapi keupayaan untuk terima panggilan. Dan panggilan yang paling utama ialah berhubung dengan tuhan. Tak begitu? Jadi, walaupun satu hp itu mahal harganya, boleh merakam suara, snap gambar, play music, dan lain-lain, tidak bernilai juga kalau tidak dapat call keluar.
Ya. Tentu sekali. Tapi battery itu pula, apa kaitannya?
Battery itu adalah alat sokongan kita. Macam hp canggih tadi, katakana signal receivernya baik dan berfungsi, tapi kalau battery tak ada, ataupun kong, maka tidak juga dapat dia berhubung. Begitu juga dalam kehidupan kita. Kita memerlukan charger untuk sentiasa charge battery kita, hati. Sentiasa dipertingkatkan dan dipastikan pada tahap optimum, agar nanti bila berhubung dengan tuhan tak terputus-putus atau terganggu. Dalam perhubungan dengan tuhan, charger hati ialah ikhlas, tilawah Al-Quran, tahajjud, dan tawadhu’.
SIM Cardnya apa?
SIM card tu, macam identification bagi handphone. Dialah nyawa bagi hp tu. Yang memberi makna kepada berharganya hp itu adalah adanya SIM cardnya. Jadi dalam kehidupan kita, SIM card kita adalah agama kita, tentunya Islam. Tiada makna kalau berhubung dengan tuhan, tapi dia tak kenal kita, dan tidak mengiktiraf kita. Hanya dengan SIM card kita diterima untuk berhubung, maka hanya dengan Islam kita boleh berhubung dengan tuhan.
Oh, begitukah.

Read More..

Friday, 14 March 2008

Ais krim dan kenangan indah lalu...

Malu juga kalau dah besar panjang ni, tapi still menikmati ais krim sambil melepaskan lelah selepas satu hari yang memenatkan. Masakan tidak. Dengan berjanggut dan bermisai, menikmati ais krim masih dengan cara tersendiri, persis waktu kanak-kanak dulu.

Coretannya tentang apa?. Tentang mengapa waktu kita menikmati dan terasa ingin sekali menikmati ais krim kita ada habit tertentu yang begitu mengembalikan nostalgia zaman kecil dahulu. Sebab itulah fitrah manusia. Tentu sekali dia ingin waktu santai dan relax. Dan santai dan relax itu hadir melalui hidangan ais krim yang dinikmati, tentunya itu yang disogokkan sejak kita masih kecil kan?.

Sesekali menikmati ais krim tu, pasti kenangan dulu muncul semula. Walau apa pun cara anda menikmati hidangan ais krim anda, dengan apa perasa sekalipun, yang pasti ianya mengembalikan anda ke zaman kecil anda.

Kalau berbicara tentang ais krim ini, tidak dapat kita lari dari menelusuri sejarah pembuatan ais krim. Dan pastinya kalau anda membaca di maan pun berkaitan hal ini, pastinya akan disebut di situ tentang Dimasyq, Syria. Tepatnya Souq Hamidiye. Ada apa sebenarnya di situ?. Secara turun temurun, dikisahkan ais krim mula-mula dicipta di situ. Dan masih sehingga sekarang teknik yang sama, dan warisan itu masih dikekalkan sehingga ini hari. Rasanya?. Unik sekali. Secara relatifnya, tidaklah tepat seperti ais krim-ais krim lainnya di waktu moden ini. Sedikit likat, rasa susunya kuat, tetapi tidak terlalu sejuk, dihidangkan dalam dua versi dalam mangkuk atau kon. Disediakan dalam beberapa perasa, vanilla, coklat, dan strawberi, serasa-rasanya sama sahaja. Sempat juga ketika berkesempatan bermukim di sana buat beberapa ketika menikmati hidangan penuh sejarah ini hampir setahun yang lalu.

Di sini juga, di Malaysia, evolusi pembuatan ais krim sangat pesat. Tanya sahaja ibu ayah kita tentang pengalaman menikmati ais krim zaman mereka dahulu. Kring. Kring. Kring. Ais kepal!!! Bagaimana bentuknya. Tanpa bekas, ia adalah seumpama anda menikmati ABC di waktu kini. Dan ketika itu, khususnya di kampung-kampung, ianya sangat popular.

