Sesekali teringat ketika ingin mencoretkan rasa hati tentang perkara ini, pastinya hati tak sedap. Pastinya ada yang tak kena nantinya. Pasti ada yang akan mencebikkan muka tanda tidak setuju. Dan, pastinya niat untuk berbicara hal ini sejak lama dulu, bukan ingin membuka pekung di dada, apa lagi menconteng arang tak tentu hala, tapi atas perkiraan bahawa harus juga hal ini dikongsikan, supaya nantinya masing-masing sedar dan ingin memperbaikinya.
Hal yang tak mampu membendung perasaan saya untuk teruskan juga niat untuk menulis tentang hal ini tatkala sedang perut berbunyi meronta-ronta minta diisi tempoh hari, ketika bergegas juga untuk pre-reg subjek-subjek untuk sem depan. Lantas terus saya dan seorang teman yang ikut menemani singgah di sebuah restoran dengan nawaitu menyantap apa sahaja yang boleh.
Masuk sahaja ke dalam, hati mula tidak senang, dan hampir-hampir terkejut. Di depan mata seorang teman, yang diperkirakan tidaklah terlalu rapat, tetapi bukanlah tidak kenal langsung, sedang enak menikmati hidangan lunch. Dengan seorang teman ‘istimewa’. Saya buat-buat tidak nampak. Dia juga buat-buat tidak perasan.
Siapa dia?.
ya seorang teman. Anak pak cik- pak cik istilahnya.
Apa yang pelik?. Hal ini kan biasa sahaja terjadi, tak begitu?.
Memang terjadi di mana sahaja.
Terjadi apa?.
Yalah kes coupling, macam orang-orang biasa juga.
Apa masalahnya?.
Tidak apa-apa.
Sepanjang tempoh menikmati hidangan itu, hati saya sudah melayang jauh mengingati kenangan-kenangan serta cerita-cerita yang pernah diberitahu oleh orang banyak. Tentang sikap sebahagian pak cik –pak cik dan reverse atitude yang anak-anak mereka lakukan. Hhhehh. Saya hanya mampu menghela nafas panjang.
Sebetulnya tiada apa-apa kalau perkara itu berlaku. Sebabnya memang selalu terjadi begitu. Biasalah darah muda. Nak cari identity dan personality diri. Tapi yang ironiknya ialah percanggahan sebahagian sikap pak cik-pak cik tatkala melabel orang lain dan anak orang lain belum cukup tarbiyyah, sedangkan mereka itu sudah cukup tarbiyyah. Perkara ini sebetulnya tidak harus diperbesar-besarkan. Tapi harus juga diingat, jangan sampai hal-hal yang dipandang ringan ini menjadi backfire untuk anda dan semua.
Seharusnya apa?. Ini adalah isu tentang sikap kita. Kadang-kadang kita perkirakan yang kita sudah habis tinggi dan habis tarbiyyahlah kita dan kita menghentam orang lain tidak layak untuk berada satu saf dengan kita kerana dihitung mereka belum cukup menerima dan menikmati tarbiyyah. Sebaliknya, yang terjadi, anak-anak mereka jua yang melakukan sebaliknya-tidak pula turut serta dalam tarbiyyah, tidak terlibat dalam usaha-usaha da’wah, dan kahwin dengan bukan yang tuntas tarbiyyahnya. Jadi bagaimana?
Jangan salahkan sesiapa. Di mana silapnya? Pastinya mudah.
Sikap kita.
No comments:
Post a Comment