Kemudian datang pula ais krim Malaysia, sebahagian memanggil ais krim Selangor. Bahan yang sama dengan ais kepal, ais kosong dengan perasa, Cuma ia dibungkus dalam plastik dan diikat di hujung. Harganya sekitar 5 sen ke 10 sen. Selang beberapa lama selepas itu, datang pula ais pop, masih mengekalkan produk yang sama Cuma pembungkusan yang sedikit moden. Yang menarik, ianya pasti mengingatkan teman-teman pengalaman petang-petang selepas penat bermain bola atau tuju kasut. Sambil menikmati ais pop bersama-sama teman di tepi padang pasti sungguh mengembalikan memori silam. Pastinya anda juga terkenang proses nak membelinya. Masing-masing kena top up sikit duit, dan ais pop itu dipatah dua. Ada yang memulas tengahnya, ada yang karate dengan lutut dan pelbagai lagi.

Dan generasi kini menikmati ais krim mereka dengan cara yang mungkin sudah berbeza dengan kita dahulu. Perasanya, bahannya, atau mungkin apa sahaja. Tapi yang tetap sama ialah kenangan yang dibawa bersama ketika menikmati ais krim itu.

Read More..

Wednesday, 12 March 2008

Pengalaman jadi DJ

Beberapa mingu lalu, acara walimah-l-urus Muaz Nawawi di Melaka, meraikan pengatin di sebelah perempuan. Pengalaman yang menarik bagi diri, sebab bukan sekadar sebab dapat brgotong-royong menyiapkan dari A sampai Z, dari memasang khemah, menyiang segala, memotong segala, menggaul serba-serbi, menggoreng bermacam, sehinggalah menghidang dan membasuh semuanya. Secara pebribadi, tidaklah saya terlibat dalam semuanya, tapi melihat teman-teman bertungkus-lumus mengerah keringat dan membanting tulang mempersiapkan sekadarnya.

Pengalaman peribadi yang pasti takkan dilupakan ialah menjadi DJ bagi sepanjang acara itu. Pengalaman selama ini, itu tiadalah banyak. Sikit-sikit saja. Cuma diberi peluang menjadi Dj di rumah kahwin, memang uniklah. Tugasnya tidaklah terlampau berat, Cuma memerlukan kemahiran tertentu.

Yang pastinya, bantuan daripada taukeh P.A system itu, sangat membantu. Dia controlkan bahagaian naik turun suaranya, manakala yang lain-lain itu, termasuklah pengumuman-pengumuman, pemilihan lagu, selingan-selingan, sendaloka, serta pantun-memantun itu kerja saya lah.

Dengan personaliti yang belum lagi establish, maka terkesan juga dengan gaya pelbagai personaliti besar. Ada yang kata macam gaya Halim Othmanlah, gaya Dj supermarketlah, macam-macamlah. Apa-apa ajalah. Ada yang kata kelakar, ada yang kata serius sangat, kena banyak cool lagi. Ada yang ucap tahniah. Macam saya pulak yang dah jadi pengantinnya. Ada yang mengusik, jadi bestman (pengapit) sudah, jadi Dj sudah, jadi pengantinnya bila pula. Saya tersenyum saja.

Anyway. At least saya dah boleh tambah satu pengalaman baru dalam koleksi BOLEH BUAT saya. Anda tak nak cuba ke?

Read More..

Monday, 10 March 2008

Penangan ‘he’s nothing’ dan fenomena ‘political tsunami’

Selesai sudah piliharaya ke-12 Malaysia yang menyaksikan pelbagai kejutan. Mudah sahaja, sehingga hari ini, hampir kebanyakkan kerajaan negeri telah dibentuk dan telah mula menjalankan tugas mereka. Yang menarik ialah ketidaksangkaan keputusan pilihanraya kali ini, yang dikira sangat upset. Apa-apa pun, pasti semua parti yang terlibat akan melakukan post-mortem yang sangat terperinci akan hal ini.

Beberapa ketika sebelum pilihanraya, Perdana Menteri, Datuk seri Abdullah Ahmad badawi, ditanya akan halnya kesan kehadiran semula mantan Timbalan Perana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dia membalas, “he’s nothing”. Namun, jelasnya pilihanraya kali ini, menunjukkan sekurang-kurangnya sengat anwar masih bernyawa dan yang pasti hmapir memakan tuan, orang yang mengeluarkan statement tersebut. Kegagalan untuk mengekalkan prestasi 2004, yang dikira terbaik sepanjang sejarah penubuhan Malaysia, ended up loosing in five states, termasuklah Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Selangor. Ada cakap-cakap ini yang akan membawa kepada perletakan jawatan oleh Datuk Seri Abdullah.

Apa pun x-factor Anwar masih menjadi sandaran kepada kejayaan kali ini. Ya memang pasti ini ‘pertolongan dari Allah’, menurut sesetengah orang, tetapi hakikatnya, ada sesuatu yang menarik perhatian umum memberikan kepercayaan kepada Anwar, dan barisan yang ‘dipimpinnya’. Memang betul, banyak lagi perkara-perkara yang influence swing pengundi kali ini terutamanya krisis kehakiman, hilang kepercayaan kepada kredibiliti Datuk Seri Abdullah, kos sara hidup yang semakin meningkat, kegagalan MIC membela nasib kaum India, isu pergolakan dalaman UMNO, Gerakan, MIC, dan MCA, serta kenaikan harga minyak dan lain-lain. Tetapi itu semua isu, dan dibawa oleh barisan pembangkang di Parlimen, Barisan Alternatif. Isu-isu ini menjadi lebih dipercayai kerana adanya Anwar untuk meyakinkan pengundi.

Selain itu, silent vote menjadi satu indicator besar terhadap trend pengundian di Malaysia, kerana ia sangat berbeza daripada trend-trend sebelumnya yang lebih ke arah menunjukkan sokongan nyata. Kaum India dan Cina yang menunjukkan sikap independent dalam politik, kali ini memberi pukulan maut kepada Gerakan, MIC dan MCA. Budaya memeberi undi tidak percaya di dalam pilihanraya dan tidak ditunjukkan secara nyata adalah perkara biasa di Negara-negara maju, tetapi di Malaysia ini merupakan langkah awal kea rah itu. Pengundian bijak dan bukan berdasarkan sentiment.

Political tsunami yang melanda ke kawasan pantai barat mengikut telahan seorang pakar, adalah disebabkan pengaruh open-information era, di mana pihak yang cepat menghantar maklumat kepada pengundi, akan di anggap paling benar. Dan peluang ini nampaknya berjaya diungguli oleh pihak pembangkang di Parlimen dengan pengupayaan bersungguh-sungguh aspek teknologi maklumat. Dan ini gagal di lakukan oleh BN.

Selepas ini pastinya banyak post-mortem yang akan dilakukan. Tetapi yang pasti kejayaan kali ini bukan sangat disandarkan kepada kekuatan BA, tetapi lebih resemble rasa tidak percaya kepada BN dan komponennya. Itulah hakikat yang harus disedari.

Masa untuk pilihanraya telah berlalu, kini adalah masa untuk bersatu dan melaksanakan manifesto yang telah dijanjikan. BA kini tidak hanya boleh duduk sahaja, walaupun kemenangan kali ini tidaklah dijangka dari awal. BA belum cukup kukuh, lihat sahaja pembahagian kerusi pada PRU ke-12. Dengan Datuk Seri Anwar ‘mengetuai’ BA, ia harus dikuatkan, mungkin juga dengan kehadiran atau kemasukkan parti-parti Sabah-Sarawak based. BA, di lima negeri tersebut harus menunjukkan prestasi cemerlang, sebab kali ini bukan janji anda yang penting, tapi implimentasi daripadanya. Harus diingat juga, kemengangan BA kali ini adalah hasil undi besar kaum India dan Cina, dan mereka bersedia bila-bila masa sahaja untuk memberi undi percaya kepada BN semula. Dan, to b politically wise, isu negara Islam, tidak harus dibangkitkan sekarang, bukan kerana ia tidak penting, bahkan diwajibkan Allah sebenarnya, tapi hanya ditangguhkan seketika, sehingga keadaan stabil.

Yang pasti banyak lagi kejutan-kejutan menarik selepas ini akan hadir. Mungkin juga sehingga membawa kepada penukaran kerajaan di peringkat Parlimen, siapa tahu. Dalam politik, apa sahaja boleh berlaku. Nantikan sahaja…

Read More..

Saturday, 8 March 2008

Anak-anak pak cik



Sesekali teringat ketika ingin mencoretkan rasa hati tentang perkara ini, pastinya hati tak sedap. Pastinya ada yang tak kena nantinya. Pasti ada yang akan mencebikkan muka tanda tidak setuju. Dan, pastinya niat untuk berbicara hal ini sejak lama dulu, bukan ingin membuka pekung di dada, apa lagi menconteng arang tak tentu hala, tapi atas perkiraan bahawa harus juga hal ini dikongsikan, supaya nantinya masing-masing sedar dan ingin memperbaikinya.

Hal yang tak mampu membendung perasaan saya untuk teruskan juga niat untuk menulis tentang hal ini tatkala sedang perut berbunyi meronta-ronta minta diisi tempoh hari, ketika bergegas juga untuk pre-reg subjek-subjek untuk sem depan. Lantas terus saya dan seorang teman yang ikut menemani singgah di sebuah restoran dengan nawaitu menyantap apa sahaja yang boleh.

Masuk sahaja ke dalam, hati mula tidak senang, dan hampir-hampir terkejut. Di depan mata seorang teman, yang diperkirakan tidaklah terlalu rapat, tetapi bukanlah tidak kenal langsung, sedang enak menikmati hidangan lunch. Dengan seorang teman ‘istimewa’. Saya buat-buat tidak nampak. Dia juga buat-buat tidak perasan.

Siapa dia?.
ya seorang teman. Anak pak cik- pak cik istilahnya.
Apa yang pelik?. Hal ini kan biasa sahaja terjadi, tak begitu?.
Memang terjadi di mana sahaja.
Terjadi apa?.
Yalah kes coupling, macam orang-orang biasa juga.
Apa masalahnya?.
Tidak apa-apa.

Sepanjang tempoh menikmati hidangan itu, hati saya sudah melayang jauh mengingati kenangan-kenangan serta cerita-cerita yang pernah diberitahu oleh orang banyak. Tentang sikap sebahagian pak cik –pak cik dan reverse atitude yang anak-anak mereka lakukan. Hhhehh. Saya hanya mampu menghela nafas panjang.

Sebetulnya tiada apa-apa kalau perkara itu berlaku. Sebabnya memang selalu terjadi begitu. Biasalah darah muda. Nak cari identity dan personality diri. Tapi yang ironiknya ialah percanggahan sebahagian sikap pak cik-pak cik tatkala melabel orang lain dan anak orang lain belum cukup tarbiyyah, sedangkan mereka itu sudah cukup tarbiyyah. Perkara ini sebetulnya tidak harus diperbesar-besarkan. Tapi harus juga diingat, jangan sampai hal-hal yang dipandang ringan ini menjadi backfire untuk anda dan semua.

Seharusnya apa?. Ini adalah isu tentang sikap kita. Kadang-kadang kita perkirakan yang kita sudah habis tinggi dan habis tarbiyyahlah kita dan kita menghentam orang lain tidak layak untuk berada satu saf dengan kita kerana dihitung mereka belum cukup menerima dan menikmati tarbiyyah. Sebaliknya, yang terjadi, anak-anak mereka jua yang melakukan sebaliknya-tidak pula turut serta dalam tarbiyyah, tidak terlibat dalam usaha-usaha da’wah, dan kahwin dengan bukan yang tuntas tarbiyyahnya. Jadi bagaimana?

Jangan salahkan sesiapa. Di mana silapnya? Pastinya mudah.

Sikap kita.

Read More..

Warna-wana kehidupan 8: Ceritera Lubnan 2007





Read More..

Definisi Cinta II


Cinta
menurutku,
sekalipun cinta telah kuhuraikan dan kujelaskan panjang lebar.
Namun jika cinta kudatangi aku jadi malu pada keteranganku sendiri.
Meskipun lidahku telah mampu menghuraikan dengan terang.
Namun tanpa lidah,
Cinta ternyata lebih terang
Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya
Kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai
Kepada cinta
Dlam menghuraikan cinta, akal terbaring tak berdaya
Bagaikan keldai terbaring dalam Lumpur
Cinta sendirilah yang menerangkan cinta,
Dan percintaan!

Petikan puisi Jalaluddin-l-Rumiye dalam Diwan Shamsi Tabriz, terjemahan Abdul Hadi W.M, di petik dari Ketika Cinta Bertasbih, karya Habiburahman El-Shirazy.

Read More..

Faham: kekuatan luarbiasa


Memang pasti kita pernah mendengarkan kisah orang yang mengembara beribu-ribu batu hanya kerana ingin mendapatkan sepotong hadith Nabi. Seorang yang berjalan jauh untuk mendapatkan satu fatwa daripada Imam Malik. Orang yang berkahwin, lantas keesokkan harinya bergerak menginggalkan isterinya di bumi Mesir menuju ke Madinah untuk menadah ilmu dari Imam Malik.

Selalu juga kita akan dengar kisah seorang sahabat Nabi, Handzalah, yang terkenal dengan kisahnya yang dimandikan oleh para malaikat, kerana syahid dalam keadaan junub, selepas mendapat panggilan jihad tatkala malam pertama pernikahannya.

Faham. Kekuatan yang luarbiasa yang dimanifestasikan hasil faham. Kefahaman tentang arah tujuan hidup ini. Tentang peri pentingnya tarbiyyah zatiyyah, tazkiyatul nufus Tentang pengorbanan dan mengutamakan orang lain.

Apa yang berlaku, keputusan-keputusan yang di ambil adalah hasil proses ‘faham’ yang diolah di dalam diri seseorang. Itu adalah natijah-natijahnya. Dan proses faham itu sendiri, melalu banyak peringkat. Daripada pemahaman secara teori, kefahaman tentang ‘the bigger picture of life’, dan keyakinan kepada usaha-usaha yang dilakukannya. Ia bukan sekadar tahu, dan mencetus mahu. Sebab sebahagian besar sahabat mengambil dan embrace Islam atas pemahaman implikasi kalau dia mengambil Islam sebagai cara hidupnya. Begitu juga Abu Jahal. Menolak Islam sebab dia faham implikasi dan kesan kalau dia tunduk kepada Islam.

Faham. Kalau berbicara soal ini saya pasti teringat, insiden yang sangat terkesan dalam hati saya, sehingga kadang-kadang tertanya, apakah yang menjadi driving force untuk teman saya itu berbuat demikian, sedang saya tidak. Kisahnya begini. Hari itu hari weekdays. Biasalah ada kelas seperti selalunya. Tiba-tiba dia mendapat berita kematian seorang kerabatnya, nun jauh di utara tanahair. Usai sahaja kelas pengajiannya tengahari itu, dengan pantas dia menuju ka arah utara, siangnya dan hadir sejam dua di tanah perkuburan sebelum bergerak pulang ke KL, sampai sedikit lewat untuk menghadiri halaqah tarbawi. Memang tampak jelas di wajahnya tanda kepenatan dan keletihan, tapi ditahan juga kantuk di matanya menerima bahan tarbawi sebagai pengisian.

Mungkin itu kisah biasa bagi sebahagian kita. Pastinya ada yang lebih jauh baiknya dari kisah itu. Tapi bag saya itu antara kejadian yang sangat terkesan di hati saya. Apakah itu makna faham?

Read More..

Friday, 7 March 2008

Definisi Cinta I


Jalaluddin-l-Rumiye menulis:-

Menurutku,
Cinta adalah kekuatan
yang mampu
mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah malang jadi untung,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah syaitan jadi nabi,
mengubah iblis jadi malaikat,
mengubah sakit jadi sihat,
mengubah kikir jadi dermawan,
mengubah kandang jadi taman,
mengubah penjara jadi istana,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibah,
itulah cinta!

Dipetik dari Ketika Cinta Bertasbih, karya Habuburahman El-Shirazy, yang digarap dengan perubahan yang banyak dari tulisan Jalaluddin-l-Rumiye di dalam Masnawinya

Read More..

Thursday, 6 March 2008

Kenangan buat assignment


Dua minggu yang sungguh menyesakkan. Assignment yang sebenarnya telah awal-awal lagi diberikan oleh lecturer, baru dibelek-belek. Dua tiga assignment, presentation, latihan, test dan macam-macam lagi begitu menekan dan mengerah keringat dan otak untuk disiapkan. Kalau ditanya pada student lelaki, katanya “biasalah budak laki. Study dan kerja last minute”. Sesekali benar, tepatnya memang begitulah.

Yang menarik perhatian saya bukanlah hebat tidaknya assignment yang dihasilkan, ketika sesekali berbicara sama teman-teman. Tapi yang pasti mengingatkan dan mengmbalikan memori ialah proses menyiapkannya, apa lagi kalau dibuat last minute. Itu sisi yang paling menarik. Dan saya pasti hampir semua pasti sekurang-kurangnya pernah mengalami nostalgia begini.

Masakan tidak. Situasinya lebih kurang begini:-

  1. Assignment harus dihantar selewat-lewatnya hari itu. Waktunya tidak dinyatakan oleh lecturer. Jadi buat presumption bahawa mesti hantar malam itu sebelum pukul 12 tengah malam. Malam ini baru berkumpul dan baru pertama kali membelek soalan assignment.
  2. Assignment memerlukan rujukan kepada kes, atau kajian tertentu, dan malam itu library tutup awal. Internet pula rosak, atau sekurang-kurangnya slow. CC pula full.
  3. Kawan lambat datang. Dia pula yang pegang soalan assignment. Dah call banyak kali, tak angkat-angkat. Katanya terlupa. Dia pula ada date dengan awek kat luar. KLCC. Sampai-sampai, lupa pula bawa soalan bersama. Balik pergi ambil pula.
  4. Dalam proses menyiapkan soalan, banyak pula tarikan-tarikan lain di compartment sebelah-ada filem baru, sambungan episod pb lah, anime baru, game baru, atau football match antara dua pasukan hebat.
  5. bilik pula bersepah-sepah. Tengah menyiapkan assignment, soalan pula misplace, atau bahan-bahan yang dah siap nak dikumpul salah letak.
  6. Malam itu baru nak cari makan. Lapar sangat. Lalu belilah sekeping dua roti canai. Sambil taip assignment boleh makan-makan. Dalam kecoh ribut tu, kuah kari pula tumpah di atas assignment.
  7. Petang sebelum buat assignment pergi main bola dan pastinya penat. Jadi waktu menulis dan menaip tu, cincai balai. Paragraph tak sama panjang, ada pembuka kata tapi tiada penutup kata (seolah-olah sepanjang-panjang itu, dia quote je kata-kata orang), Muka surat tak tersusun, huruf bercampur besar kecilnya. Kadang-kadang assignment harus ditaip dalam bahasa arab, dan taip memang slow sangat. Baru nak cari dari satu huruf ke satu huruf.
  8. Dah separuh jalan menyiapkan tugasan, satu blok hostel pula black out. Habis semua document yang dah ditaip. Terpaksa tulis semula. Printer pula rosak waktu nak print out, terpaksa call kawan-kawan nak pinjam printer.
  9. Dah penat buat kerja dan tugasan, tapi belum siap. Mata pula dah kantuk. Fikir-fikir nak lelap barang sejam dua. Dalam longgokkan dan timbunan buku yang bersepah-sepah, dan air sprite serta bungkusan roti canai tadi, tidurlah dia. Ingat nak bangun dalam pukul setengah jam tiga. Tup-tup bangun-bangun pukul 8 pagi pulak.
  10. Bangun-bangun marah kat kawan sebab tak kejutkannya semalam. Tak sempat menyempat untuk mandi, terus bergegas ke CC berhampiran untuk print out. CC pula buka pukul 9. Tunggu. Lepas buka, terus check thumb drive, rupa-rupanya tak ada, terlupa nak copy. Patah balik ke bilik. Lepas tu baru nak binding.
  11. Nak ke fakulti hantar assignment, motor pulak pancit. Jalan kakilah jawabnya. Dalam berpeluh-peluh tu, berlarilah ke fakulti.
  12. Ketuk pintu bilik lecturer, tak ada orang. Ah, masukkan je lah bawah pintu. Nanti dulu. Terlupa tulis nama dan no. matrik. Call kawan-kawan dulu. Kredit pula habis. Lari bawah ke kedai koperasi. Beli top up. Tak ada yang RM5. Duit pula tak cukup. Pinjam kat kawan yang sempat dia jumpa kat tepi koridor. Dah beli top up, bateri pula kong. Terpaksa pinjam handphone kawan.
  13. By the time nak masukkan assignment yang dah comot dengan kuah kari kat tepi-tepi, binding yang senget, dan no matrik yang ditulis tangan di muka hadapan, terserempak dengan lecturer. Dan bila ditanya kenapa lambat, alasan yang diberikan ialah tersilap tarikh, “ingatkan hantar sebelum pukul 12 tengahari ni dr”, katanya sambil tersengih macam kerang busuk.
  14. Lecturer pula mula-mula menolak untuk terima assignment yang lambat dihantar. Tapi akhirnya terima juga, walaupun mengenakan syarat untuk deduct 10 markah.

Dah habis semua tu, proses yang rasanya kalah student-student lain, barulah lega, walaupun dah memang pasti markah sikit. Dan yang memang pasti lagi ialah itu yang akan terus berlaku bila-bila pun, selagi masih ada manusia yang namanya pelajar. Buat kerja last minute, begitulah lagaknya.

Dan saya tiada kaitan dalam cerita di atas. Cuma, kalau sesekali teringat dan berkongsi cerita dengan teman-teman, pasti ianya menggelikan hati.

Read More..

Hikmah dari Abu Bakar r.a

Dari Qatadah, dia berkata: Aku mendengar pengabaran bahwa Abu Bakar berkata: ”Aku ingin sekiranya aku ini hanya sayur-mayur yang dimakan binatang.” (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad)

Read More..

Tuesday, 4 March 2008

Ghibah?

Allah s.w.t berfirman :

وَلاَ يغتبَْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيْهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوْهُ وَاتَّقُوْا اللهَ إِنَّ اللهَ تَوَّابٌ رَحِيْمٌ

Dan janganlah sebagian kalian mengghibahi sebagian yang lain. Sukakah salah seorang dari kalian memakan daging bangkai saudaranya yang telah mati, pasti kalian membencinya. Maka bertaqwalah kalian kepada Allah, sungguh Allah Maha Menerima taubat dan Maha Pengasih. (Al Hujurat 12)

Read More..

Monday, 3 March 2008

Perkara kecil bernilai besar

Seringkali kita diajak berfikir dewasa Berwawasan jauh. Berminda global. Dan seringkali juga kita diminta berbicara soal besar-besar, gah, dan berskala super duper hyper. Semuanya tentang meluaskan sudut pandang dan ruang lingkup berfikir, agar tidak jumud, tertutup dan hanya concern tentang isu yang di anggap remeh-temeh.

Seringkali juga kita kadang-kadang, dek kerana terlampau tepu disogokkan dengan idea-idea besar itu, hampir sahaja terlupa atau dikaburkan pandangan pada menilai perkara-perkara kecil yang dianggap remeh tadi, seolah bernilai sifar. Bernilai sifar dalam kehidupan kita. Kehidupan sehari-harian, dalam bicara, dan berinteraksi sesame manusia dan alam.

Perkara kecil semudah sekumtum senyuman, sebuah kemaafan, sepotong ayat terima kasih, memohon izin dan laluan, diam mendengar bicara orang lain, menundukkan kepala dan bertentang mata ketika berselisihan di kaki lima, bersalaman, dan bertegur sapa seadanya, mengucap salam pernghormatan, mendahulukan wanita atau warga emas ketika berebut-rebut memasuki tren atau mana-mana dewan kuliyah, membantu seadanya lecturer, yang dari jauh kelihatan terbongkok-bongkok mengangkat kertas-kertas jawapan yang bertaburan di lantai, mempelawa ditumpangkan menaiki kenderaan, bangun memberi laluan kepada insan istimewa untuk duduk ketika dalam perjalanan dalam bas, membuang sampah di tong sampah, memperlahankan kenderaan memberi laluan kepada pejalan kaki, bermanis wajah, mendoakan rakan yang sakit, menghormati tetamu, mempelawa makan sekadarnya, dan banyak lagi perkara kecil yang begitu kita nilai seolah tiada apa-apa, bernilai besar di sisi manusia. Semuanya bermaksud adab dan akhlaq. Pekerti mulia dan kesopanan.

Ya. Perkara kecil bernilai besar. Ianya tentang perhubungan sesama manusia dan alam. Ya, semuanya perkara-perkara kecil yang tidak perlu diungkapkan dan diulas panjang lebar. Semuanya sudah sedia maklum. Tapi dek kerana mungkin terkabur dengan perkara-perkara maha besar, kita jadi kedekut untuk menilai diri kita dalam memperhatikan perkara-perkara kecil sebegini.

Inilah sebahagian perisa tambahan yang menyegarkan hubungan manusiawi. Dalam zaman yang sikap individualistik semakin menjadi-jadi dan bermaharajalela. Di zaman yang hidup nafsi-nafsi lebih utama, sehinggakan jiran sebelah rumah sudah seminggu meninggal dunia di dalam rumahnya pun tidak disedari, bahkan tidak dikenalnya. Harus jadi benchmark, bahawa inilah yang diberitakan oleh nabi sebab pengutusannya kepada manusia.

“Bahawa sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlaq yang mulia”.

Malang sekali, dan bertambah-tambah malangnya, kalau yang masih merupakan pelaku tegar dalam meremehkan perkara-perkara sebegini adalah sang da’ie, da’ieyah, murabbi-murabbi besar yang anak buah halaqah-usrahnya berjumlah puluhan orang. Sayang sekali. Sekadar catu coretan rasa hati. Sekadar untuk difikir dan direnungkan. Sekadar untuk diperhatikan. Sekadar untuk mula kita titikberatkan. Bermula sekarang.

Read More..

Sunday, 2 March 2008

B eberapa hikmah dari Uthman r.a

Dari ’AbduLlah Ar-Rumy, dia berkata: Aku mendengar ’Utsman bin ’Affan (ra.) berkata, ”Sekiranya aku berada di antara surga dan neraka, sementara aku tidak tahu ke mana aku diperintahkan, maka aku suka memilih menjadi debu sebelum aku tahu ke arah mana yang aku tuju.”

Read More..

Pilihanraya: masanya untuk memilih

Pilihanraya Umum ke-12 bakal menjengah kurang seminggu dari sekarang. Masing-masing begitu eager untuk berkempen memikat hati pengundi-pengundi di kawasan-kawasan mereka. Tak kalah, pekerja-pekerja parti yang berhempas pulas, bermati-matian, membanting tulang empat kerat memasang sepanduk slogan, dan membantu persiapan ceramah dan ucapan-ucapan politik. Manifesto telah dikeluarkan dan pelbagai janji ditaburkan sebagai balasan sokongan pengundi kepada parti masing-masing.

Mengundi menjadi tanggungjawab yang harus dilaksanakan oleh semua. Bukan sekadar satu simbol demokrasi, yang mempunyai pelbagai sudut pandang, setengah mungkin bersetuju setengah tidak. Apapun yang dipegang, sekurang-kurangnya ia menjadi tanda keprihatinan kita kepada soal politik dan pentadbiran negara.

Dalam keghairahan menyambut dan meraikan kedatangan pilihanraya ini, sememangnya bahangnya dan nuansanya sangat panas. Tetapi harus diperhatikan, tentang akhlaq, adab, etika dan kesopanan yang harus dijunjung tinggi agar tidak mencela, mengaibkan apatah lagi memburuk-burukkan lawan sehingga ke tahap yang membawa kemudharatan. Walaubagaimanapun, aspek realiti politik harus diambil kira pastinya. Kesalahan dan ketidakpatutan perbuatan pihak lawan akan dibongkar, dan disebarkan, sebagai sebahagian dari strategi memikat pengundi.

On top of that, harusnya hadith Nabi tentang kualiti yang seharusnya di possess oleh seorang pemimpin memandu pilihan kita. Quwwah dan Amanah, Kemampuan dalam semua aspek, kepimpinan, pemikiran, agama, berdiplomasi, serta sangat memegang amanah.

Sebagai satu peringatan bagi anda yang mungkin berkesempatan membuang undi pada 8 Mac 2008, sepotong hadith sebagai bekalan, Nabi berpesan akan tanggungjawab dan amanah yang sangat berat dipikul oleh sang penguasa dan pemimpin:

“Ia adalah amanah. Dan ia adalah tangisan dan penyesalan di Hari Kebangkitan”.

Read More..